Rafizi dedah syarikat palsu pindah wang dari projek LCS




SHAH ALAM - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mendakwa Alizes Marine Limited merupakan syarikat yang ditubuhkan untuk memindahkan wang daripada projek kapal tempur pesisir (LCS) ke akaun-akaun di luar negara.

Beliau berkata, syarikat itu juga dinamakan dalam siri pendedahan Paradise Papers dan Panama Papers tentang bagaimana syarikat pesisir luar pantai digunakan untuk menyembunyikan wang daripada aktiviti yang melanggar undang-undang di seluruh dunia.

Menurutnya, siasatan dalaman menamakan Alizes Marine Limited sebagai salah satu syarikat yang banyak menerima bayaran bagi perkhidmatan sebegini.

“Alizes Marine Limited dilantik oleh subkontraktor projek sebagai pembekal alat-alat gantian untuk projek ini atas cadangan subkontraktor daripada Perancis, DCNS atau sekarang dikenali sebagai Naval Group, kontraktor teknikal yang menyediakan reka bentuk dan spesifikasi teknikal kapal kelas Gowind.

“Siasatan dalaman projek LCS juga membuat penemuan antaranya, Alizes Marine Limited dicadangkan untuk menjadi pembekal atas alasan ia syarikat pembekal pertahanan dari Perancis (menggunakan Alizes Marine France).

“Pengurusan projek LCS melantik Alizes Marine France setelah dimaklumkan ia mempunyai lesen eksport sedunia yang memberi kelebihan kepadanya untuk membekalkan alat-alat ganti pertahanan,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.

Bagaimanapun katanya, maklumat itu sebenarnya palsu kerana Alizes Marine Limited tidak mempunyai sebarang lesen, sebaliknya hanyalah syarikat pesisir luar pantai tanpa operasi.

Jelas beliau, meskipun projek LCS menerima invois yang seolah-olah datang daripada Alizes Marine France, bayaran-bayaran sebenarnya dibuat menerusi akaun di Singapura yang dimiliki syarikat lain yang menggunakan nama Alizes Marine Limited (hampir sama tetapi berlainan).

“Kesimpulan siasatan dalaman secara terang-terangan menamakan penglibatan DCNS dalam skim penyelewengan dana ini di mana DCNS menggunakan Alizes Marine sebagai syarikat palsu untuk mendapat manfaat daripada pembekalan alat gantian berdasarkan muslihat yang dibuat di Malaysia,” ujarnya.

Menurut Rafizi, para penyiasat turut menyimpulkan DCNS dan sebuah lagi syarikat Perancis adalah sebahagian daripada skim yang memindahkan wang projek tersebut yang melanggar Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA).

Jelasnya, perkara itu disahkan apabila penyiasat membandingkan jumlah yang dibayar oleh projek LCS untuk membeli alat-alat gantian kepada Alizes Marine Limited berbanding jumlah perolehan yang dilaporkan dalam penyata kewangan Alizes Marine France bagi tempoh 2011 hingga 2015.

“Sepanjang tempoh tersebut, subkontraktor projek LCS membayar sekitar RM210 juta kepada Alizes Marine France (berdasarkan invois-invois yang dihantar tetapi dibayar ke akaun-akaun lain di bawah Alizes Marine Limited) bagi pembelian alat-alat ganti.

“Sebaliknya, jumlah perolehan yang dilaporkan dalam penyata kewangan Alizes Marine France yang dilaporkan kepada pihak berkuasa Perancis hanya sekitar RM18 juta.

“Ini bermakna, sejumlah RM192 juta telah dipindahkan ke akaun syarikat-syarikat pesisir luar pantai yang tidak dapat dijejaki.

“Sebab itu saya bertegas bahawa skim mencuri dana rakyat yang sebegini rumit tidak boleh berlaku tanpa dilindungi oleh orang-orang atasan yang lebih berkuasa daripada seorang pesara Panglima Tentera Laut yang didakwa baru-baru ini,” tegasnya.

Katanya, jika skim-skim yang melibatkan syarikat pesisir luar pantai dituduh bersabit dengan DCNS yang mempunyai rekod membayar rasuah kepada syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa skandal Scorpene dahulu, maka rakyat wajar terus menuntut siasatan untuk mengetahui siapa dalang sebenar yang mempunyai kuasa melindungi DCNS.

“Hanya Najib, Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang boleh menjawab soalan ini,” katanya.

LCS

Rafizi Ramli


VIDEO INSIDE : Najib minta percepat proses pinjaman RM2 bilion duit KWAP kepada SRC International, menurut saksi

 

Ho Kit Yen
 -

Ketua pasukan pendakwaan, V Sithambaram berkata, panel KWAP meluluskan pinjaman sebanyak RM2 bilion itu mengikut permintaan Najib.

PUTRAJAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak meminta seorang pegawai kanan Perbendaharaan “mempercepat” proses permohonan SRC International meminjam RM2 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) pada 2011, menurut saksi.

Ketua pasukan pendakwaan, V Sithambaram memberitahu Mahkamah Persekutuan bahawa bekas ketua setiausaha Perbendaharaan Wan Abdul Aziz Wan Abdullah sendiri mendedahkan perkara itu dalam keterangannya mengenai satu pertemuan dengan Najib.

Wan Aziz juga ialah bekas pengerusi KWAP.

“Perayu (Najib) sendiri memberitahu Wan Aziz supaya mempercepat proses permohonan pinjaman itu dan berkata pinjaman sebanyak RM2 bilion cukup,” katanya.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Sithambaran berkata, permintaan itu mengatasi penyediaan pinjaman sebanyak RM1 bilion yang diperuntukkan panel pelaburan KWAP.

Katanya, panel KWAP meluluskan pinjaman sebanyak RM2 bilion kepada SRC International, mengikut permintaan Najib itu.

Najib sedang merayu pensabitan bagi tiga tuduhan pecah amanah, satu tuduhan salah guna kuasa, dan tiga tuduhan pengubahan wang berhubung dana RM42 juta yang dikaitkan dengan SRC International.

Pihak pendakwaan diminta memulakan hujahan lisan selepas peguam bela utama Hisyam Teh Poh Teik memberitahu mahkamah beliau tidak dapat berbuat demikian bagi pihak perayu.

Sebelum ini, mahkamah menolak permohonan Hisyam untuk menarik diri dan ketua hakim negara mengarahkan beliau untuk terus mewakili Najib dalam rayuannya.

Hisyam kemudian berkata, pihak pembelaan akan bergantung kepada hujahan bertulis yang disediakan untuk digunakan di Mahkamah Rayuan oleh peguam Najib sebelum ini.

Sithambaram turut memberitahu mahkamah bahawa pada 2012, RM2 bilion lagi pinjaman telah diluluskan untuk dikeluarkan oleh KWAP kepada SRC “hasil campur tangan perayu”.

Daripada RM4 bilion yang diterima SRC daripada KWAP, RM42 juta masuk ke akaun Najib antara 2014 dan 2015.

Perbicaraan diteruskan.

TRAK RAFIZI MULA JELAJAH SELURUH NEGARA SABTU INI

 

Insya Allah saya, Nurul Izzah Anwar dan rakan-rakan yang lain akan mula berkempen setiap minggu menjelajah ke seluruh negara.

Kami akan mula panaskan enjin trak dan suhu kempen dengan ceramah #trakAyuhMalaysia yang pertama bagi kerusi parlimen Setiawangsa/Wangsa Maju dan kawasan sekitar (termasuk Batu, Gombak, Ampang, Titiwangsa dan Selayang).

Selain dari menyentuh isu-isu panas seperti skandal LCS, kami juga akan menghuraikan idea-idea baru untuk melonjakkan Malaysia menjadi sebuah ekonomi yang kukuh dan menghasilkan pekerjaan bergaji tinggi.


Saya jemput semua yang mahukan masa depan yang lebih baik untuk anak-anak kita untuk bersama-sama menghidupkan semangat #AyuhMalaysia.

Temui saya dan rakan-rakan di hadapan Restoran Red Chairs, Jalan Wangsa Delima 6, Wangsa Maju pada hari Sabtu ini bermula jam 9 malam.

Mohon sebarkan kepada seberapa ramai yang mungkin.

Minggu depan, trak akan tiba di Seremban! Tunggu kami di Seremban.

RAFIZI RAMLI



Kami akan failkan hujahan baharu, peguam Najib beritahu Mahkamah Persekutuan

 

Peguam utama Hisyam Teh Poh Teik berkata beliau akan memfailkan hujahan bertulis baharu dalam rayuan Najib Razak di Mahkamah Persekutuan.

PUTRAJAYA: Peguam Hisyam Teh Poh Teik memberitahu Mahkamah Persekutuan bahawa pihak pembelaan akan memfailkan “hujahan baharu” dalam rayuan SRC International Najib Razak.

Beliau menyatakan pendirian pembelaan itu ketika perbicaraan disambung petang ini.

“Pada prosiding sebelah pagi apabila Yang Amat Arif (Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat) bertanya sama ada saya akan bersandarkan kepada hujahan di peringkat Mahkamah Rayuan dan saya menyatakan ‘ya’.

“Pada peringkat ini, saya mahu ia direkodkan bahawa saya berhasrat mengemukakan hujahan secara bertulis,” katanya.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Bagaimanapun, Hisyam tidak menyatakan bila pihak pembelaan akan berbuat demikian.

Terdahulu hari ini, Tengku Maimun bertanya kepada Hisyam sama ada pihak pembelaan akan bergantung kepada hujahan bertulis yang difailkan oleh bekas peguam Shafee Abdullah dan Harvinderjit Singh di hadapan Mahkamah Rayuan, untuk tujuan perbicaraan hari ini.

Hisyam mengiyakannya.

Mahkamah memerintahkan Hisyam kekal dalam pasukan pembelaan, walaupun peguam itu memohon untuk melepaskan diri sebagai peguam utama kerana kekurangan masa dalam menyediakan kes itu.

Turut bersidang bersama Tengku Maimun dalam perbicaraan rayuan SRC International ialah Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Abang Iskandar Abang Hashim dan hakim Mahkamah Persekutuan Nallini Pathmanathan, Mary Lim dan Zabidin Mohamad Diah.

Mahkamah Persekutuan menetapkan 15 hingga 26 Ogos untuk mendengar rayuan Najib dalam usahanya membatalkan sabitan atas kesalahan salah guna kuasa, pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah ke atas dana SRC berjumlah RM42 juta.

Tahun lepas, mahkamah rayuan mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi Julai 2020 untuk mensabitkan Najib atas tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram lebih RM42 juta milik SRC International yang memasuki akaun banknya.

Ia juga mengekalkan hukuman penjara 12 tahun Najib dan denda RM210 juta.

TIKTOK : KES TEROWONG GUAN ENG, GANG NAJIB DAPAT HABUAN RASUAH. LIAYANA MARZUKI

 


TIKTOK : APA KATA AZHAR IDRUS: PRU15 JANGAN SESEKALI UNDI DAN SEKONGKOL DENGAN PEMERINTAH YANG ZALIM


 

TIKTOK : KES NAJIB CUBA LENGAHKAN PERBICARAAN


 

TIKTOK : KES BARU NAJIB HARI NI


 

PEGUAMBELA TIDAK MAHU WAKILI LAGI NAJIB KERANA DAH TAU AKAN KALAH- DEMI KEADILAN PEGUAMBELA HARUS MEWAKILINYA

 

Mahkamah Persekutuan arah Hisyam terus wakili Najib dalam rayuan SRC

facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 
Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat berkata, Hisyam Teh Poh Teik gagal memberi alasan kukuh untuk menyokong permohonannya menarik diri.

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan tidak membenarkan peguam utama, Hisyam Teh Poh Teik menarik diri daripada mewakili Najib Razak dalam rayuan terakhir SRC International bekas perdana menteri itu.

Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat berkata, mahkamah sebulat suara berpendapat Hisyam “gagal mendedahkan alasan kukuh” untuk mewajarkan permohonannya menarik diri.

Hakim lain yang bersidang bersamanya ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Abang Iskandar Abang Hashim serta hakim Mahkamah Persekutuan, Nallini Pathmanathan, Mary Lim serta Zabidin Mohamad Diah.

