KOS SIDANG 4.5 JUTA


Sidang kemuncak wanita pertama yang hanya di hadiri dari negara Afrika enelan belanja 4.5 juta.Fuyooo....banyak duit aku terpakai.Kalau bagi kat rakyat malaysia...4 orag dah jadi kaya raya dan milionair.....pi bagi pada yang dah kaya raya...pi jamu yang kaya raya...rakyat sendiri merempat belambak-lambak....

Yang hadir hanya 14 orang sahaja,kalau di bahagikan 14 dengan 4.5 juta mau soqang belanja 300k soqang......fuyoooo..lagi skali aku terkejut...banyak boleh buat tu....dari pi jamu kepada wanita pertama....

Yang gemuk bertambah gemuk la nampaknya....."Kecuali Laos, tidak ada negara di Asia yang menghantar Wanita Pertama mereka ke sidang pertama Wanita Pertama. Ia lebih sesuai di namakan Sidang Wanita Pertama Afrika," kata Teng Chang Kim.


Antara negara yang menghantar wanita pertama mereka adalah Albania, Congo, Gambia, Ghana, Jamaica, Kiribati, Laos, Mali, Mauritius, Mozambique, Nigeria, Paraguay, Seychelles, Sierra Leone, Sri Lanka dan Zambia.




Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang diilhamkan dan dinaungi isteri perdana menteri Rosmah Mansor mencatatkan perbelanjaan kerajaan hampir RM4.5 juta. NONEDalam jawapan bertulis di Dewan Negara, Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil mendedahkan perbelanjaan untuk program tiga hari itu sebanyak RM4,498,949.99. Program melibatkan 15 wanita pertama dariapda seluruh dunia - kebanyakan yang hadir daripada negara-negara Africa - berlangsung di Kuala Lumpur pada Oktober. Ekoran penjelasan itu, senator Syed Husin Ali daripada PKR membangkitkan persoalan kewajaran Rosmah dianjurkan oleh isteri perdana menteri sedangkan menurutnya dalam negara ini wanita pertama adalah Permaisuri Agong. NONEDalam sidang media hari ini, Syed Husin yang juga bekas timbalan setiausaha agong mempertikaikan asas peruntukan sebanyak itu diberikan sedangkan tiada peranan oleh Permaisuri Agong.

SOKONG PAKATAN GAJI NAIK.....JOM CIKGU-CIKGU UBAH....ADA YANG MANDOM LAGI..

Perkara ke 5 dalam agenda Program 100 Hari Pakatan Rakyat ialah mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang guru sebagai penghargaan guru pendidik bangsa.

Mengulas tentang perkara itu Muhyiddin berkata “Setiap guru RM500, jumlah guru di negara ini hampir 400,000 guru, bermakna perbelanjaan sebulan RM200 juta, setahun RM2.4 bilion. Tetapi dari segi implikasinya, naik gaji guru tetapi gaji kakitangan kerajaan seramai 1.2 juta, tidak naik. Adakah guru sahaja yang diberi tawaran, kenapa tidak ditawarkan kepada kakitangan kerajaan yang lain, boleh jadi bankrap kita,”.


HABIS GAJI GAJI POLIS,TENTERA,JURURAWAT BOLEH NAIK????...TAK PAYAH MASUK UNIVERSITI PUN DAPAT NAIK SAMA MACAM BELAJAR MASUK UNIVERSITI? TAK PULAK MUHYIDDIN MERUNGUT, GAJI POLIS SELANG SETAHUN SAJA NAIK.........


Nampak memang bodoh ulasan Muhyiddin itu tetapi Najib pula kelihatan menggelabah dengan perkara yang menyentuh gaji guru itu..


Biarpun sebelum itu Najib berkata pelbagai tawaran yang dikemukakan pakatan pembangkang kepada rakyat, tidak berpaksi kepada realiti kemampuan sebenar mereka namun semalam Najib telah berjanji kepada Presiden Ceupacs untuk mewujudkan satu badan perundingan khas, dipercayai bertaraf Majlis Bersama Kebangsaan, bagi menyelesaikan isu-isu berkaitan perkhidmatan perguruan, yang bilangan mereka satu pertiga daripada 1.2 juta tenaga kerja sektor awam.

Tapi kalau Pakatan tak keluarkan akan menaikkan gaji guru jika menguasai Putrajaya, korang rasa Najib akan menubuhkan Majlis Bersama Kebangsaan itu tak?

Biarpun begitu.. ini merupakan suatu yang baik buat guru-guru dan idea Pakatan juga jelas untuk membela nasib para guru dan ianya akan diciplak lagi oleh Najib..

ANAK SUNGAI DERHAKA



ajib janji tubuh majlis khas kaji isu guru, kata Cuepacs

KUALA LUMPUR, 22 Dis — Datuk Seri Najib Razak berjanji untuk mewujudkan satu badan perundingan khas, dipercayai bertaraf Majlis Bersama Kebangsaan, bagi menyelesaikan isu-isu berkaitan perkhidmatan perguruan, yang bilangan mereka satu pertiga daripada 1.2 juta tenaga kerja sektor awam.

Cuepacs membawa syor itu sekitar 2002 tetapi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dilaporkan telah menolaknya.

Presiden Cuepacs Omar Osman memberitahu perwakilannya bahawa Najib menjanjikan penubuhan badan khas itu selepas merasmikan persidangan tritahunan badan induk kesatuan sektor tersebut semalam.

“Semasa sesi minum (selepas perasmian persidangan) Datuk Seri Najib (gambar) ada memberitahu bahawa satu badan perundingan akan ditubuhkan bagi mengatasi masalah dan isu-isu yang wujud dalam perkhidmatan perguruan.

“Perdana Menteri berkata beliau akan meminta JPA melihat perkara ini,” kata beliau ketika sesi perbahasan penyata tritahunan di sini.

Omar berkata Najib menjanjikan perkara itu memandangkan guru terdiri daripada satu pertiga tenaga kerja sektor awam peringkat persekutuan.

Menurut Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Hashim Adnan, bilangan guru dianggarkan dalam lingkungan 438,000 daripada 1.2 juta kakitangan awam.

Malah terdapat 27 kesatuan dan persatuan yang mewakili kaum guru di seluruh negara kata Hashim ketika dihubungi The Malaysian Insider kemudian.

“Jika ada satu badan khas untuk membincangkan isu gred perkhidmatan dan saraan guru, ia satu perkara yang baik,” katanya.

Cuepacs mengadakan persidangan tiga tahun sekali selama tiga hari bermula semalam.

Persidangan hari ini tertumpu pada aspek pemilihan pucuk kepimpinan.

Setiausaha Agung Cuepacs Ahmad Shah Mohd Zin ketika ditemui berkata kemungkinan badan itu mirip Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) yang ditubuhkan oleh kerajaan bagi membincangkan soal-soal berkaitan dengan skim perkhidmatan.

“Sebelum Sistem Saraan Baru (SSB) diperkenalkan (pada 1991), ada MBK khas untuk perkhidmatan guru, tetapi dimansuhkan selepas SSB dilaksanakan,” kata beliau.

“Saya fikir kerajaan akan wujudkan majlis macam itu... satu MBK khusus untuk guru,” kata beliau.

“Menurut apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri, kerajaan akan timbang satu majlis perundingan seperti MBK, yang dikhususkan kepada perkhidmatan perguruan kerana guru mempunyai lebih banyak masalah,” kata beliau.

Sebelum SSB diperkenalkan lima MBK berfungsi sebagai saluran perbincangan dengan kerajaan iaitu masing-masing bagi perkhidmatan am, rendah, pelajaran, badan-badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan.

Ekoran pelaksanaan SSB, kelima-lima MBK itu disusun semula mengikuti kategori kumpulan pengurusan dan profesional, am sokongan dan sains dan teknologi.

“Kami anggap ini perkembangan positif,” kata Ahmad Shah yang juga setiausaha MBK Kumpulan Sains dan Teknologi.

Hashim juga bersetuju bahawa perkhidmatan perguruan yang terdiri daripada skop perkhidmatan berbeza memerlukan sebuah majlis khas untuk menyelesaikan masalah dan isu yang wujud.

“Sebenarnya kita ada banyak isu dan masalah, jadi untuk selesaikannya kami memerlukan satu badan khas, kami memerlukan satu mekanisme khusus,” kata beliau tetapi tidak dapat menjelaskan bagaimana majlis yang dimaksudkan akan berfungsi.

“Kami pun baru dengar, jadi kami tidak pasti mekanisme badan yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri,” katanya.

NUTP juga merupakan salah satu kesatuan gabungan terbesar dalam Cuepacs.

Ia mempunyai 250 perwakilan dalam MBK dan 50 perwakilan dalam persidangan tritahunan Cuepacs


The Malaysian Insider


(function() { var d = document, w = window; w

JALAN PUN DAH BOLEH BERTUKAR KEPADA JALAN QINZHOU

MOHD MUKHLIS   Sahribut Samanahaha Serba Tahu dah dapat info belum bab ini? Kalau dulu, dia memang cakna bab-bab bahasa dan tulisan jawi. Se...