LAWATAN KE ITALY


 

PM ANWAR KE ITALY


 

SAYA ULAM.....


 

HABIH DAH KENA JUAI... NOHHH..


 

PAS Kedah Kuat , PKR Kedah Biduk Berlalu Kiambang Sudah Bertaut ke.......

ISWARDY RESPON UMNO JASIN - “TUTUP PINTU RUNDINGAN BAHAGI KERUSI DENGAN ...

ARE THESE PAS LEADERS IMPOSSIBLE? MORE PAS SEDUCERS ARE INVESTIGATED BY ...

(PRU16) Rafizi Ramli: Patutkah Pakatan Harapan Akan Menang Dalam Pilihan...

Jangan Terlebih Bakar, Takut Berakhir Dalam Penjara

GEMPAK! ISU HAKIM NEGARA MAKIN PANAS RAFIZI DAN MAHATHIR APA CERITA?

PANAS! APA BEBAL SANGAT DIA HISHAMUDDIN NI KATA LOKMAN ADAM! PENDEDAHAN ...

APA BEZA PN DAN MADANI

 Ikwan Razak


@followers





Jadi apa beza zaman PN dan Madani ..


Zaman Madani dah tak beri subsidi ayam tetapi harga ayam ada yang dijual RM6.90 ..


Zaman PN guna subsidi berbillion ringgit tapi harga ayam di atas RM10/kg .. 


Zaman madani dah tak beri subsidi telur tapi harga telur lebih murah ..


Zaman PN bagi subsidi telur tapi telur pun hilang ..


Ini yang dikatakan ketirisan subsidi ..




NOHHHH... MAKLUMAT KURANG NAK TULIH JUGA

Eddy Gordon Zul



 Hang memang kesian kalau percaya ni.





Zaman Najib, sebelum dari buat GST tahun 2017, pada tahun 2014 subsidi minyak dah pon ditarik sepenuhnya.Tarik sepenuhnya bukan bersasar bai.Tak kira miskin kaya semua bayar tadak subsidi


Nak propa tu elok main math kira percent ke hape.Muka tak malu bohong terang2 ni penat.


Bang non tu Bapa percukaian ke 2.No 1 jatuh kat Najib sebab polisi pengcukaian dia lagi la horror. Nak bohong sapa la ni.Budak gen z yg taktau pa?😅



KUNCI LORI JANGAN LUPA....WOIII YB... TAK GI PASAR KA GUANE...


 RMS


Apa yang surirumah tertekan macam yang didakwa kak lah..?? Apa yang naik..?? ke buar sajo.??





GAMBAR HARI INI...JIKA ORANG PERTIKAI JKOM JANGAN DIAM BISU...PROBONO TAK JAWAB..JANGAN MAKAN GAJI BUTA





 

JIKA BENAR DAKWAAN INI..KK HARUS JAWAB SECARA TUNTAS.


Eric Chia to Sian See


Pada pandangan saya, Menteri Kesihatan daripada PAN ini boleh dianggap antara menteri paling gagal setakat ini.






Semasa pertama kali memegang jawatan selepas PRU14, antara perkara yang dia beria-ia mahu ‘betulkan’ ialah kononnya masalah “lambakan” doktor dan jururawat zaman Najib yang dikatanya terlalu “boros”.


(Ya, bayangkan, Najib dikritik sebab ambil terlalu ramai doktor dan jururawat untuk berkhidmat kepada Rakyat - kononnya Najib boros.)


Masa diia menteri juga, elaun kritikal bagi pegawai kesihatan dibatalkan bermula 1 Jan 2020.


Dan apabila PH kembali berkuasa dan dia sekali lagi jadi Menteri Kesihatan, kerajaan Madani pula mansuhkan sistem pencen pada tahun lepas.


Kemudian tahun ini, waktu kerja jururawat dinaikkan dari 42 jam ke 45 jam seminggu walaupun ramai jururawat yang bantah sampai berguling di Putrajaya juga.


Baru dua hari lepas, menteri ini muncul mengadu bahawa kekurangan jururawat kini semakin kritikal.


Katanya, “KKM menghadapi kesukaran untuk dapatkan jururawat kerana jawatan ada, tapi tiada yang mahu isi. Beri kami sedikit masa.”


Sebagai jawapan, Presiden Kesatuan Jururawat Malaya (MNU) mendedahkan punca sebenar - iaitu penamatan elaun kritikal (masa PH1.0), tiada pencen (masa Madani), waktu kerja makin panjang (masa Madani), serta persepsi kerja yang “kotor dan sukar”. Penutupan kolej kejururawatan sekitar 2019–2020 (masa PH1.0) turut memburukkan keadaan.


Sepanjang tempoh dia jadi menteri, tak nampak pun sistem kesihatan awam bertambah baik. Malah makin rosak.


Sampai doktor swasta yang rasa tertipu dengan janji palsu kementerian pun keluar berguling-guling di Putrajaya, kali pertama dalam sejarah.


Jururawat dan doktor makin ramai tinggalkan sistem kerajaan. Keadaan yang yang sudah parah bertambah makin kritikal.


Dan kerosakan ini jelas bermula dengan dasar-dasar dia sendiri. Benda dah elok masa Najib, buat apa kamu pergi rosakkan?


Namun usaha dia untuk membaiki kerosakan yang berpunca dari dia masih belum nampak hasil.



LAWATAN PM ANWAR KE ITALY




Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tiba di Rom untuk melakukan lawatan kerja tiga
 hari ke Itali, disambut Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Duta Besar Malaysia
 ke Itali, Datuk Zahid Rastam; Duta Kanan bagi Hal Ehwal Protokol Itali, Fabrizio Romano 
dan bekas Duta Itali ke Malaysia, Massimo Rustico pada 1 Julai 2025. 
Foto Facebook Anwar Ibrahim



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tiba di Rom untuk melakukan lawatan kerja tiga hari ke Itali, disambut Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Duta Besar Malaysia ke Itali, Datuk Zahid Rastam; Duta Kanan bagi Hal Ehwal Protokol Itali, Fabrizio Romano dan bekas Duta Itali ke Malaysia, Massimo Rustico pada 1 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim



PENDAPAT, 1 Jul – Lawatan sulung Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Itali bukan sahaja membuka lembaran baharu yang lebih dinamik dalam hubungan dua hala Malaysia-Itali, tetapi juga membawa impak dan manfaat besar kepada rakyat.

Lawatan bersejarah ini atas jemputan Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni dalam tempoh 10 tahun memperkukuhkan lagi hubungan diplomatik yang telah terjalin selama enam dekad, dengan fokus utama kepada kerjasama ekonomi, pelaburan, automotif, teknologi hijau dan kecerdasan buatan (AI).

Sebagai salah satu negara ekonomi terkemuka dalam Kesatuan Eropah (EU), Itali menawarkan peluang besar kepada Malaysia untuk menarik pelaburan langsung asing, khususnya dalam bidang perkilangan berteknologi tinggi, automotif, tenaga boleh baharu dan reka bentuk industri.


















Perdana Menteri Datuk Seri 
Anwar Ibrahim 
hadir pada Majlis Ramah Mesra 
Bersama Diaspora Malaysia di Rom,
 Itali pada 1 Julai 2025. 
Foto Facebook Anwar Ibrahim


Pengerusi ASEAN 2025, 


Malaysia bakal menandatangani perjanjian persefahaman yang berpotensi membuka peluang pekerjaan baharu, meningkatkan pemindahan teknologi dan menaik taraf kemahiran tenaga kerja tempatan.

Selain itu, lawatan ini turut memberi ruang kepada Malaysia untuk mempromosikan eksport produk tempatan seperti minyak sawit mampan menerusi MSPO, produk berasaskan getah, hasil pertanian dan produk halal ke pasaran Eropah melalui pintu masuk Itali.

Di samping aspek ekonomi, kerjasama dalam bidang pendidikan, kebudayaan dan pertukaran bakat juga diperkasa dan memberi peluang kepada pelajar Malaysia melanjutkan pengajian di institusi ternama Itali dalam bidang reka bentuk, seni bina dan kejuruteraan.


Kekuatan Itali sebagai salah sebuah negara anggota G7 juga meningkatkan lagi profil Malaysia yang mula mengalih pasaran di luar Amerika Syarikat (AS) berikutan pelaksanaan tarif timbal balas serta meningkatkan aliran masuk pelaburan ke negara-negara EU yang lebih kompetetif.

Kehadiran Perdana Menteri sempena lawatan bersejarah ini penting bagi membuktikan komitmen kerajaan untuk mengukuhkan dasar dan hubungan antarabangsa seperti krisis Gaza demi kepentingan global.

Manfaat daripada hubungan Malaysia-Itali yang lebih erat ini akhirnya diterjemahkan melalui peluang pekerjaan, peningkatan pendapatan negara dan kesejahteraan rakyat selaras dengan agenda Ekonomi MADANI yang inklusif dan progresif.


Justeru, tidak hairanlah lebih banyak peluang penerokaan besar pelaburan bernilai tinggi dapat direalisasikan bersempena lawatan sulung Anwar yang disertai menteri-menteri berkaitan bagi menambah peluang syarikat gergasi negara itu seperti Marconi, Leonardo SpA, STMicroelectronics dan Ferrero melabur di negara kita.

Hubungan dua hala antara Malaysia dan Itali yang terjalin sejak sekian lama adalah kukuh dan saling memanfaatkan, didukung oleh pertumbuhan perdagangan dan pelaburan yang berterusan serta kesalinghubungan antara rakyat kedua-dua negara.

Pada 2024, jumlah perdagangan antara Malaysia dan Itali mencatatkan peningkatan sebanyak dua peratus kepada RM14.61 bilion (AS3.18 bilion) berbanding tempoh sama bagi tahun 2023.



Lokman Adam jawab Hishamuddin, kenapalah bebal sangat



 MASA ANWAR IBRAHIM KENA TANGKAP, SEMUA SAYAP PEMUDA LARI, TINGGAL DIA SEORANG SAJA , MASA TU TAK LARI, DIA KEMUDIANNYA DILANTIK JADI KETUA PEMUDA....TU LAH KISAH DIA NI....SAMPAI LA PEANGAI DIA LAGU TU. SUKA CARI JALAN SELAMAT. 




Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam menempelak bekas Naib Presiden parti, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berhubung isu penggantungan keahlian Ahli Parlimen Sembrong itu.


“Sebagai bekas Pemangku Timbalan Presiden UMNO, saya tak tahu macam mana dia boleh bebal sangat… tak tahu bagaimana kaedah Jawatankuasa Disiplin bertindak, macam mana kaedah MKT (Majlis Kerja Tertinggi) UMNO membuat keputusan.


“Ketika dia berada di dalam parti sebelum digantung keahliannya, dia lebih daripada faham apa kuasa yang ada pada Lembaga Disiplin parti dan apa kuasa yang ada pada MKT UMNO ketika tidak ada Perhimpunan Agung UMNO (PAU),” tegasnya menerusi siaran langsung di Facebook malam tadi.


Lokman menjelaskan bahawa PAU adalah kuasa yang tertinggi dalam UMNO tetapi sekiranya tidak ada PAU, kuasa yang paling tinggi dalam parti adalah MKT UMNO.


“Lembaga Disiplin parti hanya menyiasat jika ada laporan terhadap mana-mana individu dan memanggil sekiranya perlu.



“Ada kes yang perlu dipanggil dan ada kes seperti Khairy Jamaluddin yang terang-terang kenyataannya di media bahawa parti sesat dan dia ingin melakukan reformasi, itu tak payah panggil dia untuk pengesahan sebab dah ada bukti yang nyata,” jelasnya.


Penggantungan keahlian

Semalam, Hishammuddin dilapor tidak akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan penggantungan keahlian parti kerana yakin dirinya tidak akan diadili sebaiknya.

Hishammuddin yang juga bekas Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan menerusi hantaran video di Facebook mendakwa dirinya digantung keahlian tanpa mengikut prosedur sepatutnya.

“Semasa saya digantung, tidak ikut prosedur. Apabila ada permintaan untuk saya diterima semula, kena ikut prosedur pula.

“Usul agar penggantungan saya ditarik balik bukan datang daripada saya. Usul penarikan datang daripada UMNO Bahagian Sembrong sendiri.



“Adalah menjadi tanggungjawab kepimpinan parti untuk memberi jawapan dan memberi penjelasan kepada mereka, bukan kepada saya,” kata bekas Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) ketika krisis Covid-19 itu.





PSSSTTTT...JANGAN DENGAR CAKAP DIA..SEBAB DIA KIOK...APA DIA CAKAP SEMUA TAK BETUL







 Biar ‘betik’ Fadhli, SST caj parkir ni sejak 2018 lah


Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari mengundang cemuhan orang ramai apabila dilihat cuba mempolitikkan peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bermula 1 Julai.

Ketua Penerangan Pas itu memuat naik notis caj parkir pusat beli‑belah Aman Central yang terletak di Alor Setar, Kedah.

“Tidak mengapa, hanya T20 dan mahakaya sahaja yang terlibat.


“B40 dan M40 tidak menggunakan khidmat parking…,” komen Fadhli menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Sindiran berkenaan bagaimanapun dilihat mengaibkan pemimpin Perikatan Nasional (PN) berkenaan memandangkan caj parkir sudah terdapat dalam senarai perkhidmatan bercukai sejak pelaksanaan GST pada 2015 dan kekal di bawah SST sejak 2018.

Menjengah di ruangan komen akaun Facebook Fadhli, rata-rata menempelak wakil rakyat Pas itu selain rakyat Kelantan sendiri menjelaskan kerajaan negeri juga telah menaikkan cukai pintu lebih daripada 50 peratus.


Mohd Sabri Hasbullah menerusi komentarnya berkata, sebagai contoh, cukai pintu yang dikenakan untuk rumahnya sekarang mencecah RM225 berbanding RM124 sebelum ini.

Jelasnya, selain cukai tanah di Kelantan pun naik, beliau pernah dikenakan caj parkir sebanyak RM10, malah caj parkir juga sudah meliputi Wakaf Bharu berbanding sebelum ini hanya dikenakan sekitar Kota Bharu dan Kubang Kerian.

Sementara itu, pengguna Facebook Syahir mengingatkan bahawa caj parkir sudah lebih 10 tahun dikenakan kadar enam peratus daripada zaman GST (2015 hingga 2018) dan zaman SST (2018 hingga sekarang).

Katanya, kadar SST itu termasuklah zaman Pas penumpang kerajaan 2020 hingga 2022.


“Masa tu MP Pasir Mas tak baca dokumen gazet Cukai Perkhidmatan senarai bercukai. Tiada peruntukan bayar penyelidik ke?” tempelak Syahir lagi.

Dalam masa sama, ada juga secara sinis menyangkakan negeri kerajaan PN menyediakan parkir percuma.

“Alhamdulillah, dengarnya negeri walaun parking free,” perli Mauzon Borhan pula.




KEBEBASAN KEHAKIMAN NEGARA


Hasni Izuwan



1- Dalam sistem demokrasi, kebebasan kehakiman adalah tunjang keadilan. Tanpanya, institusi negara menjadi alat politik, bukan penjaga undang-undang.


2- Sejarah negara menyaksikan pelbagai kontroversi dalam pelantikan hakim, terutamanya dakwaan campur tangan eksekutif dalam institusi kehakiman, termasuk ketika era Tun Dr Mahathir (1988) dan juga era kerajaan selepas 2020.


3- Pada 2009, kerajaan memperkenalkan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) bagi memperkasa ketelusan dan integriti dalam lantikan hakim.


4- Ketika itu, DS Anwar Ibrahim  adalah Ketua Pembangkang yang kuat menyuarakan kebimbangan mengenai kemungkinan campur tangan eksekutif, satu bukti awal komitmennya terhadap prinsip pemisahan kuasa.


5- Hari ini, sebagai Perdana Menteri, DS Anwar berada di pihak kuasa, tetapi tetap memilih untuk mengekalkan dan menghormati proses JAC, tidak menyentuh proses pelantikan dan memberi ruang kepada kehakiman bergerak bebas.


6- Biar pun di dalam Perlembagaan artikel 125(1) menyebut sebarang lanjutan perkhidmatan hanya boleh di buat oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Namun setakat ini DS Anwar tidak memberi komen secara terus terhadap lanjutan atau gantian.


7- Hal ini sejajar dengan pendirian beliau untuk tidak mengusik urusan kehakiman, termasuk proses perlantikan, displin dan penggantian.


8- Ini menunjukkan wujudnya tahap kepercayaan yang tinggi antara institusi kehakiman dan kerajaan, tanpa perlu tunduk kepada kuasa politik.


9- Berbanding kerajaan dahulu, khususnya semasa era Perikatan Nasional (2020–2022), wujud beberapa kontroversi, termasuk pelantikan Ketua Hakim Syarie tanpa perbincangan awam serta perdebatan mengenai beberapa pelantikan politik ke dalam sistem kehakiman dan perundangan.


10- Malah, ketika itu juga timbul kritikan bahawa badan kehakiman tidak bebas, termasuk dalam kes-kes berprofil tinggi yang berlaku dalam suasana politik tidak stabil.


11- Perubahan ketara kini ialah pentadbiran Kerajaan Perpaduan pimpinan DS Anwar tidak menggunakan kuasa untuk “membalas dendam” atau mencatur institusi perundangan, walau beliau sendiri pernah menjadi mangsa sistem kehakiman yang dimanipulasi politik.


12- Malah, kita melihat beberapa kes berprofil tinggi diteruskan di mahkamah tanpa campur tangan, termasuk melibatkan individu yang rapat atau pernah bekerjasama dengan Kerajaan Perpaduan.


13- DS Anwar membuktikan prinsip beliau, pemisahan kuasa dan kebebasan institusi lebih penting daripada keuntungan politik jangka pendek.


14- Isu lantikan hakim bukan sekadar prosedur teknikal, ia cerminan sama ada kerajaan tunduk kepada prinsip atau menurut selera politik.


15- Ini harus menjadi mesej jelas bahawa negara ini sedang menuju era ketelusan institusi, reformasi bukan sekadar slogan tetapi melalui tindakan.


16- Rakyat Malaysia wajar terus memantau, menyokong dan mempertahankan institusi bebas, serta menolak mana-mana pihak yang ingin kembali ke zaman gelap manipulasi kuasa demi kelangsungan politik sempit.