“Oleh itu, permohonan untuk menarik diri ditolak dan peguam (Hisyam) kekal demi kepentingan keadilan,” kata Tengku Maimun.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Terdahulu, Hisyam memaklumkan mahkamah bahawa beliau tidak mempunyai masa mencukupi untuk membuat persediaan bagi kes itu, dalam usaha untuk mendapatkan penangguhan sekali lagi.

Selasa lalu, Hisyam meminta rayuan itu ditangguhkan “tiga hingga empat bulan” untuk memberi mereka masa membuat persediaan kerana pasukan pembelaannya baru dilantik akhir bulan lalu.

Tetapi, mahkamah menolak permohonan untuk penangguhan itu dan mengarahkan rayuan diteruskan.

Mahkamah menetapkan 15 hingga 26 Ogos ini untuk mendengar rayuan terakhir Najib dalam usaha membatalkan sabitan atas kesalahan penyalahgunaan kuasa, pengubahan wang dan pecah amanah membabitkan dana SRC berjumlah RM42 juta.

Sabitan ke atasnya dikekalkan Mahkamah Rayuan pada 8 Dis 2021, begitu juga hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Tengku Maimun kemudian bertanya Hisyam jika pasukan pembelaan bergantung kepada hujahan bertulis – yang difailkan bekas peguam (Shafee Abdullah, Harvinderjit Singh) di mahkamah rendah – untuk tujuan perbicaraan hari ini.

Hisyam menjawab “ya”.

Mahkamah kemudian meminta Pendakwa Raya ad-hoc, V Sithambaram memulakan hujahnya.

“Kami meminta pihak pendakwaan mengemukakan hujah terlebih dahulu dengan tujuan memberi lebih banyak masa kepada perayu (Najib) untuk membuat persediaan bagi kesnya,” kata Tengku Maimun.

CERAMAH DSAI DIZAMAN NAJIB KENAKAN BELIAU ...KINI TUHAN BAYAR TUNAI KEPADA NAJIB.




 

NAH AMBIK KAU NAJIB....BANYAK AKAI SANGAT...


 Zunar cartoonist fan club 

MAHKAMAH TOLAK...KESIAN LAGI MAHACAI NAJIB


 

RASANYA HISYAM DAN ZAID AKAN BERBALAH SESAMA MEREKA.. DRAMA SEDANG BERJALAN DALAM MAHKAMAH

 

SHE SAL




Drama Loyer Penyamun sedang berlangsung dalam court...

Loyer Hisyam 'ugut' nak tarik diri jika mahkamah tak tangguh pendengaran.

Ringkasnya, hakim kata 'tidak boleh, awak tidak boleh keluar dan tinggalkan Najib begitu saja'. 'Awak ambil kes ini, awak tentu mampu handle kes ini. Team awak ada peguam² lain, bukan awak seorang'.

Awak tak boleh masuk court kemudian keluar begitu saja. Nak tarik diri kena ikut peraturan. Kena kemukakan afidavit.

Mahkamah tolak penarikan diri Hisyam. Sedangkan Zaid dah bagi full komitmen untuk pertahan Najib. Zaid dah janji tidak akan tinggalkan (abandon) pelanggan dia.

Yelah Zaid, pelanggan dah bayar deposit, peguam awak tak bolehlah tarik diri. Description: 😁

_________________________

Chief Justice Tun Tengku Maimun:

“We reiterate that we have given the broad grounds. Are you aware that as a superior court we have the inherent jurisdiction to administer justice, and that our jurisdiction is to ensure that the court functions?”

“Do you accept that? Your client will be unrepresented. If you discharge (yourself), you will leave him unrepresented. Do you accept that?"

Hisyam replies that he accepts everything that she is saying, but under the circumstances he cannot continue to represent Najib.

Tengku Maimun then says: “But you still need our permission to discharge yourself,”

She adds that he should have filed an affidavit first.

“Counsels should not just walk away without telling the court. In our mind, you can handle the case and you have many counsels available,” she says.

Hisyam replies that he still needs more time.

Tengku Maimun hits back that the judges have already made their decision on adjournment.

Earlier, she said that Hisyam is not discharged and is still on the record as Najib’s counsel.

 

KISAH DATO HARUN BERLAINAN DARI KES ANWAR IBRAHIM. WALAU TERPENJARA BELIAU MASIH PUNYA PENYOKONG YANG SETIA

 




RECUSE

Dulu nak khabor la.

Kes Rasuah Dato Harun Idris, bekas Menteri Besar Selangor. Kena dua tuduhan rasuah, satu terima RM250k daripada Bank, satu lagi tuduhan seleweng RM8juta ketika dia jadi Pengerusi Bank Rakyat.

Masa jatuh hukum beliau dipecat dari UMNO. Kena penjara total 8 tahun. Masa polis nak tangkap dia, punyalah Pemuda UMNO buat barricade bagai kat rumah dia. Pertahankan Ketua mereka. Lepas kawan tu masuk penjara, berbunyi pun tiada.

Yang jatuh hukum kepada Dato Harun Idris, ialah kawan dia sendiri. Sultan Azlan Shah. Dia sendiri tulis dalam teks penghakiman. Dia berat hati sebagai kawan, nak jatuhkan hukuman. But justice needs to be served. Law is law.

Walaupun kawan sendiri, takde pulak dia nak recuse, tarik diri jadi Hakim. Atau mana2 orang paksa dia buat begitu. Kita ni suami hakim tangkap video pun nak dijadikan modal. Kononnya nasib tak terbela.

Jangan la sampai macam tu. Nak propaganda pada2 la. Ok lah nak buat ke atas ahli politik. Sesama korang. Ini Mahkamah pun korang nak tibai. Padahal kes masih berjalan.

Ingat Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang2. Itu prinsip Rukun Negara yang semua kena percaya dan hadam.

Dato Harun ni masuk penjara 4 tahun saja. Sebab dia dapat pengampunan Di Raja. Tapi dia senyap2 sudah. Tak masuk politik balik. Takde la pula nak jadi Menteri Besar semula.

Iya, Melayu mudah lupa. Melayu UMNO pun begitu. Selagi ada kuasa mereka akan sembah dan puja. Bila dah tiada, dibakul sampah jua.

Solidariti untuk Mahkamah. Moga keadilan tertegak jua.

Salam hormat,

Liyana Marzuki

 

BANYAK KES RUPANYA YA NAJIB....

 

Bicara laporan audit 1MDB Najib ditunda 26 Ogos




facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 
Najib Razak didakwa menyalahgunakan kuasa untuk meminda laporan akhir audit 1MDB sebelum dibentang dalam mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 26 Ogos ini untuk menyambung semula perbicaraan Najib Razak didakwa menyalahgunakan kuasanya untuk meminda laporan audit 1MDB.

Timbalan Pendakwa Raya, Mustafa P Kunyalam berkata, pendengaran yang dijadualkan hari ini di hadapan hakim Zaini Mazlan dikosongkan kerana bekas perdana menteri itu kini berada di Mahkamah Persekutuan untuk rayuan terakhirnya terhadap sabitan dan hukuman dalam kes SRC International.

Firma guaman Shafee & Co yang mewakili Najib menulis surat kepada Mahkamah Tinggi dua hari lebih awal untuk memohon penangguhan itu.

“Kami menerima surat dari timbalan pendaftar Mahkamah Tinggi semalam bawah permohonan untuk mengosongkan pendengaran yang dijadualkan hari ini dibenarkan.”

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Kunyalam berkata, mahkamah sebelum ini menetapkan tarikh pendengaran pada 2 Sept dan kini menambah tarikh baharu pada 21, 25 dan 28 Okt.

Hari ini, pasukan peguam Najib yang diketuai Shafee Abdullah sepatutnya melakukan pemeriksaan balas ke atas pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Haniff Lami dan bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.

Najib didakwa menyalahgunakan kuasanya sebagai perdana menteri dan menteri kewangan ketika itu untuk mendapat kekebalan daripada tindakan undang-undang dan menyebabkan laporan akhir audit 1MDB dipinda sebelum dibentang dalam mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pada Mac 2016.

Pada 24 Jun lalu, mahkamah membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk memeriksa Arul Kanda, yang didakwa bersubahat dengan Najib. Beliau kekal sebagai tertuduh bersama.