DAP TAK DA PUN

 

Khabarnya : 


Berita baru diterima?


1. Team BN pecah dua; team Istana (Ismail) vs team penderhaka (Jalal)


2 Team penderhaka boikot Ismail, tidak mahu terima sebarang jawatan.


3. Team penderhaka dari PN terus desak agar Ismail lantik anak Rais Yatim sebagai exco.


4. PAS pula demand 2 jawatan exco kanan.


5. Ismail tiada pilihan, mungkin terpaksa ambil adun PH masuk kerajaan.


Huruhara dah ni,entah² tak sempat 2 jumaat? Jangan pulak ada yang kata ini semua salah DAP & Anthony Loke




PASAI PA LAK TAK BOLEH.. FITNAH MACAM MACAM BOLEH JA.,






BILA WALAUN PARTI JALANG MENAIP.




 “TAK SOKONG AKU, KAU BABI DAP” INIKAH PENYATUAN UMAT?






Kononnya mahu menyatukan Melayu dan umat Islam. Tetapi baru berbeza pandangan, terus Melayu sendiri dicop “babi DAP”.


Formula “penyatuan” yang pelik bersama parti dianggap bersama umat, berbeza pandangan pula dicop pengkhianat, mengkritik dianggap barua, tidak menyokong terus jadi musuh. Kalau begini, yang mahu disatukan bukan umat, tetapi barisan penyokong di bawah satu logo politik.


Melayu yang undi PH tetap Melayu. Yang undi BN tetap Melayu. Yang undi PN pun tetap Melayu. Undi boleh berbeza, bangsa tidak bertukar.


Begitu juga Islam. Seorang Muslim tidak hilang Islam hanya kerana tidak mengundi parti yang mendakwa paling Islam.


Islam bukan kad keahlian parti. Melayu bukan harta pusaka mana-mana organisasi politik. Dan kebenaran bukan hak eksklusif satu logo.


Syura membuka ruang perbezaan. Nasihat bukan pengkhianatan. Kritikan bukan permusuhan. Pilihan politik pula bukan ukuran iman.


Allah SWT mengingatkan “Janganlah kebencian kamu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil.” al-Ma’idah 5:8


Jangan sampai “penyatuan umat” akhirnya bermaksud “Bersama aku, kau umat. Berbeza dengan aku, kau musuh umat.” Itu bukan ukhuwah. Itu taksub yang memakai kopiah politik.


Kalau benar mahu menyatukan Melayu dan umat Islam, berhentilah menghina Melayu yang berbeza pilihan.

Melayu tidak bertukar bangsa kerana undi. Muslim tidak bertukar agama kerana pilihan raya. Dan lawan politik tidak automatik menjadi musuh Allah.


Umat tidak akan bersatu dengan memaki umat sendiri.

Mungkin sebelum sibuk menyeru penyatuan umat, ego kepartian itu yang perlu dididik dan disatukan terlebih dahulu.


IBNU ALI





ISLAM, KEWARGANEGARAAN DAN REALITI MALAYSIA. JANGAN JADIKAN SEJARAH ALAT MERENDAHKAN WARGANEGARA








Jika kerangka Yusuf al-Qaradawi tentang al-watan dan al-muwatanah digunakan, titik tolaknya ialah kewarganegaraan sebagai keanggotaan sah dalam sesebuah negara, bukan keturunan nenek moyang semata-mata.


Memang benar sejarah migrasi masyarakat Cina dan India ke Tanah Melayu mempunyai pelbagai latar kolonial, ekonomi dan migrasi. Sejarah itu tidak perlu dipadam atau dinafikan. Namun sejarah nenek moyang tidak boleh dijadikan lesen untuk menafikan status kewarganegaraan generasi hari ini. Inilah perkara yang perlu dibezakan.


Jika seseorang lahir sebagai warganegara Malaysia, hidup di sini, mematuhi undang-undang, membayar cukai, bekerja, membina keluarga dan menyumbang kepada negara, atas dasar apa dia perlu dipanggil “pendatang” selama-lamanya? Berapa generasi baru status “pendatang” itu tamat? Dua? Empat? Enam? Sepuluh?


Jika jawapannya tidak pernah tamat, maka istilah itu bukan lagi sekadar penerangan sejarah. Ia sudah berubah menjadi label politik untuk menafikan rasa memiliki terhadap tanah air sendiri.


Dalam kerangka muwatanah, seseorang yang telah menjadi warganegara ialah sebahagian daripada watan. Sejarah asal-usul boleh diingati, tetapi kewarganegaraan tidak sepatutnya diwarisi sebagai stigma. Nenek moyang mungkin datang dari tempat lain, tetapi anak cucunya boleh menjadi rakyat Malaysia sepenuhnya.


Itulah beza antara memahami sejarah dengan menjadikan sejarah sebagai alat untuk merendahkan warganegara.


ISLAM MEMBEZAKAN AKIDAH DAN KEWARGANEGARAAN


Dalam Islam, status akidah memang berbeza. Tetapi jangan campurkan kategori akidah dengan kategori kewarganegaraan sehingga lahir hierarki manusia.


Seorang Muslim dan bukan Muslim boleh mempunyai agama yang berbeza, tetapi mereka boleh menjadi muwatin warganegara yang berkongsi watan, hak dan tanggungjawab dalam sebuah negara.


Dalam konteks Malaysia, semua warganegara terikat dengan Perlembagaan dan undang-undang negara.

Maka masyarakat Cina dan India yang merupakan warganegara Malaysia bukan tetamu yang perlu memohon izin setiap kali pilihan raya. Mereka sudah menjadi rakyat.


BUMIPUTERA BUKAN LESEN UNTUK MERENDAHKAN RAKYAT LAIN


Mengakui kedudukan Melayu dan Bumiputera serta kedudukan Islam dalam Perlembagaan tidak bermaksud kita perlu menjadikan masyarakat lain sebagai rakyat kelas kedua.


