Jamzuri Ardani
Ini kenyataan dangkal dan pra-matang yang tidak sepatutnya dibuat oleh seorang anggota kerajaan dan memimpin satu institusi kerajaan yang besar.
1. Misi ketenteraan ke luar negara tidak boleh dibuat secara unilateral. Sebaiknya ia mendapat mandat dari badan-badan antarabangsa yang dianggotai Malaysia seperti OIC atau PBB. Paling kurang pun mesti ada rayuan atau jemputan dari negara tuan rumah. Setahu saya Pihak Berkuasa Palestin sendiri tidak pernah meminta bantuan ketenteraan dari mana-mana negara luar.
2. Misi ketenteraan ke luar negara mesti mempunyai objektif yang jelas. Menghantar tentera ke Palestin tanpa objektif yang jelas tentang apa yang mahu dicapai adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab. Apa objektif yang mahu dicapai sekiranya kita mahu tentera kita dihantar ke Palestin?