KALAU 4 BULAN DULU..TAK DA LA SUSAHKAN RAKYAT DAN MEREBAKNYA JANGKITAN-Kerajaan dijangka umum bantuan i-Sinar, moratorium, diskaun bil elektrik


Faris Danial Razi
Kerajaan dijangka umum bantuan i-Sinar, moratorium, diskaun bil elektrik
Tengku Zafrul mengesahkan, bantuan itu akan melibatkan pemberian moratorium dan i-Sinar dalam masa terdekat. - Gambar fail/ Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan dijangka mengumumkan bantuan melibatkan pemberian moratorium dan i-Sinar bagi meringankan beban rakyat yang terkesan akibat COVID-19, dalam masa terdekat.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, mengesahkan perkara itu dalam satu perkongsian ringkas di laman Facebook beliau.
“Isu moratorium dan i-Sinar. Saya sudah berbincang dengan Perdana Menteri dan agensi-agensi berkaitan.
Kerajaan mendengar suara rakyat dan bantuan yang wajar akan diumumkan dalam masa terdekat, insya-Allah,” kata Tengku Zafrul.
Sumber Facebook tzafrulaziz
Dalam perkembangan sama, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Shamsul Anuar Nasarah turut memberi petunjuk bahawa pengumuman bantuan diskaun Tenaga Nasional juga dijangka diumumkan.
“Saya ditanya pelbagai pihak. Kerajaan memahaminya. Oleh itu. Kepada semua. Rebat ICPT & Diskaun Elektrik akan diumum sedikit masa lagi,” katanya dalam perkongsian di laman Facebooknya.
BACA: COVID-19: PM akan umum bantuan berskala besar - KJ
Segala bantuan ini mungkin merupakan antara pakej bantuan COVID-19 berskala besar yang akan diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, seperti yang disebut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin, pada Khamis.
Beliau sebelum ini mendedahkan bahawa kerajaan akan mengumumkan satu lagi pakej bantuan ekonomi, namun tidak memberi sebarang perincian berhubung bantuan berkenaan termasuk jumlah dan bila ia akan diumumkan.

HAAAA...KAN DAH KENA PANGGIL DENGAN ISTANA- PANDAI LA MENJAWAB...Speaker Dewan Rakyat, Dewan Negara dipanggil menghadap di Istana Negara

 

Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong.

PETALING JAYA: Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun dan Presiden Dewan Negara Rais Yatim telah dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Negara, Selasa ini.

Perkara itu disahkan kepada FMT oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Ahmad Fadli Shamsuddin dalam satu pesanan ringkas, tanpa memberikan butiran lanjut.

The Vibes melaporkan Azhar dan Rais akan menghadapi Yang di-Pertuan Agong pada 11 pagi Selasa, dipercayai berhubung persidangan semula Parlimen sebelum darurat berakhir pada 1 Ogos.

FMT telah menghubungi Azhar untuk butiran pertemuan itu.

Semalam, Azhar dan Rais mencadangkan persidangan khas Parlimen diadakan pada awal Ogos untuk membincangkan bagaimana sesi Parlimen hibrid (separa dalam talian dan separuh secara fizikal), boleh diadakan.

Menurut mereka, persidangan khas itu mungkin membincangkan pindaan terhadap Peraturan Mesyuarat bagi membolehkan pertemuan hibrid seperti itu, susulan itu persidangan boleh diadakan pada hujung Ogos atau awal September.

Terdahulu hari ini, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mendakwa ada usaha menggunakan pejabat Peguam Negara dan Speaker Parlimen untuk melengahkan sesi Parlimen.

Parlimen dan semua sidang Dewan Undangan Negeri ditangguhkan di bawah darurat yang diisytiharkan pada 12 Jan lalu.

Ahli politik kerajaan dan pembangkang rata-rata menggesa persidangan diadakan semula susulan kenyataan Istana Negara pada lewat Februari bahawa persidangan Parlimen boleh diadakan ketika tempoh darurat.

Yang di-Pertuan Agong bulan lalu mendapat pandangan 18 pemimpin parti politik mengenai keadaan darurat dan langkah-langkah untuk memerangi pandemik Covid-19.

Istana Negara kemudian berkata bahawa Agong mahu Parlimen bersidang semula secepat mungkin bagi membolehkan ordinan darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan oleh Ahli Parlimen

MAHIADDIN SEORANG YANG SEJUK DAN TIADA PERASAAN, SEBAB ITU SENGSARA RAKYAT TIDAK DIPEDULIKAN

 

Hari ini, 26 Jun, bermakna kita sudah melalui 26 hari tempoh apa yang disebut oleh Mahiaddin Md Yasin sebagai total lockdown yang mula dikuatkuasakan sejak 1 Jun lalu.

Tetapi, sebagaimana yang kita semua tahu, total lockdown itu tidaklah benar-benar total sebenarnya.

Beratus ribu syarikat dan kilang masih diberikan kebenaran untuk beroperasi oleh MITI, termasuk juga banyak tapak pembinaan terus berjalan seperti biasa.

Sebab itu, daripada lebih 7,000 kes harian dilaporkan pada awal Jun lalu, angkanya kini masih lagi dalam lingkungan lebih 5,000 kes di hari-hari kebelakangan ini.

Dengan total lockdown kononnya, ditambah darurat lagi dan walaupun

kebanyakan orang diminta duduk di rumah, pekerja di pejabat dikurangkan dan budak-budak sekolah hanya belajar secara online saja, hakikatnya jumlah kes tidak akan turun selagi kilang dan tapak pembinaan terus dibenarkan dibuka.

Dengan itu, apa yang dinamakan kononnya total lockdown ini bukan saja gagal sejak hampir sebulan perlaksanaannya, malah yang lebih malangnya kemungkinan besar ia akan terus disambung lagi.

Bermakna rakyat akan terus dikurung lagi dengan PKP demi PKP yang entah sampai bila ada akhirnya.

Permintaan rakyat dan banyak pihak sebelum ini agar lockdown penuh dalam erti kata yang sebenar-benarnya di mana semua sektor ekonomi dan sosial ditutup terus dalam tempoh tertentu bagi mengekang wabak ini, langsung tidak didengari oleh kerajaan.

Yang benar-benar total kena lock barangkali hanyalah masjid dan surau, walhal kluster kilang dan tempat kerja jauh lebih tinggi menyumbang angka jangkitan baru Covid19 setiap hari.

Yang agak sedih juga, di ketika kilang dan syarikat besar diizinkan beroperasi, peniaga-peniaga kecil dalam sektor makanan dan peruncitan sebahagian besarnya mengeluh kerana banyak sekatan dikenakan terhadap mereka dan sebahagian lagi tidak dibenarkan langsung menjalankan perniagaan.

Sebagai contoh, di ketika banyak pejabat dibuka dan murid-murid belajar secara dalam talian, tetapi dalam waktu yang sama kedai komputer, kedai membaiki telefon dan alat tulis langsung tidak dibenar untuk dibuka.

Semua ini realitinya lebih banyak menyusahkan daripada memudahkan kehidupan.

Rata-rata pengusaha restoran pula mengeluh bahawa mereka kini hilang sekitar 80 peratus pendapatan akibat peraturan kerajaan berkaitan total lockdown yang tiga suku masak perlaksanaannya ini.

Sementara sudah beribu sudah menutup perniagaan, permohonan mereka agar sekurang-kurangnya dua orang dibenarkan makan dalam satu meja langsung tidak diendahkan.

Mereka merungut, bukankah kilang dan syarikat besar yang dibenarkan beroperasi itu lebih memudaratkan jika dibandingkan dengan memberi kebenaran hanya sekadar dua orang menikmati makanan dalam satu meja di sebuah restoran?

Dengan segala macam sekatan, larangan dan kesusahan itu, sambil rakyat diminta berkurung di rumah, realitinya sebahagian besar mereka kini hidup dalam keadaan stress atau tertekan setiap hari.

Di luar jangkaan kita semua, setiap hari ada saja kes bunuh diri dilaporkan dengan sebahagian video kejadian itu disebarkan secara meluas dalam media sosial.

Tidakkah ini sebenarnya menggambarkan negara kita sedang dalam keadaan tenat?

Apakah kerajaan tidak faham dan tidak mendengar semua keluhan rakyat?

Jika kita perhatikan dengan teliti, semua ini berpunca kerana kita mempunyai seorang Perdana Menteri yang tidak berkeupayaan, tidak peduli dengan persekitaran, tiada perasaan, sejuk dan dalam dirinya hanya memikirkan bagaimana untuk memanjangkan lagi tempoh hayatnya berkuasa saja.

Darurat dan memanjang-memanjangkan PKP tidak lebih sebagai helah untuk mewajarkan agar kedudukannya tidak mudah untuk digugat oleh mereka yang ingin menjatuhkan atau menarik sokongan daripadanya.

Kononnya dengan PKP yang berlarutan dan ditambah dengan darurat lagi, agenda politik haruslah diketepikan buat sementara waktu, sedangkan itulah sebenarnya helah politik yang sedang dilakukannya.

Oleh kerana yang ada dalam kepala Mahiaddin hanya bagaimana untuk mengekalkan kuasanya saja, sebab itulah beliau tidak peduli susah dan derita orang, waima berapa ramai mahu bunuh diri dan terjun bangunan setiap hari sekali pun.

Ditambah dengan langsung tiada rekod kecemerlangan menerajui mana-mana kementerian sebelum ini, itulah juga sebabnya beliau tidak peduli pun dengan tuntutan moratorium automatik, i-sinar dan i-lestari KWSP, diskaun bil letrik kerana rakyat lebih banyak duduk di rumah dan pelbagai tuntutan bantuan yang sewajarnya untuk golongan yang memerlukan.

Selagi Mahiaddin masih ada di tempatnya dan tidak diubah, percayalah kita akan terus sengsara dan tidak mustahil lebih ramai memilih untuk terjun bangunan daripada menderita seksa dalam kehidupan yang tidak nampak jalan penyelesaiannya. 


(ShahbudinHusin 26/06/2021)


Armada gesa moratorium automatik- JANGAN HARAP LA....DAH BERBUIH ORANG MINTA, TETAPI KERAJAAN INI TIDAK MEMBANTU RAKYAT

 

By

 Kasthuri Jeevendran



maybank


KUALA LUMPUR – Armada Bersatu Malaysia (Armada) menggesa kerajaan memberi moratorium pinjaman automatik tanpa faedah dalam penambaikan pakej bantuan yang akan dilakukan kelak.

Penolong Bendahari Armada Nasional, Syafiq Mohd Zin berkata, pihaknya mengulang saranan Ketua Armada, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang pernah mencadangkan moratorium ke atas semua jenis pinjaman.

“Kami berbesar hati dengan kenyataan dari beberapa menteri utama yang memberikan gambaran awal bahawa komitmen kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menambah baik pakej bantuan sedia ada dengan pakej rangsangan ekonomi tambahan.

“Armada berpendapat Pelan Pemulihan Negara (PPN) ini adalah ‘jalan keluar’ yang cukup baik dan wajar diberikan fokus serta keutamaan rentas politik sama ada daripada blok pemerintah ataupun pembangkang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata Syafiq, pihaknya turut mencadangkan moratorium itu diperluaskan merangkumi beberapa aspek bagi membantu golongan terjejas akibat Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Antaranya pinjaman berlesen, penjualan secara kredit meliputi semua kad kredit, pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia, TEKUN, PTPTN dengan tidak mengenakan sebarang caj tambahan atau faedah.

“Juga segala bentuk bayaran sewaan, lesen perniagaan dan lesen Pihak Berkuasa Tempatan bermula serta-merta sehingga 31 Disember 2021 atau sehingga ekonomi negara kembali pulih,” ujarnya.

Jelas Shafiq, semua pelaksanaan itu akan dapat menyuntik kembali semangat rakyat dalam mendepani pandemik Covid-19 dan menjayakan inisiatif kerajaan melalui Pelan Pemulihan Negara. – MalaysiaGazette


SEMBANG LA LEBAI....

 

W.FAUDZIN

Sembang la lebai...nak pinda akta taik apanya kalau Parlimen pun lebai takut nak buka..titah raja pun lebai dok putar belit bagai. Hang pi pinda akta tu kat rumah Hadi je la...

Tanggungjawab dan kewajipan kerajaan adalah memberi kesejahteraan kepada rakyatnya, bukannya menambah kes-kes bunuh diri akibat kesempitan hidup. Sesiapa yang bersekongkol dengan mereka yang menyebabkan rakyat menderita, kamu akan dipersoalkan di akhirat nanti. Persoalan tentang khianat pun tidak terjawab, kamu akan menjawab pula persoalan tentang penderitaan rakyat. Ingat mudah?


May be an image of ‎1 person and ‎text that says "‎Hd Harakahdaily 8h. Sudah sampai masanya pihak JAKIM mempercepatkan cadangan pindaan Akta Tatacara Jenayah Syariah 1997 Akta 560. #HarakahDaily... See more MPUR N 405 UMMAH Aاoa an (UMMAH Pembela HARAKAHDAILY.NET UMMAH gesa pinda akta jamin kesucian agama Islam‎"‎‎

RAMAI YANG UPKAN DOA LAHANAT HARI INI.#LAHANAT

 

DIMA AHMY


Ramai yang up doa laknat hari ni.

Ni ada lagi doa di twitter.

Setiap doa tu aku dah aminkan 1000 kali.

Sumpah baq hang...

 



BANYAK DUIT SUNGGUH MAIN TRANSFER SAJA...- CUBA TENGOK ANAK SIAPA YA

 No photo description available.

Anwar Ibrahim: Respon Kenyataan Peguam Negara Terkait Sidang Parlimen & ...

PERANAN DIA DAH JAUH DALAM PAS.JADI DIA CERITA BAB POMPUAN-MOKHTAR SCUD

 May be an image of text

KATA DUA AYAHANDA RANI KULUP

 May be an image of 2 people and text that says "2h Abdul Rani Kulup Fans @K... Baru di peringkat perincian?. kau la Zafrul.Nak dekat sebulan lockdown,PKP dari bulan 1 sampai sekarang langsung takda bantuan.Nak tunggu berapa ramai lagi bunuh diri.Kau ni betul2 bodo BERNAMA @bernamadotcom Bantuan semasa Pelan Pemulihan Negara masih dalam proses perincian- Tengku Zafrul bernama.com/bm/ekonomi/new... #PelanPemulihanNegara Translate Tweet Tengku Zafrul 6:34 PM and Ministry of Financel BERNAMA 24, 2021- Twitter Web App"

MAK LAMPER MENYUSAHKAN GOLONGAN MARHAEN

 


Menghumban rakyat terdesak ke lembah hutang tidak bermoral, kata Tok Mat



Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan berkata KPKT seharusnya menggunakan ‘reserve’ kerajaan tempatan untuk melakukan lebih banyak intervensi kebajikan kepada rakyat.

PETALING JAYA: Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan membidas keputusan membenarkan sektor Kredit Komuniti (KK) atau Pemberi Pinjam Wang (PPW) yang berdaftar beroperasi dalam tempoh perintah kawalan pergerakan 3.0 (PKP).

Mohamad atau lebih mesra dipanggil Tok Mat menyifatkan tindakan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu sebagai sangat tidak masuk akal.
“Menghumban rakyat yang terdesak ke lembah hutang bukan sahaja tidak bertanggungjawab tetapi sangat tidak bermoral.

“Berhutang dalam tempoh pandemik bukan jalannya,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau mempersoalkan sama ada ini cara KPKT meringankan beban rakyat yang berada dalam kesempitan.

“Di mana munasabahnya mengalakkan rakyat untuk berhutang? Inikah namanya strategi pemulihan yang bertanggungjawab?

“Rakyat sangat memerlukan bantuan ekonomi yang sewajarnya dalam tempoh PKP 3.0 yang dilanjutkan,” katanya

Tok Mat berkata KPKT seharusnya menggunakan ‘reserve’ kerajaan tempatan untuk melakukan lebih banyak intervensi kebajikan kepada rakyat.

Katanya, banyak kerajaan tempatan mempunyai ‘reserve’ yang besar.

“Tugas kerajaan tempatan mesti mengutamakan keperluan manusiawi pembayar cukainya dan bukan sekadar melakukan kerja-kerja perbandaran.

“Begitu ramai rakyat kita yang terpaksa membuat pinjaman dengan ceti-ceti berlesen demi kelangsungan hidup serta perniagaan kecil mereka yang semakin malap. Mereka terhimpit dengan kadar faedah yang sangat tinggi.

“Tugas kerajaan adalah untuk mencari jalan keluar dari semua ini demi pemulihan semula ekonomi negara.

“Tetapi menggalakkan rakyat berhutang dengan ceti, bukan jalannya,” katanya.

Vaksin dan kawalan wabak Covid-19: Malaysia perlu belajar dari Vietnam dan New Zealand

 


Vaksin dan kawalan wabak Covid-19: Malaysia perlu belajar dari Vietnam dan New Zealand


1- Malaysia semalam kononnya sudah melakukan Vaksinasi lebih 7 juta orang termasuk Dos kedua.. Namun kes Covid-19 kekal tinggi.. Tapi tahukah kita Vietnam yang populasi rakyatnya 3 kali ganda dari Malaysia iaitu 96 Juta penduduk jumlah Vaksinasinya kekal rendah..

2- Vietnam hanya baru melaksanakan Vaksinasi sebanyak 2 Juta, Dan Dos kedua hanya tak Sampai 130 ribu.. Iaitu tak sampai 5% dari dos Pertama.. dan hanya 2.5 % dari Populasi rakyat dia.. 2 minggu lepas hanya 50 ribu yang disuntik dos kedua..Tetapi Vietnam berjaya mengawal wabak dengan baik.. di Vietnam kes dalam jajaran 300 kes sehari.. baru berlaku lonjakan kalau tidak sama seperti New Zealand,Hampir sifar.

3- New Zealand negara kecil, Populasi rakyat dia tak sampai 5 Juta.. Sepatutnya mereka sudah mampu melakukan Vaksinasi penuh rakyatnya kalau ikutkan jumlah vaksinasi di Malaysia.. Namun tak sampai 13% Rakyatnya di Vaksin, Bagi Dos kedua tak sampai 10% atau 360 ribu..

4- PM New Zealand sendiri baru seminggu disuntik Vaksin ketika Negaranya sudah capai 10% jumlah Vaksinasi. Namun New Zealand berjaya kawal wabak di Negaranya dengan baik.. Boleh kata kes di Negaranya Sifar.. kalau ada pun 1-2 kes..

5- Vietnam pada awal Jun baru membuka ruang kepada Rakyatnya untuk menderma bagi pembelian Vaksin sebanyak RM 4 billion.. Vietnam biarpun satu satunya Negara Asian yang mencatatkan pertumbuhan Ekonomi ketika Pandemik.. Biarpun Ekonomi dia ada pertumbuhan..Tetapi tidak seperti Malaysia terdesak menghabiskan RM 5 Billion duit simpanan dan tabung rakyat(KWAN)..Namun PM negaranya tidak terdesak untuk mempertahankan Kuasa.. Kerajaannya stabil..

6- Vietnam membuka ruang kepada semua jenis Vaksin termasuk merancang untuk membeli 20 juta Vaksin dari Russia iaitu vaksin Sputnik V.. Inilah Vaksin yang disentuh Tun Mahathir sepatutnya menjadi pilihan Negara Kita, tapi aku rasa Malaysia kemungkinan diikat dgn perjanjian dengan kuasa Politik seperti Pfizer dan Sinovac yg dikuasai China.. sedikit sebanyak Pendemik ini kita mengikat Negara Negara membangun dgn kuasa besar Dunia.. Negara dan Politik jika lemah, memang mudah dipermainkan kuasa besar..

7- Kedua Negara ini Vietnam dan New Zealand cemerlang untuk mengawal Wabak Covid-19 tanpa kebergantungan terhadap Vaksin..Maksudnya kedua negara ini melakukan Strategi yang tepat.. Malangnya di Malaysia biarpun 7 Juta sudah di Vaksin, Kita antara negara tertinggi di Asia berdasarkan ukuran populasi Rakyat.. Sebab apa ? PM dia menganggap Vaksin ini sebagai Ubat Ajaib menyelesaikan Wabak Covid-19..

8- New Zealand Rezab simpanan Negaranya digunakan untuk membantu Rakyat yang kehilangan Pendapatan, Dibuang Kerja.. Di New Zealand, Jika hari ini dibuang Kerja..Hari ini Mohon geran gantian pendapatan dan wang Bantuan, Esok Duit dah masuk akaun.. Jadi tak hairan jika rakyatnya boleh patuh duduk dirumah..

9- Di Malaysia, Sudah sebulan dilaksanakan Full Lockdown..hampir 2 bulan PKP 3.0.. Menteri Kewangan kata dia masih memperincikan bantuan, Lebih teruk apa yg dumumkan sebelum ini ramai yang masih belum terima..Bila rakyat terdesak keluar cari duit..Ramai yang kena saman dan Kompaun..

10- Di Malaysia Depa ingat Vaksin lagi ramai..Lagi cepat masalah selesai mcm dia ingat dia tabur BPN, keluar duit KWSP, Masalah ekonomi,Pekerjaan dan pendapatan Rakyat Selesai.. Bila perlaksanaan tidak bersasar, Berpuluh Billion suntikan Fiskal diigunakan, Ekonomi rakyat makin teruk, Ramai yang menganggur dan wabak jadi semakin teruk..

11- Masalah besar di Malaysia bukan soal Covid-19..Atau Soal Vaksin..Jika jumlah Vaksinnya tinggi, tetapi sasaran dan keutamaan dia tidak tepat.. Kes tetap tinggi.. golongan beresiko ramai masih tidak di Vaksin.. Bayangkan 7 Juta jumlah Vaksinasi, kalau ikut Populasi orang tua di Malaysia..patutnya semua org tua dan kelompok terbanyak di ICU sudah di Vaksin..Malangnya masih ramai tunggu giliran.. yg pergi cucuk artis dan orang muda..

12- Masalah besar dalam negara kita mengekalkan Kerajaan yang terbukti Gagal.. dan akhirnya menyebabkan Ekonomi semakin teruk..Rakyat semakin menderita.. Tetapi inilah Kerajaan dikatakan seorang Mufti sebagai Kerajaan hat dapat rahmat Tuhan.. 😉

Ipohmali

Buka Parlimen: "Kenyataan Peguam Negara ibarat hina Istana Negara" - Anwar Ibrahim

 

Firdaus Azil
Buka Parlimen:  "Kenyataan Peguam Negara ibarat hina Istana Negara" -  Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, ada usaha yang sistematik menggunakan Pejabat Peguam Negara dan Pejabat Speaker Parlimen untuk melengahkan Parlimen. - Gambar fail Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kenyataan Peguam Negara berhubung kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam proses pembukaan Parlimen, dilihat sebagai melampau dan menghina Istana Negara, dakwa Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, ia juga mempunyai kemungkinan untuk mengheret negara ke lembah krisis Perlembagaan Persekutuan.
Selain itu, dakwa beliau lagi, ada usaha yang sistematik digerakkan bagi menggunakan Pejabat Peguam Negara dan Pejabat Speaker Parlimen untuk melengahkan sesi Parlimen.
“Kita juga maklum bahawa ada usaha yang sistematik sedang digerakkan untuk menggunakan Pejabat Peguam Negara dan Pejabat Speaker Parlimen bagi melengahkan sesi Parlimen di saat kerajaan ini terus gagal mengemudi negara saat wabak (COVID-19).
“Malaysia dilihat sebagai antara negara yang paling lemah di pelbagai segi dalam mengawal pandemik, sama ada perolehan vaksin, tahap ujian saringan dan penggunaan langkah PKP (perintah kawalan pergerakan).
“Dalam masa yang sama, ekonomi negara terus lingkup di mana jutaan warga akan jatuh miskin. Malah, ada beberapa pakar ekonomi juga meramalkan kita akan menghadapi kemelesetan yang panjang,” kata Anwar lagi sewaktu bersiaran di Facebook rasmi beliau pada Jumaat.
Ketua Pembangkang itu berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun bahawa kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk memanggil Parlimen bersidang hendaklah dijalankan mengikut nasihat jemaah menteri atau nasihat seorang menteri yang bertindak di bawah kuasa am jemaah menteri.
Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Idrus menjelaskan, baginda hendaklah menerima dan bertindak mengikut nasihat itu, menurut Perkara 40(1) dan (1A) Perlembagaan Persekutuan.
BACA: Buka Parlimen: Kuasa Agong dengan nasihat jemaah menteri - Peguam Negara
Dalam pada itu Anwar berkata, tidak perlu membuang masa untuk membincangkan mengenai peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan jika kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak dapat membuktikan keabsahannya dalam Parlimen.
Tegasnya lagi, keabsahan mana-mana ketua kerajaan (Perdana Menteri) dalam mana-mana sistem yang demokratik tergantung pada keupayaan merangkul kepercayaan majoriti Ahli-ahli Parlimen.
Selain itu, Anwar berkata, undang-undang hari ini diguna pakai sewenang-wenangnya bagi melindungi kerajaan yang tidak sah dan Ahli-ahli Parlimen yang telah bersumpah untuk mempertahankan Perlembagaan mesti menyatakan prinsip.
“Keabsahan kerajaan PN tidak pernah dibuktikan sejak ia mula didirikan tahun lalu dan menurut mekanisme yang sah di dalam Demokrasi Berparlimen, kerajaan mesti menjawab persoalan kepercayaan di Parlimen.
“Namun, itu tidak berlaku, dan ini meletakkan kedudukan Perdana Menteri dan seluruh Kabinet dalam keadaan tidak selamat,” tegas Anwar lagi.

MERAPU DAH MENTERI SEKOQ NI.


 Hamdan Taha

Pening aku dengan dia ni...dulu kata ramai yang tak daftar...bukan dulu pun 2 minggu lepas je ayat tu dari kerajaan. Kemudian kata negara maju sapu vaksin lepas tu EU nafikan


Kemudian kata lagu apa tak tahu lah pokoknya depa kata rakyat salah juga....hari dia kata vaksin tak cukup sebab rakyat laju sangat pi cucuk vaksin....


Semalam dia kata siapa nak cepat bulan 8 bayar sendiri tak perlu minta kat kerajaan...


Orang macam ni depa kata menteri paling berjaya dan bakal pm.....


Siapa lah yang yakin kata dia ni manusia luarbiasa....



GOLONGAN M40 SETENGAH JUTA JADI B40, KERAJAAN PERLU BANTU SEGERA


BILA BERKUASA-FATWA SESAT PUN HILANG...


May be an image of 1 person and text


MOHD MUKHLIS

Tepat dua tahun lepas, yang hebatnya lepas berkuasa, fatwa amanat Paradong sesat pun boleh ghaib dari website Jakim, gigih betul depa cuba menghapus dosa sesama lelebais.


 May be an image of 2 people and text

Tuhan Tidak Lupa Pada Si Zalim


May be an image of 1 person


MOHD MUKHLIS MOHD SYARIFF

Saya bukanlah orang yang suka mendoakan keburukan untuk orang lain, sebagaimana Nabi SAW tidak di utuskan sebagai pelaknat.

Daripada Abu Hurairah r.a, beliau berkata: Dikatakan kepada baginda: Ya Rasulullah, doakanlah kecelakaan kepada kaum Musyrikin. Baginda menjawab: Sesungguhnya aku tidak diutuskan sebagai pelaknat. Sesungguhnya aku diutuskan sebagai rahmat.

[Sahih Muslim, Kitab al-Birr wa al-Silah wa al-Adab, no: 2599]

Tapi bila berhadapan dengan pemimpin yang khianat, zalim dan juga Luka Ibn Luka (bodoh dan hina) , kita kena bersuara kerana itu jihad paling terbesar adalah di hadapan pemimpin yang zalim.

“Jihad yang paling utama adalah mengutarakan perkataan yang adil di depan penguasa atau pemimpin yang zalim.”

(HR. Abu Daud, Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

Tapi bila sudah nasihat pemimpin secara terang dan sembunyi, namum mereka masih lagi lupa dengan amanah, malahan bertambah istidraj, kita serahkan sahaja urusan mereka ini pada empunya Kerajaan Langit dan Bumi. Ingatlah, doa orang yang di zalimi tiada hijab.

“Takutlah terhadap doa orang yang terzalimi, karena tidak ada hijab penghalang antara doanya dan Allah”. (Bukhari, 2448)

Dan tidak lupa juga doa pada penasihat-penasihat mereka yang jadi enabler pengkhianatan ini; besarnya jasa penasihat ini adalah seperti berjasanya Haman pada Firaun.

“Akan ada setelahku nanti para pemimpin yang berdusta. Barangsiapa masuk pada mereka lalu membenarkan (menyetujui) kebohongan mereka dan mendukung kedhaliman mereka maka dia bukan dari golonganku dan aku bukan dari golongannya, dan dia tidak bisa mendatangi telagaku (di hari kiamat). Dan barangsiapa yang tidak masuk pada mereka (penguasa dusta) itu, dan tidak membenarkan kebohongan mereka, dan (juga) tidak mendukung kezaliman mereka, maka dia adalah bagian dari golonganku, dan aku dari golongannya, dan ia akan mendatangi telagaku (di hari kiamat).” (HR. Ahmad dan An-Nasa’i)

Tidak lupa juga kebesaran panji al-ghadr yang Allah SWT janji pada mereka yang berkhianat dengan amanah.

“Ketahuilah bahwa setiap pengkhianat akan membawa bendera pada hari kiamat sesuai dengan kadar pengkhianatannya, dan pengkhianatan yang paling besar adalah pengkhianatan seorang pemimpin umum”. (Ahmad, 10716)

Mereka ini menjadi golongan yang paling di benci oleh Allah SWT di akhirat.

“Sesungguhnya manusia yang paling dicintai oleh Allah pada hari kiamat dan paling dekat kedudukannya di sisi Allah adalah seorang pemimpin yang adil. Sedangkan orang yang paling dibenci oleh Allah dan paling jauh kedudukannya dari Allah adalah seorang pemimpin yang zalim.” (HR. Tirmidzi)

Inilah gambaran seburuk-buruk pemimpin yang ada di muka bumi. Mereka tahu mereka tidak ada kemampuan memikul amanah, tapi hati mereka terus menerus berkhianat. Harta negara terus di jual, duit rakyat di belanja sesuka hati, buat lockdown tiada perancangan macam baru kali pertama, rakyat MATI mereka baru hendak tubuh jawatankuasa. Bila kita kata kalau tak mampu mentadbir boleh resign, itu sebenarnya nasihat dari rakyat untuk selamatkan mereka dari azab di akhirat.

Tapi mereka bertambah sombong buat keputusan tak berpandu data dan sains. Lagi banyak rakyat murung, mereka duk tambah pinjaman along berlesen. Yang hendak mencari nafkah secara halalpun di nafi hak atas alasan bukan essential, tapi kilang yang cetus 90% kluster di benar beroperasi kerana double standard.

Wahai Tuhan pemilik segala jiwa, aku sudah menyampaikan tapi mereka yang zalim ini tidak mahu mendengar. Jika apa yang di dakwa adalah satu kebenaran, maka kepada Mu aku berserah segala perhitungan. Jika kami tersilap, ampunkanlah kami sesungguhnya kami termasuk dalam golongan yang yang lalai. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pembalas.

“Sebaik-baik pemimpin kalian adalah orang yang kalian cintai dan mereka pun mencintai kalian, kalian mendoakan mereka dan mereka pun mendoakan kalian. Dan seburuk-buruk pemimpin kalian adalah orang yang kalian benci dan mereka pun membenci kalian, kalian melaknat mereka dan mereka pun melaknat kalian”. (ad-Darimi 2677).

 

Apa MP pembangkang dan AMK buat?Keluhan seorang penulis dan bekas wartawan/


NORMAN RADZUAN


Saya akan berhenti menulis politik selepas PRU15

 

SERAHKAN TANGGUNGJAWAB KPD GENERASI MUDA

 

Sebenarnya jika ikut perkiraan tahun 2020 selepas Tun serahkan jawatan kepada DS Anwar, saya sudah stop menulis. Sebab rasa pejuangan dan tanggungjawab sosial kepada masyarakat dan agama sudah selesai. Bukan hanya saya tapi ramai juga rakan-rakan beranggapan kita telah serahkan kepada pemimpin yang boleh dipercayai.

 

Jujur saya beritahu... saya sangat marah dan geram dengan sikap Tun. Bagi saya selagi beliau ada selagi itulah negara ini tidak akan pernah merdeka dalam erti kata sebenarnya.

 

Apapun selepas PRU15 nanti, saya telah mengambil keputusan untuk berhenti menulis tentang politik. Bolehlah sekali sekala tetapi bukan seperti sekarang ini. Ingat nak fokus kepada dunia perniagaan dan nak kembali buat usaha-usaha agama ni. Mana tahu boleh jadi Amir Sab.

 

Ada kwn2 bertanya kenapa sibuk menulis politik? Soalan ini ditanya ketika saya masih dlm dunia kewartawanan lagi cuma ketika itu hanya mampu berbicara secara fizikal kerana terikat dgn etika pekerjaan dan tiada media sosial yg sesuai. Sekali sekala gunakan blog adik saya dgn nama pena.

 

Saya menulis sebab saya ni jenis dari muda tidak suka melihat kebatilan. Kalau ikutkan apa sibuk2 dan menyusahkan diri...utk keluarga Insyallah cukup makan minum. Tapi sudah sifat semulajadi tak boleh melihat kesusahan org lain.

Malah saya sgt benci org memperlihatkan kesenangan hidupnya tanpa peduli nasib-nasib orang miskin. Menulis jauh sekali malah perlekehkan usaha kita utk melakukan perubahan ini.

 

19 Nov 2020, 266 kes bunuh diri direkodkan sejak PKP dilaksanakan. Itu 8 bulan yang lalu. Di PP lebih 50 kes bunuh diri direkodkan sejak Januari 2021. Jadi sy sgt bersedih dan memahami kenapa kes bunuh diri ini berlaku. Itu kisah org kaya yg gagal dalam kehidupan waktu PKP tapi beramai ramai orang miskin yang menderita di luar sana yang kita tidak sedari.

Saya sendiri beberapa kali melihat sendiri tangisan marhaen memohon diberi peluang bekerja... ada satu kes itu yg dtg memohon berikan sedikit beras utk anak2nya hendak makan. Ikhlas saya katakan kerana merekalah saya sanggup menulis. Saya tiada niat langsung utk bergelar YB... niat utama saya ubah kepimpinan kpd yg lebih baik sahaja.

Kecewa tak mahu menulis? Ya saya kecewa. Kecewa dgn dgn sikap bangsa sendiri, kecewa dgn sikap org2 politik sendiri. Sb rasanya 90% org politik ini hanya fikirkan perut sendiri.

Lihat pemimpin PH sendiri... PH ada lebih 90 ahli Parlimen. Yg aktif menulis atau berbicara secara live atau secara visual ada la 10-15 kerat MP. Selain DS Anwar... Dr Mujahid, Tuan Hassan, Khalid Samad, Salahuddin Ayob, Mat Sabu, Saifuddin Nasution, Hannah Yeoh, Anthony Loke, Steven Sim dan beberapa nama lagi.

Yg lain makan gaji buta? Ya benar kalian ada buat kerja di Parlimen sendiri tetapi sebagai pemimpin suara anda itu mestilah juga mewakili seluruh rakyat Malaysia. Anda kena bersuara isu nasional. Ini zaman teknologi... anda tidak perlukan lagi TV3 atau Astro utk bersuara... masing2 boleh ada 'TV' sendiri.

Sebagai ahli parti saya ingin bertanya dimana anak2 muda dari PKR? Ahli muda parti lain itu biar ahli parti mereka yg berikan teguran? AMK sebilangan besarnya lesu ( bukan semua ). Patutnya mereka jika tidak menulis, buat live atau rakaman visual bercerita tentang masalah rakyat.

Yg kerap saya lihat Syed Shah Syed Osman. Yg ketuanya, Akmal Nasir... kadang2 sebulan dua tiga kali. Sepatutnya paling kurang 5 kali seminggu beliau akn muncul secara live bicara soal rakyat.

Akmal Nasir sebagai ketua mewakili anak2 muda... mesti melihat kehebatan Presidennya, DS Anwar Ibrahim ketika muda hingga sanggup dipenjarakan. Lihat Ezam Mohd Nor dan lihat sendiri keberanian Rafizi. Mereka ke sana sini saban malam berceramah menyampaikan info kpd rakyat.

Sepatutnya Akmal saban malam berhujah secara live atau rakaman utk bercerita soal rakyat. Rakyat ketika ini sgt2 menderita. Anda selalu bersuara berilah peluang kpd anak2 muda utk menjadi calon tetapi anda sendiri tidak menggerakkan jentera AMK utk bergerak aktif. Ini saat genting kehidupan rakyat Akmal.

Maaf kata saya mengatakan anda dan AMK agak lesu. Sdgkan jika menang nanti kalianlah juga mahu jawatan sana sini diisikan utk AMK. Sepatutnya buktikan hasil kerja kalian dahulu. Bukan perlu ke jalan raya tetapi masing2 ada laptop, ada smartphone... berjuanglah utk rakyat. Bercakap dgn fakta tanpa fitnah... bukan suruh anak2 buah anda ke jalan raya.

Abg dan Otai2 ini ada yg sudah lewat 40an, 50an dan 60an. Dah berpuluh tahun berjuang walaupun sekadar di belakang tabir. Yg mana kami tak ada cita2 pun hendak dptkan laba politik. Bekerjalah anak2 muda jika suatu hari nanti mahu menjadi pemimpin. Buktikan kepimpinan anda.

Maaf menegur kerana Abang dan rakan-rakan yang lain mahu fokus kpd urusan keluarga dan beramal. Kami ni ada yang mahu masuk usia pencen dan ada yg sudah lama pencen. Sepatutnya dah lama dah kami pas baton tapi kami lihat kalian lesu... muncul bila saat2 PRU sahaja.

 

Sdgkan yg dpt dilihat samada kaum Adam atau Hawa yg ahli biasa2 dan tidak berparti, mereka terpaksa menulis saban hari utk pejuangkan nasib mereka sendiri. Buat Akmal anggaplah ini teguran membina. Bangkitlah dari tidur dan kejutkan anak2 buah anda. Dibibir kalian mesti berbicara soal rakyat... rakyat... rakyat.

Ok Akmal... sebagai abang teguran ini sebab tidak mahu kalian terlena terlalu lama. Anda pemimpin masa depan negara dgn rakan-rakan  yang lain. Wasalam.