Waspada tindak balas siber dari sekutu Israel - CDCS

 







Pusat Media Digital, Keselamatan Siber dan Komunikasi (CDCS) serta Pertubuhan Media Digital Malaysia (MEMO) menggesa rakyat negara ini agar berwaspada terhadap kemungkinan serangan siber daripada kepentingan-kepentingan Israel serta sekutu mereka.

Menurut kenyataan dari CDCS dan MEMO, terdapat kemungkinan berlaku tindak balas di atas serangan media sosial dan pengodaman oleh beberapa pihak pegodam yang memperkenalkan diri mereka dari Malaysia dan Indonesia sejak beberapa hari lalu.

"CDCS dan MEMO menasihatkan rakyat Malaysia, khususnya badan-badan sukarela, Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) berkenaan Soladiriti Palestin dan Badan Pemegang Amanah bantuan atau sumbangan bagi rakyat Palestin untuk sentiasa mengawasi setiap masa laman sesawang (website) masing-masing termasuk menukar kata laluan setiap hari.

"Termasuk kata laluan email atau Username pada sistem sesawang sebagai langkah berjaga-jaga dari ancaman pegodam siber Israel dan sekutunya," kata kenyataan itu.





Kedua-dua pertubuhan itu juga memberi tips memperkukuh langkah-langkah keselamatan data peribadi bagi pihak yang aktif membuat komen mengenai krisis Israel - Palestin:



1) Buat 2FA, Pengesahan Email Peribadi @google atau lain-lain rangkaian dan nombor telefon diverifikasi dengan menukar kata laluan pada email anda;



2) Twitter : Setting and privacy > Account > Security > Two Factor Authentication & Password Reset Protection > 2-2 Factpr Authentication (Sila ‘on’ dua kali untuk lebih selamat);



3) Text Message : Authentication > Security Key (Pilih Keselamatan yang difikirkan selamat)



4) Facebook : Setting & Privacy > Setting > Security And Login > Two Factor Authentication;



5) Instagram : Setting > Security > Two Factor > (Pilihlah cara yang selamat bagi anda);



6) WhatsApp : Setting > Account > Two Factor Authentication;



7) Telegram : Setting > Privacy & Security > Two Step Verification;



Menurut kenyataan itu lagi, CDCS dan MEMO akan terus membuat pantauan dan tinjauan di alam siber mengenai hal berkenaan dari masa ke semasa.

Semua maklumat terkini akan di muat naik di Twitter @RisikanCDCS (Unit Risikan Siber CDCS Malaysia) dan FB: Majlis Gabungan Media Digital Malaysia – MEMO.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui email: Info@cdcs.my / aduan@cdcs.my / cybersecurity@cdcs.my