KALAU TERJADI DI PENAMG ..MUKA. DEPAN HARAMKAH 4 HARI 4 MALAM.
Ustaz Ahmad Husam
Saya Nak Cerita Sedikit Kisah Yang Berlaku Malam Ini Sebagai Pengajaran Bersama...
Malam Ini,Saya Dalam Perjalanan Balik Ke Rumah Saya Selepas Selesai Urusan Di Suatu Tempat.Dalam Keadaan Hujan Yang Lebat Jam Pula Menunjukan Waktu Solat Maghrib Akan Habis Dalam 15 Minit Lagi..
Saya Bagitau Kepada Pemandu Saya Agar Singgah Mana-Mana Masjid Untuk Solat Dulu Sebab Nak Solat Tepi Jalan Pun Hujan Lebat,Nak Sampai Kerumah Lebih Kurang Setengah Jam Lagi..
Apabila Kami Tiba Didepan Masjid Tersebut,Pagar Terbuka Luas Kami Pun Masuklah,Tiba-Tiba Seorang Pak Cik Yang Berusia Hujung 60an Jerkah Saya Dan Pemandu "Woiiii!!!! Hampa Nak Pi Mana Tu?" Pemandu Saya Jawab "Maaf Pak Cik,Kami Nak Tumpang Sembahyang".Pak Cik Tersebut Sambung "Hampa Tak Nampak Aku Ka?" Pemandu Saya Jawab "Maaf,Tak Perasan Pak Cik Sebab Hujan Cermin Kereta Pun Tak Jelas".Pak Cik Tersebut Sambung "Hampa Dok Mana?",Jawab Pemandu Saya "Kodiang Pak cik,Waktu Nak Habis Dah Tu Yang Kami Nak Tumpang Sembahyang".Pak Cik Tersebut Membalas Dengan Nada Tinggi "Hampa Pi Balik"!!!!!
Lalu Saya Sambil Memakai Facemask Agar Tidak Dikenali Mencelah "Pak Cik,Kami Minta Maaf Memang Kami Tak Perasan Langsung Pak Cik Duduk Di Situ Sebab Hujan,Kami Nak Minta Izin Nak Sembahyang Sebab Waktu Maghrib Nak Habis Dah Kalau Tak Boleh Atas Masjid Pun Dekat Garaj Motor Pun Tak Pa Sebab Kami Ada Sejadah Dan Cucuk 2 Dos Dah"..Pak Cik Tersebut Jawab Sambil Menengking "Aku Kata Hampa Pi Balik!!!"
Lalu Kami Pun Dihalau Tanpa Sedikit Rasa Ihsan Untuk Kami Menunaikan Kewajipan Kami Kepada Allah Keluar Dari Kawasan Masjid Tersebut.Dimana Nilai Kemanusiaan Dan Keislaman Beliau?Ya,Negeri Kedah Masih Fasa 1.Jika Tidak Hujan Yang Sangat Lebat Kami Boleh Saja Solat Tepi Jalanraya Sebab Banyak Kali Dah Kami Pernah Lakukan Sebelum Ini..
Allahuakbar..Apa Nak Jadi ???
Saya Telah Menghubungi Pihak Masjid Memaklumkan & Pihak Masjid Memohon Maaf Kepada Saya Dan Melahirkan Rasa Kesal Atas Kejadian Tersebut.