TAHNIAH ANAK MUDA.SEMOGA JASA ANDA DIBALAS....

 

Tahniah buat anak muda yang membantu menyelamatkan seekor anjing yang jatuh di dalam parit di Jelutong. Tindakan seperti ini harus dipuji.

Semoga Allah sahaja dapat membalasnya. Terbaikbro patut dihebahkan serta menjadi contoh pada yang lain...

Jangan macam  TAR SCUD sembang terbang sampai Hadi pun dia kata wali…wali apa bendanya Judi pun dia tak boleh nak hadam. Hudud…lagi out..RUU 355 bab ni walaun kena mohong …adoiii…..



 FOTO AMAN SHAH II






WOIII ..LEBAI SEMBANG DERAS...HABIS YANG BERLESEN HALAL KAH?

 

sinarharian.com.my
Pemuda Pas gesa kerajaan tangani operasi judi tanpa lesen
SHAH ALAM - Pemuda Pas menggesa kerajaan agar meningkatkan penguatkuasaan dalam menangani operasi perjudian tanpa lesen.

Pemuda Pas gesa kerajaan tangani operasi judi tanpa lesen

May be an image of 19 people and text that says "18MP Pas mampu beri "TEKANAN" kepada kerajaan PN TAPI TAK BUAT KERANA "HABUAN DUNIA" 18 AHLI PARLIMEN PAS TEGUH BERSAMA! MALAYSIA Boleh tarik saja SOKONGAN! Kerajaan JATUH! #pasgagal| #pasgagal MISS UNIVERSE MALAYSIA "Kak Lah pergi mana?" #pasgagal PERIKATAN NASIONAL"

VIDEO - BUKAN NAK KATA, INILAH LEVEL YG ADA ..PATUT LA PM TAK KISAH ORANG NAK KA...

RAKUSNYA PUAK LEBAI BILA BERKUASA

 May be an image of outdoors, tree and text that says "LEBAI RAKUS Pokok Cengal terbesar dan tertua di Malaysia terdapat di Kompartmen 5, Hutan Simpan Pasir Raja, Hulu Dungun. Tinggi 65 meter, ukur lilitnya 16.75 meter (13 pemeluk) garis pusat 5.32 meter. Isipadu, dianggarkan 220m3, berat 120 tan metrik. Akhirnya tumbang di tangan lebai. 2,388 BI 200 Terengganu izin balak gergasi ditebang JABATAN Perhutanan 6 Terengganu Hebat Terengganu Hebat: Pokok Cengal Tertua Dan Terbesar Visit mengesahkan kayu balak bersaiz luar biasa yang diangkut dengan treler seperti tular di laman sosial pada Ahad diambil secara sah dari Hutan Simpan Sungai Nipah, Dungun. Kayu cengal tersebut dianggarkan berusia ratusan tahun. 11"

WOIII... LEBAI APA MACIAM ?


Ingat lagi kata –kata lebai ni? Haaa…sekarang DAP taka da, yang ada MCA, tapi bukan sekawah juga la kan…jadinya apa macam? Jalan pun tutup, masjid pun tutup…haaaa…tepuk. Kena ingat ni kata kata perangsang ni. Sebab apa..lebai walaun ni suka lupa. jadinya kita pulangkan paku buah keras..bukan apa Tuhan nak bayar tunai saja. Lain kali , jangan sembang deras. Takat ada 18 ketul tu dan bergantung hayat pada parti lain, jangan sembang sangat lah.

 May be an image of 1 person and text that says "Hari ini Allah tunjukkan. Siapa yg tutup jalan, tutup masjid surau. DAP? Atau Pas yg tercokol dlm Kjaan Tebuk Atap? Ahmad Sharkhawi Ishak 10 Oct 2018 at 11:46 Negara ni klau boleh dkt Dap bkn kata tutup jln Aku ingat Masjid pun kena tutup.Mujuq Dap x berkuasa sepenuhnya lg...Harap org PH bertaubat sebelum terlambat.Noktah"May be an image of 19 people and text that says "18MP Pas mampu beri "TEKANAN" kepada kerajaan PN TAPI TAK BUAT KERANA "HABUAN DUNIA" 18 AHLI PARLIMEN PAS TEGUH BERSAMA! MALAYSIA Boleh tarik saja SOKONGAN! Kerajaan JATUH! #pasgagal| #pasgagal MISS UNIVERSE MALAYSIA "Kak Lah pergi mana?" #pasgagal PERIKATAN NASIONAL"

#AWANI745 25 Mei 2021

MAHIADDIN KINI SERBA TAK KENA, TANDA KEBENCIAN RAKYAT KEPADANYA TIADA LAGI UBATNYA, KECUALI…

 

Di mata rakyat, khususnya netizen, tidak ada yang kena atau sesuai lagi dilakukan oleh Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yasin ketika ini.

Asyik dengan perutusan khas tak kena, cuba tunjuk berani mengadakan bual bicara khas dengan media pun akhirnya sama tidak kena juga.

Selain program itu dipertikaikan kerana ia merupakan rakaman, sedangkan beberapa saluran TV mempromosikannya sebagai “live”, apa yang diperkatakan Mahiaddin dalam bual bicara itu lebih banyak menjadi kritikan, malah persendaan.

Paling banyak ialah pengakuannya yang tak kisah dianggap bodoh, mengakui tidak mampu menjaga 32 juta rakyat Malaysia, mengatakan tiada “double standard” dalam penguatkuasaan SOP dan pengakuan tentang ketidakmampuan kerajaan melaksanakan SOP penuh kerana beban ekonomi yang besar yang terpaksa ditanggung.

Dalam semua perkara yang diperkatakan itu, semuanya terkena balik kepada Mahiaddin sendiri.

Dalam kes tak kisah dikata bodoh, macam-macam tafsiran dihujahkan berkaitan apa yang diperkatakannya itu dan pokoknya, sebagai Perdana Menteri, adalah amat janggal dan memalukan apabila beliau membuat pengakuan sedemikian rupa.

Berhubung kata-katanya tidak mampu menjaga 32 juta rakyat, beliau terus terus dikritik dan dipersoalkan – apa gunanya jadi Perdana Menteri dan memiliki kuasa, ada kabinet, kementerian, ratusan jabatan, menteri, timbalan menteri, dana kerajaan dan lain-lain lagi jika bukan untuk menjaga kebajikan dan memastikan kesejahteraan rakyat?

Berkaitan penguatkuasaan SOP yang kononnya kerajaan tiada “double standard” dalam perlaksanaannya, perkara itu lantas disusuli dengan beberapa keping gambar Mahiaddin yang dilihat tidak memakai pelitup muka serta videonya menghadiri sebuah program tapi tidak mengimbas aplikasi mysejahtera.

Tentang beban ekonomi katanya sebesar RM0.5 trillion jika PKP penuh dilaksanakan, persoalan yang dibangkitkan ialah, apa masalahnya dengan kos sebenar itu yang terpaksa ditanggung kerajaan jika yang ingin diselamatkan ialah nyawa rakyat?

Kenapa Mahiaddin terlalu berkira untuk menyelamatkan 32 juta nyawa?

Atau adakah ia gambaran ketidakmampuannya dalam mengurus negara?

Kalau tidak mampu, kenapa masih mahu kekal lagi sebagai Perdana Menteri?

Yang nyata sekarang ini, tidak kira apa pun yang dilakukannya, tiada lagi yang cocok di mata rakyat berkaitan dengannya.

Baik bagaimana beliau memunculkan diri atau apa yang diperkatakannya, semuanya sudah tidak kena lagi.

Asyik duduk di pejabat tak kena, tampil di khalayak ramai seperti pergi ke bazar Ramadan sebelum ini, akhirnya yang menjadi bualan hanyalah perkara-perkara yang tidak kena, buat perutusan khas tak kena dan tampil dalam bual bicara khas juga tidak kena.

Petanda apa semua ini?

Tidak lain ini adalah petanda Mahiaddin sudah ditahap maksimum tidak disukai dan dibenci oleh rakyat negara ini.

Semua ini, jika diperhati adalah salah dan silap yang berpunca daripada Mahiaddin sendiri.

Beliau harus menengok kembali segala-galanya – daripada laluannya menerobos pintu pengkhianatan untuk menjadi Perdana Menteri, dikelilingi oleh pemimpin-pemimpin yang juga pengkhianat, menjadi ketua kerajaan yang suka menyembunyikan diri di pejabat dengan penampilan hanya melalui perutusan khas demi perutusan khas, berkira dalam meluluskan bantuan yang diperlukan rakyat, menguatkuasakan darurat, menggantung Parlimen dan lain sebagainya – semua itu adalah tindakan-tindakan yang pada hakikatnya tidak disukai oleh majoriti rakyat yang umumnya mencari rezeki dan hidup di negara ini secara jujur.

Apabila pemimpin berbuat sesuatu, lebih-lebih lagi jika satu demi satu, perkara-perkara yang tidak selari dengan kejujuran, keinginan atau keperluan rakyat, maka inilah padahnya.

Pendeknya, apa yang dituai Mahiaddin sekarang adalah hasil apa yang ditanamnya sendiri.

Kemarahan dan kebencian rakyat sekarang hanya akan selesai jika mereka berjaya melihat beliau akhirnya tersingkir sebagai Perdana Menteri.

Lalu, apa yang boleh dilakukan Mahiaddin agar beliau dapat kembali disukai rakyat?

Hanya satu – LETAK JAWATAN!!

Percayalah, selepas meletak jawatan, akan mencurah-curah sanjungan dan pujian diberikan kepadanya.


 (ShahbudinHusin 25/05/2021)


VIDEO : PKP - DILEMA TUTUP SEPENUHNYA DAN BUKA SEKERAT-SEKERAT



Pengarah Komunikasi AMANAH Negeri Melaka, Jamzuri Ardani mengambil contoh sektor pembuatan dan rangkaian modal sosialnya, supaya makcik Kiah dan Pak Mat faham “Kalau kilang dibuka, ibubapa yang kerja kilang perlu hantar anak kecil ke taska. Kalau taska tutup mereka tidak boleh pergi kerja. Siapa nak jaga anak-anak? Jadi, kalau kilang buka, taska kena buka,” katanya di Facebook.





VIDEO : SUKAR DIPERCAYAI SEMUA RAKYAT DAPAT DIVAKSIN TAHUN INI



Ahli Parlimen Bagan Datuk itu mendakwa segala ketetapan untuk negara dibuat sepenuhnya oleh kerajaan PERIKATAN NASIONAL, termasuklah tentang dasar-dasar berkait pengurusan pandemik COVID-19. “Penentuan dasar negara malah menjadi hak mutlak kerajaan PERIKATAN NASIONAL sejak Ordinan Darurat dilaksanakan.




SAMAN FITNAH. GUAN ENG MENANG

 May be an image of 2 people and text that says "malaysiakini BERITA COONA azlan zamhari malayslak Saman fitnah: Mahkamah arah Raja Petra bayar RM600,000 pada Lim Hidir Reduan Abdul Rashid Diterbitkan 25 minit lepas Dikemaskini 25 minit lepas"


JONAH

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan ganti rugi sebanyak RM600,000 kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, dalam kes saman fitnahnya terhadap penulis blog Raja Petra Kamaruddin.

Ia berhubung 10 artikel berkenaan projek terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion yang disiarkan Raja Petra.

 


(DIKEMASKINI) LRT bertembung: Kemalangan disebabkan kecuaian pemandu, kata laporan awal - Nora Mahpar

 


(Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Laporan awal siasatan berhubung kejadian dua tren LRT bertembung di Stesen Kampung Baru dan KLCC semalam mendapati terdapat kecuaian pemandu, membabitkan tren bernombor 40 yang dipandu bertentangan arah, kata Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong.

Beliau berkata, laporan awal yang disediakan pihak Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), mendapati tren 40 bergerak dari Gombak ke Depot Subang arah selatan dan mengalami masalah teknikal menyebabkan ia terhenti semasa menghampiri platform Stesen Kampung Baru.

“Pusat Kawalan Operasi (OCC) kemudian mengenalpasti kedudukan tren 40 dan mengarahkan pemandu (hostler) untuk memandu 40 secara manual dari Stesen Kampung Baru menuju ke Stesen Dang Wangi dan perlu bergerak ke arah yang sama bagi memberi laluan kepada tren lain untuk meneruskan perkhidmatan.

“Pada masa sama, tren 81 yang beroperasi secara automatik berada dalam keadaan statik di platform Stesen KLCC arah selatan dan berlepas dari Stesen KLCC ke Stesen Kampung Baru setelah menerima maklumat bahawa tren 40 telah beredar dari Stesen Kampung Baru menuju ke Stesen Dang Wangi pada jam 8.24 malam,” katanya pada sidang media ketika membentangkan laporan awal insiden berkenaan.

Mengulas lanjut, Wee berkata, tren 40 yang sepatutnya bergerak ke arah selatan menuju ke Stesen Dang Wangi telah bergerak ke arah utara, iaitu arah bertentangan, sekaligus mengakibatkan perlanggaran berlaku pada jam 8.33 malam.

“Pada jam 8.36 malam, OCC memaklumkan Agensi Tindakan Kecemasan dan melantik pegawai yang bertanggungjawab di kawasan insiden disusuli kehadiran pasukan Bomba dan polis serta pasukan paramedik di lokasi kejadian

“Pada jam 8.45, penumpang mula dipindahkan daripada tren dan kesemua penumpang berjaya dibawa keluar pada jam 9.23 malam,” katanya.

Dalam pada itu, Wee turut mengumkan penubuhan jawatankuasa siasatan seramai 11 anggota diketuai Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Isham Ishak dan dibantu kakitangan pelbagai agensi.

“Segala perihal mengenai penyiasatan akan dikeluarkan sepenuhnya secara rasmi oleh Pejabat Menteri,” katanya.

Ketika melawat mangsa di lokasi kejadian malam tadi, Wee memberi jaminan hasil siasatan penuh berhubung kemalangan itu akan diumumkan dalam tempoh dua minggu.

 


LAMBANG YANG GAGAL.

 


HAMDAN TAHA


Kita sekarang di perintah oleh 3 parti utama yang asas bendera semua merah. Bersatu,umno dan pas...walaupun pas terkenal dengan hijau tapi merah juga warna utama mereka...

Tetapi yang merah semerahnya ni parti bersatu....tapi lambang PN biru

 

May be an image of ‎text that says "‎STATUS TERKINI COVID-19 MALAYSIA KES BAHARU MENGIKUT NEGERI 25.5.2021 PERLIS يه #DMENTERANKESNITANILANIA 8 KELANTAN 425 KEDAH 336 TERENGGANU 268 P.PINANG 380 LABUAN 63 PERAK 218 SELANGOR 2,642 SEMBILAN 410 .LU 604 PAHANG 211 PUTRAJAYA 23 MELAKA 258 JOHOR SABAH 664 266 SARAWAK 513 Jumlah kes baharu 7,289 Jumlah keseluruhan kes 525,889 525, SUMBER.CPRCKEBANGSAAN comms@moh‎"‎



MANA WALI KAMU MOKHTAR SCUD. ? JUDI TAK TUTUP LAGI?

 

Susulan arahan tutup sepenuhnya, Polis Bentong tinjau kawasan kasino Genting

Firdaus Azil
Susulan arahan tutup sepenuhnya, Polis Bentong tinjau kawasan kasino Genting
Sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong telah melakukan tinjauan dan pemeriksaan di pusat kasino Genting Highlands, pada malam Isnin. - Gambar ihsan PDRM

KUALA LUMPUR: Sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong (IPD) telah melakukan tinjauan dan pemeriksaan di pusat kasino Genting Highlands, pada malam Isnin, bagi memastikan kawasan itu ditutup sepenuhnya.

Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Zaiham Mohd Kahar berkata, pemeriksaan itu adalah selaras dengan arahan penutupan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

“Pada 24 Mei, 2021, jam lebih kurang 11 malam, sepasukan pegawai dan anggota polis IPD Bentong telah menjalankan pemantauan dan pemeriksaan bagi pengoperasian pusat kasino di Genting Highlands

“Pemantauan dan pemeriksaan dilakukan bagi memastikan pengoperasian di pusat kasino Genting Highlands ditutup sepenuhnya selaras dengan arahan yang dikeluarkan MOF,” kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa.

