DALAM DEWAN KE MAIN HERO..JADI SESUATU DAPAT LAPORAN LEWAT..POOOODAH

 

Saya dapat laporan agak lewat, kata Pengerusi Prasarana


FMT Reporters

 -

May 25, 2021 


KUALA LUMPUR: Pengerusi Prasarana, Tajuddin Abdul Rahman, mempertahankan tindakannya melawat lokasi tren LRT bertembung hanya pagi tadi, menegaskan beliau terima laporan kejadian “agak lewat” semalam.

Beliau kesal dengan kritikan segelintir pihak yang mempersoalkan mengapa beliau tidak kelihatan di lokasi kejadian semalam, sedangkan Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong, turun ke lokasi walaupun lewat malam.

“Semalam pun menteri dah turun. Semua ada di sana. Jangan lah suka ‘provoke’, apa gunanya?” katanya pada sidang media selepas melawat lokasi kejadian.

Mengenai gambar tular di media sosial bahawa tiada penjarakan fizikal dalam gerabak LRT pagi tadi, Tajuddin menegaskan ia gambar lama ketika perintah kawalan pergerakan 2.0.

“Ketika itu kerajaan benarkan pengangkutan awam dibenarkan beroperasi dengan kapasiti penuh,” katanya.

Tajuddin menambah penandaan penjarakan fizikal sudah dibuat di stesen dan dalam tren.

“Macam mana boleh penumpang berpusu-pusu masuk ke dalam?” soalnya, menyanggah tuduhan terhadap penumpang LRT.

 

No comments: