VIDEO INSIDE : Najib minta percepat proses pinjaman RM2 bilion duit KWAP kepada SRC International, menurut saksi

 

Ho Kit Yen
 -

Ketua pasukan pendakwaan, V Sithambaram berkata, panel KWAP meluluskan pinjaman sebanyak RM2 bilion itu mengikut permintaan Najib.

PUTRAJAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak meminta seorang pegawai kanan Perbendaharaan “mempercepat” proses permohonan SRC International meminjam RM2 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) pada 2011, menurut saksi.

Ketua pasukan pendakwaan, V Sithambaram memberitahu Mahkamah Persekutuan bahawa bekas ketua setiausaha Perbendaharaan Wan Abdul Aziz Wan Abdullah sendiri mendedahkan perkara itu dalam keterangannya mengenai satu pertemuan dengan Najib.

Wan Aziz juga ialah bekas pengerusi KWAP.

“Perayu (Najib) sendiri memberitahu Wan Aziz supaya mempercepat proses permohonan pinjaman itu dan berkata pinjaman sebanyak RM2 bilion cukup,” katanya.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Sithambaran berkata, permintaan itu mengatasi penyediaan pinjaman sebanyak RM1 bilion yang diperuntukkan panel pelaburan KWAP.

Katanya, panel KWAP meluluskan pinjaman sebanyak RM2 bilion kepada SRC International, mengikut permintaan Najib itu.

Najib sedang merayu pensabitan bagi tiga tuduhan pecah amanah, satu tuduhan salah guna kuasa, dan tiga tuduhan pengubahan wang berhubung dana RM42 juta yang dikaitkan dengan SRC International.

Pihak pendakwaan diminta memulakan hujahan lisan selepas peguam bela utama Hisyam Teh Poh Teik memberitahu mahkamah beliau tidak dapat berbuat demikian bagi pihak perayu.

Sebelum ini, mahkamah menolak permohonan Hisyam untuk menarik diri dan ketua hakim negara mengarahkan beliau untuk terus mewakili Najib dalam rayuannya.

Hisyam kemudian berkata, pihak pembelaan akan bergantung kepada hujahan bertulis yang disediakan untuk digunakan di Mahkamah Rayuan oleh peguam Najib sebelum ini.

Sithambaram turut memberitahu mahkamah bahawa pada 2012, RM2 bilion lagi pinjaman telah diluluskan untuk dikeluarkan oleh KWAP kepada SRC “hasil campur tangan perayu”.

Daripada RM4 bilion yang diterima SRC daripada KWAP, RM42 juta masuk ke akaun Najib antara 2014 dan 2015.

Perbicaraan diteruskan.

No comments: