KEADILAN BUAT RAFIZI

Suara Marhaen

Sejauh mana pemimpin dan Parti Keadilan Rakyat menghargai sdr Rafizi Ramli ??????

Rasanya tak perlu disebut satu persatu apa pengorbanan yang telah Rafizi lakukan untuk parti khususnya bagi memastikan kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam PRU14 lalu...

Ramai yang telah sedia maklum tentang itu...

Beliau, Rafizi Ramli telah merisikokan dirinya melalui pendedahan demi pendedahan.. membongkar penyelewengan, rasuah kerajaan umno bn menjelang pru14 lalu.. malah sejak sebelum itu pun. dan disebabkan itu beliau berdepan puluhan tuduhan di mahkamah... Semuanya kerana apa ?????

Adakah utk kepentingan dirinya sendiri? Walhal pada pru14 lalu beliau tak bertanding pun...!!

Tapi belum pernah seorang pun yg sedia lakukan seperti yg dilakukan Rafizi.. turun menjelajah berkempen di seluruh pelosok negara.. di pendalaman..di kawasan2 Felda, pekan2 kecil khususnya di kawasan parlimen yg kita kalah sebelumnya dgn berbekalkan sebuah truk kecil yg digunakan sebagai pentas bergerak bagi beri maklumat dan pendedahan kepada rakyat..

Pernahkah kita khususnya parti Keadilan Rakyat berterima kasih ????????

Sewaktu pemilihan parti 2018..  berlaku satu insiden semasa di sabah.. Rafizi Ramli DIPUKUL !!!!!

Daing Muhammad Reduan individu yg jelas bertanggungjawab memukul Rafizi Ramli telah lakukan satu tindakan kurang ajar..Biadap dan tak boleh dimaafkan dgn begitu saja.. 

Sehari dua ini kemunculan sdr Rafizi Ramli ke Sabah adalah berkatian kes yg melibatkan Daing Muhammad Reduan yang merupakan tertuduh kes pukul tersebut.

Tapi hari ini si celaka itu dengan tanpa rasa bersalah telah diangkat dan diberi lantikan sebagai Penyelaras DUN Lembah Jaya...

Apa kejadah semuanya ini ????

Hari ini Lembaga Disiplin parti seolah memejamkan mata. diam membisu sedangkan telah berbagai desakan dan bukti-bukti telah turut disebarkan dlm berbagai bentuk.. kenapa tiada tindakan ??????

Apa yg bermain difikiran kami di akar umbi.. Hanya satu persoalan utama yg berkali-kali kami suarakan.. DI MANA KEADILAN untuk sdr RAFIZI RAMLI ???????


#KeadilanUntukRafiziRamli


No comments: