Utamakan strategi politik hadapi PN
Ipohmali
Semalam aku cadang nak tulis pasal ni..Cuma aku ada hal semalam.. Cuma aku ada hal.. Jadi hari ii kita akan bercerita pasal kisah 16 September.. Tetapi bukan pasal hari Malaysia.. tetapi langkah Politik..
Anwar perlu Bertaubat.. Itulah kata kata yang keluar dari mulut Karpal Singh ketika Kerajaan negeri Pakatan Rakyat jatuh pada Feb 2009…
Bukan hanya Karpal Singh marahkan Ds Anwar.. hatta Lim Kit Siang dan lim guan eng yang dituduh sesat bila mengikut langkah Ds Anwar bermain dengan Politik yang dinamakan Karpal sebagai Crossover , Penyeberangan Ahli Parlimen Sabah Sarawak kepada Pakatan Rakyat menjelang 16 september 2008…
Ketika itu pimpinan Amanah dalam PAS, DAP mengikut langkah Ds Anwar bermain dengan Politik, Penyeberangan Ahli parlimen Sabah sarawak, Malaysia digemparkan akan ada pertukaran Kerajaan pada 16 September yang akhirnya dari peristiwa tersebut Perak jatuh pada Febuari 2009.. Sebelum Negeri Perak Jatuh, Anwar terlebih dahulu mengumumkan adun Bota menyertai PKR di Stadium Bota masa itu..
Aku tulis kembali cerita ini, Bukan lah sebab nak ungkit kisah lalu, Tapi nak meluruskan kefahaman tentang Politik.. Kadang2 ada langkah Politik kita dengan rakan Tahaaluf kita tak bersetuju.. sama seperti Langkah Kajang Dulu.. Tidak sapa dapat nafikan langkah itu Pelik.. Ketika itu Ds Anwar menjatuhkan MB nya sendiri.. Dan pada masa yang sama PAS dan Almarhum Tok Guru Nik Aziz sendiri berbeza pandangan.. Tetapi kita kena bijak berbeza pandangan… dan meraikan Ijtihad dalam parti..
Dari langkah Kajang itulah.. Bermula kelompok Amanah yang ada dalam PAS dituduh Anwarinas.. Mereka tercampak dari parti atas langkah langkah yang dicipta oleh rakan Politik… Tetapi ketika itu kita semua mengambil tanggung jawab bersama.. Meraikan kehendak dan Ijtihad Parti Politik yang berbeza..
Jadi jika sebelum ini ada usaha dari kepimpinan Amanah atau DAP mahu mengembalikan Kerajaan Pakatan Harapan.. berunding dengan bekas rakan, Bagi aku itu jauh lebih bermaruah dari cerita 16 September yang dibuat Ds Anwar dulu.. Biarpun aku berpandangan Kerajaa PN harus dikekalkan pada waktu ini.. Tetapi tidak lah boleh mereka dituduh Khianat pada Pakatan Harapan…
Maksudnya kita boleh berbeza pandangan dan Pendekatan Politik.. Tetapi kita harus kekal bersama Pakatan Harapan.. Contohnya PRN Sabah.. Jadi raikan perbezaan dengan baik..Contohnya DAP dan Amanah bersetuju bersama dengan Logo Warisan dan PKR dengan Logo sendiri.. Jadi raikan perbezaan ini dalam satu gabungan…
Bagi aku tak perlu kita tuduh menuduh.. Raikan Perbezaan pendekatan, Ds Anwar sendiri meraikan kerjasama dia dengan Tun dan parti Warisan.. Bagi aku tindakan Ds Anwar itu lambang kematangan Politik… Jadi bila ada satu satu masalah..kita ambil tanggungjawab bersama..
Jangan jadi seperti PAS dahulu..Berbeza dengan Haji Hadi, terus dituduh Anwarinas… Hari ini yang tak setuju dengan Tun..mereka tuduh pemimpin yang bersama dgn Tun jadi alat Tun Mahathir.. Bagi aku kesetiaan DAP dan pemimpin Amanah hari ini bersama Ds Anwar teruji.. mereka sendiri dipecat dan tercampak dari PAS hanya disebabkan menyokong Ds Anwar dalam Politik…
Menjelang PRU 15.. Sudah pasti kita akan berhadapan dengan PN dan BN atas satu gabungan Pakatan Harapan.. Mustahil untuk Tun Mahathir untuk diangkat semula sebagai PM… Sudah pasti calonnya Ds Anwar Ibrahim… sebarang parti Melayu dalam gabungan PH hanya memecahkan lagi Undi sedia ada, Terutama marginal Bukan Melayu..
Jadi raikan perbezaan pendekatan.. Jangan jadi seperti PAS, Kalau tak setuju dengan kita..Maka mereka adalah musuh kita… Takda sebarang kebijaksanaan kita bermusuh dengan Tun atau parti Warisan hatta mereka tidak bersama dengan gabungan PH.. Jadi bagi Pakatan Harapan.. Kekalkan Kebijaksanaan sepertimana di Sabah…
Bagi rakan rakan PH, terutama PKR.. Jangan Salah faham tulisan ini cuma aku nak meluruskan kefahaman dalam Politik..Aku masih menyokong Ds Anwar Ibrahim sebagai PM dan gabungan PH… Cuma aku berbeza pandangan jika ada yang mahu mengajak aku bermusuh dengan Tun Mahathir.. Jadi raikan Perbezaan pandangan… Tak perlu aku Ulang..Dalam Politik aku masih menghormati Tun Mahathir sebagaimana aku menghormati Ds Anwar Ibrahim.. 🙂