Najib janji bagi tanah kpd tentera Sulu (LM)

Najib perlu dedah isi perjanjian beri tanah kepada tentera Sulu

KUALA LUMPUR 7 MAC: Pihak berkuasa perlu menyiasat laporan media Filipina yang mendedahkan perbuatan Datuk Seri Najib Razak menjanjikan tanah kepada tentera Sulu hingga menyebabkan mereka menceroboh Lahad Datu, Sabah.

Bacaan seterusnya:    Najib janji bagi tanah kpd tentera Sulu

Media UBN jadi korban fitnah sendiri (LM)

Media perdana itu hanya lah 'political bouncers'

Pihak pimpinan UMNO dan BN semakin terhimpit dengan krisis keyakinan yang mereka sedang hadapi.

UMNO sekarang mungkin telah sedar tiada apa yang kita sembunyikan selama ini akan kekal tersembunyi buat selama-lamanya.

Seterusnya:   Media UBN jadi korban fitnah sendiri

Konflik Lahad Datu berlarutan tunjuk pemimpin BN lemah – Anwar

Konflik Lahad Datu berlarutan tunjuk pemimpin BN lemah – Anwar

PETALING JAYA 6 MAC: Tempoh masa lama yang diambil kerajaan untuk menangani serangan pencerobohan di Lahad Datu, Sabah tunjuk bukti kepimpinan BN gagal selesaikan krisis itu, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, pencerobohan itu yang berlarutan hingga lebih tiga minggu tanpa tindakan serius oleh pemerintah menunjukkan kelemahan dalam kepimpinan hari ini.

Anwar lagi

“Ini bukan kegagalan pasukan polis atau ATM (Angkatan Tentera Malaysia), tetapi kepimpinan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.

Beliau berkata, perkara ini berlaku ekoran kelemahan dalam memberi arahan daripada pihak atasan.
“Kenapa kerajaan perlu tunggu hingga 23 hari baru tindakan diambil. Mana kenyataan pemimpin? Kementerian Dalam Negeri, Menteri Pertahanan?

“Sedangkan kedaulatan telah digugat dan lapan anggota keselamatan terkorban,” tegasnya.
Beliau menjadikan tragedi Sauk di Grik, Perak pada 2001 sebagai contoh apabila insiden itu hanya mengambil masa empat hari diselesaikan.

Kata Anwar, kedaulatan dan maruah negara dijamin jika Pakatan Rakyat mentadbir negara.
“Bila situasi seperti itu berlaku, polis dan tentera perlu ada struktur arahan (command structure) yang jelas. Saya rasa ia tiada di sana.

“Jika kita ambil alih, kita janji tidak akan benarkan negara kita tidak diceroboh, demi kedaulatan dan maruah negara,” kata Anwar.

‘Bukan serang orang Sulu tapi berperang dengan orang bersenjata’

‘Bukan serang orang Sulu tapi berperang dengan orang bersenjata’

Fazallah Pit

KUALA LUMPUR 6 MAC: Serangan ketenteraan terhadap penceroboh di Lahad Datu, Sabah bukan bermakna Malaysia menyerang orang Sulu, sebaliknya berperang dengan orang bersenjata.
Bercakap dengan nada seorang negarawan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata tindakan ketenteraan yang tegas dan keras – bagaimanapun – perlu berikutan pencerobohan ke atas wilayah negara.

_MG_9311

“Saya lihat, sebahagian kita agak keliru, kita serang orang Sulu. Kita bukan perang dengan orang Sulu. Kita berperang dengan orang bersenjata.

“Mereka hadir (ceroboh) dan cuba serang kawasan kita. Oleh demikian kita harus tegas dan keras menghadapi orang bersenjata,” katanya pada sidang media di Lake Club, petang semalam.
Ketua Umum KEADILAN itu juga menunjukkan reaksi gembira berikutan penglibatan pasukan keselamatan tampak berjaya walaupun pihaknya tiada maklumat terperinci.

“Ia selaras dengan syor kita semalam kepada kerajaan – Perdana Menteri, Menteri Pertahanan, Menteri Dalam Negeri supaya beri bantuan kepada pasukan polis.

“Anggap gerombolan bersenjata sebagai bahaya dan selagi tak diselesai, (ia) menimbul keresahan kepada penduduk. Kita doakan mudah-mudahan pemantauan itu berterusan,” katanya.

Pakatan Rakyat sebelum ini menyatakan keyakinan terhadap kecekapan pasukan keselamatan dalam menjaga pertahanan negara dan berharap tiada campur tangan politik dalam menangani isu itu.

Anwar juga percaya, anggota keselamatan boleh menjalankan tanggungjawab menjaga keselamatan negara tanpa kekangan politik.

Untuk tonton rakaman video, KLIK INI.

KES MEMASANG BENDERA SALAH


Oleh Hishamuddin Rais

Kes dan kejadian memasang bendera salah ini saya timbulkan kerana pada ketika saya menulis ini, ada Satu Bendera Sedang Tercacak di Lahad Datu. Bendera Lahad Datu ini pelik lagi memelikkan. Pertamanya, media antarabangsa tidak diibenarkan untuk membuat laporan. Wartawan Al-Jazeera telah ditangkap dan dihalau keluar. Rakyat Malaysia ibarat cendawan - disimpan dalam gelap dan dibajai tahi lembu.

Mengikut laporan awal bendera yang tercacak di Lahad Datu ini bersangkutan dengan Yazid Sufaat yang baru kena tahan dibawah undang-undang ISA Baru. Apa sangkut paut Yazid dengan Lahad Datu tidak jelas. Tetapi berita ini hilang bagitu saja. Pada awalnya umum telah diberitahu ada 100 gerila lengkap bersenjata telah mendarat di Lahad Datu. Tetapi tidak diketahui pula dari busut jantan mana Sang Gerila ini datang. Tetiba, beberapa hari kemudian laporan mula beralih.

Jumlah 100 kini menjadi 40 orang. Ke mana 60 orang lagi menikus walah hu alam bissawab. Media Malaysia pada awalnya melapor bahawa gerila ini lengkap bersenjata. Tetiba berita diubah. Sang Gerila hanya datang dengan penggali dan cangkul.Setelah beberapa hari, muncul pula berita yang melaporkan Sang Gerila ini ingin bertemu dengan seorang personaliti. Mengikut laporan - sesudah bertemu dengan ‘personaliti ‘ ini Sang Gerila akan pulang. Siapa personaliti yang ingin ditemui ini?

Apakah Sang Gerila ini hendak berjumpa Ziana? Atau personaliti yang dimaksudkan ialah Psy Gangnam Style? Sampai hari ini tidak diketahui siapa personaliti itu.

Terakhir media memaparkan gambar Hishammuddin Hussein meneropong dari jauh untuk melihat Bendera Lahad Datu yang sedang tercacak. Perangai meneropong dari jauh telah menjadi tabiat menteri dalam negeri semenjak dia diberi teropong untuk melihat cara polis membelasah penunjuk perasaan di Bersih 3 tahun lalu.

Apakah teropong ini hadiah hari jadi dari Ziana atau dari adik Ziana. Ini masih tidak jelas.

Apa yang jelas ialah orang ramai semakin marah kerana rakyat Malaysia tidak diberitahu apa yang sebenarnya berlaku. Mengikut laporan akhbar Filipina - jumlah gerila ini bukan 40 orang, bukan 100 orang tetapi 400 orang. Gambar dari akhbar Filipina memperlihatkan bahawa gerila ini dililit oleh peralatan senjata moden. Gerila ini datang untuk mengancam.

Maka timbul persoalan hakiki. Apa tujuan memasang bendera ini? Siapa di belakang bendera ini?

Untuk memahami ini kita wajib mengambil kira PRU13 yang akan berlaku tidak lama lagi. Kita wajib mengambil kira bagaimana Suruhanjaya DiRaja Sabah tentang kad pengenalan palsu sedang bersidang di Kota Kinabalu. Kita juga wajib menyedari bagaimana ‘kilang undi haram dari Sabah' kini telah runtuh.

Kita juga wajib mengambil kira kepulangan Balasubramaniam. Kita juga wajib ambil kira saman Deepak terhadap Najib. Kita juga wajib ambil kira serangan Mahathir keturunan Iskandar Kutty terhadap Najib. Kita juga wajib ambil kira bagaimana Muhyiddin sedang merancang untuk menyahkan Najib dari kerusi PM.

Setelah mengambil kira semua ini maka jika Bendera Tercacak di Lahad Datu ini berterusan maka ianya pastilah baik untuk Najib. Bendera ini amat cemerlang untuk United Malays National Organsiation. Pada tahap ini tidak penting untuk kita mengetahui siapa yang memasang bendera ini. Yang penting bendera ini telah terpasang. Dan orang yang merancang untuk memasang bendera ini akan meraih keuntungan.

Bendera yang sedang terpasang di Lahad Datu ini cukup molek untuk dijadikan sebab musabab oleh Najib untuk menggantung pemilihan di Sabah. Memasang bendera saperti ini bukan sesuatu yang baru. Salah bendera ini telah digunakan untuk menjatuhkan PBS dan Pairin dalam tahun 1982.

Pada 1978 sejarah telah membuktikan bagaimana United Malays National Organisation memasang bendera salah di Kelantan. Kacau bin Bilau telah melompat-lompat berdemo di Kota Bahru. Akhirnya Dewan Undangan Negeri Kelantan di gantung dan Parti Pas tersingkir.

Bendera yang tercacak di Lahad Datu ini telah hampir tiga minggu. Dalam laporan Bernama pada 24 Februari yang lalu, Najib telah menerangkan bahawa dia menangguhkan PRU13 sehingga rancangan ‘transformasi' memperlihatkan hasil. Apakah Najib ini bodoh?
Apakah Najib sudah nyanyuk? Biji durian akan mengeluarkan hasil setelah lima tahun ditanam. Padi boleh dituai setelah tiga bulan ditanam. Jagung yang berbuah satelah empat bulan ditanam.

Mustahil ‘transformasi' ini akan memperlihatkan hasil dalam masa dua bulan. Sesuatu dasar akan dilihat ketrampilan dan kejayaan dalam masa 10 atau 15 tahun. Mungkin lebih lama. Rancangan Felda yang dirancang oleh pada tahun 1956 hanya berhasil 15 tahun kemudian.


Justeru soalan wajib ditanyakan: Apakah salah pasang bendera di Lahad Datu bertujuan untuk menimbulkan huru hara di Sabah? Dengan huru hara ini pilihan raya di Sabah di tangguh. Jika pilihan raya Sabah ditangguhkan maka Najib dapat menyelamatkan diri. United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya dapat selamat dari gelombang ombak rakyat yang tidak sabar-sabar untuk menghumbankan mereka semua ke dalam tong sampah sejarah.



Tindakan ketenteraan terhadap penceroboh Sabah mungkin meningkatkan sokongan kepada BN??

March 07, 2013
Anggota polis cari badan dua lelaki ditahan apabila mereka keluar dari Tanjung Labian, sebuah kampung bersebelahan dengan Kampung Tanduo di Sabah, pada 6 Mac 2013 selepas tentera menyerbu kem kumpulan bersenjata Filipina pada Selasa. — Gambar Reuters

Walau pun krisis di Sabah ini dikatakan berjaya meningkatkan sokongan kepada perdana menteri, ianya masih lagi menjadi satu isu yang belum lagi selesai.Tindakan yang menyebabkan krisis ini berlaku dan lambatnya jalan penyelesaian serta berkemungkinan persepsi bahawa projek IC ,menjadi puncanya serta mudahnya  penduduk selatan filipina menyeberang mendapatkan bekalan makanan di Lahad Datu, adalah antara beberapa fakta yang akan menentukan sokongan rakyat Sabah ke tas Bn.

Beberapa penganalisa menyatakan tindakan kerajaan ini meningkatkan sokongan ke atas Bn, namun kejayaan tanpa pertumpahan darah terutamanya semangat pasukan keselamatan boleh membantutkan sokongan ini.Penganalisa pro Bn menjelaskan bahawa sokongan terhadap kerajaan meningkat.Walau bagaimana pun kesusahan rakyat dan juga apa yang ditanggung mereka selama ini bukan mudah juga untuk rakyat Sabah begitu mudah menerima apa yang telah mereka alami.

Dr Faisal Hazis, penganalisis berpengkalan di Kuching berkata tindakan dikawasan pantai timur yang sentiasa bergolak tersebut mungkin membangkitkan beberapa perkara pokok seperti keberkesanan polisi kerajaan di Sabah sebelum ini serta beberapa isu  keselamatan lain yang perlu diberikan perhatian serius.
Beliau berkata walaupun misi dilancarkan pada Selasa dianggap sebagai berjaya, Faisal mendakwa rakyat Sabah kini umpama “bom jangka” yang menunggu masa untuk meletup.

“Terdapat perasaan ini adalah bom jangka menunggu untuk meletup — polisi berlembut dengan warga Filipina, Projek IC dan ketidakupayaan pasukan keselamatan untuk mempunyai kekuatan di perairan.
“Semua membabitkan polisi BN selama ini akan mewujudkan serangan balas yang hebat,” kata Faisal.
Faisal meramalkan tiga keadaan akan timbul daripada pengundi atas pagar, berdasarkan langkah tegas kerajaan baru-baru ini.

Kumpulan pengundi pertama yang marah keatas cara mengendalikan konflik tersebut pasti tidak memilih BN, kata beliau, manakala kumpulan kedua pengundi marah pada awalnya kerana lambat bertindak tetapi pentingkan keselamatan negara mungkin mengundi pihak kerajaan sedia ada.

Kumpulan ketiga pula adalah pengundi yang gembira dengan cara krisis dikendalikan, mereka mungkin menyokong BN dalam pilihan raya depan, kata pensyarah Universiti Malaysia Sarawak itu.

Bagi profesor Universiti Putra Malaysia, Dr Jayum A Jawan, faktor penentu kepada BN bergantung kepada corak perasaan pengundi di Sabah.

“Situasi sekarang paling bahaya untuk Barisan Nasional, apabila rakyat Sabah berada dalam perasaan marah mereka akan cari pemimpin yang boleh beri mereka ketenangan.
“Keadaan ketika ini tidak selesa, perasaan marah ini akan dibawa hingga waktu pilihan raya nanti.”

Apakah yang mungkin menyebabkan rakyat Sabah marah.Isu pencerobohan ini seharusnya ditanggani sejak sekian lama.Rakyat Sabah yang begitu emosi dengan kedatangan rakyat Filipina dan juga Indonesia menenggelamkan perasaan mereka kerana terasa seperti kehilangan kedaulatan di tanah air sendiri.

Isu ini  akan berlanjutan sehingga pilihanraya ini,  dan keengganan kerajaan untuk duduk semeja dengan Pakatan Rakyat dan membentangkan kertas putih serta terdapat tuduhan bahawa Najib berjanji memberikan tanah untuk kaum sulu filipina , malahan projek IC yang ketuai oleh Mahatir , tidak begiyu mudah untuk rakyat Sabah melupakannya.

Anwar dan sambutan yang diterimanya di Sabah sudah menjadi satu ledakan bom yang akan menjadikan rakyat Sabah yakin dengan apa yang Anwar janjikan , iaitu Sabah untuk rakyat Sabah dan janji kerajaan pakatan untuk memberikan 20% hasil minyak kepada negeri-negeri yang mempunyai minyak dianggap sebagai sesuatu yang boleh diterima.

 Terdapat isu lain lagi , misalnya tarif harga berganda di sabah dan sarawak,isu tanah adat,kerakusan pemimpin , isu Anifah Aman, isu yang dikaitkan dengan penipuan saudaranya,sehingga kini berjaya mengalihkan rakyat dengan kes serangan kaum  Sulu. Namun selesai sahaja isu ini ,  dan pembangkang sedang mengumpulkan maklumat tentang perkara ini, ianya akan menjadikan Bn dan Najib belum tentu dapat tidor nyenyak kerana bukti semakin terserlah dan rakyat menunggu untuk memangkah kerajaan yang berupaya menjaga rakyat.

wrlr

Najib terus terima tamparan hebat: Malaysia tiada dalam senarai 400 universiti terbaik dunia

Najib terus terima tamparan hebat: Malaysia tiada dalam senarai 400 universiti terbaik dunia
6 March 2013
KUALA LUMPUR, 6 MAC: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus menerima tamparan hebat sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) apabila tidak ada universiti dari Malaysia disenarai dalam 400 universiti terbaik dunia yang dikeluarkan Times Higher Education World University Rankings 2012/2013.


Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata ini membuktikan agenda transformasi Najib gagal memulihkan perpaduan, mencapai kecemerlangan dan mengembalikan daya saing antarabangsa menerusi pelbagai usaha seperti program “1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”, Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Katanya, dalam laporan terbaru keluaran Times Higher Education (THE) World University Rankings 2012-2013 semalam, tidak ada satu pun universiti dari Malaysia untuk dua tahun berturut-turut termasuk dalam senarai 400 universiti teratas dunia.

Editor THE World University Ranking, Phil Baty, dalam ulasannya mendakwa keseimbangan kuasa sedang berganjak. universiti terkemuka dari rantau Asia-Pasifik menunjukkan peningkatan ketara kedudukan mereka untuk sebelum ini tradisinya dikuasai Amerika Syarikat (AS) dan United Kindom (UK).

“Pada 2012-2013, institusi terkemuka China, Singapura, Korea Selatan dan Taiwan telah meningkatkan kedudukan mereka. jiran Asia Pasifik, Australia, juga hebat, berbeza dengan AS dan UK kerana majoriti wakil Anglo-Amerika dalam senarai 200 teratas, sekalipun masih dominan daripada segi bilangan, telah semakin hilang tempat.”

“Saya amat sedih tetapi mengingatkan rakyat Malaysia berhubung kegagalan empat tahun program transformasi Najib, dengan Malaysia dikecualikan terus daripada fenomena kebangkita Asia-Pasifik yang ditunjukkan THE World University Rankings 2012-2013 mengenai “kebangkitan Universiti Asia-Pasifik,” mengenai Pengiraan Detik 37 Hari ke PRU-13, semalam.

Kebangkitan universiti Asia-Pasifik” dalam pendidikan tinggi dinyatakan seperti berikut:
  • Kemajuan ketara bagi Australia dan New Zealand. Institusi nombor satu Australia, University of Melbourne, melonjak daripada kedudukan ke-37 tahun lalu kepada 30 teratas iaitu di tempat ke-28. Australia mendapat tambahan dalam 200 universiti teratas, dengan University of Adelaide memasuki senarai 200 teratas menduduki tempat ke-176. Daripada tujuh universiti Australia, enam memperbaiki kedudukan mereka, 18 lagi tersenarai dalam 400 universiti terkemuka.

  • 200 institusi terkemuka China kedua-duanya bangkit, dengan  Universiti Peking meningkat daripada ke-49 kepada ke-46 dan Tsinghua melonjak 19 tempat daripada 71 ke-52. Universiti yang diperuntukkan pihak berkuasa China juga semakin maju: Universiti Fudan dan Universiti Shanghai Jiao Tong, masing-masing semakin hampir menduduki 200 teratas sementara Nanjing kekal pada kedudukan 250-257.

  • Dua institusi terkemuka Singapura mencatat kejayaan mengkagumkan. Universiti National Singapura naik daripada 40 ke-29 dan Universiti Teknologi Nanyang meningkat daripada ke-169 ke-86.

  • Setiap institusi Korea Selatan juga mengkagumkan, Universiti National Seoul meningkat daripada tempat ke-124 ke-59. Negara itu menjadi wakil baru dalam senarai 200 universiti terkemuka, termasuk Universiti Yonsei yang menduduki tempat ke-183.
Universiti National Taiwan, adalah satu-satunya universiti dalam senarai 200 universiti terkemuka yang meningkat daripada ke-154 ke-134, sementara institusi Hong Kong kekal akan meningkat. Universiti King Monghut, dari Thailand juga termasuk dalam 400 universiti terkemuka menduduki dalam lingkungan 351-400.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, daripada 81 universiti di rantau Asia Pasifik dalam 400 universiti terkemuka dunia, universiti dari Malaysia tidak tersenarai sedangkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini mendakwa Malaysia mempunyai sistem pendidikan antara yang terbaik di dunia, malah lebih baik daripada Amerika Syarikat, Britain dan Jerman.

“Sekiranya Malaysia mahu menjadi sebahagian daripada Kebangkitan Universiti Asia-Pasifik dan dikenali di peringkat antarabangsa bukan saja mempunyai universiti dalam senarai 400 teratas malah 100 teratas, keseluruhan sistem pendidikan perlu dibaikpulih, bermula daripada sekolah rendah, menengah hingga ke universiti.


“Ini hanya dapat dicapai sekiranya ada permulaan baru memperbaharui negara dengan mengubah Kerajaan Persekutuan di Malaysia pada PRU-13 daripada terus dikuasai Barisan Nasional (BN) sejak 56 tahun lalu,” katanya. – Roketkini.com



(function() { var d = document, w = window; w

JAWATANKUASA BUKA PARLIMEN...PATUT LA SEMBAB

  MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF Help me to understand this, nak buka parlimen pun nak kena ada jawatankuasa? Semua benda nak ada jawatankuasa, pa...