Anwar Ibrahim: UNDI 18 Mesti Dijalankan, Kalau SPR Tak Sanggup, Tukarlah...

KARTEL DIPECAT!! - YUSUF TAPAR - Ketua Penerangan PKR N9 | Patut Dah Lam...

[TERKINI] Perbicaraan kes Ahmad Zahid bersambung

SIDANG MEDIA TERKINI DS ANWAR & MB NEGERI SEMBILAN /ISU PANAS PERTUKARAN...

UMNO BERSATU PAS Bergabung Hadapi PH Dalam PRU Ke-14?

Tuntutan LHDN: Najib, anak gagal batalkan keputusan mahkamah tinggi

 

Malaysiakini





Hidir Reduan Abdul Rashid

Diterbitkan 
Dikemaskini 9 Sep 2021, 2

Bekas perdana menteri Najib Razak dan anaknya Mohd Nazifuddin gagal membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung tuntutan saman cukai yang dibuat ke atas mereka.

Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini menolak permohonan anak beranak itu untuk membatalkan penghakiman ringkas yang dikeluarkan terhadap mereka dalam saman cukai yang masing-masing bernilai RM1.69 bilion dan RM37.6 juta.

Mengikut undang-undang sivil, sesebuah mahkamah dibenarkan membuat penghakiman ringkasan bagi sesuatu memutuskan hal perundangan tanpa menjalani persidangan penuh.

Sebelum ini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk membuat keputusan ringkas dalam tuntutan saman cukai mereka terhadap Najib dan Nazifuddin.

LHDN kini sedang menunggu proses kemuflisan ke atas ahli parlimen Pekan itu dan anaknya dalam permohonan mereka di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Agensi itu bergantung kepada ringkasan keputusan berkenaan untuk proses tersebut.

JAGA JAGA EJEN CIA INI SERU KEPADA KEJATUHAN PAS MELANGGAR AMANAT TOL GURU, DALAM MASA SAMA PAS MAIN DUA KOLAM

 


Nik Abduh mahu Umno-Pas bersama walau akui SPRM masih terima tekanan politik

Majlis Presiden PH didesak putuskan segera logo PH untuk PRU 15 – Hadi Hairie

 


Majlis Presiden PH didesak putuskan segera logo PH untuk PRU 15 – Hadi Hairie

 

Mesyuarat Tahunan AMANAH Kawasan Parit Buntar kali ke 5 telah meluluskan usul mendesak Majlis Presiden Pakatan Harapan memutuskan segera penggunaan logo Pakatan Harapan untuk digunakan dalam Pilihanraya Umum ke 15.

Naib Ketua Pemuda AMANAH Parit Buntar, Muhammad Hadi Hairie Kamarudin mewakili Pemuda AMANAH Parit Buntar membawa usul berkenaan dalam Mesyuarat Tahunan AMANAH Kawasan Parit Buntar yang diadakan secara dalam talian.

Hadi Hairie berkata, keputusan segera Majlis Presiden Pakatan Harapan perlu dibuat memandangkan Pilihanraya Umum ke 15 sudah semakin hampir.

“Logo Pakatan Harapan perlu di sebar luas supaya dikenali pengundi kerana ramai pengundi yang belum mengenali logo Pakatan Harapan terutama di kawasan luar bandar.

“Faktor penggunaan logo PH pada PRU ke 15 akan datang boleh memberi kesan negatif kepada calon PH yang akan bertanding “ katanya semasa membentangkan usul berkenaan.

Menurut Hadi Hairie , logo PH tidak digunakan secara maksimum oleh parti-parti dalam PH kerana Majlis Presiden PH belum memutuskan lagi penggunaan logo untuk pilihanraya.

“Walaupun ada parti seperti AMANAH Kawasan Parit Buntar yang sudah mula memasang bendera PH di Parit Buntar untuk dikenali pengundi.

“Namun secara keseluruhannya, semua parti masih menggunakan bendera masing-masing semasa aktiviti parti” katanya.

Sebelum ini Pakatan Harapan telah menggunakan logo PH bermula Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong dan PRK DUN Seri Setia bagi membuktikan wujud kesepakatan politik antara parti gabungan itu.

Sementara itu, Mesyuarat Tahunan AMANAH Kawasan Parit Buntar yang diadakan secara dalam talian telah dihadiri 133 perwakilan mewakili 43 cawangan AMANAH di Parit Buntar.

Setiausaha AMANAH Kawasan Parit Buntar, Ahmad Firdaus Mohamad berkata, kehadiran perwakilan amat membanggakan walaupun berhadapan dengan masalah talian internet.

“Ramai lagi yang tidak dapat masuk kerana capaian internet yang rendah di beberapa kawasan di Tanjung Piandang, Kuala Kurau dan Titi Serong.

“Memandangkan inilah kali pertama kami mengadakan secara talian , kehadiran perwakilan seramai ini sudah amat baik” katanya

Mesyuarat Tahunan AMANAH Kawasan Parit Buntar telah disempurnakan perasmiannya oleh Pengerusi AMANAH Negeri Perak, Datuk Asmuni Awi.


SPRM DI BAWAH PARLIMEN

 

MOHD MUKHLISMay be an image of text


Kita tahu SPRM sekarang ada masalah integriti dan persepsi yang buruk dari muka publik, contohnya kes scheme of things PM PDF yang langsung tak dengar cerita tapi kita tak boleh menidakkan tindakan SPRM yang jadi tools mana-mana parti politik. Heli H20? Pun ghuyub tak dengar cerita. Tu tak masuk bab website isytihar harta pun MIA zaman PN.

Sebab itu masa PH berkuasa lagi, kita bising pasal letakkan SPRM di bawah parlimen sebagai badan yang bebas dari cengkaman politik, tapi apa Perdana Menteri ketika itu buat? Manisfesto bukan kitab suci, tapi manifesto itu yang mengikat kita supaya patuh pada janji terhadap rakyat. Siap lantik anak Koya yang tak profesional lagi, sekarang semua itu telah bite us in behind. Bila ada kuasa, do the right thing at all times. Bukan bila dah tak ada kuasa baru nak bising itu tak betul, ini tak betul.
Kalau PH berkuasa semula, letak SPRM di bawah pengurusan parlimen; jadi mereka ada kuasa pendakwaan sendiri (lebih besar dari sekarang) dan bebas dari sebarang pengaruh politik.

PM FB MENIPU LAGI?

 

 MOHD MUKHLIS

Kalau tak menipu bukan Najib. Dalam Facebook serba tahu, dalam mahkamah dia tak tahu. Padanlah dapat nama PM Facebook.


SHE SAL

BERHENTILAH MENIPU DALAM FACEBOOK, JIB
Satu bukti email yang didedahkan oleh Xavier Justo sudah cukup untuk buktikan yang Najib Razak ni memang kaki kelentong.
Dia kata Justo dipecat oleh Petrosaudi. Justo memgemukakan bukti dia letak jawatan dari syarikat itu.
Justo juga bertemu dengan Mr Siddiqi selepas perlantikan Tun M sebagai PM pada 2018. Bukan sebelumnya.
Posting auta Najib
Jawapan Justo
Apa kata Najib saman saja Justo pada hari Selasa depan... Setakat sembang dalam facebook, burung pun boleh terbang.
Eh... burung memang boleh terbang, cuma tidak boleh kepit 不不不

Oooi macai Jef Rahman bila Jib nak saman Tun, saman Justo, saman Claire? bila cai 不不不


BILA HILANG RASA MALU

 

NIK HASYUDIN

Bila hilang rasa malu #ambangmalaysia

Selepas saya menghabiskan tempoh sebagai ahli Majlis Institut Akauntan Malaysia (MIA) pada kali pertama, timbul satu isu etika di dalam mesyuarat agong MIA.
Di dalam pemilihan ahli Majlis MIA di ketika itu ada seorang calon yang sedang diambil tindakan disiplin oleh badan profesional beliau. Walaupun belum didapati bersalah, satu kampung dah tahu. Ahli Majlis MIA ini melambangkan kepimpinan satu profesion yang berdiri di atas nilai-nilai seperti integriti. Oleh itu, ahli-ahlinya bukan sahaja kena melambangkan nilai-nilai demikian tetapi kena nampak menghidupkan nilai-nilai demikian.
Oleh kerana peraturan MIA tidak ada bab yang boleh menghalang orang yang demikian dari bertanding, saya telah diminta untuk menaja satu resolusi di dalam mesyuarat agong supaya calon berkenaan digugurkan. Resolusi itu diluluskan di dalam mesyuarat agong maka terselamatlah MIA dari mempunyai Ahli Majlis yang tidak selari dengan nilai-nilai profesional yang didukung oleh MIA.
Saya kira orang yang membentuk peraturan MIA menjangka ahli-ahli MIA ada maruah dan malu untuk menawarkan diri sebagai Ahli Majlis apabila dia terlibat dengan isu-isu profesional dan etika, walaupun belum disabitkan. Ni anggapan orang-orang ditahun 60’s lah. Mereka tidak boleh bayangkan akan ada satu zaman yang mana orang tidak berasa malu-malu walaupun muka sudah terconteng arang.
Normalisasi perkara yang buruk ini adalah satu proses yang boleh terjadi di dalam mana-mana masyarakat. Apabila Donald Trump menjadi Presiden Amerika walaupun bergelombang dengan pelbagai tuduhan, dia sebagai pemimpin telah berjaya menjadikan penyokong-penyokongnya untuk menerima gelagatnya seperti menipu sebagai biasa. Semasa dia menjadi Presiden, dia kena bayar gantirugi sebanyak USD 25 juta kerana dikatakan menipu pelajar-pelajar universiti miliknya.
Bagi masyarakat kita, di antara kemungkaran yang telah dinormalisasikan ialah rasuah dan salahguna kuasa. Bahkan, orang yang melakukannya dan sudah sabit di mahkamah pun dipandang mulia sehinggakan orang berebut-rebut untuk mencium tangan orang-orang seperti ini. Sejahterakah masyarakat jika perkara ini berterusan?
Sedih juga apabila ada seruan supaya tidak malu-malu walaupun satu kampung tahu apa yang golongan ini lakukan apabila fakta dan maklumat berkenaan dengannya kelakuan itu tersebar luas.
Oleh itu, di antara sebab kepada masalah yang kita hadapi sekarang sebagai satu masyarakat ialah keruntuhan nilai walaupun ramai di antara kita di sana sini yang mahu agama dilaksanakan. Mungkin kita sudah lupa sifat malu itu adalah nilai yang mulia di dalam agama kita. Adakah kita sudah termasuk di dalam golongan yang memilih-milih bahagian agama mana yang nak kita laksanakan dan yang mana nak kita tinggalkan?
Kita tidak boleh marah kepada orang-orang yang tidak malu dengan kesalahan mereka dengan apa yang mereka lakukan apabila diberikan kedudukan yang ada kuasa. Siapa yang sepatutnya disalahkan sekiranya orang-orang seperti ini diangkat ke atas?
Apabila dosa sudah dinormalisasikan, hilanglah perasaan malu kerana dosa itu sudah menjadi sebahagian dari nilai masyarakat walaupun mereka menuntut itu dan ini dari agama mereka.
Semoga Allah merahmati kita dengan keupayaan menilai mana yang benar dan mana yang batil serta menuruti yang benar dan meninggalkan yang batil.

CUBA BACA LAPORAN POLIS INI. NAJIB NAK SALAHKAN SIAPA PULAK ?

 

HAMDAN TAHA


Lapuran polis dato najib terhadap LHDN,siapakah ahli politik yang di maksudkan oleh Najib itu....apakah orang politik itu masih berkuasa....jika telah tidak berkuasa bagaimana dia pula boleh beri arahan pada LHDN ?


May be an image of text that says "Balai POLIS DIRAJA MALAYSIA REPOT POLIS Kontinjen Repot Tarikh SENTUL SENTUL ULALU SENTUL/012422/21 Malaysia RUZANNA KHAIRION Jurubahasa (Jika Badan Pasport Alamat Pangkat INSP No. K/P (Baru) - No.Polla/Tentera MOHD NAJIB BINH 530723 (Baru) Beranak 4537227 Bulan Keturunan AHLIPOLITI No.Pasport MALAYSIA Warganegara 23/07/1953 Malaysia aporan ini torhadap No. Tel(Bimbit) peningkatan percaya daripada juga merupakan lebihkurang RM1 pembayaran lewat) Tindakan"

DIBERI PELUANG JADI MENTERI KEHAKIMAN TAK JUGA LAKSANA...KALI INI KITA LIHAT PULA MENTERI AGAMA...

 

ABU MUSA

Semoga dipermudahkan urusan!! Jangan banyak dalih lagi.. Allah SWT Maha mengetahui samada anda menjual agama atau Tidak.



May be an image of 1 person and text that says "astroawani.com Pas tetap mahu bentang pindaan RUU 355 di Parlimen Rahimah Abdullah Mac 30, 2017 07:21 MYT Siti Zailah beri peringatan pada Ahli Parlimen yang Islam, takutlah kepada Allah berkaitan proses pindaan RUU 355.- Gambar fail"



KESIAN AZMIN NAK TANDING DI MANA

 

Kata dua dah di beri..lebai Pas jgn harap nak berterusan main kayu tiga lg dan tunggang slogan demi muafakat ummah...kerana slogan itu ibarat pelacor yg menjual dirinya sndri..

kahkahkah 不不不不不
Mengulas tindakan PAS bergabung dengan Perikatan Nasional (PN), Mohamad berkata, pihaknya berharap parti rakan kerjasama dalam Muafakat Nasional (MN) itu dapat membuat pendirian.
Katanya, PAS perlu membuat keputusan sama ada mahu bersama MN ataupun PN bagi menghadapi PRU-15 termasuk pada peringkat DUN.
"Mereka (PAS) sudah menjadi anggota PN, persoalannya sekarang jika ada pertembungan antara BN dengan PN, PAS mahu sokong siapa kerana PAS adalah sebahagian daripada PN dan mereka juga jentera pilihan raya PN.
"Itu terpulang kepada PAS untuk memutuskan sama ada mahu bersama MN atau PN, tetapi jangan buat keputusan lambat selepas Parlimen dibubarkan.
"Jika mahu bersama kami, beritahu kami sekarang," katanya.

Terkini! Najib bakal dilantik penasihat ekonomi bertaraf menteri? kah....

 Terkini! Najib bakal dilantik penasihat ekonomi bertaraf menteri?


DATUK Seri Najib Tun Razak disebut-sebut mungkin akan dilantik sebagai Penasihat Ekonomi bertaraf menteri kepada Perdana Menteri Datuk Ismail Sabri Yaakob.

Cakap-cakap mengenai pelantikan itu mula bertebaran semalam apabila Ismail Sabri menerima kunjungan bekas Perdana Menteri itu selama sejam di Putrajaya.

Perdana Menteri melalui Facebooknya berkata, mereka telah membincangkan tentang cabaran ekonomi dalam dan luar negara termasuk strategi mendepani pandemik Covid-19. ‘’Dato’ Sri Najib komited dalam menyumbangkan tenaga, masa dan idea untuk bersama-sama sebagai satu pasukan demi Keluarga Malaysia tercinta,’’ katanya.

Walaupun Ismail Sabri tidak menyebut apa-apa berhubung kedudukan Najib tetapi satu sumber mendakwa pengumuman mengenai pelantikan bekas Perdana Menteri itu sebagai Penasihat Ekonomi bertaraf menteri akan dibuat tidak lama lagi.

Najib pula ketika mengulas mengenai pertemuan beliau dengan Perdana Menteri berkata, ia bagi membincangkan keadaan semasa ekonomi Malaysia dan langkah-langkah seterusnya yang wajar diambil.

‘’Make no mistake. Terus terang saya kata. Malaysia masih berada dalam krisis. Malah akan berdepan dengan cabaran yang lebih besar dari segi ekonomi, pendapatan dan kebajikan rakyat.

‘’Dari sudut makro dan secara menyeluruh, kita sudah jauh ketinggalan di belakang berbanding dengan negara jiran. Malaysia tidak lagi mempunyai daya tarikan terhadap pelabur asing serta selepas 2018. Dari sudut mikro dan melibatkan rakyat pula, ramai tidak ada keyakinan terhadap ekonomi kita Malah timbul kerisauan terhadap keperluan, pendapatan dan kestabilan pekerjaan masing-masing,’’ katanya.

Bagaimanapun jika benar pelantikan Najib mahu dilakukan, adakah ia sudah mendapat persetujuan daripada parti-parti lain dalam kerajaan?

Ia memandangkan Najib merupakan antara pemimpin yang didakwa berada dalam ‘Kluster mahkamah’ kerana berhadapan pelbagai tuduhan rasuah dan salahguna kuasa berkaitan dana SRC International dan 1MDB.

Pada 28 Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Ahli Parlimen Pekan itu bersalah terhadap tujuh pertuduhan tuduhan pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram melibatkan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. Kes itu di peringkat rayuan.

Selain itu Najib juga sedang menjalani perbicaraan terhadap empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.

Sebelum ini, parti-parti yang berada dalam kerajaan meletakkan syarat mereka bersedia menyokong Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri dengan syarat tidak ada mana-mana pemimpin dalam ‘kluster mahkamah’ dilantik dalam Kabinet atau apa-apa jawatan kerajaan. Malah parti-parti pembangkang juga dikatakan meletakkan syarat yang sama jika Ismail Sabri mahu bekerjasama dengan mereka.

Apapun pelantikan Najib itu sekadar ura-ura, belum lagi rasmi, justeru sama-sama kita tunggu pengumuman daripada Perdana Menteri.

Sumber | UtusanTV

Kejam dan negatif, tapi rakyat anggap rasuah sebagai jenayah ala kadar

 


Kejam dan negatif, tapi rakyat anggap rasuah sebagai jenayah ala kadar


Rakyat di negara ini memandang rasuah sebagai jenayah ala kadar sedangkan ia adalah perbuatan kejam dan berimpak negatif.

Pengarah Pusat Penyelidikan Perundangan dan Keadilan di Pusat Pengajian Undang-Undang Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Madya Dr Aspalella A Rahman berkata, stigma masyarakat masih beranggapan perbuatan itu tidak menampakkan ia sesuatu yang kejam berbanding membunuh, merogol atau mencuri.

Beliau berkata, ia juga boleh dikatakan jenayah terselindung kerana ada ‘tangan ghaib’ yang menutup kesalahan itu.

“Contoh, aktiviti cetak rompak, ramai yang terlibat dan tidak nampak bahawa ia sebenarnya adalah perbuatan mencuri hak orang lain.

“Sebenarnya dari sudut lain dengan adanya rasuah menyebabkan jenayah lain seperti pengedaran dadah, pembalakan haram dan pemerdagangan manusia sukar dihapuskan.

“Semua jenayah ini melibatkan rasuah sehingga penguatkuasaan dan undang-undang gagal untuk menangkap dan mengadili mereka,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Aspalella berkata, situasi itu yang menyebabkan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dunia bagi tahun 2020 jatuh kedudukan 57 berbanding tangga 51 pada 2019.

“Data ini seolah-olah mengiyakan keadaan rasuah di negara ini agak mendukacitakan,” katanya.

Menurutnya, sejak negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya melakukan tangkapan secara besar-besaran.

“Boleh dikatakan kebanyakan ahli politik terlibat kes rasuah dan penggubahan wang haram apatah lagi pegawai kerajaan.

“Apabila kepimpinan peringkat tertinggi amalkan rasuah apatah lagi peringkat bawahan atau mungkin kerana kurangnya sifat integriti dalam diri serta tahap gaji tidak cukup.

“Saya pernah terbaca ada pihak yang mengeluarkan kenyataan pegawai kerajaan di Malaysia sanggup menerima rasuah walaupun jumlahnya tidak seberapa,” katanya.

Justeru, beliau menyokong kempen Rasuah Busters yang menjadi platform terbaik untuk mendidik masyarakat bahawa rasuah itu perbuatan keji.

“Diharapkan semoga setiap maklumat dipaparkan berjaya menjentik hati masyarakat bahawa perbuatan ini salah dan memudaratkan.

“Kena tanam dalam diri anak-anak bahawa rasuah membinasakan hidup, keluarga, negara dan agama,” katanya.

Panas! Justo gesa Najib periksa kesihatan mental

 Panas! Justo gesa Najib periksa kesihatan mental


Pemberi maklumat yang menarik perhatian selepas membocorkan dokumen berkaitan 1MDB mengecam Najib Razak kerana mendakwa beliau dipecat PetroSaudi International.

Sambil mendakwa penulisan Najib penuh dengan pembohongan, Andre Xavier Justo, berkata beliau sebenarnya meletakkan jawatan dalam syarikat minyak dan gas berkenaan.

Dalam hantaran di Facebook, warga Switzerland itu menyenaraikan dua sebab mengapa bekas perdana menteri itu ‘berterusan berbohong’.

Justo mendakwa, sebab pertama adalah dengan harapan semua pembohongannya itu akhirnya akan diterima sebagai kebenaran; dan kedua, katanya, akibat daya ingatan Najib semakin merosot berikutan semakin berusia.

“Saya fikir anda perlu menemui doktor untuk memeriksa secara menyeluruh tahap kesihatan mental,” katanya.

Justo juga memuat naik paparan gambar berhubung surat peletakan jawatannya dengan harapan dapat menghentikan Najib daripada terus mendakwa dirinya dipecat.

Selain itu, katanya, beliau menemui ahli perniagaan India berpangkalan di United Kingdom, Kamal Siddiqi, selepas pilihan raya umum 2018, bukannya sebelum waktu itu seperti didakwa Najib.

Terdahulu, Najib mendakwa Justo dipecat dari PetroSaudi – yang menyertai usaha sama dengan 1MDB – atas ‘alasan peribadi’.

Najib mendakwa disebabkan tidak berpuas hati kerana diberhentikan, Justo mencuri kandungan emel dalam pangkalan data milik PetroSaudi.

Ahli Parlimen Pekan itu, berkata demikian sebagai membalas dakwaan dibuat Clare Rewcastle-Brown daripada Sarawak Report, yang menyatakan Najib penyebab Justo dipenjara di Thailand.

Justo mendapat perhatian selepas penahanannya pada 2015 kerana membocorkan dokumen PetroSaudi berhubung usaha sama dengan 1MDB. Susulan daripada itu, ia menjadi asas siasatan pengubahan wang haram dalam syarikat pelaburan milik kerajaan terbabit.

Bagaimanapun, Justo turut dipenjara 18 bulan di Thailand kerana didakwa meminta bayaran sebagai tukaran untuk tidak mendedahkan maklumat sulit.

“SPEAKER DAN ABANGNYA, PEGUAM NEGARA DENGAR SENDIRI TITAH AGONG, TAPI TETAP PILIH DERHAKA”

 

Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun perlu menjelaskan mengapa tidak ada usul yang berkaitan dengan undi percaya dan pemilihan speaker baru dalam Aturan Urusan Parlimen.

Bahkan Yang di-Pertuan Agong, ketika dihadap oleh semua ketua parti politik di Istana Negara pada 17 Ogos, yang turut dihadiri oleh Speaker sendiri dan abangnya Peguam Negara, telah bertitah bahawa usul undi percaya di Parlimen mesti diadakan setelah Perdana Menteri yang baru dilantik.

Malangnya, Peguam Negara telah memilih untuk secara terang-terangan derhaka dan melanggar titah Agong dengan menyatakan secara terbuka dalam kenyataan awam yang dikeluarkan sendiri bahawa tidak perlu undi percaya kerana ia akan menidakkan kuasa Agong untuk melantik Perdana Menteri.

Menggunakan logik bahawa undi percaya akan menidakkan kuasa Agong untuk melantik Perdana Menteri sukar difahami ketika Yang DiPertuan Agong sendiri telah mengeluarkan titah bahawa usul undi percaya itu perlu diadakan di Parlimen.

Azhar juga memilih untuk mengikuti jejak abangnya bukan dengan kata-kata tetapi melalui tindakan secara tidak langsung dengan tidak menasihati kerajaan baru untuk mengemukakan usul undi percaya yang dia dengar sendiri daripada titah Yang DiPertuan Agong.

LIM GUAN ENG


Usul Undi Percaya Dan RUU Pas Peningkan Kepala PM?

TERKINI!!! KENYATAAN RAFIZI RAMLI MENGEJUTKAN UMNO & PN ?

KLUSTER MENCURI

Nor Azimah

Kita tak boleh senyap je ... Apa akan jd generasi akan dtg... Hasil negara dirompak... Hukuman hanya tuk rakyat marhean...
HAPUSKAN PEMIMPIN RASUAH




 

ADA RAMAI



BERTARAF MENTERI vs  BERTARAF MARHAEN!

Please Share.

More @ www.zunar.my


((PANAS)) TERBAIK SALAHUDDIN AYUB: ULAS ISU UNDI PERCAYA & KERAJAAN DERH...

MEMALUKAN! ZAHID NAJIB KEKAL MEMBISU LANTIKAN MUHYIDDIN?


YB Pekan Dato' Sri Mohd Najib Tun Abd Razak menerima kecaman daripada penyokong beliau dan netizen kerana dilihat berdiam diri mengenai keputusan yang diambil YAB bera Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob melantik YB Pagoh Tan Sri Dato' Muhyiddin bin Mohd Yassin (Nama sebenar: Mahiaddin bin Md Yasin) sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf Menteri. Sementara itu Presiden UMNO, YB Bagan Datuk Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pula membuat kenyataan, UMNO menyerahkan kepada Perdana Menteri ke-9 untuk menggunakan kebijaksanaan beliau untuk membuat sebarang keputusan yang dirasai sesuai termasuk memberi tanggungjawab kepada Presiden BERSATU tersebut untuk memulihkan negara walaupun beliau terkenal sebagai "PM8 Kerajaan Gagal".


TB! TERNYATA BENAR, TAPI AKHIRNYA MEREKA GENG KLEPTOKRAT KEMBALI!

RENTASAN 963 | GEMPAR!!! AKHIRNYA TERJAWAB SUDAH PUNCA PELETAKAN JAWATAN...



MENARIK DALAM RENTASAN 963
1. KENYATAAN MENTERI UNDANG-UNDANG HANYA KHABAR ANGIN 2. SEKARANG PAS SUDAH BERKUASA BERAPA HARI? 3. MENGAPA MAHIADDIN TIDAK LAYAK JADI PENGERUSI MPN 4. MASZLEE DAKWA BELIAU DIPECAT KERANA KACAU 1BESTARINET


YDP PAS Padang Serai - Tolak RUU355 - Jatuh Iman dan kena tanam kat jira...HANG NAK KENA SAMAN MINTA MAAF-LA NI HANG NAK KENA TANAM JUGAK ATAU MACAMANA?


Cuba dengar balik apa hukum berkaitan RUU 355. Ustaz bodo ni kata, RUU 355 itu ada kaitan dgn akidah. Itu waktu lebai jadi pembangang.

Sekarang, lebai dah jadi kerajaan tanpa mandat rakyat. Menteri dan timbalan menteri agama pun dari lebai.

Bila orang tanya lebai pasal RUU Akta 355, apa lebai kata? Takkan lari gunung dikejar. Gunung menang la tak lari, tapi nyawa kamu tu akan lari dari jasad bila2 masa. Tak takut ke tiba2 mampus dan orang tanam dlm jirat?

Hebat penjual agama.

 

w.faudzin



PRU15 - PAKATAN HARAPAN & ISU LOGO. JANGAN JADI ISU BODO INI BERPANJANGAN



1. PRU15 akan berlangsung kurang dua tahun dari sekarang. Isu penggunaan logo bertiup kencang di dalam Pakatan Harapan.

2. DAP dan Amanah nampaknya mahu logo rasmi Pakatan Harapan digunakan dalam PRU15, manakala Keadilan mencadangkan Logo Keadilan. UPKO selaku komponen termuda masih tidak menyatakan pendirian. Nampak kecil dan remeh tetapi isu ini sangat penting ditangani sebaiknya dan perlu diselesai segera. Sebarang isu walau sekecil mana sekalipun wajib diselesai secepat mungkin oleh pimpinan. Jangan biar ia berlegar-legar terlalu lama. Calar kalau tidak dirawat boleh menjadi kudis, dari kudis menjadi pekung, dari pekung bertukar kanser. Dan waktu itu sudah terlambat merawatnya.

3. Semua pihak ada hujah tersendiri. Ada fakta dan data. Ada kebenaran yang menyokong pendapat masing-masing.

4. Mengapa logo sangat penting dalam PRU khususnya PRU15? Logo adalah lambang yang akan digunakan dalam kerja kempen. Logo akan memperkenalkan parti dan calon. Lebih penting logo akan dimasukkan di dalam kertas undi untuk memudahkan pengundi memilih parti mana dan calon yang mewakili parti tersebut. Ada pengundi memilih parti tanpa mengira siapa calon, ada pengundi memilih calon tanpa menghirau parti diwakili, ada pengundi melihat kedua-duanya. Jadi, memilih dan memutuskan logo yang tepat oleh Pakatan Harapan adalah sangat penting.

5. Bagi menyelesaikan isu penggunaan logo oleh Pakatan Harapan, parti-parti komponen harus membuka minda seluasnya, mendengar hujah semua pihak, meneliti secara terperinci kepada kelebihan dan kekurangan logo-logo yang dicadangkan. Akhirnya pilihlah logo yang punya kelebihan melebihi kekurangan. Yang paling utama ialah logo yang dipilih wajib telah sangat dikenali dan sinonim dengan pengundi.

6. Sebelum PRU14 tahun 2018, Pakatan Harapan belum diluluskan oleh ROS. Bergerak hanya atas nama yang dipopularkan namun tidak dapat memperkenalkan satu logo rasmi. Pakatan Harapan hanya diluluskan pendaftaran sejurus selepas PRU14. Logo Pakatan Harapan diperkenalkan selepas itu.

7. PRU14 Pakatan Harapan sebulat suara bersetuju menggunakan logo Keadilan bagi semua calonnya. Pemilihan logo Keadilan ini dibuat berdasarkan Keadilan sebagai sebuah parti yang mempunyai Cabang hampir di semua Parlimen di seluruh negara dan logo Keadilan mampu menarik sokongan pengundi yang pelbagai kaum. Manakala PPBM, Amanah dan Warisan adalah parti baru yang masih belum dikenali ramai dan bersifat memperjuang kaum tertentu sahaja. Penggunaan Logo DAP pula difikirkan tidak sesuai mewakili Pakatan Harapan kerana DAP dilihat parti yang lebih bersifat "kecinaan" walaupun hakikatnya tidak begitu. Namun realitinya logo DAP tidak mampu menarik sokongan pengundi luar bandar kerana kawasan parlimen luar bandar majoriti pengundinya adalah kaum Melayu.

8. Berbalik kepada PRU15. Logo mana yang lebih sesuai digunakan? Logo Rasmi Pakatan Harapan atau mengekalkan penggunaan logo Keadilan sekali lagi? DAP dan Amanah sepakat mahu menggunakan logo rasmi Pakatan Harapan. Hujah mereka mudah. Sebagai sebuah pakatan politik rasmi yang sudah sah pendaftarannya, maka Pakatan Harapan wajib menggunakan logo rasmi yang juga sudah didaftarkan di ROS. Mereka turut berhujah penggunaan logo rasmi Pakatan Harapan akan memuasksn hati semua parti komponen dan tidak dilihat menjaga kepentingan satu parti sahaja. Bagi mereka semua parti komponen dalam Pakatan Harapan mempunyai hak yang sama. Hujah ini ada betulnya, tiada yang salah.

9. DAP dan Amanah menambah, penggunaan logo Keadilan akan dilihat menjaga kepentingan Keadilan sahaja. Lebih terkesan kata mereka ialah tumbangnya Kerajaan Pakatan Harapan adalah disebabkan pengkhianatan oleh Ahli-Ahli Parlimen Keadilan. Ini memberi kesan negatif jika logo Keadilan digunakan. Hujah yang ini boleh dipertikai ketepatannya.

10. Kedua-dua parti hanya melihat penggunaan logo Keadilan dalam ruang lingkup yang sempit. Dasar perjuangan Pakatan Harapan itu sendiri secara menyeluruh diambil dari dasar perjuangan Keadilan. Tunjang Reformasi yang dibawa oleh Pakatan Harapan merupakan intipati perjuangan Keadilan sejak dari era reformasi sebelum Keadilan ditubuhkan sebagai sebuah parti politik. Apabila sudah tertubuhnya Keadilan, Reformasi dijadikan dasar dan slogan perjuangan. Mengatakan tumbangnya Kerajaan Pakatan Harapan secara mutlak disebabkan pengkhianatan segelintir Ahli Parlimen Keadilan adalah hujah yang tersasar. Walaupun 11 Ahli Parlimen Keadilan melompat parti, jika Mahathir tidak meletakkan jawatan, Kerajaan Pakatan Harapan tidak akan tumbang. Masih ada jalan untuk mempertahankan Kerajaan Pakatan Harapan. Mengatakan logo Keadilan tidak sesuai digunapakai kerana nama Keadilan yang sudah dipandang buruk oleh pengundi gara-gara lompat parti juga meleset. Dalam peristiwa tumbangnya Kerajaan Pakatan Harapan di peringkat negeri ada Wakil Rakyat DAP dan Amanah juga melompat parti dan menyumbang kepada kejatuhan ini. Isu lompat parti sebenarnya melibatkan Wakil Rakyat ketiga-tiga parti komponen Pakatan Harapan. Oleh itu menuding jari hanya kepada Keadilan adalah satu sikap yang tidak bertanggungjawab.

11. Para pendokong Keadilan pula menyatakan pendirian supaya logo Keadilan dikekalkan untuk digunapakai oleh semua calon Pakatan Harapan bersandarkan faktor-faktor berikut:

a) Logo ini sangat dikenali oleh semua pengundi di seluruh negara.

b) Keadilan adalah parti berbilang kaum yang selesa diterima oleh pengundi yang berbilang kaum juga.

c) Dasar perjuangan Keadilan dan perlaksanaan perjuangannya yang tidak bersifat rasis dilihat mampu menarik sokongan secara menyeluruh.

d) Perjuangan reformasi yang Keadilan pelopori dan perjuangkan menekankan aspek keadilan, kesaksamaan dan kebersamaan, bertujuan membawa perubahan sistem pentadbiran kerajaan, badan kehakiman dan parlimen ke arah yang lebih baik demi kebaikan rakyat dan negara.

e) Landskap politik negara mengalami perubahan drastik bermula dari September 1998 selepas DSAI dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Umno. Keadilan membuktikan telah mampu merubah corak pemikiran pengundi dan rakyat, menjadi lebih terbuka dan berani.

f) Faktor idealisme perjuangan DSAI mendominasi fikrah perjuangan Keadilan dan Pakatan Harapan.

g) Keadilan satu-satunya parti yang mempunyai Cabang di semua 222 Parlimen dengan lebih 1000 Ranting berbanding parti-parti komponen lain. Oleh itu logo Keadilan telah dan sedang berkibar di seluruh pelosok negara.

h) Penggunaan logo Keadilan dalam PRU14 diterima majoriti pengundi dan rakyat sehingga membawa kemenangan. Oleh itu penggunaan logo Keadilan di PRU15 kekal relevan.

i) Logo Pakatan Harapan belum sesuai digunakan dalam PRU15 kerana promosinya belum menyeluruh. Dan majoriti pengundi masih belum "serasi" dengan logo ini.

j) Logo Pakatan Harapan dikatakan sangat "dekat" dengan kelibat Mahathir, Bekas Pengerusi yang telah memalit nama buruk kepada Pakatan Harapan. Mahathir tidak lagi menjadi pilihan pengundi dan rakyat. Mahathir telah mencemar nama dan logo Pakatan Harapan. Sikap dan tindakan beliau semasa menjadi Perdana Menteri amat merugikan Pakatan Harapan.

k) Masa singkat kurang dua tahun dari PRU15, ditambah kekangan pergerakan pemimpin ke seluruh negara akibat PKP, menyebabkan promosi logo Pakatan Harapan tidak berjalan secara efisyen. Promosi melalui media khususnya medsos tidak memadai.

12. Berdasarkan pro dan kontra hujah-hujah tersebut, maka penggunaan logo Keadilan lebih mendepani berbanding logo Pakatan Harapan untuk PRU15. Ini bukan masa yang sesuai untuk bereksperimen dengan logo Pakatan Harapan. Ini masa untuk berdiri di atas realiti bahawa Pakatan Harapan wajib memenangi PRU15 dengan strategi yang betul termasuk strategi penggunaan logo. Peluang Pakatan Harapan untuk menang sekali lagi amat cerah. Kekuatan sedia ada sudah mencukupi, namun usaha menambah baik kekuatan wajib diteruskan tanpa henti. Pihak lawan terdiri daripada Umno, PPBM, PAS, GPS, MCA, MIC dan lain-lain berada dalam keadaan amat lemah. Mereka tidak akan mampu bekerjasama di antara satu sama lain. Ini peluang besar untuk menewaskan mereka dengan majoriti lebih besar. Tetapi jangan pula Pakatan Harapan tewas kerana kesilapan dan kelemahan diri sendiri. Semua faktor memihak kepada Pakatan Harapan. Strategi kena tepat dan betul.

13. Semua aspek faktor kemenangan wajib digembeling sebaik mungkin termasuk isu logo. Capai dulu kemenangan di PRU15. Selepas itu, usaha membersihkan nama dan memperkenal logo Pakatan Harapan boleh dilakukan dengan menyeluruh dan berkesan.

14. Perahu sudah di air, dayung sudah di tangan, haluan sudah ditetapkan, kemudi sudah diturunkan, jangan pula tali pengikat tidak dilepaskan.

Bulat air kerana pembentung, bulat PH kerana muafakat.

Salam hormat

Aki Rock

 

(function() { var d = document, w = window; w

Pakatan Harapan: Pembentangan Bajet PH Kepada Media