TEKA SIAPA DIA...



Kak Ida Abdullah


JIKA KENAL DIAM DULU... KONGSI KRONOLOGI SIKIT2 SUPAYA HADAM 😀


1964 :


Dia selama beberapa bulan di Harvard, Amerika Syarikat dalam seminar anjuran Asia Foundation oleh Dr. Henry Kissinger, Setiausaha Negara Amerika dan pakar strategi Yahudi. Hubungan Dia sangat akrab dengan Kissinger lebih-lebih lagi sejak  dia berjaya dilantik sebagai Perdana Menteri/Presiden UMNO (pada 16 Julai 1981) sehingga sekarang. Bahkan perlantikan 'luar biasa' Dia ke jawatan TPM oleh Dato' Hussein Onn pada Mac 1976 juga menimbulkan pelbagai tandatanya. 

Sebelum itu, ketika berkrisis dengan


Tunku Abdul Rahman dahulu dan kerana takut ditangkap, 

Dia melarikan diri ke Thailand dan kemudiannya mendapat perlindungan 'asing' di Australia. Dia bekerja di sana di samping menulis dalam akhbar luar negeri mengecam Tunku. 

Dia hanya kembali setelah Tun Razak jadi PM. Dengan strategi licik pihak-pihak tertentu (termasuk mereka yang dikaitkan dengan agen perisikan asing) akhirnya Tun Razak terpedaya untuk menerima semula Dia dan memberikan tempat kepadanya dalam Kerajaan walaupun sudah diingatkan oleh orang-orang yang mengetahui identiti sebenar Dia. 

Ajal telah menghalang Tun Razak dari bertindak terhadap Dia setelah beliau menyedari kesilapannya kerana terpedaya dengan perancangan licik Dia untuk menguasai UMNO dan Kerajaan.


Bersambung..



No comments: