Apa MP pembangkang dan AMK buat?Keluhan seorang penulis dan bekas wartawan/


NORMAN RADZUAN


Saya akan berhenti menulis politik selepas PRU15

 

SERAHKAN TANGGUNGJAWAB KPD GENERASI MUDA

 

Sebenarnya jika ikut perkiraan tahun 2020 selepas Tun serahkan jawatan kepada DS Anwar, saya sudah stop menulis. Sebab rasa pejuangan dan tanggungjawab sosial kepada masyarakat dan agama sudah selesai. Bukan hanya saya tapi ramai juga rakan-rakan beranggapan kita telah serahkan kepada pemimpin yang boleh dipercayai.

 

Jujur saya beritahu... saya sangat marah dan geram dengan sikap Tun. Bagi saya selagi beliau ada selagi itulah negara ini tidak akan pernah merdeka dalam erti kata sebenarnya.

 

Apapun selepas PRU15 nanti, saya telah mengambil keputusan untuk berhenti menulis tentang politik. Bolehlah sekali sekala tetapi bukan seperti sekarang ini. Ingat nak fokus kepada dunia perniagaan dan nak kembali buat usaha-usaha agama ni. Mana tahu boleh jadi Amir Sab.

 

Ada kwn2 bertanya kenapa sibuk menulis politik? Soalan ini ditanya ketika saya masih dlm dunia kewartawanan lagi cuma ketika itu hanya mampu berbicara secara fizikal kerana terikat dgn etika pekerjaan dan tiada media sosial yg sesuai. Sekali sekala gunakan blog adik saya dgn nama pena.

 

Saya menulis sebab saya ni jenis dari muda tidak suka melihat kebatilan. Kalau ikutkan apa sibuk2 dan menyusahkan diri...utk keluarga Insyallah cukup makan minum. Tapi sudah sifat semulajadi tak boleh melihat kesusahan org lain.

Malah saya sgt benci org memperlihatkan kesenangan hidupnya tanpa peduli nasib-nasib orang miskin. Menulis jauh sekali malah perlekehkan usaha kita utk melakukan perubahan ini.

 

19 Nov 2020, 266 kes bunuh diri direkodkan sejak PKP dilaksanakan. Itu 8 bulan yang lalu. Di PP lebih 50 kes bunuh diri direkodkan sejak Januari 2021. Jadi sy sgt bersedih dan memahami kenapa kes bunuh diri ini berlaku. Itu kisah org kaya yg gagal dalam kehidupan waktu PKP tapi beramai ramai orang miskin yang menderita di luar sana yang kita tidak sedari.

Saya sendiri beberapa kali melihat sendiri tangisan marhaen memohon diberi peluang bekerja... ada satu kes itu yg dtg memohon berikan sedikit beras utk anak2nya hendak makan. Ikhlas saya katakan kerana merekalah saya sanggup menulis. Saya tiada niat langsung utk bergelar YB... niat utama saya ubah kepimpinan kpd yg lebih baik sahaja.

Kecewa tak mahu menulis? Ya saya kecewa. Kecewa dgn dgn sikap bangsa sendiri, kecewa dgn sikap org2 politik sendiri. Sb rasanya 90% org politik ini hanya fikirkan perut sendiri.

Lihat pemimpin PH sendiri... PH ada lebih 90 ahli Parlimen. Yg aktif menulis atau berbicara secara live atau secara visual ada la 10-15 kerat MP. Selain DS Anwar... Dr Mujahid, Tuan Hassan, Khalid Samad, Salahuddin Ayob, Mat Sabu, Saifuddin Nasution, Hannah Yeoh, Anthony Loke, Steven Sim dan beberapa nama lagi.

Yg lain makan gaji buta? Ya benar kalian ada buat kerja di Parlimen sendiri tetapi sebagai pemimpin suara anda itu mestilah juga mewakili seluruh rakyat Malaysia. Anda kena bersuara isu nasional. Ini zaman teknologi... anda tidak perlukan lagi TV3 atau Astro utk bersuara... masing2 boleh ada 'TV' sendiri.

Sebagai ahli parti saya ingin bertanya dimana anak2 muda dari PKR? Ahli muda parti lain itu biar ahli parti mereka yg berikan teguran? AMK sebilangan besarnya lesu ( bukan semua ). Patutnya mereka jika tidak menulis, buat live atau rakaman visual bercerita tentang masalah rakyat.

Yg kerap saya lihat Syed Shah Syed Osman. Yg ketuanya, Akmal Nasir... kadang2 sebulan dua tiga kali. Sepatutnya paling kurang 5 kali seminggu beliau akn muncul secara live bicara soal rakyat.

Akmal Nasir sebagai ketua mewakili anak2 muda... mesti melihat kehebatan Presidennya, DS Anwar Ibrahim ketika muda hingga sanggup dipenjarakan. Lihat Ezam Mohd Nor dan lihat sendiri keberanian Rafizi. Mereka ke sana sini saban malam berceramah menyampaikan info kpd rakyat.

Sepatutnya Akmal saban malam berhujah secara live atau rakaman utk bercerita soal rakyat. Rakyat ketika ini sgt2 menderita. Anda selalu bersuara berilah peluang kpd anak2 muda utk menjadi calon tetapi anda sendiri tidak menggerakkan jentera AMK utk bergerak aktif. Ini saat genting kehidupan rakyat Akmal.

Maaf kata saya mengatakan anda dan AMK agak lesu. Sdgkan jika menang nanti kalianlah juga mahu jawatan sana sini diisikan utk AMK. Sepatutnya buktikan hasil kerja kalian dahulu. Bukan perlu ke jalan raya tetapi masing2 ada laptop, ada smartphone... berjuanglah utk rakyat. Bercakap dgn fakta tanpa fitnah... bukan suruh anak2 buah anda ke jalan raya.

Abg dan Otai2 ini ada yg sudah lewat 40an, 50an dan 60an. Dah berpuluh tahun berjuang walaupun sekadar di belakang tabir. Yg mana kami tak ada cita2 pun hendak dptkan laba politik. Bekerjalah anak2 muda jika suatu hari nanti mahu menjadi pemimpin. Buktikan kepimpinan anda.

Maaf menegur kerana Abang dan rakan-rakan yang lain mahu fokus kpd urusan keluarga dan beramal. Kami ni ada yang mahu masuk usia pencen dan ada yg sudah lama pencen. Sepatutnya dah lama dah kami pas baton tapi kami lihat kalian lesu... muncul bila saat2 PRU sahaja.

 

Sdgkan yg dpt dilihat samada kaum Adam atau Hawa yg ahli biasa2 dan tidak berparti, mereka terpaksa menulis saban hari utk pejuangkan nasib mereka sendiri. Buat Akmal anggaplah ini teguran membina. Bangkitlah dari tidur dan kejutkan anak2 buah anda. Dibibir kalian mesti berbicara soal rakyat... rakyat... rakyat.

Ok Akmal... sebagai abang teguran ini sebab tidak mahu kalian terlena terlalu lama. Anda pemimpin masa depan negara dgn rakan-rakan  yang lain. Wasalam.