1- Malaysia semalam kononnya sudah melakukan Vaksinasi lebih 7 juta orang termasuk Dos kedua.. Namun kes Covid-19 kekal tinggi.. Tapi tahukah kita Vietnam yang populasi rakyatnya 3 kali ganda dari Malaysia iaitu 96 Juta penduduk jumlah Vaksinasinya kekal rendah..
2- Vietnam hanya baru melaksanakan Vaksinasi sebanyak 2 Juta, Dan Dos kedua hanya tak Sampai 130 ribu.. Iaitu tak sampai 5% dari dos Pertama.. dan hanya 2.5 % dari Populasi rakyat dia.. 2 minggu lepas hanya 50 ribu yang disuntik dos kedua..Tetapi Vietnam berjaya mengawal wabak dengan baik.. di Vietnam kes dalam jajaran 300 kes sehari.. baru berlaku lonjakan kalau tidak sama seperti New Zealand,Hampir sifar.
3- New Zealand negara kecil, Populasi rakyat dia tak sampai 5 Juta.. Sepatutnya mereka sudah mampu melakukan Vaksinasi penuh rakyatnya kalau ikutkan jumlah vaksinasi di Malaysia.. Namun tak sampai 13% Rakyatnya di Vaksin, Bagi Dos kedua tak sampai 10% atau 360 ribu..
4- PM New Zealand sendiri baru seminggu disuntik Vaksin ketika Negaranya sudah capai 10% jumlah Vaksinasi. Namun New Zealand berjaya kawal wabak di Negaranya dengan baik.. Boleh kata kes di Negaranya Sifar.. kalau ada pun 1-2 kes..
5- Vietnam pada awal Jun baru membuka ruang kepada Rakyatnya untuk menderma bagi pembelian Vaksin sebanyak RM 4 billion.. Vietnam biarpun satu satunya Negara Asian yang mencatatkan pertumbuhan Ekonomi ketika Pandemik.. Biarpun Ekonomi dia ada pertumbuhan..Tetapi tidak seperti Malaysia terdesak menghabiskan RM 5 Billion duit simpanan dan tabung rakyat(KWAN)..Namun PM negaranya tidak terdesak untuk mempertahankan Kuasa.. Kerajaannya stabil..
6- Vietnam membuka ruang kepada semua jenis Vaksin termasuk merancang untuk membeli 20 juta Vaksin dari Russia iaitu vaksin Sputnik V.. Inilah Vaksin yang disentuh Tun Mahathir sepatutnya menjadi pilihan Negara Kita, tapi aku rasa Malaysia kemungkinan diikat dgn perjanjian dengan kuasa Politik seperti Pfizer dan Sinovac yg dikuasai China.. sedikit sebanyak Pendemik ini kita mengikat Negara Negara membangun dgn kuasa besar Dunia.. Negara dan Politik jika lemah, memang mudah dipermainkan kuasa besar..
7- Kedua Negara ini Vietnam dan New Zealand cemerlang untuk mengawal Wabak Covid-19 tanpa kebergantungan terhadap Vaksin..Maksudnya kedua negara ini melakukan Strategi yang tepat.. Malangnya di Malaysia biarpun 7 Juta sudah di Vaksin, Kita antara negara tertinggi di Asia berdasarkan ukuran populasi Rakyat.. Sebab apa ? PM dia menganggap Vaksin ini sebagai Ubat Ajaib menyelesaikan Wabak Covid-19..
8- New Zealand Rezab simpanan Negaranya digunakan untuk membantu Rakyat yang kehilangan Pendapatan, Dibuang Kerja.. Di New Zealand, Jika hari ini dibuang Kerja..Hari ini Mohon geran gantian pendapatan dan wang Bantuan, Esok Duit dah masuk akaun.. Jadi tak hairan jika rakyatnya boleh patuh duduk dirumah..
9- Di Malaysia, Sudah sebulan dilaksanakan Full Lockdown..hampir 2 bulan PKP 3.0.. Menteri Kewangan kata dia masih memperincikan bantuan, Lebih teruk apa yg dumumkan sebelum ini ramai yang masih belum terima..Bila rakyat terdesak keluar cari duit..Ramai yang kena saman dan Kompaun..
10- Di Malaysia Depa ingat Vaksin lagi ramai..Lagi cepat masalah selesai mcm dia ingat dia tabur BPN, keluar duit KWSP, Masalah ekonomi,Pekerjaan dan pendapatan Rakyat Selesai.. Bila perlaksanaan tidak bersasar, Berpuluh Billion suntikan Fiskal diigunakan, Ekonomi rakyat makin teruk, Ramai yang menganggur dan wabak jadi semakin teruk..
11- Masalah besar di Malaysia bukan soal Covid-19..Atau Soal Vaksin..Jika jumlah Vaksinnya tinggi, tetapi sasaran dan keutamaan dia tidak tepat.. Kes tetap tinggi.. golongan beresiko ramai masih tidak di Vaksin.. Bayangkan 7 Juta jumlah Vaksinasi, kalau ikut Populasi orang tua di Malaysia..patutnya semua org tua dan kelompok terbanyak di ICU sudah di Vaksin..Malangnya masih ramai tunggu giliran.. yg pergi cucuk artis dan orang muda..
12- Masalah besar dalam negara kita mengekalkan Kerajaan yang terbukti Gagal.. dan akhirnya menyebabkan Ekonomi semakin teruk..Rakyat semakin menderita.. Tetapi inilah Kerajaan dikatakan seorang Mufti sebagai Kerajaan hat dapat rahmat Tuhan.. 😉
Ipohmali