KOS SIDANG 4.5 JUTA
Sidang kemuncak wanita pertama yang hanya di hadiri dari negara Afrika enelan belanja 4.5 juta.Fuyooo....banyak duit aku terpakai.Kalau bagi kat rakyat malaysia...4 orag dah jadi kaya raya dan milionair.....pi bagi pada yang dah kaya raya...pi jamu yang kaya raya...rakyat sendiri merempat belambak-lambak....
Yang hadir hanya 14 orang sahaja,kalau di bahagikan 14 dengan 4.5 juta mau soqang belanja 300k soqang......fuyoooo..lagi skali aku terkejut...banyak boleh buat tu....dari pi jamu kepada wanita pertama....
Yang gemuk bertambah gemuk la nampaknya....."Kecuali Laos, tidak ada negara di Asia yang menghantar Wanita Pertama mereka ke sidang pertama Wanita Pertama. Ia lebih sesuai di namakan Sidang Wanita Pertama Afrika," kata Teng Chang Kim.
Antara negara yang menghantar wanita pertama mereka adalah Albania, Congo, Gambia, Ghana, Jamaica, Kiribati, Laos, Mali, Mauritius, Mozambique, Nigeria, Paraguay, Seychelles, Sierra Leone, Sri Lanka dan Zambia.
Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang diilhamkan dan dinaungi isteri perdana menteri Rosmah Mansor mencatatkan perbelanjaan kerajaan hampir RM4.5 juta. Dalam jawapan bertulis di Dewan Negara, Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil mendedahkan perbelanjaan untuk program tiga hari itu sebanyak RM4,498,949.99. Program melibatkan 15 wanita pertama dariapda seluruh dunia - kebanyakan yang hadir daripada negara-negara Africa - berlangsung di Kuala Lumpur pada Oktober. Ekoran penjelasan itu, senator Syed Husin Ali daripada PKR membangkitkan persoalan kewajaran Rosmah dianjurkan oleh isteri perdana menteri sedangkan menurutnya dalam negara ini wanita pertama adalah Permaisuri Agong. Dalam sidang media hari ini, Syed Husin yang juga bekas timbalan setiausaha agong mempertikaikan asas peruntukan sebanyak itu diberikan sedangkan tiada peranan oleh Permaisuri Agong.