Dulu ini kalilah, kali ini sekali lagilah undi Warisan Plus - Shamsul Iskandar

 


Ketua Penerangan KEADILAN Sabah, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin menyeru kepada semua rakyat Sabah supaya sekali lagi mengundi untuk Warisan Plus pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

 Beliau berkata, rakyat Sabah sudah pun memberikan mandat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) namun disebabkan pengkhianatan, ia dikembalikan semula kepada rakyat untuk memilih mandat baharu untuk tempoh lima tahun akan datang.

 "Kalau dulu ini kalilah dan rakyat beri peluang kepada kita untuk menerajui kerajaan. Tapi baru dua tahun, sudah ada pengkhianat, ada katak mahu lompat 

 "Jadi kalau dulu ini kalilah, kita merayu sekali lagilah beri peluang kepada kita, kita merayu kepada rakyat kali ini bagi kita lima tahun dan apa yang kita cakap boleh dilaksanakan," katanya.

 Pada masa sama, Shamsul berkata prestasi Warisan hanya boleh dinilai dalam tempoh lima tahun, bukannya 24 bulan sebagaimana yang terjadi.

 "Lima tahun satu tempoh yang munasabah, mana boleh dua tahun sahaja pilihan raya. Pemilihan parti pun tiga tahun, mesti ada satu tempoh yang sesuai.

 "Justeru, kita minta tolong orang Sabah baliklah mengundi, beri mandat sekali lagi untuk lima tahun, kita akan buktikan kerajaan kita stabil, bersih dan boleh bagi kebajikan kepada rakyat," katanya.

 


No comments: