2 JUTA DOS VAKSIN UNTUK PENANG DITOLAK WALAU DAH JANJI

 May be an image of 1 person, sitting and text that says "F T HOME NEWS BERITA OPINION WORLD B 'Kepala otak dia', Guan Eng berang Putrajaya tolak 2 juta dos vaksin percuma untuk P Pinang Predeep Nambiar May 18, 2021 5:03 PM 6.1k Shares f 5.6k Chow Kon Yeow (kiri) menunjukkan surat daripada Kementerian Kesihatan bertarikh 12 Mac yang tidak memberikan kelulusan untuk menerima dua juta dos vaksin Sinovac percuma dari sebuah syarikat swasta. Turut hadir Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng. GEORGE TOWN: Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, mendedahkan Pulau Pinang ditawarkan dua juta dos vaksin Februari lalu,"


JAMZURI ARDANI

Ini antara sebab kenapa kabinet kerajaan persekutuan perlu letak jawatan. Mereka lebih mementingkan politik berbanding nyawa rakyat. Sanggup halang derma 2 juta dos vaksin ... apa untungnya?




TV KATA BUKAN ORANG TERKENAL...ORANG TAK TERKENAL....PANDAI EDIT YA...

 May be an image of ‎text that says "‎สำนักงานดณะกรรมการอิสลาม ประจำจังหวัดสงขลา กนนลพบุรีราเมศวร์ คำบลดลองแห อำเกอหาดใหญ่ จังหวัดสงขลา 074-237544 โทรสาร 074-237545 Ruj. Tuan المجلس Ruj. Kami تایلنک ISLAMIC COMMITTEE SONGKHLA RD.MO0 SONGKHLA THAILAND 74-237544 074-237545 Tarikh Kepada, Tuan, KONSULAT JENERAL MALAYSIA SONGKHLA. PERKARA :MENGESAHKAN NAMA PEREMPUAN NIKAH JAWATAN (K/PNO. NAMA SAKSI- NAIB KADHI SYAR-I WILAYAH SONGKHLA NAMA SAKSI TARIKH NIKAH 2. Pernikahan pasangan tersebut telah bernikah Wilayah Songkhla olch penama tersebut diatas sebagai Naib Kadhi Syar-l Wilayah Songkhla. Oleh yang dimikian kami akui pernikahan pasangan tersebut mengikut pentadbiran Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla hukum Sekian dimaklumkan, akui Yang Benar Seena Majlis Jemadi Admin/Finance Officer Songkhla Bahagian Akademic dan Perhubungan luar 1476፡2‎"‎

VIDEO DUA TAHUN HARI RAYA TANPA RAYA



Muhyiddin menegaskan kawasan yang dahulunya dikategorikan sebagai zon hijau kian bertukar menjadi kuning dan seterusnya merah. "Kerajaan pada mulanya mengambil tindakan secara bersasar untuk mengekang penularan virus dalam komuniti. Kita laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa negeri dan daerah. Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) juga dilaksanakan di beberapa kawasan," jelasnya.



VIDEO Polis tembak mati lima anggota Abu Sayyaf di Beaufort



Polis Sabah menembak mati lima anggota kumpulan pengganas Abu Sayyaf dalam operasi khas, yang dijalankan di sebuah kawasan setinggan di paya bakau di, Beaufort pagi semalam. Pesuruhjaya Polis Sabah, Hazani Ghazali berkata, salah seorang daripada suspek itu adalah ‘sub leader’ kumpulan pengganas itu dikenali sebagai Mabar Binda.



VIDEO JEMING HASSAN TENTANG DEWA PETIR Tolong jangan samakan kisah Dasuki dipanah petir dengan Thor!

VIDEO JANGAN TANYA ‘ZALIM SANGATKAH KERAJAAN INI’?



Gagal memberi bantuan kepada peniaga-peniaga kecil sehingga mereka bungkus, dan rakyat hilang mata pencarian. Gagal mengekang korupsi, malah mahu mengawal jentera penguatkuasa undang-undang agar mengikut telunjuk ahli politik.



BELI MERCEDES UNTUK EXCO SEDANGKAN IANYA MENYOKONGJELAS ..

 

Berdosa langgar SOP hingga cetus kluster, walau untuk solat jemaah, kata Mufti Kelantan


Mufti Kelantan, Mohamad Shukri Mohamad, berkata solat di rumah secara berjemaah juga tidak kira walaupun hanya berdua pahala tetap sama dengan berjemaah di masjid atau surau. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Mufti Kelantan, Mohamad Shukri Mohamad, berkata tindakan melanggar SOP walaupun untuk menunaikan solat berjemaah di surau sehingga mewujudkan kluster Covid-19 dianggap berdosa.

Katanya, hadis Nabi jelas mengatakan jangan keluar apabila terdapat satu wabak di sesuatu tempat, begitu juga perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan ketika ini bertepatan dengan sunnah.

“Saya akui jemaah mahu mengejar pahala yang banyak dengan solat berjemaah di masjid atau surau walaupun kerajaan tidak membenarkannya. Namun, jemaah kena ingat solat di rumah secara berjemaah juga tidak kira walaupun hanya berdua pahala tetap sama (dengan berjemaah di masjid atau surau).

“Tidak semestinya kita perlu berjemaah di surau barulah mendapat pahala yang banyak,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan penduduk di Kampung Pauh Lima yang dikatakan melanggar SOP apabila menunaikan solat Tarawih dalam gelap walaupun kerajaan mengeluarkan arahan hanya empat jemaah dibenarkan sepanjang PKP.

“Kita jangan pentingkan diri sendiri, sebaliknya perlu memikirkan kepentingan awam. Rakyat sepatutnya mengambil pengajaran apa yang berlaku di India.

“Saya sendiri tidak faham kenapa orang ramai masih tidak faham dan tidak mampu mengikut arahan kerajaan sedangkan sudah lebih setahun kita berdepan wabak Covid-19,” katanya.

Beliau berkata, larangan itu hanya bersifat sementara dalam usaha memutuskan rangkaian Covid-19 dan orang ramai mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di Pauh Lima.



SEMOGA YDPA MELIHAT AKAN KELEMAHAN NYATA MUHYIDDIN

 

HAMZAH RIE NA

Bila laaaa pihak istana nak nampak yg muhyiddin ni Pak lawak bukan pm utk negara berdaulat ini. Kami malu ber pm kan seorang joker dan pencuri mandat rakyat. Negara makin tenat dan rakyat makin susah #Tuanku.

May be an image of 3 people and text that says "MEDIARANIA MEDIA RANIA PEMIMPIN MALAYSIA DALAM ISU PALESTIN-ISRAEL DAPAT PANGGILAN MASUK AL JAZEERA DAPAT PANGGILAN DARI PRESIDEN ERDOGAN DAPAT PANGGILAN HANGIT DARI ENTAH SIAPA"




TAK SALAH JIKA ANGKA AKAN MENCECAH 5K KE 10K SEHARI...

 

4,865 kes baharu Covid-19, Selangor tertinggi

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan melaporkan 4,865 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada 479,421 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor mencatatkan jumlah kes harian tertinggi dengan 1,743.

Ini diikuti Sarawak (512), Kuala Lumpur (477), Johor (407), Kelantan (406), Kedah (244), Pulau Pinang (220), Perak (160), Terengganu (156), Pahang (152), Negeri Sembilan (149), Melaka (127), Sabah (95), Putrajaya (9), Labuan (6) dan Perl


3 KE 4 KALI DAH TIMBULKAN MASAALAH...DUIT ADA TAK TAKUT UNDANG UNDANG...MASUK JA KE DALAM PENJARA? ITU KAN JANJI ?

 


Polis siasat Neelofa, keluarga berkumpul sambut raya

Sinar Harian
Polis siasat Neelofa, keluarga berkumpul sambut raya
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, satu laporan polis telah dibuat pada Isnin susulan video yang tular melibatkan keluarga selebriti terbabit. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Polis menyiasat selebriti, Noor Neelofa Mohd Noor dan keluarganya yang didakwa ingkar prosedur operasi standard (SOP) kerana berkumpul semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri di sebuah rumah di Pinggir Zaaba, Taman Tun Dr Ismail di sini baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, satu laporan polis telah dibuat pada Isnin susulan video yang tular melibatkan keluarga selebriti terbabit.
"Siasatan awal mendapati video tular yang berdurasi selama 26 saat itu dimuat naik melalui akaun Instagram kakak selebriti berkenaan sebelum dikongsi netizen di laman sosial Twitter.
Menurut beliau, kes itu akan disiasat di bawah Peraturan 17 P.U (A) 225/2021.
Jelas Anuar, kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan SOP Am Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di Wilayah Persekutuan berkuatkuasa 7 hingga 20 Mei 2021 dengan menetapkan bahawa rentas sempadan negeri dan daerah (berdasarkan sempadan daerah ditetapkan kerajaan negeri) adalah tidak dibenarkan melainkan dengan kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Pergerakan di dalam kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagaimanapun dibenarkan dan ianya dikira sebagai satu kawasan jangkitan," katanya.
Tambahnya, orang awam dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan video tular terbabit dan hendaklah mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan kerajaan.
"Sebarang aktiviti yang bertentangan dengan SOP termasuk penyalahgunaan permit merentas negeri boleh dikenakan tindakan undang-undang. Sebarang pertanyaan atau maklumat boleh disalurkan kepada Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan" katanya.
Sebelum ini, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, umat Islam tidak dibenarkan kunjung-mengunjung pada Hari Raya Aidilfitri sepanjang PKP.
Sebelum ini, Neelofa pernah mencetuskan kontroversi selepas melanggar SOP dengan merentas negeri ke Pulau Langkawi di Kedah dan Nilai, Negeri Sembilan bersama suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail.

Gagal bayar cukai pendapatan, anak Najib terima notis bankrap LHDN

 

Mohd Nazifuddin Najib akan memfailkan permohonan untuk mengetepikan notis itu dan menangguhkan notis kebankrapan. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Selain Najib Razak, anak lelakinya, Mohd Nazifuddin juga menerima notis kebankrapan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kerana gagal melunaskan cukai pendapatan berjumlah RM37.6 juta seperti diputuskan Mahkamah Tinggi Julai tahun lepas.

Peguam Wee Yeong Kang, yang mewakili Nazifuddin ketika dihubungi pemberita, berkata notis itu telah diserahkan kepada anak guamnya pada 30 April lepas dan pihaknya telah memfailkan afidavit untuk membantah notis kebankrapan itu pada 6 Mei lalu.

“Nazifuddin juga akan memfailkan satu lagi permohonan untuk mengetepikan notis itu dan bagi menangguhkan prosiding kebankrapan sebelum 9 Jun ini. Pengurusan kes selanjutnya ditetapkan pada 21 Jun,” katanya selepas pengurusan kes secara dalam talian (e-Review) di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Ida Rahayu Sharif, hari ini.

Prosiding itu turut disertai Peguam Kanan Hasil Al-Hummidallah Idrus dan Peguam Hasil Athari Faris Ammerry Hussein bagi pihak LHDN.

Mengikut dokumen yang difailkan di mahkamah, kerajaan melalui LHDN memfailkan notis itu di Mahkamah Tinggi di sini pada 4 Feb lepas terhadap Mohd Nazifuddin, 38, selaku penghutang, hari yang sama notis kebankrapan difailkan terhadap bapanya.

Berdasarkan notis berkenaan, Nazifuddin perlu membayar RM37.6 juta dengan 5% kadar faedah setahun atas jumlah baki dari 6 Julai 2020 (tarikh keputusan Mahkamah Tinggi) hingga 4 Feb 2021 iaitu RM1.1 juta serta kos RM10,000 dan setakat 4 Feb 2021 jumlah itu menjadi RM38,758,370.93.

Najib, bekas perdana menteri, pula perlu membayar RM1.69 bilion dengan 5% kadar faedah setahun atas jumlah baki dari 22 Julai 2020 (tarikh keputusan Mahkamah Tinggi) hingga 4 Feb 2021 iaitu RM45.9 juta serta kos RM15,000 dan setakat 4 Feb 2021 jumlah itu menjadi RM1,738,804,204.16.

Pada 6 Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi memutuskan Nazifuddin perlu membayar tunggakan cukai tambahan LHDN bagi tempoh 2011 hingga 2017 berjumlah RM37.6 juta, selepas membenarkan permohonan LHDN untuk memasukkan penghakiman terus terhadapnya.

Penghakiman terus ialah apabila mahkamah memutuskan kes tertentu melalui hujahan tanpa mendengar keterangan saksi dalam perbicaraan.

Nazifuddin telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu di Mahkamah Rayuan yang menetapkan 9 Ogos ini untuk mendengar rayuannya.

Mengikut Seksyen 103(2) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ITA), seseorang yang diperintahkan membayar hutang itu perlu menjelaskan bayaran itu kepada LHDN walaupun beliau memfailkan rayuan.

Oleh itu, LHDN memfailkan notis kebankrapan terhadap Nazifuddin kerana masih gagal membayar jumlah berkenaan sehingga kini.



MC D WALAUN SOH BOIKOT..BAB MERCEDES WALAUN REDHO WALAU 14 BUAH DIBELI UNTUK KERAJAAN ISLE.




MOHD SHAH RIM

Cukup cukuplah guna Mercedes untuk kegunaan rasmi Kjaan...ada yg sampai pakai 14 butir untuk MB dan EXCO..!


 May be an image of 2 people, people standing and text that says "TRT World Now 8n German Chancellor Angela Merkel stresses solidarity with Israel in call with Israeli PM Benjamin Netanyahu, as death toll from Israeli strikes เn besieged Gaza tops 200"

KERAJAAN PERLU PERCEPATKAN PEMBERIAN VAKSIN

 May be an image of one or more people and text

Kenapa Sarawak boleh dapat kelulusan, Pulau Pinang tidak



MG-UTARA-28042021_05

By

 Wartawan MalaysiaGazette

 -

 18 May 2021


KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong mempersoalkan bagaimana Sarawak boleh mendapat kelulusan Kerajaan Persekutuan untuk membeli bekalan vaksin Covid-19 sedangkan Pulau Pinang tidak menerima kelulusan yang sama.

Dakwanya, sejak 15 Februari 2021, kerajaan negeri Pulau Pinang telah memohon kebenaran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menerima sumbangan dua juta dos vaksin Sinovac bagi kegunaan rakyat negeri itu tanpa melibatkan kos kepada kerajaan persekutuan.

Namun selepas tiga bulan, permohonan tersebut masih tidak mendapat maklum balas daripada Kerajaan Persekutuan.

”Beberapa hari lepas, Menteri Muda Kesihatan Awam dan Perumahan Sarawak Dr Annuar Rapaee mengatakan Sarawak bakal menerima 500,000 dos vaksin Covid-19 Sinovac yang dibeli melalui inisiatif kerajaan negeri.

”Mengapa permohonan Pulau Pinang untuk mendapatkan vaksin Covid-19 tidak mendapat sebarang maklum balas KKM selepas tiga bulan sedangkan Sarawak sudahpun mendapat kelulusan?

”Adakah ini kerana perbezaan politik antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Pulau Pinang?,” soalnya.

Steven berkata, isu bekalan vaksin adalah masalah utama dalam program imunisasi sekarang apabila bekalan vaksin tidak mencukupi.

Walaupun pemberian vaksin sudah bermula pada Fasa 2 April lalu, sehingga kini, masih ramai warga emas yang merupakan kumpulan sasaran bagi fasa ini masih belum mendapat tarikh untuk menerima dos pertama mereka.

“Dalam kenyataan saya sebelum ini, saya telah memberi amaran bahawa matlamat vaksinisasi 9.4 juta penduduk Malaysia menjelang Ogos 2021 dan seterusnya sasaran vaksinisasi 80% penduduk Malaysia pada hujung tahun ini akan gagal jika kerajaan tidak membuat perubahan yang drastik kepada proses sedia ada bagi pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) pada masa kini.

Jelasnya, semakin hari semakin ramai rakyat yang terkorban dengan sia-sia dengan kematian harian tertinggi mencecah 45 orang dan kini berjumlah 1,947 orang.

Jangkitan gelombang ketiga Covid-19 juga melonjak tinggi sehingga kembali ke paras 4,000 kes baharu setiap hari.

Katanya, Kerajaan Persekutuan perlu melakukan apa sahaja untuk memastikan benteng terakhir negara iaitu PICK tidak gagal seperti strategi melawan Covid-19 sebelum ini.

Steven berkata, ini bukannya masa untuk berpolitik dan Kerajaan Persekutuan perlu bekerjasama dengan semua pihak, termasuk kerajaan negeri tanpa melihat kepada perbezaan politik bagi menjayakan kempen melawan Covid-19.

Menurut beliau, Kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengenepikan perbezaan politik dan menjadi antara negeri terawal menyahut seruan Kerajaan Persekutuan untuk bekerjasama melawan Covid-19 sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 pada Mac 2020.

”Apabila kerajaan negeri Pulau Pinang kini sanggup memberi bantuan kepada kerajaan persekutuan dalam pelaksanaan PICK, jangan pula menolak tanpa sebarang alasan yang munasabah,” ujarnya.

 

Tangani defisit keyakinan terhadap SOP dan kawalan pergerakan – Syahredzan

 

Pada 

Oleh Ghafar NS

Selepas lebih setahun Covid-19 melanda negara, dapat dilihat semakin ramai rakyat Malaysia tidak mematuhi SOP dan kawalan pergerakan, berbanding beberapa bulan pertama negara dilanda wabak pada tahun lepas.

Setiausaha politik kepada ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang iaitu Syahredzan Johan berkata, kini semakin ramai yang mencari kaedah untuk tidak patuh pada peraturan yang ditetapkan.

Selain fenomena ‘Covid fatigue’ yang menjadi punca kepada hal ini, keadaan sekarang ini juga disumbang oleh kehilangan keyakinan rakyat terhadap SOP dan kawalan pergerakan yang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan.

“Rakyat sering melihat isu-isu seperti SOP yang cacamarba dan sering bertukar, ‘mixed messaging’ daripada Kerajaan serta isu ‘antara dua darjat’ dalam perlaksanaan peraturan berkenaan dengan Covid-19, dan ini semua menyebabkan rakyat semakin hilang kepercayaan,” tambah Syahredzan lagi.

Menurutnya, apabila defisit keyakinan rakyat pada undang-undang dan peraturan, maka ramai yang akan melanggar SOP serta kawalan pergerakan dengan mencari pelbagai alasan.

“Kerajaan tidak boleh memandang enteng tentang defisit keyakinan ini, kerana tanpa kepercayaan dan keyakinan rakyat, undang-undang serta peraturan paling sempurna pun tidak akan berjaya.

“Kerajaan digesa untuk mengembalikan keyakinan rakyat dengan melaksanakan SOP yang jelas berdasarkan sains dan data, memberi mesej yang jelas, konsisten dan terbuka mengenai situasi pandemik dalam negara dan memastikan tidak ada lagi situasi antara dua darjat dalam perlaksanaan SOP serta kawalan pergerakan.” Tegas Syaheredzan dalam satu kenyataan semalam (17 Mei 2021). 



Tiada sebab darurat disambung selepas 1 Ogos – Puad

 By

 Wartawan MalaysiaGazette


Mohd Puad Zarkashi


 18 May 2021

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak ada sebab untuk menyambung darurat selepas 1 Ogos ini.

Ini kerana, sudah jelas dan nyata darurat yang diisytiharkan kerajaan gagal menurunkan kes Covid-19, sebaliknya kes semakin tinggi, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zakarshi.

”Apatah lagi cukup jelas dan nyata ‘darurat’ gagal menurunkan kes Covid-19. Bahkan semakin tinggi meningkat.

”Justeru tidak ada sebab darurat disambung selepas 1 Ogos 2021,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook.

Malaysia diisytihar darurat bagi menangani ancaman Covid-19 berkuatkuasa 11 Januari lalu hingga 1 Ogos 2021 atau suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif Covid-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

Dalam pada itu, beliau bertanya sudah berapa kali mesyuarat Jawatankuasa Khas Bebas Darurat diadakan sejak mesyuarat pertama kali pada 18 Februari lalu.

Katanya, rakyat mahu tahu mengenai perkembangan jawatankuasa tersebut yang fungsi utamanya menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai kewujudan darurat dan penamatannya.

”Persoalannya sudahkah jawatankuasa khas ini mengadap YDP Agong dan memberi maklum balas.

“Jangan nanti Jawatankuasa Merayu Tamat Proklamasi Darurat di bawah Khalid Samad akan lebih awal mengadap Yang di-Pertuan Agong,” jata beliau.

Mohd Puad berharap Jawatankuasa Khas Bebas ini akan beri maklum balas yang setepatnya kepada baginda berdasarkan data dan sains. 

 

AZMIN ANAK BERANAK DUDUK DISEBUAH RUMAH


MOHD IZWAN

May be an image of text



AZMIN ALI tinggal sebumbung dengan anak menantu cucu dalam kediaman rasmi Menteri di Presint 10, Putrajaya.

Kompem syok weh, satu rumah aircond kot. Nyaman banget....

Err, kediaman rasmi nie bil elektrik siapa bayar ye? Menteri bayar atau #KerajaanGagal bayar?

Ikut standard JPA, pegawai gred A dan keatas (maknanya Menteri Kabinet la), mmg ada peruntukan kemudahan bil utiliti elektrik, air dan gas percuma.

Ikut Akta Ahli Parlimen (Saraan) pula, takrif anak dibawah tanggungan ialah dibawah 21 tahun.

Anak² AZMIN ALI baik yg bujang dan dah berkahwin, bawah 21 tahun ke? Duduk sekali dengan menantu, cucu pulak tu.

Walawei, binawei. Sedap duduk rumah fully aircond, bil elektrik siapa tanggung? AZMIN ALI tanggung atau Rakyat tanggung?

 


Waspada tindak balas siber dari sekutu Israel - CDCS

 







Pusat Media Digital, Keselamatan Siber dan Komunikasi (CDCS) serta Pertubuhan Media Digital Malaysia (MEMO) menggesa rakyat negara ini agar berwaspada terhadap kemungkinan serangan siber daripada kepentingan-kepentingan Israel serta sekutu mereka.

Menurut kenyataan dari CDCS dan MEMO, terdapat kemungkinan berlaku tindak balas di atas serangan media sosial dan pengodaman oleh beberapa pihak pegodam yang memperkenalkan diri mereka dari Malaysia dan Indonesia sejak beberapa hari lalu.

"CDCS dan MEMO menasihatkan rakyat Malaysia, khususnya badan-badan sukarela, Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) berkenaan Soladiriti Palestin dan Badan Pemegang Amanah bantuan atau sumbangan bagi rakyat Palestin untuk sentiasa mengawasi setiap masa laman sesawang (website) masing-masing termasuk menukar kata laluan setiap hari.

"Termasuk kata laluan email atau Username pada sistem sesawang sebagai langkah berjaga-jaga dari ancaman pegodam siber Israel dan sekutunya," kata kenyataan itu.





Kedua-dua pertubuhan itu juga memberi tips memperkukuh langkah-langkah keselamatan data peribadi bagi pihak yang aktif membuat komen mengenai krisis Israel - Palestin:



1) Buat 2FA, Pengesahan Email Peribadi @google atau lain-lain rangkaian dan nombor telefon diverifikasi dengan menukar kata laluan pada email anda;



2) Twitter : Setting and privacy > Account > Security > Two Factor Authentication & Password Reset Protection > 2-2 Factpr Authentication (Sila ‘on’ dua kali untuk lebih selamat);



3) Text Message : Authentication > Security Key (Pilih Keselamatan yang difikirkan selamat)



4) Facebook : Setting & Privacy > Setting > Security And Login > Two Factor Authentication;



5) Instagram : Setting > Security > Two Factor > (Pilihlah cara yang selamat bagi anda);



6) WhatsApp : Setting > Account > Two Factor Authentication;



7) Telegram : Setting > Privacy & Security > Two Step Verification;



Menurut kenyataan itu lagi, CDCS dan MEMO akan terus membuat pantauan dan tinjauan di alam siber mengenai hal berkenaan dari masa ke semasa.

Semua maklumat terkini akan di muat naik di Twitter @RisikanCDCS (Unit Risikan Siber CDCS Malaysia) dan FB: Majlis Gabungan Media Digital Malaysia – MEMO.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui email: Info@cdcs.my / aduan@cdcs.my / cybersecurity@cdcs.my

 

Jangan bungkam suara anak muda, buka Parlimen segera - Bersih 2.0





Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) bersolidariti bersama anak-anak muda yang turun ke jalan raya menegur kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebagaimana yang berlaku di Kampung Muhibbahraya, Tawau dan terkini di Kampung Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

Menurut kenyataan NGO berkenaan, tindakan polis yang menahan selama 4 hari para anak muda Parit Raja di bawah Seksyen 144, 269, 505(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 8 Akta Bahan Letupan dan Seksyen 48 Akta Pengangkutan jalan (APJ) 1987 adalah keterlauan serta tidak sewajarnya berlaku, sedangkan mereka hanya mahukan hak bersuara.

Mereka hanya mengamalkan hak sebagaimana yang termaktub di dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, kebebasan untuk berhimpun dan bersuara tentang kegagalan kerajaan menangani masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat yang sedang tertekan akibat pandemik Covid-19.

"Sebagaimana dalam perhimpunan aman biasa, pihak polis sepatutnya membantu para demonstran terutamanya anak-anak muda supaya mereka berhimpun dalam keadaan aman.

"Biarkan mereka berhimpun dan kerajaan perlu duduk serta mendengar keluh kesah rakyat," kata Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 dalam satu kenyataan.

NGO itu juga menuntut kerajaan PN segera membuka kembali Parlimen agar suara anak muda boleh dibahaskan oleh wakil mereka dan tidak perlu lagi aksi di jalan raya pada masa hadapan.

"Sekiranya kerajaan sensitif dengan keadaan ini, mereka perlu sedar bahawa ruang-ruang rasmi yang efektif bagi membincangkan situasi rakyat di bawah seperti sidang Parlimen yang ditutup menjadi sebab anak-anak muda membawa suara mereka ke jalan.

"Parlimen adalah ruang terbaik kepada wakil-wakil rakyat untuk membawakan permasalahan dan membahaskan kaedah terbaik menangani isu-isu sosial dan ekonomi agar negara dapat keluar daripada pandemik Covid-19 ini dengan selamat.

"Bersih 2.0 menggesa kerajaan segera membuka Parlimen supaya wakil rakyat dapat memberikan maklum balas mereka secara rasmi di dewan yang mulia agar kerajaan dapat memperbaiki tindakan mereka dalam menangani Covid-19," kata kenyataan itu lagi.

Penutupan ruang-ruang untuk rakyat bersuara secara bebas, kata Bersih 2.0 hanya akan menatijahkan aksi yang lebih keras dan berani daripada rakyat bawahan.