MANA SILAPNYA.

 


Perkara ini dah dijangka akan berlaku, tapi nampaknya ia gagal dicegah. Malah, ada perkara yang dibuat mempercepatkan ia berlaku. Entahlah siapa yang salah.






Doktor tak cukup, tapi dijadikan lantikan kontrak, serta kelebihan dikurangkan. Jururawat tak cukup, tapi masa kerja ditambah tanpa tambahan gaji/elaun.


Petugas kesihatan yang lain pun makin banyak yang lari. Ada jawatan yang elaun kritikalnya dimansuhkan. Kerja lebih, tak boleh buat tuntutan lebih masa.


Rakyat makin ramai, petugas makin berkurang. Kemudian beberapa hospital baru dibuka pula, dan petugas sedia ada akan dipindahkan ke sana. 


Semakinlah tak cukup nanti.


Jika sesuatu yang drastik tak dilakukan, maka kondisi kerja akan semakin teruk dan boleh jejaskan kualiti perkhidmatan. Kebajikan petugas pun akan terkesan


Saya rasa, petugas kesihatan yang kekal berada dalam perkhidmatan awam ni adalah insan-insan yang kental. Semoga kalian diberikan ganjaran setimpal olehNya.



No comments: