WOII DAH NAK JADI MENTERI TAK PAYAH MERUNGUT LAH....BUAT LAH KERJA DAN CAPAILAH JANJI JANJI

 


Timbalan Menteri Agama luah perasaan, sibuk sampai tak sempat makan tengahari


Timbalan Menteri Agama luah perasaan, sibuk sampai tak sempat makan tengahari


Dah jadi lumrah, sejak hari pertama dilantik sebagai Timbalan Menteri sampai hari ni, hampir setiap hari duduk sampai malam di pejabat.

Begitulah, bukan senang nak menjaga dan menguruskan pentadbiran kerajaan. Kadang-kadang tak sempat makan tengahari. Kadang-kadang, dah malam baru sedar belum makan. Baju-baju pun dah mula longgar nampaknya.

Dan inilah juga yang dirasai oleh para penjawat awam, yang tanpa penat lelah menghabiskan usia berkhidmat untuk negara.

Penjawat awam yang menjadi nadi penggerak utama sesebuah negara. Mereka bukan sahaja berfikir, bahkan merancang dan melaksanakan tugas yang diamanahkan, demi memastikan produktiviti dan servis yang maksima untuk rakyat.

Tugas berkhidmat untuk rakyat memerlukan banyak pengorbanan. Tak apa berkorban sikit, yang penting rakyat Malaysia terima manfaat pengorbanan kita.

#Misi100Hari
#KeluargaMalaysia