Maaf saya menegur Dr Zulkifli dan Rina
NORMAN RADZUAN
Saya ingin menegur dua Menteri iaitu Dr Zulkifli dan Rina Harun.
Pendapat saya anda berdua telah mengguris hati rakyat dgn ucapan takziah dan
bantuan yang dihulurkan walaupun niat itu bagus dan tidak salah.
Buat Dr Zulkifli...sebelum ini ramai juga rakyat yg bernikah
mematuhi SOP tapi anda sanggup menjadi jurunikah kpd selebriti dan majlis
taknik artis tanpa mematuhi SOP. Malah setiap hari beratus rakyat yg meninggal
tapi tiada ucapan takziah buat mereka. Tidak perlu menumpang populariti Tuan
Guru Dr Zulkifli kerana anda sudah cukup glamor. Bekerja kerana Tuhan mu.
Begitu juga Rina Harun
“Insya-Allah kita pun akan memberi sokongan kpd anak2 ini, bukan
sekadar kewangan, bahkan mungkin memerlukan sokongan dari segi emosi, bukan
dewasa sahaja bahkan kanak2." ( Kata Rina Harun kpd keluarga Shuib )
Rina tanda simpati atau bantuan tidak salah walaupun keluarga
tersebut kaya raya. Tapi tahukah Rina setiap hari ramai anak2 menjadi yatim
atau yatim piatu. Org2 tua yg kehilangan anak utk tempat mereka bergantung.
Adakah anda prihatin dgn nasib mereka. Adakah pegawai2 anda pergi ke setiap
rumah rakyat yg hilang tempat bergantung tersebut???
Buat Dr Zul dan Rina bekerjalah utk semua bukan antara dua
darjat. Simpatilah dgn semua org kerana masing2 ada cerita sedihnya. Bantulah
rakyat yg benar2 dlm kesusahan. Jgn ambil kesempatan political mileage dlm
situasi rakyat yang dlm derita ini.