TERPUJI LA SANGAT

 


HISHAM YANG TERPUJI


2 July 2025


Sebagai respon kepada kenyataan Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa seseorang yang dikenakan tindakan disiplin hendaklah membuat rayuan terlebih dahulu sebelum kesnya boleh dibincangkan dalam MT UMNO, bekas Naib Presiden UMNO, Hishammuddin Hussein ternyata menunjukkan beliau adalah seorang yang terpuji.


Ia berikutan beliau bertegas tidak akan membuat sebarang rayuan demi prinsip yang dipegangnya.


Menurutnya, beliau tidak bercadang untuk membuat sebarang rayuan atas dasar prinsip, selain mendakwa tidak diadili dengan baik sebelum keputusan diambil untuk menggantungnya selama enam tahun pada Januari tahun 2023 lalu.


Malah, menurut Ahli Parlimen Sembrong itu lagi, keputusan yang dibuat MT UMNO malam semalam juga mendedahkan perbezaan di antara “mereka” dan “kita”.


“Semalam MKT telah membuat keputusan mereka. Keputusan ini mencerminkan siapa “mereka”, bukan siapa “kita”. Mereka telah buat keputusan.


“Dan sekarang saya teruskan langkah ke hadapan dengan bermaruah dan berprinsip. Inilah perjuangan nilai dan makna.


“Rayuan bukan penentu kesetiaan saya. Prinsip di dalam parti yang menentukan kesetiaan kita sebagai orang parti,” katanya dalam satu rakaman video yang dimuat naik di laman sosialnya.


Hishammuddin seterusnya berkata, sehingga sekarang beliau masih tidak tahu punca penggantungannya daripada UMNO, di samping mendakwa tidak pernah dipanggil jawatankuasa disiplin parti untuk membela diri.


Bekas menteri itu berkata, keputusan MT UMNO malam semalam berhubung isu penggantungannya memang telah dijangka.


“Saya digantung atas alasan melanggar fasal-fasal tertentu dalam Perlembagaan UMNO, tetapi tiada sebarang perincian atau penjelasan lanjut diberikan.


“Sehingga ke hari ini saya tidak dimaklumkan secara rasmi dan bertulis kesalahan secara spesifik yang saya didakwa telah lakukan.


“Saya tidak pernah dipanggil untuk penjelasan atau membela diri,” tambahnya lagi.


Sementara itu, sebagaimana dilaporkan Malaysiakini, satu sumber yang merupakan seorang ahli MT UMNO memberitahu, Zahid Hamidi dalam mesyuarat malam semalam telah mendedahkan punca sebenar Hishammuddin digantung keahliannya.


“Punca pertama ialah kerana bekas Naib Presiden UMNO itu didakwa menghasut sembilan Ahli Parlimen BN untuk menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri selepas PRU15 lalu.


“Hishammuddin juga merupakan individu yang menghasut supaya 22 daripada 25 Adun BN di Sabah keluar parti pada penghujung 2018 lalu.


“Ini adalah antara ‘dosa’ yang membawa kepada penggantungan Hishammuddin,” dakwa sumber tersebut.


Jika itulah punca Hishammuddin digantung keahlian, ia sebenarnya adalah tindakan yang tidak berasas dan terpesong daripada kebenaran.


Sokongan Hishammuddin bersama sembilan Ahli Parlimen BN kepada Muhyiddin selepas PRU15 lalu tidak boleh dianggap melanggar disiplin parti kerana UMNO ketika itu belum lagi membuat keputusan rasmi untuk bekerjasama dengan PH.


Malah, tindakan Hishammuddin bersama sembilan Ahli Parlimen itu adalah selaras dengan ketetapan Perhimpunan Agung UMNO iaitu “No Anwar, No DAP” sekiranya UMNO ingin bekerjasama membentuk kerajaan.


Memberi sokongan kepada Muhyiddin hanyalah bertujuan menyelamatkan negara agar kerajaan baharu dapat dibentuk berikutan tiada parti memperolehi majoriti.


Bagaimanapun, setelah UMNO membuat keputusan rasmi mahu bekerjasama dengan PH, Hishammuddin dan sembilan lagi Ahli Parlimen BN tetap akur dengan ketetapan yang diambil dan tidak lagi meneruskan sokongan kepada Muhyiddin.


Maka, di mana disiplin UMNO telah dilanggar?


Berkenaan dakwaan menghasut Adun-Adun Sabah keluar UMNO, harus diingat bahawa perkara itu telah berlaku pada 2018 lalu.


Jika pun dakwaan itu benar, kenapa hanya selepas PRU15 iaitu pada 2022, baru tindakan diambil?


Selain itu, jika tindakan Hishammuddin ada 2018 itu dianggap satu kesalahan, mengapa beliau tetap dipilih sebagai calon BN untuk bertanding di Parlimen Sembrong pada PRU tahun 2022?


Hakikatnya, jika itulah asas penggantungan Hishammuddin, ia adalah alasan  palsu dan memang wajar serta tepat untuk beliau kekal dengan pendirian tidak mahu membuat sebarang rayuan.


Jika merayu, bermakna Hishammuddin sendiri telah membenarkan kepalsuan yang ditimpakan kepada dirinya, manakala tidak merayu kekal menjadikannya pemimpin terpuji. – ShahbudinHusin 02July2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/07/hisham-yang-terpuji/



MENIMBULKAN PRASANGKA.

 


Siapa 𝗗𝗿. 𝗧𝗲𝗻𝗴𝗸𝘂 𝗔𝘀𝗺𝗮𝗱𝗶 ni? Tulisannya penuh yakin macam dia ada semua fakta yang betul. Aku tak pasti apa niat dia menulis tapi tulisannya boleh dianggap sebagai 𝗰𝘂𝗯𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗺𝗯𝘂𝗹𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗿𝗮𝘀𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮.





Pertama sekali, dari pengarah jabatan kepada 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗔𝗴𝗲𝗻𝘀𝗶 tu bukan turun pangkat. Itu bukan masuk sejuk beku. Itu 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗶𝗸𝘁𝗶𝗿𝗮𝗳𝗮𝗻.


Kedua, rakyat mana yang dia kata terdiam tu? Yang aku jumpa, semua gembira. Kenapa? Sebab semua tahu 𝗸𝗲𝘁𝗲𝗴𝗮𝘀𝗮𝗻 dan 𝗸𝗲𝗯𝗲𝗿𝗮𝗻𝗶𝗮𝗻 Datuk Mohd Suhaily dalam menjalankan tanggungjawab.


Kita juga tahu sempadan kita 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝗹𝗲𝗸𝗮𝗻𝗴 dari isu. Kita memang perlukan seseorang dengan kaliber seperti Datuk Mohd Suhaily ini pastikan kedaulatan sempadan kita 𝘀𝗲𝗻𝘁𝗶𝗮𝘀𝗮 𝘁𝗲𝗿𝗽𝗲𝗹𝗶𝗵𝗮𝗿𝗮.


Dah la walaun suka seludup keluar minyak masak la, santan la pergi ke Siam. Habis semua dia seludup. Sebab tu kita harap tokoh 𝘀𝗲𝗵𝗲𝗯𝗮𝘁 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗦𝘂𝗵𝗮𝗶𝗹𝘆 ni dapat hapuskan kegiatan jenayah begitu.


Nak benci kerajaan tu tak ada masalah. Hak peribadi. Tapi jangan sampai tunggang terbalikkan fakta untuk kelirukan masyarakat. Itu tak amanah. Itu memfitnah. Benci kerajaan pun tak perlu la sampai jalankan kerja Iblis. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



SETANG

 


Masa kemalangan melibatkan 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿 𝗨𝗣𝗦𝗜, ramai komen menyalahkan kerajaan kerana tidak bertindak tegas atas peraturan jalan raya.





Maka diwajibkan penumpang 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗸𝗮𝗶 𝘁𝗮𝗹𝗶 𝗽𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗲𝗹𝗲𝗱𝗮𝗿. Yang tak pakai kena saman. Dah sekarang ni kerajaan dituduh 𝗺𝗲𝗻𝘆𝘂𝘀𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗮𝘄𝗮𝗺 pulak.


Korang nak apa sebenarnya?


Kalau bas 𝘁𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗱𝗶𝗮𝗸𝗮𝗻 tali pinggang keledar, boleh la nak saman syarikat atau pemandu. Ni tali pinggang dah ada tapi penumpang tak pakai. Salah siapa?


Punyalah iblis perangai. Sendiri buat salah, nak orang lain kena hukum. Bab ambil tindakan pada orang lain laju dia bising. Sendiri kena, pandai meroyan.


Benda senang je. Peraturan dah ada, ikut. Kalau tak nak ikut, bersedialah disaman. Tak nak kena saman 𝗶𝗸𝘂𝘁 𝗽𝗲𝗿𝗮𝘁𝘂𝗿𝗮𝗻. Apa yang walaun susah sangat nak faham? Jadi walaun 𝘄𝗮𝗷𝗶𝗯 𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵 ke? Guane boh?


 

Raja Gelap II 




KEH..KEH..KEH..KERJA KUAT TAPI BODO.

 


ZAMAN Ai Ni ramai jugak BA - bodoh amat.





Salah tu Amir. Nak TUNJUK kental biar kena tempatnya.



Arif Jamil





Nak tunjuk kental biar kena pada tempat. 


Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman ni dimulakan zaman Najib dulu. 


Dan ia dimansuhkan harini dibawah pentadbiran Anwar Ibrahim. 


Ini salah satu bukti bahawa kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim tidak mencampuri urusan mahkamah dan Hakim bebas membuat keputusan mengikut lunas undang² yang sedia ada tanpa campurtangan politik. 


Ini juga bukti bahawa Anwar Ibrahim tidak menyekat mana² pihak untuk bersuara dan mengkritik beliau. 


Buktinya harini :-


1. Rakyat bebas berhimpun. 

2. Pembangkang bebas fitnah kerajaan umpama macam makan nasi. 

3. Tidak ada sorang pun individu atau pembangkang yang disumbat dalam ISA kerana melawan Anwar Ibrahim. 


Sepatutnya awak belajar berterima kasih kepada Anwar Ibrahim kerana buat julung kalinya awak dah boleh berhimpun dgn tenang tanpa ugutan ISA atau semburan meriam air.




MENUJU PRN SEBELUM PRU 16

 

Hamdan Taha


Alhamdulilah kerajaan madani ni telah menjadi kerajaan hampir 3 tahun satu pencapaian yang sebelum ni tidak di Yakini akan kekal sehingga pilihanraya ke 16 termasuk juga oleh pegawai pegawai kerajaan semasa baru terbentuknya kerajaan ni


Sekarang nampaknya semua parti telah memulakan semua gerakan untuk persiapan menuju pilihanraya umum dengan di mulakan PRK Sabah, Johor dan Melaka juga Serawak. PH dan BN juga PN semuanya tertumpu pilihanraya Negeri dari situ baru lah nampak lebih jelas ke mana arah keputusan pilihanraya umum ke 16


Ada masa dua tahun lagi Kerajaan perpaduan jika mahu terus kekal wajib membuktikan pada Rakyat bahawa mereka adalah sebuah Kerajaan yang lebih baik dari sebelumnya, ini bukan mudah dan juga bukan juga sukar kerana rakyat akan jadikan kayu ukur keadaan kestabilan, Ekonomi dan kos sara hidup sebagai asas untuk terbentuknya sokongan rakyat...


Bagi PN jika mereka gagal mengambil kesempatan atas kelemahan Kerajaan perpaduan maka mereka lah satu satunya Parti yang sangat rugi dan tidak cerdik memahami kehendak rakyat dan tidak bijak mengatur strategy supaya mereka boleh berjaya dalam pru ke 16


Johor dan melaka contohnya walaupun di lihat BN telah berjaya menguasai pilihanraya lepas tetapi tidak semestinya kejayaan itu boleh kekal dalam pilihanraya negeri nanti, cuma mereka sangat berkeyakinan kerana semasa BN bersendirian pun menang besar inikan pula sudah bergabung dengan PH, tetapi bagi saya jika itu ada di fikiran pimpinan dan ahli umno agak bahaya juga, kerana bertanding 3 penjuru sebelum ini menyebabkan umno kuat dan menang, bila satu lawan satu capua politik dah berbeza... Walaupun negeri tapi pengaruh isu persekutuan sangat memainkan peranan besar... Jika gagal pembahagian kerusi antara BN dan PH juga akan ada kesan..


PN kena cari jalan memulakan program dari sekarang dan di lihat bekerjasama, tidak boleh lagi program bersatu dan pas berasingan. Arus wajib di ujudkan supaya boleh menarik rakyat yakin kepada mereka, sekarang ni jelas rakyat bukan suka sangat kerajaan ini terutama kepada PMX tetapi bagaimana nak bagi keyakinan kepada Rakyat bahawa jika PN menang PM nanti bukan Muhidden dan bukan Hamzah dan bukan Azmin Ali, sebab 3 nama ni saya lihat pengundi atas pagar dan anak muda tolak dan tak berminat, bukan senang nak tukar 3 tokoh tersebut sebab mereka bercita cita dan berharap juga berhasrat untuk jadi PM terutama Muhidden Yassin.


Kenaikan cukai sst dan kos sara hidup memang isu yang paling luarbiasa hebat terhadap kerajaan, contoh 2018 isu GST tapi jika bukan kerana Tun Dr M boleh bergabung dengan PH dan Anwar BN tetap tidak tumbang dan jatuh. Isu sekarang sama saja macam tahun 2018,dulu GST sekarang SST dulu Najib dan Rosmah jadi Bahan sekarang sama saja PMX, Nurul Izah dan Zahid Hamidi adalah BAHAN yang sama seperti Najib dan Rosmah juga... Tapi dulu ada watak Tun Dr M dan Bersatu masa tu rakyat ada keyakinan lagi dengan Tun Dr M dan Muhidden... Tapi sekarang bukan tak ada tapi bagi saya mereka bukan lagi watak utama melainkan pembantu kepada Hero yang sedang di cari...


Politik malayu dan malaysia ni tak ada beza dengan kisah Filem. Show Brother ada Hero P. RAMLEE dan Keris ada Nordin Ahmad, Ahmad Mahmud, Jish Shamsudin... Untuk lawan P Ramlee Keris perlu ujudkan banyak Hero baru boleh lawan P Ramli... Dan akhirnya P Ramli juga ada zaman kehilangan popularnya.... Begitu juga berlaku kepada Tun Dr M, Najib, Anwar Ibrahim.... Betul Anwar Ibrahim sekarang ada PMX dan sangat Popular tapi Popular dia belum tentu boleh kekal dan berjaya kerana Popular dia juga sekarang telah merudum jatuh, ada kerja buat baik yang dia buat tapi Rakyat tak nampak dan tak peduli, ini bahaya buat dia...


Umno pula sedang membentuk diri buat pertama kali tidak bertanding solo, maka ramai ketua bahagian tak akan dapat jadi calun, pengalaman ini umno belum pernah rasa, tapi PKR, Amanah, Pas dan bersatu dah terbiasa keadaan itu. Umno jika tidak berjaya menyesuaikan diri dalam keadaan itu maka dia juga bahaya... Seperti mana kata kata Tok Mat kita kena sedar diri siapa kita sekarang.... Seperti ayat lagu Tegar.....aku yang duluuuuuuu bukan lagi sekarang... Dulu Ketua bahagian ada peluang jadi YB kali ni bertanding pun belum tentu...


Rakyat malaysia pula ada 22 juta pengundi, hanya 5 juta je yg berparti lagi selebihnya tak ada parti.... Orang muda pula....



UN MINUM SUP SARANG TEBUAN JA.



 Kaum Cina suka soup sarang burung dan abalone, memang mereka merungut sebab terpaksa bayar lebih , tapi knp walaun nak bising bising, hari² ke walaun makan seperti benda yg disenarai tu? . 😆😆




MANA SILAPNYA.

 


Perkara ini dah dijangka akan berlaku, tapi nampaknya ia gagal dicegah. Malah, ada perkara yang dibuat mempercepatkan ia berlaku. Entahlah siapa yang salah.






Doktor tak cukup, tapi dijadikan lantikan kontrak, serta kelebihan dikurangkan. Jururawat tak cukup, tapi masa kerja ditambah tanpa tambahan gaji/elaun.


Petugas kesihatan yang lain pun makin banyak yang lari. Ada jawatan yang elaun kritikalnya dimansuhkan. Kerja lebih, tak boleh buat tuntutan lebih masa.


Rakyat makin ramai, petugas makin berkurang. Kemudian beberapa hospital baru dibuka pula, dan petugas sedia ada akan dipindahkan ke sana. 


Semakinlah tak cukup nanti.


Jika sesuatu yang drastik tak dilakukan, maka kondisi kerja akan semakin teruk dan boleh jejaskan kualiti perkhidmatan. Kebajikan petugas pun akan terkesan


Saya rasa, petugas kesihatan yang kekal berada dalam perkhidmatan awam ni adalah insan-insan yang kental. Semoga kalian diberikan ganjaran setimpal olehNya.



TU DIA AIHHHH..


 

TAKAT NAK BELI BUAH APEL, LIMAU... DOK IKUT PUAK PEMBANGKANG BUAT ISU.... PILIH KERAJAAN PN PAS BERSATU... TELOQ AYAM PUN TAK DAK... PILIH LAVI


 

ADA YANG TAKUT NAK TRANSFER BELI BARANG ONLINE. YANG KENA 8% TU KALAU HANG BELI SAHAM SAHAM JA.


 

DALAM BANYAK POSTING. PUAK PUAK NI BANYAK MAIN NARATIF. TAPI JKOM LAMBAT MEMBALASNYA


 

NAK HARAP JKOM LAGI OUT... KIOK.

 


Cara mainstream media menyampaikan maklumat..

Mewujudkan kegelisahan kepada RAKYAT.

main Jangka- jangka je




NI SAMA GAK NI.


 

NI SOQANG LAGI... KETAYAP ATAIH KEPALA TAPI FITNAH DIMULUT. ORANG MELUAT PAA SEBAB CAM GINI LA


 

PEMBOHONG KUAT


 

SEMUA KENA 8%..PEMBANGKANG. KIOK LA


 

PAS MUHONG RAKYAT

 


SAMAN DIA NI...DIA SUKA FITNAH...MAU DOK RENDAM LAM AIS BARU DA AKAI


 

HAH.


 

DAPAT DOSA FREE DOK MAKI PM ANWAR



 Dapat dosa free … yang percaya tu penat mereka mencarut motehrf PMX.




KEPALA BAPAK HANG


 

KEPALA BAPAK HANGPA