*PRN SABAH: KEADILAN GESA SYARIKAT PENERBANGAN TURUNKAN HARGA TIKET*


Syarikat penerbangan digesa untuk menurunkan harga tiket bagi tempoh 26 September hingga 27 September bagi membantu warga Sabah pulang untuk mengundi.

Pengerusi Lembaga Penasihat KEADILAN, Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata setakat ini terdapat 5,966 pengundi yang menyatakan minat mereka untuk pulang mengundi namun tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli tiket penerbangan.

Dr Wan Azizah merayu rakyat Sabah yang tinggal di luar negeri itu supaya balik mengundi pada 26 September ini.

Katanya, setiap pengundi perlu menunaikan tanggungjawab mereka memandangkan Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini menyaksikan pertandingan sengit yang disertai pelbagai parti.

“Kita mahu tiap-tiap pengundi luar balik sebab banyak sangat penjuru ini mungkin adalah satu ciri-ciri orang Sabah tapi pilihan raya, setiap undi berharga,” katanya ketika sidang media di Kota Kinabalu hari ini.

Tiga hari berkempen di kawasan Kota Kinabalu, Wan Azizah mendakwa mood pengundi Sabah masih mahu mengekalkan kerajaan yang dipimpin Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Shafie Apdal.

“Apabila kita mengenengahkan Sabah untuk orang Sabah ini salah satu rakyat mahu. Saya tengok orang Sabah tahu bahawa KEADILAN dan Warisan Plus memang Sabah.

“Mereka nakkan satu kerajaan yang kuat dan kukuh untuk membangunkan Sabah,” ujarnya.

Terdahulu, KEADILAN mewujudkan tabung yang dikhususkan untuk membantu pengundi luar balik mengundi pada 26 September ini.



LETIH PKR TETAP DIKUASAI KARTEL? SILA BUKA MATA ATAU TIADA SIAPA LAGI YANG NAK BEKERJA

 

UTAMAKAN STRATEGI POLITIK HADAPI PN


Kenapa Malaysia tak ikut pelan vaksin, soal persatuan perubatan FMT Reporters - September 18, 2020

 



 FMT Reporters  - September 18, 2020 3



Kementerian Kesihatan sebelum ini berpendirian tidak mahu tergesa-gesa menyertai pelan itu berikutan perlu mempertimbangkan beberapa perkara membabitkan pembangunan vaksin dari negara luar. (Gambar AP)


PETALING JAYA: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa Putrajaya lebih telus dalam rancangannya mendapatkan vaksin Covid-19 untuk negara ini.

Ia susulan Malaysia dilaporkan tidak termasuk dalam senarai 172 negara yang mendaftar untuk platform pembangunan vaksin global, Covax.

Presidennya Dr N Ganabaskaran berkata, rakyat berhak mengetahui mengapa Malaysia tidak menandatangani pelan vaksin Covax, kerana tarikh tutup bagi negara yang merancang mengambil bahagian berakhir hari ini.

“Walaupun KKM memerlukan lebih banyak masa untuk membuat keputusan melebihi tarikh tutup pelan itu, rakyat mesti tahu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Menteri Kesihatan Dr Adham Baba perlu memberi respons segera atau beliau perlu menjawab kepada rakyat nanti mengapa Malaysia menangguhkan pelan mendapatkan vaksin Covid-19.

Covax adalah sebuah platform yang dikoordinasi bersama sebuah pakatan vaksin global, GAVI, Gabungan bagi Inovasi Persediaan Epidemik (CEPI) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Ia dibentuk bagi mencegah negara daripada membolot vaksin Covid-19 di pasaran, selain memfokuskan untuk mengutamakan vaksin kepada golongan berisiko tinggi.

Terdahulu, sebanyak 76 negara kaya termasuk Jepun, Norway dan Jerman komited menyertai pelan itu yang menyasarkan untuk membantu pembelian dan edaran bekalan yang lebih bersifat adil.

“MMA percaya walaupun Malaysia mempunyai rundingan bilateral sendiri untuk sesuatu vaksin, mendaftar dengan pelan vaksin Covax boleh menjadi pilihan tambahan yang akan menjamin akses ke vaksin untuk Covid-19,” katanya.

Katanya, di sebalik pertimbangan terhadap isu keselamatan dalam pembangunan vaksin yang dikesan pantas itu, mana-mana vaksin yang berpotensi akan dinilai secara menyeluruh melalui prosedur ketat oleh Kementerian Kesihatan untuk keberkesanan dan keselamatan, sebelum diisytiharkan selamat untuk digunakan.

 

JANGAN PUJA HJ HADI BERLEBIHAN


Dulu ini kalilah, kali ini sekali lagilah undi Warisan Plus - Shamsul Iskandar

 


Ketua Penerangan KEADILAN Sabah, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin menyeru kepada semua rakyat Sabah supaya sekali lagi mengundi untuk Warisan Plus pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

 Beliau berkata, rakyat Sabah sudah pun memberikan mandat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) namun disebabkan pengkhianatan, ia dikembalikan semula kepada rakyat untuk memilih mandat baharu untuk tempoh lima tahun akan datang.

 "Kalau dulu ini kalilah dan rakyat beri peluang kepada kita untuk menerajui kerajaan. Tapi baru dua tahun, sudah ada pengkhianat, ada katak mahu lompat 

 "Jadi kalau dulu ini kalilah, kita merayu sekali lagilah beri peluang kepada kita, kita merayu kepada rakyat kali ini bagi kita lima tahun dan apa yang kita cakap boleh dilaksanakan," katanya.

 Pada masa sama, Shamsul berkata prestasi Warisan hanya boleh dinilai dalam tempoh lima tahun, bukannya 24 bulan sebagaimana yang terjadi.

 "Lima tahun satu tempoh yang munasabah, mana boleh dua tahun sahaja pilihan raya. Pemilihan parti pun tiga tahun, mesti ada satu tempoh yang sesuai.

 "Justeru, kita minta tolong orang Sabah baliklah mengundi, beri mandat sekali lagi untuk lima tahun, kita akan buktikan kerajaan kita stabil, bersih dan boleh bagi kebajikan kepada rakyat," katanya.

 


UMNO TERENGGANU, KELANTAN TANDING SEMUA KERUSI PRU 15?


PRN Sabah: PKR desak hentikan amalan ‘cash is king’

 

PRN Sabah: PKR desak hentikan amalan ‘cash is king’

Muhyiddin Yassin sepatutnya menghentikan amalan ‘cash is king’ yang pernah dilawan dan ditegurnya dahulu, demikian menurut Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil.

Fahmi berkata, Muhyiddin sebagai Perdana Menteri tidak seharusnya menggunakan isu bantuan untuk meraih undi di PRN Sabah.

Muhyiddin terdahulu, dilaporkan berkata akan menyalurkan lebih banyak bantuan sekiranya pengundi Sabah memilih parti Kerajaan Persekutuan pada PRN nanti.

“Saya cukup terkejut membaca kenyataan Perdana Menteri.

“Ini kerana kenyataan tersebut mewujudkan persepsi pengundi Sabah hanya akan terima lebih banyak bantuan jika mereka memilih parti Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Katanya, kenyataan Muhyiddin itu berniat mempengaruhi pengundi dengan tawaran “Undi parti Kerajaan Persekutuan, bantuan lebih banyak. Undi yang lain, bantu cukup syarat sahaja.”

“Ini adalah amalan “cash is king”, yang dahulunya ditegur dan dilawan YAB Perdana Menteri sendiri,” katanya.

Malangnya, katanya kenyataan beliau ini mirip apa yang beliau sendiri tegur dan lawan dahulu. Apa sudah jadi?

“YAB Perdana Menteri seharusnya tidak menggunakan isu bantuan untuk meraih undi,” katanya.

Tambahnya, beliau harus menjadi Perdana Menteri untuk semua negeri dan semua rakyat Malaysia, bukan sahaja Perdana Menteri untuk negeri-negeri yang ditadbir parti Kerajaan Persekutuan atau mereka yang mengundi parti Kerajaan Persekutuan.

