BUDAK SEKOLAH SOKONG UMNO



GAMBAR DARI BLOG ANAK SUNGAI DERHAKA





Memang memalukan apabila Umno menggunakan budak-budak sekolah untuk meramaikan dihari penamaan calon Bagan Pinang.Sama seperti di Penanti apabila menggunakan budak-budak sekolah menunggang cara samseng,inilah Umno cakap tak serupa bikin.
















DUIT TIADA PUNCA GURU TIDAK ADA PENEMPATAN????

Lewat tempatkan guru, NUTP minta penjelasan k'jaan
Abdul Rahim Sabri
Okt 6, 09
12:04pm
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) akan meminta penjelasan daripada kerajaan berhubung laporan akan berlaku kelewatan penempatan guru-guru lepasan graduan institusi pengajian tinggi (IPT) yang mengikuti program pendidikan.

Laporan mengenai kelewatan tersebut disiarkan dalam blog upsikini.blogspot.com yang memetik Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Dr Zakaria Kasa sebagai menyatakan demikian.

Beliau dipetik berkata demikian dalam ucapan perasmian simposium halatuju pendidikan fizik di Malaysia, anjuran Persatuan Mahasiswa Sains (PMS) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) UPSI beberapa hari yang lalu.

Prof Dr Zakaria dipetik berkata, punca utamanya adalah disebabkan oleh kelembapan ekonomi negara dan masalah kewangan yang dihadapi dalam pentadbiran kerajaan.

Beliau dilaporkan berkata kenyataan itu harus diterima semua pihak, terutama pihak pelajar kerana ia "bukan sahaja melibatkan UPSI, malah seluruh institusi yang menawarkan program pendidikan".

Ketika diminta reaksinya, Presiden NUTP, Hashim Adnan berkata persatuannya berpendirian bahawa pendidikan bukanlah merupakan satu kos tetapi adalah satu pelaburan demi masa depan negara.

"Jangan nafikan hak-hak anak rakyat Malaysia untuk belajar," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.


ADAKAH KERAJAAN TIDAK MENGHANTAR GURU-GURU KE SABAH DAN SARAWAK ATAU KE SEKOLAH-SEKOLAH YANG MENGHADAPI KEKURANGAN GURU-GURU ATAS ALASAN MASAALAH EKONOMI??PENDIDIKAN DI ABAIKAN.LIHAT BLOG KELUHAN GURU DI....


http://nutp.blogspot.com/



1000 KEPADA PEMILIK GAMBAR AZEEZ KENA TUMBUK

Sebuah badan bukan kerajaan NGO, Perikatan Belia Bersatu Malaysia (PEMBELA) menawarkan sejumlah RM 1000 kepada sesiapa sahaja yang memiliki gambar Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim ditumbuk pada hari penamaan calon Pilihanraya Kecil Bagan Pinang Sabtu lalu.
Iklan


Mereka yang menyerahkan gambar tersebut akan menerima bayaran tersebut secara tunai serta merta.

Menurut Timbalan Presiden Pembela, Mohd Dzohir Hamid, mesyuarat Ahli Majlis Eksekutif Pembela petang semalam telah mengambil keputusan untuk menawarkan wang sejumlah RM 1000.00 kepada sesiapa sahaja yang memiliki ataupun mahu menjual gambar Datuk Azeez di tumbuk.



NAK TIPU PUN TAK CERDIK

RUNTUH DAN BOCOR.HATI-HATI DENGAN PROJEK SEGERA DI BAGAN P[INANG



Gambar (atas) ihsan kedai kopi tepi masjid.



MENARA RUNTUH.....








KIRI STADIUM DAN KANAN KOLAM RENANG STADIUM



KIRI. BUMBUNG MASJID KANAN STADIUM TERENGGANU

AZEEZ REMPIT NAK NAMA






3 GAMBAR INI MEMBUKTIKAN AZEEZ NI PEMBOHONG.MEMANG PEMBOHONG BESAR
TIDAK ADA SEBARANG KECEDERAAN, DAN BELIAU SELAMAT.MENGENAI TEKANAN DARAH,BIASALA BADAN GEMUK BOROI OBESITI MANA MUNGKIN TAK ADA TEKANAN DARAH, TAMBAH-TAMBAH JALAN TENGAH PANAS.BAWA DIET LA BARU TAK KENA TEKANAN DARAH.


Abdul Aziz Alamai Kecederaan Tisu Lembut

KUALA LUMPUR, 4 Okt - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (foto), yang dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas mendakwa ditumbuk penyokong parti pembangkang semalam, mengalami kecederaan tisu lembut. Abdul Azeez berkata, beliau dimasukkan ke HKL selepas muntah-muntah dan pitam di rumahnya di Subang Jaya sekembalinya dari pusat penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson, Negeri Sembilan. "Selepas solat Maghrib, saya rasa nak pengsan, pitam, saya muntah. Bila saya kata sakit dan doktor periksa tekanan darah saya 165/95."Saya tiada... saya tak pernah ada tekanan darah tinggi sebelum ini," katanya kepada pemberita di HKL hari ini. Abdul Azeez berkata, hasil pemeriksaan x-ray hari ini mendapati tulang lehernya dalam keadaan baik dan tidak retak. Beliau berkata, ini adalah kali pertama beliau dicederakan sepanjang membantu kempen 11 pilihan raya kecil sebelum ini.Turut melawat Abdul Azeez adalah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang sama-sama berjalan ke pusat penamaan calon.