ZAHID BERTANGGUNGJAWAB UBAH SUAI REKABENTUK LCS

 



Wow… makin menarik ni.

Akhirnya kita dapat tahu juga siapa dalang yang benarkan perubahan design oleh BNS walaupun ditentang oleh Penglima Angkatan Tentera. Macam aku kata sebelum ini, orangnya mesti punyai kuasa yang besar. Dan orang itu adalah TPM waktu itu iaitu Ahmad Zahid Hamidi.

Ada banyak perkara menarik yang didedahkan. Boleh baca berita lanjut di : https://bit.ly/3QQKlki

Antara yang paling menarik apabila BNS telah mulakan perbincangan dengan DCNS dalam bulan Julai 2011 walau LOI belum lagi dikeluarkan waktu itu. Dan itulah punca BNS mahu ubah design untuk menepati design yang mereka telah bincangkan dengan DCNS sebelum LOI dikeluarkan. Kan dah kata, BNS ini bukan kaleng-kaleng ni. Dapat layanan istimewa daripada kerajaan. Apa rahsianya?

BNS juga dikatakan telah melanggar etika apabila melantik DCNS yang pada awalnya tidak ada dalam senarai. Nampak gayanya ada banyak benda yang SPRM boleh siasat ni. Kalau SPRM nak siasat la. Rasanya ramai yang nak tahu kenapa begitu banyak perkara serong dibenarkan berlaku.

Zahid juga meminta Kementerian Kewangan buat bayaran sebanyak RM1.8 bilion sebagai bayaran pendahuluan dengan RM500 sebagai deposit dan bakinya dilunaskan dalam 2012. Bagaimanapun Kementerian hanya setuju untuk membuat bayaran sebanyak RM500 juta sahaja.

Tapi yang paling penting, maka terbukti Rafizi tidak membuat fitnah. Segala yang diperkatakan olehnya sama seperti yang terdapat dalam laporan ini. Rupanya yang kata Rafizi fitnah itu yang sebenarnya buat fitnah. Guane boh?

Raja Gelap