HAAAA...KAN DAH KENA PANGGIL DENGAN ISTANA- PANDAI LA MENJAWAB...Speaker Dewan Rakyat, Dewan Negara dipanggil menghadap di Istana Negara

 

Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong.

PETALING JAYA: Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun dan Presiden Dewan Negara Rais Yatim telah dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Negara, Selasa ini.

Perkara itu disahkan kepada FMT oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Ahmad Fadli Shamsuddin dalam satu pesanan ringkas, tanpa memberikan butiran lanjut.

The Vibes melaporkan Azhar dan Rais akan menghadapi Yang di-Pertuan Agong pada 11 pagi Selasa, dipercayai berhubung persidangan semula Parlimen sebelum darurat berakhir pada 1 Ogos.

FMT telah menghubungi Azhar untuk butiran pertemuan itu.

Semalam, Azhar dan Rais mencadangkan persidangan khas Parlimen diadakan pada awal Ogos untuk membincangkan bagaimana sesi Parlimen hibrid (separa dalam talian dan separuh secara fizikal), boleh diadakan.

Menurut mereka, persidangan khas itu mungkin membincangkan pindaan terhadap Peraturan Mesyuarat bagi membolehkan pertemuan hibrid seperti itu, susulan itu persidangan boleh diadakan pada hujung Ogos atau awal September.

Terdahulu hari ini, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mendakwa ada usaha menggunakan pejabat Peguam Negara dan Speaker Parlimen untuk melengahkan sesi Parlimen.

Parlimen dan semua sidang Dewan Undangan Negeri ditangguhkan di bawah darurat yang diisytiharkan pada 12 Jan lalu.

Ahli politik kerajaan dan pembangkang rata-rata menggesa persidangan diadakan semula susulan kenyataan Istana Negara pada lewat Februari bahawa persidangan Parlimen boleh diadakan ketika tempoh darurat.

Yang di-Pertuan Agong bulan lalu mendapat pandangan 18 pemimpin parti politik mengenai keadaan darurat dan langkah-langkah untuk memerangi pandemik Covid-19.

Istana Negara kemudian berkata bahawa Agong mahu Parlimen bersidang semula secepat mungkin bagi membolehkan ordinan darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan oleh Ahli Parlimen

No comments: