*PRN SABAH: KEADILAN GESA SYARIKAT PENERBANGAN TURUNKAN HARGA TIKET*


Syarikat penerbangan digesa untuk menurunkan harga tiket bagi tempoh 26 September hingga 27 September bagi membantu warga Sabah pulang untuk mengundi.

Pengerusi Lembaga Penasihat KEADILAN, Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata setakat ini terdapat 5,966 pengundi yang menyatakan minat mereka untuk pulang mengundi namun tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli tiket penerbangan.

Dr Wan Azizah merayu rakyat Sabah yang tinggal di luar negeri itu supaya balik mengundi pada 26 September ini.

Katanya, setiap pengundi perlu menunaikan tanggungjawab mereka memandangkan Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini menyaksikan pertandingan sengit yang disertai pelbagai parti.

“Kita mahu tiap-tiap pengundi luar balik sebab banyak sangat penjuru ini mungkin adalah satu ciri-ciri orang Sabah tapi pilihan raya, setiap undi berharga,” katanya ketika sidang media di Kota Kinabalu hari ini.

Tiga hari berkempen di kawasan Kota Kinabalu, Wan Azizah mendakwa mood pengundi Sabah masih mahu mengekalkan kerajaan yang dipimpin Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Shafie Apdal.

“Apabila kita mengenengahkan Sabah untuk orang Sabah ini salah satu rakyat mahu. Saya tengok orang Sabah tahu bahawa KEADILAN dan Warisan Plus memang Sabah.

“Mereka nakkan satu kerajaan yang kuat dan kukuh untuk membangunkan Sabah,” ujarnya.

Terdahulu, KEADILAN mewujudkan tabung yang dikhususkan untuk membantu pengundi luar balik mengundi pada 26 September ini.



No comments:

(function() { var d = document, w = window; w

Ramai semakin marah

  Mohsin Abdullah  - April 21, 2021  Hari ini, Selasa 20 April 2021, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, diberitakan memohon mengadap Yan...