Sehubungan itu, Zaiham menyeru kepada orang ramai agar terus patuh kepada arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi memutuskan rantaian pandemik COVID-19.

Pada 23 Mei lepas, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, pengurusan Genting telah diarah tutup serta-merta sejak Jumaat (21 Mei) lepas.

BACA: COVID-19: Kasino di Genting diarah tutup serta-merta

Ia susulan laporan media tentang sekumpulan 28 pelancong dari Alor Setar, Kedah telah pergi melancong ke Genting Highlands melalui konsep gelembung perjalanan domestik atau ‘travel bubble’ untuk sektor pelancongan.

Dua hari selepas itu, sebahagian pelancong daripada kumpulan terbabit mula mengalami simptom COVID-19 dan 16 daripada mereka disahkan dijangkiti virus itu pada 7 Mei lepas.

 


SELAIN MOKHTAR " SCUD" TU "SESAT" ... ..ADA WALAUN JUGA YANG MINUM KETUM GAMAKNYA ?...KEH..KEH

 May be an image of text that says "Mohd Azmi updated his status. 26 Mar 2021 Tok guru Hadi sama level dngn Nabi. Cuma tok guru bercakap tidak dibantu wahyu, mukjizat tapi setiap tuturkatanya adalah kitabullah"



Terkini! Mokhtar Senik anggap Hadi sebagai wali Allah

Mokhtar Senik anggap Hadi sebagai wali Allah

Tidak lagi berselindung, seorang ulama Pas dari Pantai Timur Semenanjung mengangkat Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai wali Allah.

Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas, Mokhtar Senik bahkan berasa iri hati dengan apa yang dianggap kelebihan dimiliki Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Barat bertaraf menteri itu.

“Sejujurnya, ada dua perkara yang saya iri hati terhadap sosok mulia ini. Pertama, ketinggian ilmunya dan kedua, ketenangan beliau di tengah hujanan fitnah dengan makian.“Iri hati itu sekali gus menjadikan hati saya mencintainya kerana Allah. Beliau (Abdul Hadi) adalah wali yang tenggelam dalam zauq dan fana’ kerana hubungannya dengan Allah.

“Dentuman guruh, petir dan halalintar cacian di sekelilingnya sedikit pun tidak menganggu asyiknya dengan perjuangan dan ubudiyyahnya kepada Allah,” tulisnya di Facebook semalam.

Dia juga berkongsikan lapan gambar memaparkan sosok Hadi dengan salah satu daripadanya memperlihatkan dirinya duduk bersebelahan Ahli Parlimen Marang itu.

Untuk rekod, mendakwa sebagai wali Allah adalah antara 45 ciri kesesatan dari segi akidah yang menyalahi pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah mengikut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 2012.

Lanjut meluahkan kekaguman hatinya kepada Hadi, Mokhtar menyifatkan bekas Menteri Besar Terengganu sepenggal itu sebagai “sibuk berbisik dengan Allah, lalu tidak lagi menarik baginya perkataan makhluk.”

Dia juga menganggap Abdul Hadi yang dicintainya itu tidak mempedulikan puji dan caci malah lebih gentar akan pujian.

“Puji dan caci sama sahaja baginya. Bahkan, beliau lebih takut kepada pujian berbanding cacian. Sungguh saya iri hati kepadanya.

“Dengan ilmunya beliau terus menulis, mengajar dan memberikan tausihah. Di tengah bedilan musuh beliau terus melangkah,” madah Mokhtar lagi.

Pemilik Pondok An- Nuur di Kampung Kuala Penor, Kuantan tersebut turut mengakui tidak pernah menyesal menyokong bekas Naib Presiden Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia itu.

“Kami abna’ul harakah tidak pernah menyesal berada di belakangnya. Bahkan, kami berbangga dengan anugerah Allah kepada kami iaitu seorang murabbi yang alim, sufi dan mujahid,” ujarnya.

Tidak cukup itu, Mokhtar yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat tidak peduli jika pendiriannya itu dianggap taksub, bahkan menempelak pihak lain yang tidak mempunyai ‘wali’ seperti dimilikinya.

“Nak kata saya taksub? Katalah. Tapi kamu ada, seperti yang kami ada?” soalnya pula.

DAH TAU TAK BOLEH BUAT APA- SOKONG JUGA KUDETA SAMUN KERAJAAN. SOKONG LAGI HADI AWANG

 

May be an image of 1 person


JAMZURI ARDANI

Tuan Ibrahim akui PAS tidak mampu buat perubahan dalam kerajaan kerana cuma ada 3 orang menteri.

Masalahnya dalam kementerian yang menterinya dari PAS pun teruk. Apa lebih baiknya Kementerian Alam Sekitar di bawah menteri PAS sekarang berbanding menteri DAP sebelum ini? Apa lebih baiknya Kementerian Komoditi dan Perladangan di bawah menteri PAS sekarang berbanding menteri DAP sebelum ini? Apa lebih baiknya menteri undang-undang PAS sekarang dengan menteri undang-undang sebelum ini?

Isu RUU355 di bawah menteri PAS. Isu pendakwaan kes pembunuhan Adib di bawah menteri PAS. Apa yang menteri PAS buat?

Malah rakyat juga langsung tidak nampak apa lebih baiknya agensi-agensi di bawah menteri agama sekarang berbanding menteri agama sebelum ini.

Semua pun sembang kari je ...

 

APA MACAM PASIR SALAK?...AWAT TAK MELALAK?

 

W.FAUDZIN

Kebodohan ni macam Covid jugak. Boleh berjangkit. Ramai sangat dok dalam gomen tu bodoh-bodoh belaka, habis berjangkit semua. Apa yang tak kena dengn si Pasir Salak ni?? Siapa tahu.? 

May be an image of ‎text that says "‎tv1 ن×د aan PRIORITY ZONE TAJUDOIH AMMERSIAE LILAE PKP SOP LEBIH KETAT PRASARANA KURANGKAN KEKERAPAN PERKHIDMATAN LRT, MRT, MONORAIL 20:30:00 24.05.2021 ERLAWANAN PERSAHABAT AN DI DUBAI, UAE BEKAS OR‎"‎




DAPAT KE LEBAI...KAYU TERTUA PUN NAK BALUN..ROYALTI BILLION..TAPI.HMMMMMM...HAMPAS

 



Pakar Hospital Putrajaya suruh media ‘tak payah cerita artis langgar SOP,’ tumpu kebaikan vaksin; KKM mahu penjelasan

FMT Reporters  - May 25, 2021  



Kenyataan Dr Rafidah mendapat kritikan pengamal media yang menegaskan mereka tidak meminggirkan laporan mengenai program pemberian vaksin kerajaan. (Gambar Facebook)


PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) tampil menegur kenyataan Pakar Perunding Perubatan dan Pakar Nefrologi Hospital Putrajaya, Dr Rafidah Abdullah, mahukan media menghentikan laporan artis melanggar SOP dan sebaliknya “menunjukkan kebaikan vaksin” kepada rakyat.

“Kenyataan Dr Rafidah bukanlah kenyataan rasmi kementerian. Pihak KKM akan memanggil beliau untuk mendapatkan penjelasan lanjut bagi memastikan perkara sebegìni tidak berulang lagi.

“KKM sangat menghargai peranan media yang banyak membantu kementerian dalam menangani wabak pandemik Covid-19. Sebarang kesulitan yang timbul adalah amat dikesali,” kata KKM dalam kenyataan.

Terdahulu, Rafidah, menerusi catatan di Twitter miliknya dilihat menegur media kerana, menurutnya, tidak mengutamakan laporan yang menggalakkan keperluan rakyat mendapatkan vaksin Covid-19.

“Media mana? Tolong tunjukkan kebaikan vaksin kepada rakyat. Tak payahlah cerita artis langgar SOP. Pedulikan mereka ini.

“Gantikan program tidak berilmiah dengan yang boleh mempengaruhi minda masyarakat kita ke arah membuat keputusan yang betul,” katanya.

Bagaimanapun, kenyataan terbuka itu mendapat kritikan pengamal media yang menegaskan mereka tidak meminggirkan laporan mengenai program pemberian vaksin kerajaan.

Wartawan dengan tanda nama Junhairi Alyasa berkata, mereka komited membuat liputan di pusat vaksin dan pusat kuarantin negara walaupun hampir semua media masih belum menerima vaksin.

“Malangnya, kami media semua belum dapat vaksin walaupun hari-hari kena pergi pusat vaksin untuk tengok orang dapat vaksin,” balasnya.

Sementara Hussaini Amran menyifatkan Rafidah sebagai seorang individu yang malas membaca dan tidak membaca laporan berita secara menyeluruh setiap hari.

“Jenis malas membaca,” katanya ringkas.

Media arus perdana dan portal sebelum ini memberikan liputan meluas kepada pelanggaran SOP oleh orang ramai, ahli politik dan selebriti. Antara mereka adalah Neelofa dan suaminya yang disiasat polis dan di dakwa di mahkamah atas beberapa kesalahan itu.

 



KAKITANGAN KKM TIDAK DITAMBAH, USAHA LAWAN COVID SUKAR BERJAYA


LETAK LA JAWATAN MAHYIADDIN..DAH TAK BOLEH CONTROL DAH COVID 7289 KES

 

COVID-19: Lonjakan kes tertinggi, 7,289 kes baharu

Harits Asyraf Hasnan
COVID-19: Lonjakan kes tertinggi, 7,289 kes baharu
Selangor kekal merekodkan kes tertinggi iaitu 2,642 kes, diikuti Johor (664) dan Kuala Lumpur (604). - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan kes harian tertinggi kes positif COVID-19 apabila merekodkan 7,289 kes baharu dalam tempoh 24 jam yang lalu.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kemas kini di media sosial beliau.
Selangor kekal merekodkan kes tertinggi iaitu 2,642 kes, diikuti Johor (664) dan Kuala Lumpur (604).
Berikut merupakan pecahan kes baharu COVID-19 mengikut negeri:
Selangor : 2,642 kes
Johor : 664 kes
Kuala Lumpur: 604 kes
Sarawak : 513 kes
Kelantan : 425 kes
Negeri Sembilan : 410 kes
Kedah : 336 kes
Pulau Pinang : 380 kes
Terengganu : 268 kes
Sabah : 266 kes
Melaka : 258 kes
Perak : 218 kes
Pahang : 211 kes
Labuan : 63 kes
Putrajaya : 2 kes

INILAH JIKA TIADANYA LOCKDOWN SEPENUHNYA.

 

Pengangkutan awam sesak akibat SOP baharu, pengguna luah rasa kecewa

Afiezy Azaman
Pengangkutan awam sesak akibat SOP baharu, pengguna luah rasa kecewa
Gambar yang dimuatnaik oleh pengguna laman media sosial Twitter berkaitan kesesakan yang berlaku di pengangkutan awam. - Gambar @nrjwznl
KUALA LUMPUR: Polisi baharu dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkaitan menghadkan kapasiti pengangutan awam kepada 50 peratus sahaja penumpang dan kekerapannya dikurangkan di ibu negara khususnya menerima kritikan awam.
Berdasarkan tinjauan di media sosial mendapati, rata-rata pengguna di laman media sosial Twitter meluahkan rasa kesal apabila mendapati orang ramai terpaksa bersesak akibat menunggu untuk tempoh yang lama pengangkutan awam.
Malah penjarakan fizikal juga dilihat sukar untuk diamalkan akibat daripada kesesakan yang berlaku itu.
Seorang pengguna Twitter melalui akaun @nrjwznl mempersoalkan polisi berkenaan sambil memuat naik gambar menunjukkan orang ramai beratur panjang di stesen pengangkutan awam.
Seorang lagi pengguna Twitter dikenali sebagai @Ano_hidayah berkata, 60 peratus pekerja sektor swasta terpaksa melalui kesesakan di pengangkutan awam setiap hari.

Manakala @Hanathesith pula menyuarakan kemarahannya susulan kesesakan yang berlaku di pengangkutan awam.
Astro AWANI sedang berusaha mendapatkan penjelasan daripada pihak berkuasa berkaitan isu melibatkan SOP terbaharu tersebut.
Mengikut SOP yang berkuatkuasa hari ini, 80 peratus penjawat awam akan bekerja dari rumah, kerajaan turut memutuskan 40 peratus pekerja di sektor swasta juga akan berbuat demikian.
Kapasiti pengangkutan awam pula akan dihadkan kepada 50 peratus penumpang sahaja dan kekerapannya dikurangkan.
Sementara operasi perniagaan pula bermula jam 8 pagi sehingga pukul 8 malam.
Sekatan-sekatan yang diumumkan kerajaan itu merupakan penambahan kepada prosedur operasi standard (SOP) yang berkuat kuasa pada 12 Mei lalu.


Nahas LRT: Persatuan pengguna desak pecat Pengerusi Prasarana serta-merta


FMT Reporters

 -

May 25, 2021 



Keadaan LRT dan situasi penumpang di dalam koc tren selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua tren yang bertembung semalam, menyebabkan 213 orang cedera, manakala 47 daripadanya parah.




PETALING JAYA: Persatuan Pengguna Pengangkutan Awam (4PAM) mendesak Pengerusi Prasarana Tajuddin Abdul Rahman dipecat serta-merta kerana gagal menguruskan insiden melibatkan dua tren LRT yang bertembung di dalam terowong antara stesen Kampung Baru dan KLCC, malam tadi.


Presidennya, Ajit Johl berkata beliau malam tadi tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau mengunjungi lokasi bencana yang disifatkan terburuk dalam sejarah pengangkutan sistem tren negara.

“Ini tidak menghormati keselamatan dan kebajikan penumpang,” katanya satu kenyataan.

Sekurang-kurangnya 47 penumpang dilaporkan cedera parah, manakala 166 lagi mengalami cedera ringan dalam pertembungan dua tren LRT, masing-masing dari arah Gombak dan Kelana Jaya pada jam 8.45 malam.

Insiden itu adalah kejadian pertama dalam sejarah sejak ia beroperasi 23 tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Mohamad Zainal Abdullah, dilaporkan berkata tren tanpa pemandu dari Gombak membawa 213 penumpang, manakala tren dipandu manual dari arah Kelana Jaya tidak membawa penumpang, dipercayai mengalami masalah teknikal sebelum pertembungan berlaku.

Dalam pada itu, beliau mahu Prasarana, sebagai syarikat tunggal bertanggungjawab menguruskan sistem pengangkutan awam negara bertanggungjawab melindungi penumpang yang tercedera dengan memastikan rawatan dan pampasan yang sewajarnya.

“Ini adalah masalah yang sangat serius, keselamatan penumpang pengangkutan awam adalah masalah yang telah disuarakan secara konsisten 4PAM sejak tujuh tahun lalu.

“Bagaimana operator (Prasarana), penggubal dasar dan Kementerian Pengangkutan dapat memberi jaminan bahawa pengguna akan dilindungi dan diwakili dengan baik ketika mereka tidak berada sekali di bahagian penyelidikan?,” soal beliau.

Beliau menegaskan, pihaknya sudah meminta kerajaan membentuk Tribunal Pengangkutan Awam bagi memastikan keselamatan penumpang pengangkutan awam dilindungi dan terjamin.

“4PAM merayu Perdana Menteri untuk memastikan pengguna diwakili dan menubuhkan segera Tribunal Pengangkutan Awam untuk menyiasat insiden ini,” katanya.

Kelibat Tajuddin di lokasi kejadian malam tadi menjadi tanda tanya warganet apabila hanya Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong dilihat turun padang.

Tajuddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak itu sudah melawat lokasi kejadian pagi ini.


(function() { var d = document, w = window; w

RAKYAT AKAN TERUS TERKURUNG DALAM KEHIDUPAN SELAGI MAHIADDIN TIDAK SEGERA DIBUANG

  Sebagaimana disebut banyak kali dan diperkatakan pelbagai pihak, kegagalan utama kerajaan dan Mahiaddin Md Yasin ialah mengawal penularan ...