“Jika beliau enggan bantu negeri-negeri pada kadar dan keperluan yang sepatutnya, saya rasa wajar beliau berundur dari menjadi Perdana Menteri,” katanya.

Justeru, katanya rakyat Sabah berhak memilih mana-mana parti yang mereka ingini, dan Kerajaan Persekutuan tiada hak untuk menafikan keputusan rakyat.

“Saya percaya rakyat Sabah cukup matang dalam menilai yang mana kaca, yang mana permata,” katanya

Sebelum itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pengundi perlu memilih Kerajaan Negeri Sabah yang sehaluan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memudahkan urusan pentadbiran dan pembangunan.

Perdana Menteri berkata Sabah akan menjadi lebih gemilang jika dipimpin Perikatan Nasional (PN) bersama-sama parti yang sehaluan dengannya.

 

Pejabat Azmin, Hilman disita

 

Pejabat Azmin, Hilman disita

NORAFIZA JAAFAR

GOMBAK - Pejabat Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham di Taman Berjaya di sini disita oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS) hari ini.

Difahamkan, notis pengosongan dikeluarkan ke atas bangunan tersebut yang dahulunya merupakan dewan awam sebelum dijadikan Pusat Khidmat oleh ADUN terdahulu, Hasbullah Ridzwan sebelum diambil alih oleh Mohamed Azmin dan Muhammad Hilman.


Tindakan pengosongan itu dipercayai ada kaitan dengan status kedua-dua wakil rakyat tersebut yang bukan lagi ADUN mewakili kerajaan negeri selepas menyertai Parti Bersatu Pribumi Malaysia (Bersatu).

Muhammad Hilman ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan perkara itu, namun tiada di pejabatnya ketika tindakan diambil kerana berada di Sabah.



Penguat kuasa MPS menyita dua pejabat wakil rakyat berkenaan hari ini.

Menurutnya, beliau melihat tindakan oleh kerajaan negeri dengan merampas kembali pusat khidmat itu sebagai tindakan yang merugikan rakyat.

"Tindakan Menteri Besar Selangor (Datuk Seri Amirudin Shari) dan kerajaan negeri menyita pusat khidmat dan menghalau saya keluar hanya akan merugikan rakyat DUN Gombak Setia.

"Pusat Khidmat tersebut adalah pejabat untuk saya bertemu dengan rakyat, pimpinan tempatan dan warga yang memerlukan," katanya menerusi kenyataan di aplikasi WhatsApp hari ini.

Katanya, langkah tersebut juga seperti tindakan balas dendam susulan pihaknya tidak lagi bersama Pakatan Harapan (PH).

"Walaupun saya bukan lagi ADUN PH, namun saya dan Mohamed Azmin masih melaksanakan khidmat dan menyalurkan bantuan kepada warga Gombak.

"Jika MB dan kerajaan negeri mahu menghukum saya kerana tidak lagi menyokong PH, mereka sepatutnya berdepan dengan saya dan bukan menghukum rakyat dan para pengundi Gombak Setia," katanya.

Sementara itu, wakil MPS ketika dihubungi memaklumkan akan memberikan kenyataan berhubung perkara itu dalam masa terdekat.



WARISAN BAWA GELOMBANG BESAR DI SABAH


LAYAN APA PEJABAT NI KATA...NAK GADUH LA TU


 

DUA KALI MB PILIHAN MUHYIDDIN GAGAL DI JOHOR.SEKARANG ADA HATI LAGI NAK PILIH DI SABAH?

 

Bukan rahsia lagi dua bekas Menteri Besar Johor ketika era pemerintahan PH adalah datang daripada buah fikiran serta cadangan Muhyiddin Yassin yang akhirnya kedua-dua mereka berakhir dengan kegagalan.

Osman Sapian dan Dr Sahruddin Jamal ini adalah orang pilihan Muhyiddin memandangkan beliau merupakan ahli politik senior di negeri tersebut, selain kedudukannya sebagai Presiden Bersatu.

Mahu atau tidak, Muhyiddin perlu mengakui pilihannya itu adalah suatu kegagalan apabila kedua-dua orang kepercayaannya itu dilihat lemah dan gagal dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab dengan baik di Johor.

Mereka berdua bukan sahaja tidak dapat mentadbir dengan baik, malahan kurang disenangi kerana beberapa isu berbangkit yang gagal diselesaikan dengan baik.

Malah, hubungan kerajaan negeri dengan Istana Johor juga agak renggang ketika era kedua-dua Menteri Besar pilihan Muhyiddin itu.

Pada PRN Sabah kali ini pula, Muhyiddin secara terbuka sudah menyatakan hasratnya berhubung calon Ketua Menteri pilihannya dan lebih menarik lagi keputusan tersebut dibuat tanpa berbincang bersama rakan sekutunya BN.

Nama yang dipilihnya adalah calon kerusi DUN Sulaman, Datuk Hajiji Noor yang juga merupakan Pengerusi Bersatu Negeri Sabah dan pilihannya itu dipercayai dibuat sebagai membalas jasanya mengembangkan parti itu ke negeri tersebut.

Walaupun dianggap parti baharu dan masih belum pernah diuji di Sabah, Muhyiddin dilihat memberikan kepercayaan penuh kepada Hajiji, walhal calon pilihannya itu adalah “katak” yang bertanding atas tiket UMNO semasa PRU14 lalu dan kemudian melompat menyertai Bersatu.

Hajiji sememangnya dilihat kurang berpengalaman dan tidak mempunyai pengaruh untuk menarik sokongan pengundi, lemah dalam komunikasinya serta terlalu mengharapkan bantuan daripada pemimpin Bersatu dari Semenanjung dalam kempen PRN Sabah ini.

Sepanjang tempoh berkempen, semua menteri daripada Bersatu seolah-olah dikerah untuk membantu Muhyiddin dan calon-calon Bersatu di mana segala macam bentuk program atau projek ternampak dikhususkan untuk mendapatkan undi.

Maka, ke sana ke sini lah menteri-menteri Bersatu turun membantu Muhyiddin bagi memenangkan Hajiji dan merampas semula Sabah daripada kerajaan Warisan.

Sememangnya Muhyiddin memerlukan kemenangan ini dan ia penting bagi survival politiknya sebagai Perdana Menteri, walhal risiko yang diambilnya dengan menamakan Hajiji adalah satu tindakan yang akan “membunuh persahabatan” antara partinya, Bersatu dengan UMNO yang dipimpin oleh Ahmad Zahid Hamidi.

Sekiranya di Johor pun Muhyiddin gagal dalam pemilihan calonnya, adakah kali ini kegagalan yang sama bakal berulang di Sabah?

Sama ada Hajiji akan memberikannya kemenangan atau kekalahan pasti akan memberi kesan politik yang besar buat dirinya.

Nasib Muhyiddin sebagai Perdana Menteri sebenarnya akan ditentukan pada 26 September ini, tarikh itu merupakan pertarungan hidup dan mati buat karier politiknya. (Shahbudindotcom 18/09/2020)

AZMIN TAK BOLEH PERCAYA

 

HAMDAN TAHA





Saya ni ahli umno mampusss saya tak akan pertahankan Azmin Ali walaupun dia rakan kepada Umno....

Dia ni gay jelas...homosex... bukan gay tersembunyi....lepas tu penipu pula...kaki sapu projek juga....macam mana lah Umno dan Pas boleh pertahan dia dan anggap dia hero...tak faham saya ada pemimpin Umno dan Pas sambut dia dan bagi penghormatan

Kerajaan ini jadi rosak kerana dia...yang lain lain MP dari Keadilan tu kira ok lah boleh lah di terima kerana sekadar bertukar parti sahaja....

Tetapi Azmin Ali ni....gay dan Allah dah buka aib dia secara terbuka. Pas kata mereka tak terima pemimpin yang ada masalah moral sex....tapi Pas juga pembohong jika boleh terima Azmin Ali....walaupun Pas guna hujah tak nampak....tak ada empat saksi...dan sebagainya untuk menghalalkan dia sokong Azmin....lidah itu lagi puaka...saksi yang dah tengok kes Azmin ni bukan lagi 4 tapi juta orang dah tengok termasuk IGP lidah cabang.

 

SATU DUNIA DAH TAHU DAN JELAS

 

RINA HAMZAH



TERBUKTI SAH !!.. Bekas Pemimpin No. 1 Negara Ustaz Haji Najib Razak dari parti Keramat UMNO adalah pesalah kaki rasuah No. 1 negara yg jelas merompak menyamun duit rakyat & negara.

Malah Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali berkata Najib seorang pengkhianat negara kerana kesalahan salah guna kedudukan, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram yang paling teruk dan paling serius dalam sejarah Malaysia.

Tu pun masih ramai lagi penyokong tegar UMNO, PAS sokong penyangak duit rakyat tu kenapa ??!

 

ROSLAN KASIM KEMBALI KE RAHMATULLAH-ANTARA PENGASAS AWAL PARTI KEADILAN

 

HAMDAN TAHA



Telah kembali menemui Allah swt,seorang sahabat yang baik dan tak tahu marah orang. Semasa mudanya antara orang yang mempopularkan qiamulai berjemaah....suara dan bacaannya sedap dan baik.

Masuk politik berjaya menjadi exco umno malaysia. Kemudian bersama saya menubuhkan parti keadilan antara pengasas dan beberapa kali menjadi tahanan isa

Sahabat saya ini tidak begitu berjaya dalam politik ada sahaja halangan beliau untuk berjaya....

Di doakan semoga Allah swt mengampunkan segala dosanya....sdr roslan kassim

DAP beri peluang orang muda tonjol bakat

 




Pada 18 September 2020

oleh PENTADBIR

Oleh Noor Suhana Ishak

(Timbalan Pengerusi DAP Cawangan Kampung Tunku SS1 dan mantan Naib Ketua Puteri Umno Bahagian)

Saya merujuk kepada kenyaatan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dalam kenyataan beliau yang disiarkan di The Malaysian Insight berbahasa Inggeris pada 18 September 2020 yang berbunyi “Don’t let DAP dupe you Ku Li tells Malay youth”.

Pertama sekali dengan rasa penuh hormat dan rendah diri saya terhadap veteran politik seperti ayahanda Ku Li, saya memohon maaf jika apa yang saya luahkan ini menyinggung perasaan beliau.

Saya adalah seorang wanita muda Melayu yang merupakan ahli DAP yang kini memangku jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Cawangan DAP Kampung Tunku SS1.

Saya menyertai DAP pada tahun lalu. Sebelum saya menyertai DAP, saya adalah ahli Umno di bawah sayap Puteri Umno dan jawatan saya sebelum saya keluar parti tahun lepas adalah Naib Ketua Pergerakan Puteri Bahagian di sebuah bahagian di Wilayah Persekutuan.

Sejujurnya pengalaman saya di dalam DAP dan Umno amat berbeza sekali.

Di dalam DAP, saya diberikan peluang untuk berkembang maju dan diberikan galakan untuk mengembangkan bakat dan kebolehan saya tanpa ada apa-apa sekatan.

Di dalam DAP saya mula belajar tentang perkara yang saya tidak pernah belajar di dalam Umno terutamanya berkaitan dengan pendidikan politik negara ini juga Perlembagaan Persekutuan.

Di dalam DAP juga pandangan saya diambil kira oleh pimpinan tertinggi.

Saya telah beberapa kali menerima undangan dari Veteran DAP, Lim Kit Siang dan juga beberapa pemimpin parti yang lain untuk berkongsi pendapat mengenai hala tuju parti dan juga landskap politik masa kini.

Sejujurnya ini semua adalah pengalaman baru buat saya walaupun saya sudah lama berkecimpung dalam bidang politik melalui Puteri Umno.

Di dalam Umno khususnya Puteri Umno, pandangan saya sebagai seorang akar umbi tidak dipeduli, saya hanya diberikan perhatian selepas saya mula menjawat jawatan namun pandangan saya dan rakan-rakan yang lain kurang diambil peduli oleh peringkat pimpinan atas baik di Puteri Umno mahupun di peringkat Umno Malaysia.

Berapa ramai ahli Puteri Umno di peringkat cawangan yang diberikan peluang berdialog secara dekat dengan pemimpin parti?

Berapa ramai ahli akar umbi yang tahu mengenai Perlembagaan Persekutuan dengan lebih mendalam selain daripada retorik mengenai hak Melayu, Raja-raja Melayu dan agama Islam yang dimainkan oleh Umno?

Jujur saya akui Umno adalah parti yang penuh dengan protokol dan tidak mesra anak muda.

Lain pula di DAP, di mana anak muda diberikan peluang, mungkin tidak ramai sebagai ahli Jawatankausa Tertinggi Pusat (CEC) tetapi ramai sebagai wakil-wakil rakyat dan calon pilihan raya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu, kesemua calon pilihan raya DAP yang muda telah memenangi kerusi mereka dengan majoriti yang besar. Calon-calon muda ini adalah berusia antara 25 hingga ke 35 tahun.

Ini berbeza dengan takrif calon muda yang dibawa oleh Umno dan Barisan Nasional.

DAP adalah satu parti pelbagai kaum. Ia mungkin didominasi oleh kaum Cina pada masa dahulu namun tidak pada masa kini.

Dan saya menjangkakan lebih ramai anak muda Melayu akan menyertai DAP kerana mereka menolak parti politik yang menpunyai asas dan retorik bangsa dan perkauman.

Saya juga ingin mengingatkan ayahanda Ku Li bahawasanya pada 16 September 2020 yang lalu, iaitu beberapa hari yang lalu, kita telah menyambut Hari Malaysia ke-57.

Hari Malaysia adalah bagi memperingati peristiwa gabungan Tanah Melayu, Sabah yang dikenali dengan nama Borneo Utara pada waktu itu, Sarawak dan Singapura (yang kemudiannya keluar dari gagasan ini) untuk membentuk sebuah negara yang merdeka yang dipanggil Malaysia.

Saya mohon agar tidak lagi digunakan terma Tanah Melayu itu bagi membakar sentimen antara kita dan menghormati pembentukan negara kita yang tercinta ini.

Akhir kata saya mohon kepada ayahanda Ku Li dan pemimpin parti Umno yang lain, hentilah membakar sentimen perkauman demi mendapat sokongan.

Anak muda kini sudah lebih terbuka mindanya. Sebagai satu parti yang mewakili Melayu yang sudah lama bertapak di negara ini, Umno seharusnya lebih baik dan “classy” dalam perkara-perkara sebegini.

Walaupun mungkin tidak mendapat sokongan, namun mungkin Umno masih dihormati jika tidak bermain sentimen perkauman. 

 

Persenda golongan memerlukan: MB Kedah digesa mohon maaf

 

Oleh Nor Miswary Ramli

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor digesa memohon maaf kepada seorang pemanggil yang menghubungi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Pejabat Daerah Kota Setar seperti dalam rakaman video yang tular semalam.

Dalam video tersebut beliau dilihat seolah-olah mempersenda dan mentertawakan seorang pemanggil yang memohon mendapatkan bantuan makanan dan kewangan kerana tiada pendapatan ditambah dengan keadaan suami yang sedang sakit.

Kedudukan beliau sebagai Menteri Besar tidak menghalalkan aksi politik seperti ini menjadi bahan gurau senda ketika rakyat Kedah sedang bergelut dengan isu kemiskinan dan kehilangan mata pencarian kesan daripada pandemik Covid-19 serta pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran.4.

MB Kedah sepatutnya menunjukkan lebih rasa simpati, belas ehsan dan teladan yang baik kepada rakyat Kedah dan bukannya melakukan ‘prank call’ kepada mereka yang memerlukan pertolongan sehingga maklumat peribadi pemanggil terdedah kepada orang awam.

Tindakan MB Kedah daripada PAS ini amat dikesali dan beliau harus segera memohon maaf kepada pemanggil dan seluruh rakyat Kedah.