Kerajaan tidak pernah perlukan CSA kecuali sewaktu politik sudah jadi persaingan menggila!

 



Fathi Aris Omar



Kerajaan tidak pernah perlukan CSA kecuali sewaktu politik sudah jadi persaingan menggila! 






Di satu sisi kita nampak tiada kestabilan akibat perebutan kuasa yang melampau. Di satu sisi lagi pemusatan kuasa eksekutif sudah berakhir. 


CSA bermula sejak Langkah Sheraton 2020. Mulai belanjawan 2021, sewaktu kuasa sudah retak dan pecah, CSA bermula di DUN Perak hujung tahun itu. 


Di peringkat parlimen tiada CSA pada hujung 2020. Tetapi ada titah nasihat YDP Agong untuk semua ahli parlimen undi luluskan belanjawan 2021.


Tarikh penting pada 2020 yang kita perlu ingat: 


28 Oktober - 

Agong titah sokong bajet 2021 


25 Oktober - 

Agong tolak permohonan darurat kali pertama 


26 September -

PRN Sabah membuka krisis besar antara BN dan PN akibat agihan kerusi dan dana kempen


22 September - 

DS Anwar Ibrahim adakan sidang media, dakwa ada majoriti yang "strong, formidable, convincing" 


CSA di peringkat parlimen bermula antara PH dengan DS Ismail Sabri Yaakob setelah TS Muhyiddin Yassin ditumbangkan oleh BN.


Tarikh penting pada 2021 yang kita perlu ingat: 


3 Ogos - 

Umno tarik sokongan terhadap Muhyiddin 


16 Ogos - 

Muhyiddin letak jawatan 


21 Ogos - 

Ismail Sabri angkat sumpah PM baharu 


13 September - 

PM dapat CSA bersyarat daripada PH atau dikenali MOU transformasi dan kestabilan **


Ismail Sabri wakil teratas kluster kabinet BN yang setia bersama Muhyiddin. Projek jatuhkan PM8 digerak oleh kluster mahkamah Umno-BN. 


Maka, Ismail Sabri perlukan CSA dengan PH supaya tidak alami nasib malang seumpama Muhyiddin. Tetapi kluster mahkamah tidak puas hati. 


Maka DUN Melaka dibubarkan pada 4 Oktober, tidak lama selepas CSA dengan PH. Di sinilah mula sejarah PRN Melaka terpisah daripada PRU.


Tidak puas hati lagi, Umno bubar DUN Johor pada Januari 2022 atas alasan majoriti tipis. Maka PRN Johor terpisah daripada PRU. 


Umno bawah DS Zahid Hamidi sejak awal suka PH 1.0 ditumbangkan pada 2020. Tetapi Umno-BN tidak pernah rela duduk bawah Muhyiddin--PN. 


Maka sepanjang 2020 hingga 2022, kerja geng ini hanyalah gugat PM (termasuk Ismail Sabri) agar bubarkan parlimen sesegera mungkin. 


Tabiat yang sama Zahid-Umno cuba buat pada Anwar-PH saat ini. Maka PH perlukan CSA hari ini. 


Umno tidak suka sangat PAS-PN tetapi tiada pilihan untuk melawan PH.*** Umno bersama Anwar sama meluat seperti Umno berada bawah Muhyiddin. 


Umno hulur kerjasama dengan Anwar demi gugat Muhyiddin-PN pada 2020. Sama kerjasama Umno + PAS saat ini, demi gugat Anwar-PH. 


Bezanya Bersatu tidak minta CSA dengan PH dahulu sebab PAS bersamanya. Hari ini Bersatu sudah pecah terburai, diterajang pula oleh PAS. 


Maka muncullah dinamika baharu 2026: CSA.


NOTA: 


** Banyak manfaat MOU ini, antaranya: Akta Lompat Parti, undi 18, pendaftaran pemilih secara automatik dan MA63 untuk Sabah/Sarawak. 


*** Setelah lihat apa yang terjadi pada Muhyiddin-PN dulu atau Anwar-PH sekarang, kita tunggu nasib PAS-PN dalam kerjasamanya dengan Umno 😄😄