“SPEAKER DAN ABANGNYA, PEGUAM NEGARA DENGAR SENDIRI TITAH AGONG, TAPI TETAP PILIH DERHAKA”

 

Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun perlu menjelaskan mengapa tidak ada usul yang berkaitan dengan undi percaya dan pemilihan speaker baru dalam Aturan Urusan Parlimen.

Bahkan Yang di-Pertuan Agong, ketika dihadap oleh semua ketua parti politik di Istana Negara pada 17 Ogos, yang turut dihadiri oleh Speaker sendiri dan abangnya Peguam Negara, telah bertitah bahawa usul undi percaya di Parlimen mesti diadakan setelah Perdana Menteri yang baru dilantik.

Malangnya, Peguam Negara telah memilih untuk secara terang-terangan derhaka dan melanggar titah Agong dengan menyatakan secara terbuka dalam kenyataan awam yang dikeluarkan sendiri bahawa tidak perlu undi percaya kerana ia akan menidakkan kuasa Agong untuk melantik Perdana Menteri.

Menggunakan logik bahawa undi percaya akan menidakkan kuasa Agong untuk melantik Perdana Menteri sukar difahami ketika Yang DiPertuan Agong sendiri telah mengeluarkan titah bahawa usul undi percaya itu perlu diadakan di Parlimen.

Azhar juga memilih untuk mengikuti jejak abangnya bukan dengan kata-kata tetapi melalui tindakan secara tidak langsung dengan tidak menasihati kerajaan baru untuk mengemukakan usul undi percaya yang dia dengar sendiri daripada titah Yang DiPertuan Agong.

LIM GUAN ENG