Melayu boleh mempertahankan identitinya tanpa menghina orang lain. Islam boleh dimartabatkan tanpa menafikan kewarganegaraan bukan Islam. Raja-Raja Melayu boleh dihormati tanpa membina politik permusuhan kaum. Mempertahankan hak Melayu tidak memerlukan kita mencipta musuh daripada rakyat Malaysia sendiri.


“PENDATANG” BUKAN HUJAH MAQASID


Dalam fiqh siyasah kontemporari, persoalan yang lebih penting bukan sekadar “siapa datang dahulu?” Tetapi apakah pendekatan itu menghasilkan keadilan, keamanan, maslahat dan perpaduan?


Allah SWT berfirman «“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia, hendaklah kamu menetapkan dengan adil.”» - Surah al-Nisa’ 4:58


Perhatikan perkataan “antara manusia”. Keadilan Islam tidak berhenti di pintu masjid dan tidak hanya diberikan kepada orang yang sama parti atau sama agama.


JANGAN IMPORT STRUKTUR LAMA SECARA MEKANIKAL


Dalam fiqh klasik memang terdapat istilah seperti ahl al-zimmah yang lahir dalam struktur politik dan sejarah tertentu. Tetapi negara bangsa moden mempunyai realiti yang berbeza.


Malaysia mempunyai Perlembagaan, kewarganegaraan, pilihan raya, institusi Raja, mahkamah dan undang- undang yang mengikat rakyat.


Maka jangan mengambil kategori sejarah secara mekanikal lalu menggunakannya untuk membina masyarakat yang seolah-olah mempunyai “pemilik negara” dan “penumpang negara”. Itu bukan semestinya tuntutan Islam.


MUWATANAH, WARGA BUKAN PENUMPANG


Melayu mempunyai sejarahnya. Cina mempunyai sejarahnya. India mempunyai sejarahnya. Sabah dan Sarawak mempunyai sejarah, hak dan kedudukan perlembagaannya sendiri.


Semua sejarah itu boleh diakui tanpa menjadikan mana-mana kelompok sebagai rakyat kelas kedua. Inilah makna kewarganegaraan yang matang.


Jangan ubah “Bumiputera” menjadi “pemilik mutlak negara”. Jangan pula menganggap mempertahankan Melayu itu satu dosa. Kedua-duanya tidak perlu.


Melayu dihormati. Islam dimartabatkan. Raja dipelihara. Bahasa Melayu diperkasa. Hak warganegara dijamin. Keadilan ditegakkan. Minoriti dilindungi. Itulah keseimbangan yang lebih dekat dengan maqasid al-Syariah.


SOALAN YANG WAJIB DIJAWAB


Kalau seorang Cina atau India memeluk Islam, tiba-tiba dia dianggap saudara seagama. Tetapi kalau dia kekal bukan Islam, walaupun lahir sebagai warganegara Malaysia, dia masih dipanggil “pendatang”. Adakah kewarganegaraannya berubah hanya kerana agamanya tidak berubah?


Jika tidak, maka jangan campurkan status agama dengan status kewarganegaraan. Islam mempunyai kategori akidah. Negara mempunyai kategori kewarganegaraan. Jangan campurkan kedua-duanya sehingga lahir politik kasta.


Malaysia bukan negara tanpa identiti. Tetapi Malaysia juga bukan negara tanpa kepelbagaian. Politik Islam yang matang tidak perlu memilih antara Islam dan kemajmukan. Sebaliknya, ia perlu membuktikan bahawa Islam mampu menjadi sumber keadilan kepada semua.


Akhirnya, rakyat Malaysia daripada kaum Cina dan India tidak perlu “memohon izin” untuk menjadi rakyat Malaysia setiap kali musim politik tiba. Mereka sudah menjadi warganegara.


Yang perlu kita bina ialah rasa memiliki negara yang sama Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak, Cina, India dan seluruh rakyat Malaysia.


Kerana Islam tidak menjadi kecil apabila keadilan diberikan kepada bukan Islam. Sebaliknya, keadilan itulah antara wajah Islam yang paling kuat untuk diperlihatkan kepada dunia.


Jangan jadikan sejarah sebagai senjata untuk merendahkan warganegara. Jangan jadikan Islam sebagai alat membina kasta manusia.


IBNU ALI




KENAPA TAK TEGUR

 



Seorang pengguna media sosial, Mohd Munsif mempersoalkan mengapa bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin tidak menegur Datuk Dr Akmal Saleh ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN), walaupun kini mengakui berlaku kegagalan tadbir urus dalam Tabung Haji.






Menurut beliau, pengakuan Khairy yang dibuat selepas PRN menimbulkan persoalan mengapa beliau memilih untuk berdiam diri ketika isu itu hangat dipertahankan oleh pimpinan UMNO.


“Bijak KJ, nak elak dia kena jawab isu ini pada masa hadapan, dia mengaku terus, cuma selepas PRN sahajalah.


“Sebelum PRN, dibiarkan sahaja Ketua Pemuda UMNO, Akmal tolong merapu seolah-olah tiada isu dengan Tabung Haji,” katanya menerusi hantaran di Facebook.


Mohd Munsif turut mendakwa tindakan Khairy yang hanya bersuara selepas pilihan raya membuka ruang kepada persoalan sama ada beliau sengaja mengelak daripada bercanggah dengan naratif parti ketika kempen berlangsung.


#unofficialinfo





Ini yang orang kata, bila dah kantoi baru nak mengaku.



CnP


 Ini yang orang kata, bila dah kantoi baru nak mengaku.






Lepas laporan RCI mendedahkan wujud kelemahan serius dalam tadbir urus Tabung Haji sampai rakyat sendiri dah mula persoalkan tentang isu ini, barulah Khairy Jamaluddin tampil mengatakan bahawa memang berlaku "government failure" serta kegagalan tatakelola.


Jadi, macam mana pula dengan pemimpin UMNO yang sebelum ini bersungguh-sungguh mempertahankan pengurusan TH macam langsung tak ada masalah?


Kalau KJ sendiri mengakui memang ada kelemahan dan kegagalan urus tadbir, maknanya naratif “dividen tinggi, subsidi haji tinggi, tak ada sakau, semuanya baik-baik saja” yang dimainkan sebelum ini memang tak tepat langsung.


Lagi menarik bila KJ sendiri kata masa kempen pilihan raya tempoh hari, mungkin ada perkara yang terpaksa dinafikan demi kepentingan politik.


"Maksudnya apa?"


Masa rakyat minta penjelasan, mereka mungkin ketepikan kebenaran hanya kerana tengah pilihan raya. Jadi lepas pilihan raya selesai, barulah nak bercakap soal kejujuran, reformasi dan mengakui kesilapan.


Kalau betul UMNO nak berubah, jangan sekadar mengaku selepas kantoi. Nyatakan dengan jelas apa yang berlaku, siapa yang bertanggungjawab, bagaimana ia boleh dibiarkan, dan apakah jaminan perkara sama tidak akan berulang.


Memang bagus kalau nak mengaku. Tapi bagi saya ini bukan keberanian luar biasa. Cuma nak redakan keadaan dan matikan air.





𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔 𝟱 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗜𝗦𝗨 𝗭𝗔𝗞𝗔𝗧 𝗧𝗔𝗕𝗨𝗡𝗚 𝗛𝗔𝗝𝗜: 𝗥𝗘𝗔𝗞𝗦𝗜 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗝𝗘𝗟𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗥𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗕𝗨𝗡𝗚 𝗛𝗔𝗝𝗜







 𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔

𝟱 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟲


𝗜𝗦𝗨 𝗭𝗔𝗞𝗔𝗧 𝗧𝗔𝗕𝗨𝗡𝗚 𝗛𝗔𝗝𝗜:

𝗥𝗘𝗔𝗞𝗦𝗜 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗝𝗘𝗟𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗥𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗕𝗨𝗡𝗚 𝗛𝗔𝗝𝗜


Saya mengucapkan terima kasih kepada pengurusan Tabung Haji yang mengeluarkan satu kenyataan media semalam (4 Ogos 2026) mengenai pendirian Tabung Haji mengenai isu zakat yang ditimbulkan di dalam laporan RCI Tabung Haji. 


Secara ringkasnya, kenyataan Tabung Haji menjelaskan pendirian pengurusannya bahawa isu zakat yang dipersoalkan oleh Suruhanjaya Diraja Tabung Haji adalah tidak berbangkit.


Mengikut Tabung Haji, semua zakat yang dikeluarkan pada setiap masa adalah bagi pihak pendeposit kerana Tabung Haji tidak diwajibkan zakat ke atasnya.


Saya berharap pihak berwajib, termasuk pengurusan Tabung Haji, bersabar dengan saya yang perlu terus menanyakan soalan bagi pihak orang ramai. Lebih-lebih lagi dalam keadaan tidak ramai yang ingin bertanya mendapatkan penjelasan dalam isu yang sensitif seperti ini.


Saya juga pernah melalui zaman yang mana setiap perkara mengenai hal ehwal pengurusan dan kewangan Tabung Haji yang saya bangkitkan dinafikan bulat-bulat oleh pengurusan Tabung Haji ketika itu. 


Malah, saya dituduh memfitnah dan Tabung Haji sendiri membuat laporan polis terhadap saya sehingga saya diheret ke mahkamah.


Sepuluh tahun kemudian, satu laporan Suruhanjaya Diraja mengesahkan isu-isu yang dinafikan oleh pengurusan Tabung Haji pada satu ketika adalah benar belaka.


Oleh itu, saya berharap pengurusan Tabung Haji di bawah pentadbiran Madani menangani isu-isu yang dibangkitkan dengan lebih terbuka.


Sementara saya mengalu-alukan jawapan dari pengurusan Tabung Haji mengenai isu zakat, saya percaya ada beberapa perkara yang belum dikupas dengan memuaskan.


Perkara yang ditimbulkan oleh Suruhanjaya Diraja mengenai isu zakat ini adalah lebih dalam daripada yang dikupas kenyataan media Tabung Haji semalam.


Saya petik beberapa penemuan Suruhanjaya Diraja mengenai perkara ini:


“𝘚𝘶𝘳𝘶𝘩𝘢𝘯𝘫𝘢𝘺𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘥𝘢𝘱𝘢𝘵𝘪, 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘵𝘢𝘩𝘶𝘯 2016, 𝘢𝘬𝘢𝘥 𝘥𝘦𝘱𝘰𝘴𝘪𝘵 (𝘬𝘰𝘯𝘵𝘳𝘢𝘬) 𝘪𝘯𝘪 𝘵𝘦𝘭𝘢𝘩 𝘥𝘪𝘵𝘶𝘬𝘢𝘳 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘞𝘢𝘥𝘪 ’𝘢𝘩 𝘠𝘢𝘥 𝘋𝘩𝘢𝘮𝘢𝘯𝘢𝘩 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘢𝘯𝘢 𝘥𝘦𝘱𝘰𝘴𝘪𝘵 𝘥𝘪𝘬𝘪𝘳𝘢 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘨𝘢𝘪 𝘴𝘪𝘮𝘱𝘢𝘯𝘢𝘯, 𝘥𝘢𝘯 𝘓𝘛𝘏 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘢𝘺𝘢𝘳 𝘬𝘦𝘶𝘯𝘵𝘶𝘯𝘨𝘢𝘯 (𝘩𝘪𝘣𝘢𝘩) 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘱𝘦𝘯𝘥𝘦𝘱𝘰𝘴𝘪𝘵 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘦𝘭𝘢𝘬𝘬𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘮𝘣𝘢𝘺𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘳𝘪𝘣𝘢. 𝘕𝘢𝘮𝘶𝘯, 𝘚𝘶𝘳𝘶𝘩𝘢𝘯𝘫𝘢𝘺𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘥𝘢𝘱𝘢𝘵𝘪 𝘵𝘪𝘢𝘥𝘢 𝘱𝘦𝘯𝘫𝘦𝘭𝘢𝘴𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘢𝘱𝘢 𝘱𝘦𝘳𝘶𝘣𝘢𝘩𝘢𝘯 𝘢𝘬𝘢𝘥 𝘪𝘯𝘪 𝘥𝘪𝘭𝘢𝘬𝘶𝘬𝘢𝘯.”


“𝘞𝘢𝘭𝘢𝘶𝘱𝘶𝘯 𝘣𝘦𝘨𝘪𝘵𝘶, 𝘚𝘶𝘳𝘶𝘩𝘢𝘯𝘫𝘢𝘺𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘥𝘢𝘱𝘢𝘵𝘪 𝘢𝘯𝘵𝘢𝘳𝘢 𝘧𝘢𝘬𝘵𝘰𝘳 𝘱𝘦𝘳𝘶𝘣𝘢𝘩𝘢𝘯 𝘵𝘦𝘳𝘴𝘦𝘣𝘶𝘵 𝘢𝘥𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘬𝘦𝘳𝘢𝘯𝘢 𝘓𝘛𝘏 𝘵𝘦𝘭𝘢𝘩 𝘮𝘶𝘭𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘨𝘶𝘯𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘩𝘢𝘨𝘪𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘶𝘯𝘵𝘶𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘭𝘢𝘣𝘶𝘳𝘢𝘯 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘪𝘢𝘺𝘢𝘪 𝘴𝘶𝘣𝘴𝘪𝘥𝘪 𝘥𝘪 𝘣𝘢𝘸𝘢𝘩 𝘢𝘬𝘢𝘥 𝘔𝘶𝘥𝘢𝘳𝘢𝘣𝘢𝘩. 𝘛𝘦𝘵𝘢𝘱𝘪 𝘵𝘪𝘢𝘥𝘢 𝘥𝘰𝘬𝘶𝘮𝘦𝘯 𝘮𝘦𝘯𝘶𝘯𝘫𝘶𝘬𝘬𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘯𝘥𝘦𝘱𝘰𝘴𝘪𝘵 (𝘳𝘢𝘣𝘣𝘶𝘭 𝘮𝘢𝘭) 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘦𝘵𝘶𝘫𝘶 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘩𝘢𝘨𝘪𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘶𝘯𝘵𝘶𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘭𝘢𝘣𝘶𝘳𝘢𝘯 𝘥𝘪𝘨𝘶𝘯𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘴𝘶𝘣𝘴𝘪𝘥𝘪.”


“𝘒𝘦𝘴𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘱𝘦𝘳𝘵𝘶𝘬𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘢𝘬𝘢𝘥 𝘞𝘢𝘥𝘪’𝘢𝘩 𝘠𝘢𝘥 𝘋𝘩𝘢𝘮𝘢𝘯𝘢𝘩 𝘵𝘦𝘭𝘢𝘩 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘶𝘣𝘢𝘩 𝘩𝘶𝘣𝘶𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘮𝘦𝘯𝘺𝘦𝘣𝘢𝘣𝘬𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘯𝘥𝘦𝘱𝘰𝘴𝘪𝘵 𝘵𝘦𝘳𝘥𝘦𝘥𝘢𝘩 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘵𝘢𝘯𝘨𝘨𝘶𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘻𝘢𝘬𝘢𝘵 𝘬𝘦 𝘢𝘵𝘢𝘴 𝘥𝘦𝘱𝘰𝘴𝘪𝘵 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘪𝘴𝘦𝘳𝘢𝘩𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘓𝘛𝘏. 𝘗𝘦𝘳𝘬𝘢𝘳𝘢 𝘪𝘯𝘪 𝘵𝘦𝘭𝘢𝘩 𝘥𝘪𝘣𝘢𝘯𝘨𝘬𝘪𝘵𝘬𝘢𝘯 𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘉𝘕𝘔 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘴𝘶𝘳𝘢𝘵𝘯𝘺𝘢 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘗𝘦𝘳𝘥𝘢𝘯𝘢 𝘔𝘦𝘯𝘵𝘦𝘳𝘪 𝘣𝘦𝘳𝘵𝘢𝘳𝘪𝘬𝘩 26 𝘑𝘶𝘯 2019. 𝘔𝘦𝘯𝘶𝘳𝘶𝘵 𝘉𝘕𝘔, 𝘱𝘦𝘯𝘻𝘢𝘩𝘪𝘳𝘢𝘯 𝘣𝘦𝘳𝘬𝘦𝘯𝘢𝘢𝘯 𝘻𝘢𝘬𝘢𝘵 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘱𝘦𝘯𝘥𝘦𝘱𝘰𝘴𝘪𝘵 𝘮𝘶𝘯𝘨𝘬𝘪𝘯 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬 𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘬𝘰𝘯𝘵𝘳𝘢𝘬 𝘥𝘪 𝘣𝘢𝘸𝘢𝘩 𝘞𝘢𝘥𝘪’𝘢𝘩 𝘠𝘢𝘥 𝘋𝘩𝘢𝘮𝘢𝘯𝘢𝘩.”


“𝘋𝘪 𝘣𝘢𝘸𝘢𝘩 𝘢𝘬𝘢𝘥 𝘞𝘢𝘥𝘪’𝘢𝘩 𝘠𝘢𝘥 𝘋𝘩𝘢𝘮𝘢𝘯𝘢𝘩, 𝘬𝘦𝘥𝘶𝘥𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘓𝘛𝘏 𝘵𝘦𝘭𝘢𝘩 𝘮𝘦𝘯𝘫𝘢𝘥𝘪 𝘱𝘦𝘮𝘪𝘯𝘫𝘢𝘮 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘥𝘦𝘱𝘰𝘴𝘪𝘵 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘪𝘴𝘪𝘮𝘱𝘢𝘯 𝘥𝘪 𝘓𝘛𝘏. 𝘑𝘶𝘴𝘵𝘦𝘳𝘶, 𝘣𝘢𝘺𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘻𝘢𝘬𝘢𝘵 𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘓𝘛𝘏 𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘮𝘢𝘴𝘢 𝘪𝘵𝘶 𝘩𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘮𝘦𝘸𝘢𝘬𝘪𝘭𝘪 𝘱𝘦𝘳𝘯𝘪𝘢𝘨𝘢𝘢𝘯 𝘓𝘛𝘏 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘨𝘢𝘪 𝘴𝘦𝘣𝘶𝘢𝘩 𝘪𝘯𝘴𝘵𝘪𝘵𝘶𝘴𝘪, 𝘮𝘢𝘯𝘢𝘬𝘢𝘭𝘢 𝘱𝘦𝘯𝘥𝘦𝘱𝘰𝘴𝘪𝘵 𝘴𝘦𝘱𝘢𝘵𝘶𝘵𝘯𝘺𝘢 𝘱𝘦𝘳𝘭𝘶 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘢𝘺𝘢𝘳 𝘻𝘢𝘬𝘢𝘵 𝘴𝘪𝘮𝘱𝘢𝘯𝘢𝘯. 𝘒𝘢𝘥𝘢𝘳 𝘻𝘢𝘬𝘢𝘵 𝘴𝘪𝘮𝘱𝘢𝘯𝘢𝘯 𝘢𝘥𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘯𝘺𝘢𝘬 2.5% 𝘥𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘫𝘶𝘮𝘭𝘢𝘩 𝘴𝘪𝘮𝘱𝘢𝘯𝘢𝘯. 𝘐𝘯𝘪 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘯𝘺𝘦𝘣𝘢𝘣𝘬𝘢𝘯 𝘢𝘮𝘢𝘶𝘯 𝘻𝘢𝘬𝘢𝘵 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘱𝘦𝘳𝘭𝘶 𝘥𝘪𝘣𝘢𝘺𝘢𝘳 𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘓𝘛𝘏 𝘮𝘦𝘯𝘫𝘢𝘥𝘪 𝘭𝘦𝘣𝘪𝘩 𝘣𝘦𝘴𝘢𝘳 𝘣𝘦𝘳𝘣𝘢𝘯𝘥𝘪𝘯𝘨 𝘴𝘦𝘬𝘪𝘳𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘥𝘪𝘣𝘢𝘺𝘢𝘳 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘣𝘦𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘻𝘢𝘬𝘢𝘵 𝘱𝘦𝘳𝘯𝘪𝘢𝘨𝘢𝘢𝘯. 𝘍𝘰𝘳𝘮𝘶𝘭𝘢 𝘻𝘢𝘬𝘢𝘵 𝘱𝘦𝘳𝘯𝘪𝘢𝘨𝘢𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘯𝘫𝘢𝘥𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘯𝘪𝘭𝘢𝘪 𝘻𝘢𝘬𝘢𝘵 𝘭𝘦𝘣𝘪𝘩 𝘳𝘦𝘯𝘥𝘢𝘩 𝘥𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘻𝘢𝘬𝘢𝘵 𝘴𝘪𝘮𝘱𝘢𝘯𝘢𝘯.”


“𝘚𝘶𝘳𝘶𝘩𝘢𝘯𝘫𝘢𝘺𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘥𝘢𝘱𝘢𝘵𝘪 𝘱𝘦𝘳𝘵𝘶𝘬𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘢𝘬𝘢𝘥 𝘔𝘶𝘥𝘩𝘢𝘳𝘢𝘣𝘢𝘩 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘢𝘬𝘢𝘥 𝘞𝘢𝘥𝘪’𝘢𝘩 𝘠𝘢𝘥 𝘋𝘩𝘢𝘮𝘢𝘯𝘢𝘩 𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘵𝘢𝘩𝘶𝘯 2016 𝘮𝘦𝘯𝘺𝘦𝘣𝘢𝘣𝘬𝘢𝘯 𝘣𝘦𝘳𝘭𝘢𝘬𝘶 𝘬𝘦𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬𝘩𝘢𝘳𝘮𝘰𝘯𝘪𝘢𝘯 𝘢𝘯𝘵𝘢𝘳𝘢 𝘈𝘬𝘵𝘢 535 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘭𝘢𝘬𝘴𝘢𝘯𝘢𝘢𝘯 𝘢𝘬𝘢𝘥 𝘵𝘦𝘳𝘴𝘦𝘣𝘶𝘵. 𝘐𝘯𝘪 𝘵𝘦𝘳𝘫𝘢𝘥𝘪 𝘬𝘦𝘳𝘢𝘯𝘢 𝘥𝘪 𝘣𝘢𝘸𝘢𝘩 𝘢𝘬𝘢𝘥 𝘞𝘢𝘥𝘪’𝘢𝘩 𝘠𝘢𝘥 𝘋𝘩𝘢𝘮𝘢𝘯𝘢𝘩, 𝘓𝘛𝘏 𝘣𝘦𝘳𝘱𝘦𝘳𝘢𝘯𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘨𝘢𝘪 𝘱𝘦𝘮𝘪𝘯𝘫𝘢𝘮 𝘸𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘱𝘦𝘯𝘥𝘦𝘱𝘰𝘴𝘪𝘵 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘥𝘪𝘭𝘢𝘣𝘶𝘳𝘬𝘢𝘯. 𝘓𝘛𝘏 𝘣𝘦𝘣𝘢𝘴 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘨𝘶𝘯𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘶𝘯𝘵𝘶𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘯𝘢 𝘵𝘦𝘳𝘴𝘦𝘣𝘶𝘵 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘱𝘦𝘮𝘣𝘢𝘺𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘶𝘯𝘵𝘶𝘯𝘨𝘢𝘯 (𝘩𝘪𝘣𝘢𝘩), 𝘴𝘶𝘣𝘴𝘪𝘥𝘪 𝘥𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘨𝘢𝘪𝘯𝘺𝘢 𝘵𝘢𝘯𝘱𝘢 𝘬𝘦𝘣𝘦𝘯𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘯𝘥𝘦𝘱𝘰𝘴𝘪𝘵. 𝘋𝘪 𝘢𝘵𝘢𝘴 𝘢𝘬𝘢𝘥 𝘵𝘦𝘳𝘴𝘦𝘣𝘶𝘵 𝘫𝘶𝘨𝘢 𝘱𝘦𝘮𝘣𝘢𝘺𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘻𝘢𝘬𝘢𝘵 𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘓𝘛𝘏 𝘴𝘦𝘣𝘦𝘯𝘢𝘳𝘯𝘺𝘢 𝘻𝘢𝘬𝘢𝘵 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘦𝘯𝘢 𝘥𝘪𝘣𝘢𝘺𝘢𝘳 𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘓𝘛𝘏, 𝘥𝘢𝘯 𝘣𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘻𝘢𝘬𝘢𝘵 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘱𝘦𝘳𝘭𝘶 𝘥𝘪𝘣𝘢𝘺𝘢𝘳 𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘱𝘦𝘯𝘥𝘦𝘱𝘰𝘴𝘪𝘵.”


“𝘚𝘦𝘥𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘯, 𝘮𝘦𝘯𝘶𝘳𝘶𝘵 𝘈𝘬𝘵𝘢 535, 𝘓𝘛𝘏 𝘴𝘦𝘮𝘦𝘮𝘢𝘯𝘨𝘯𝘺𝘢 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬 𝘥𝘪𝘣𝘦𝘯𝘢𝘳𝘬𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘮𝘪𝘯𝘫𝘢𝘮 𝘥𝘢𝘯 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬 𝘵𝘦𝘳𝘵𝘢𝘬𝘭𝘶𝘬 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘱𝘦𝘮𝘣𝘢𝘺𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘻𝘢𝘬𝘢𝘵. 𝘞𝘢𝘭𝘢𝘶𝘱𝘶𝘯 𝘣𝘦𝘨𝘪𝘵𝘶, 𝘣𝘢𝘨𝘪 𝘱𝘪𝘩𝘢𝘬 𝘱𝘦𝘯𝘥𝘦𝘱𝘰𝘴𝘪𝘵, 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯𝘨𝘨𝘢𝘱 𝘱𝘦𝘮𝘣𝘢𝘺𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘻𝘢𝘬𝘢𝘵 𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘓𝘛𝘏 𝘢𝘥𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘮𝘦𝘸𝘢𝘬𝘪𝘭𝘪 𝘻𝘢𝘬𝘢𝘵 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢.”


Ada beberapa percanggahan ketara di antara pendirian pengurusan Tabung Haji dan penemuan Suruhanjaya Diraja, antaranya: 


𝟭) Suruhanjaya Diraja memberi penekanan mengenai perubahan akad yang tidak dimaklumkan kepada pendeposit, terutamanya untuk mendapat persetujuan pendeposit supaya sebahagian keuntungan pelaburan digunakan untuk subsidi. [𝗧𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗺𝗮𝗸𝗹𝘂𝗺 𝗯𝗮𝗹𝗮𝘀 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗽𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗧𝗮𝗯𝘂𝗻𝗴 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗲𝗻𝗮𝗶 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝗿𝗮 𝗶𝗻𝗶.]


𝟮) Kesan perubahan akad, dari Mudarabah kepada Yadi’ah Yad Dhamanah, telah mengubah hubungan Tabung Haji dengan pendeposit, dari rakan kongsi menjadi peminjam kepada pendeposit. Zakat ke atas pendeposit telah menjadi zakat simpanan sebanyak 2.5%.  [𝗧𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗺𝗮𝗸𝗹𝘂𝗺 𝗯𝗮𝗹𝗮𝘀 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗽𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗧𝗮𝗯𝘂𝗻𝗴 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗲𝗻𝗮𝗶 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝗿𝗮 𝗶𝗻𝗶.]


𝟯) Amaun zakat yang perlu dibayar oleh Tabung Haji, sekiranya dibayar sebagai zakat simpanan dan bukannya zakat perniagaan seperti amalan Tabung Haji, adalah lebih besar daripada apa yang dibayar. [𝗧𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗺𝗮𝗸𝗹𝘂𝗺 𝗯𝗮𝗹𝗮𝘀 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗽𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗧𝗮𝗯𝘂𝗻𝗴 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗲𝗻𝗮𝗶 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝗿𝗮 𝗶𝗻𝗶.]


Apabila kenyataan pengurusan Tabung Haji menyebut bahawa zakat telah dibayar bagi pihak pendeposit tanpa menjawab isu-isu yang dibangkitkan di dalam laporan Suruhanjaya Diraja dan secara tidak langsung berpendirian isu zakat tidak berbangkit, ia boleh memberi gambaran bahawa pengurusan Tabung Haji tidak bersetuju dan menolak penemuan-penemuan di dalam laporan itu.


Apatah lagi dalam keadaan salah seorang anggota Suruhanjaya Diraja iaitu Profesor Dr. Asmadi bin Mohamed Naim adalah seorang agamawan yang dikenali sebagai ahli ilmu dalam kewangan Islam. 


Selain dari menjadi Naib Canselor Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS), beliau juga pernah menjadi ahli Jemaah Ulama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, ahli Jawatankuasa Waqaf Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, ahli Majlis Zakat Kedah dan ahli Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.


Malah, pengerusi Tabung Haji sekarang iaitu Tan Sri Abdul Rashid Hussain adalah salah seorang ahli Suruhanjaya Diraja yang bersetuju dengan penemuan-penemuan mengenai zakat yang terkandung di dalam laporan RCI.


Saya berharap pihak berwajib terus memberi penjelasan yang boleh menjernihkan perkara-perkara yang ditimbulkan, terutamanya mengenai status bayaran zakat yang ditimbulkan.


Jangan kita ulangi episod sepuluh tahun lepas yang menolak mentah-mentah apabila rakyat biasa seperti saya mengutarakan soalan-soalan seperti yang saya tanya sekarang.


𝟱 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟲


Bagi pihak 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 

𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗟𝗜




ORANG PKR MARAH SEBAB DIGANTIKAN DENGAN ANAK..TAPI GAGAL LAKSANAKAN TUGAS SEBAGAIMANA RAFIZI LAKUKAN.

 

Gabby Ariel






Usaha memujuk Raf untuk kembali, diketuai Pudin dan 2 rakan terdekatnya telah bermula. Kami ahli2 BERSAMA menolak sekeras2nya apa jua 'kerjasama' dengan Anwar! BERSAMA tegas berjuang solo walaupun ia bermakna kehilangan deposit di PRN/PRU yang akan datang. Kita tak perlu apa2 gabungan seperti Wawasan dengan BNPN untuk meraih undi dlm gabungannya 💪 Biar kalah bermaruah dari kembali bekerjasama dengan Parti Kencing Rakyat!





NI LA NANTI PARA PENDUDUK KELANTAN PERAK PEELIS MAI CARI MAKAN. JANGAN PERLEKWH KAN URUSAN INI SEDANG BERJALAN

 



~Lim Guan eng mintak 1 billion ringgit dari Anwar Ibrahim..hurmm..

~Saya telah menyerahkan sendiri sepucuk surat permohonan kepada Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, bagi memohon agar lima projek pembangunan bernilai hampir RM1 bilion, serta cadangan mewujudkan Zon Kewangan Khas (ZKK) di Ampang Jajar, dipertimbangkan untuk dimasukkan dalam Belanjawan Persekutuan yang akan datang.


Saya mengemukakan cadangan tersebut ketika mengadakan pertemuan dengan YAB Perdana Menteri pada 20 Julai. Saya berharap beliau dapat mempertimbangkannya dengan sewajarnya agar projek-projek ini dapat diluluskan demi merealisasikan hasrat menjadikan Butterworth sebagai bandar raya antarabangsa kedua di Pulau Pinang, sekali gus meningkatkan daya saing kawasan ini dan wilayah utara secara keseluruhannya.


Dalam pertemuan tersebut, YAB Perdana Menteri turut menyatakan bahawa pembangunan wilayah utara perlu terus diberi perhatian dan beliau berpandangan positif terhadap cadangan-cadangan yang dikemukakan. Walau bagaimanapun, projek-projek yang akan diluluskan hanya akan diketahui apabila Belanjawan Persekutuan dibentangkan kelak.


Antara projek yang saya cadangkan ialah:


(A) Projek menaik taraf Jalan Persekutuan FT001 daripada dua lorong kepada empat lorong melibatkan kos RM825 juta.


(B) Pembinaan Klinik Kesihatan Butterworth yang baharu dengan anggaran kos RM130 juta.


(C) Peruntukan sebanyak RM4.405 juta bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan naik taraf Jalan Persekutuan, serta RM500,000 untuk menaik taraf jalan di belakang SJK(C) Kwang Hwa.


(D) Kelulusan penubuhan Zon Kewangan Khas (ZKK) di Ampang Jajar, melibatkan kawasan Parlimen Bagan dan Permatang Pauh.


(E) Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Taman Kerapu bernilai RM8 juta di kawasan Parlimen Bagan, Seberang Perai Utara.


Kesemua projek ini mempunyai kepentingan strategik bukan sahaja kepada Pulau Pinang, malah kepada seluruh wilayah utara. Pelaksanaannya akan meningkatkan kecekapan sistem pengangkutan, memperkukuh keselamatan pengguna jalan raya, mempertingkatkan kemudahan kesihatan awam serta merancakkan pelaburan dan aktiviti ekonomi.


Daripada semua cadangan tersebut, projek yang paling penting ialah penubuhan Zon Kewangan Khas (ZKK) di Ampang Jajar. Sekiranya berjaya direalisasikan, zon ini dijangka mampu menarik pelaburan melebihi RM5 bilion dan menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi Butterworth untuk jangka panjang.


Pada masa ini, pelbagai projek pembangunan berskala besar yang sedang dilaksanakan dan dirancang di Butterworth dianggarkan bernilai kira-kira RM7.5 bilion. Sekiranya lima projek baharu bernilai hampir RM1 bilion ini turut diluluskan, ditambah pula dengan potensi pelaburan daripada Zon Kewangan Khas, saya yakin Butterworth akan melangkah ke satu fasa pembangunan yang baharu dan lebih pesat.


Matlamat utama saya bukan sekadar mengejar angka pelaburan atau nilai projek yang besar. Yang lebih penting ialah memastikan pembangunan ini mampu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berpendapatan tinggi, menarik pelaburan berkualiti serta membolehkan lebih ramai anak muda terus membina kerjaya dan masa depan mereka di tanah air sendiri, khususnya di Butterworth dan kawasan utara.





APA MENTERI DAP BUAT ?

 




Satu hantaran tular di platform Threads mencetuskan perbincangan apabila seorang pengguna menyenaraikan pelbagai dasar dan pembaharuan yang dilaksanakan oleh menteri-menteri daripada DAP dalam Kerajaan MADANI.


Menerusi hantaran itu, antara nama yang disebut ialah Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Menteri Sumber Manusia, Steven Sim; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming; Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh; Menteri Digital, Gobind Singh Deo serta Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching.


Antara inisiatif yang disenaraikan termasuk Pas My50, KTM percuma untuk pelajar, penamatan monopoli PUSPAKOM, pembaharuan lesen memandu dan cukai jalan secara dalam talian, peluasan perlindungan PERKESO kepada pekerja ekonomi gig, caruman KWSP untuk pekerja asing, bantuan awal persekolahan, pindaan undang-undang berkaitan pembuangan sampah, pemerkasaan atlet para, penubuhan Majlis Media Malaysia serta usaha membanteras penipuan dalam talian.


Turut disenaraikan ialah pelaburan dalam kecerdasan buatan (AI), semikonduktor dan ekonomi digital yang menurut penulis bakal mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berpendapatan tinggi.


Mengakhiri hantaran itu, pengguna berkenaan mencabar pihak yang sering mendakwa DAP tidak membawa manfaat kepada rakyat supaya menamakan satu dasar dalam senarai tersebut yang tidak dapat dinikmati oleh rakyat Malaysia.


“Saya cabar satu je. Cari satu polisi dalam senarai ni yang orang Malaysia tak boleh nikmati. Saya tunggu.”


Hantaran itu kemudian mendapat perhatian ramai pengguna media sosial dengan pelbagai reaksi, termasuk yang bersetuju bahawa beberapa pembaharuan berkenaan memberi kesan langsung kepada kehidupan rakyat, manakala sebahagian lagi terus mempertikaikan prestasi keseluruhan kerajaan.


#unofficialinfo






SEMUA SALAH DAP! JALAL LAYAK JADI MB! PEREBUTAN & KETIDAKPUASAN PEMIMPIN DALAMAN UMNO!


 

UMNO ENGGAN BERI EXCO KPD PAS ? PAS AMARAN UMNO ?


 

JALAL BOIKOT MB BARU ? UMNO N9 BERGOLAK ?


 

7 ADUN PN TOLAK MB BARU ? UMUM JADI PEMBANGKANG ?


 

BAGI KAMI SIKIT



ALIF KADIR


 Ni ana sokong. Kempen sama². Bila dah menang, jawatan kena agih sama² laa. Takkan balun sorang² mcm kat Ganu zaman Md Said dulu. Ada 10 ADUN UMNO, sebutir pun tak lekat. Semua geng Dr Sam aje. Mana aci.




USTAZ MUALAF DILAPOR POLIS.......ILMUAN TAK CAKAP BEGITU




 Pendakwah bebas, Ridhuan Tee Abdullah, berdepan laporan polis susulan beberapa hantaran di media sosial Facebook yang didakwa menyentuh isu sensitif berkaitan kaum, agama, dan institusi diraja (3R). Laporan berkenaan telah diserahkan secara rasmi oleh ahli PKR cabang Batu, Rozan Azen Mat Rasip, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.


​Menurut Rozan Azen yang juga merupakan bekas pemimpin PKR Wilayah Persekutuan, tindakan itu diambil berikutan siri hantaran yang dimuat naik oleh pendakwah berkenaan sepanjang tempoh 17 Mei hingga 3 Ogos lalu. Beliau mendakwa kandungan hantaran tersebut sarat dengan retorik perkauman, kenyataan berbentuk provokatif, serta cubaan mengadu domba netizen yang boleh mengancam keharmonian dan ketenteraman awam di negara ini.

​Sehubungan dengan itu, pengadu mendesak pihak berkuasa agar menjalankan siasatan menyeluruh ke atas individu terbabit. Kes ini digesa supaya disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkaitan penyalahgunaan kemudahan rangkaian, serta Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan berhubung kenyataan yang boleh mendatangkan khianat awam. 




Berwaspada plot ganti Zahid sebagai presiden Umno (ada pendedahan)


 

Perancangan Zahid PM11, Hamzah TPM?


 

SAKAU TABUNG HAJI - KOW-KOW BETUL RAFIZI BALUN PIMPINAN UMNO | RCI TH


 

EHHHHH....MERAJUK KE TEWWW

 





SEBAB MEDIA PH LEMAH


MZaky AAlim


 Yang anjur UMNO..yang kena maki PMX & Madani

Akai ada?





KIOK



Man slow



 Kalau Bab berangan buleh kat hangpa? Nak tunggu Kelantan bandaraya.islam 2050 pun rasa klau kiamat terus lagi baguih ..tuuii...tuu diaa aihh

Foto ada slot khas ? Sewa teruih kot iklan diri? Toya...




"Saya sangat tak selesa apabila naratifnya hanya membantai Pakatan Harapan seolah-olah pihak yang menjarah Tabung Haji."






 "Saya sangat tak selesa apabila naratifnya hanya membantai Pakatan Harapan seolah-olah pihak yang menjarah Tabung Haji." - Shahril Hamdan

Dulu kecoh isu kononnya Tabung Haji terancam sebab aset dipindahkan ke syarikat (UJSB) di bawah Kementerian Kewangan yang ketika itu diterajui oleh menteri bukan Bumiputera.
Hakikatnya, langkah itu diambil untuk menyelamatkan TH, bukannya menggunakan tafsiran RAV (Realizable Asset Value) yang dimanipulasi secara teknikal demi menunjukkan keuntungan atas kertas.
Sampai bila kita nak guna taktik menakut-nakutkan rakyat untuk 'point' politik semata-mata?

KES ZAHID DIBICARAKAN SEMULA - KALI NI WALAUN KENA BELA PULAK


 

3 MUKA MUKA INI BOLEHKAH NAK HADAP PRESIDEN CHINA, RUSSIA DAN US ?

 

Khadijah Mohd Zin


Kesian, teringin bonar nakkn jawatan PMX yo, tu yg bergabung seluruh balo tontoro fitnah termasuk musuh2 lamo, nak jatuhkan PMX. Mampu ko jd mcm PMX nengokkan ke muko2 tu, rasonyo takek buku lali PMX yo, jgn marah, den kabo yg bonar yo😉🤭



‘Milik Abang Anwar sekarang?’, Syed Saddiq jawab fitnah buat ‘deal kotor’ untuk dibebaskan

 


Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membidas keras fitnah kononnya beliau membuat “perjanjian” dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dilepaskan daripada pertuduhan mahkamah.

Bekas Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu menyifatkan tuduhan berkenaan sebagai tidak masuk akal kerana pembebasannya diputuskan oleh lima hakim di peringkat Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan selepas melalui proses perbicaraan selama enam tahun.

“Adakah saudara/saudari mengatakan lima orang hakim Mahkamah Rayuan dan Persekutuan yang membebaskan saya dari tahun 2025 hingga 2026 selepas enam tahun perbicaraan merentasi tiga kerajaan dan Perdana Menteri yang berbeza, dikawal oleh Datuk Seri Anwar?” soalnya.

Syed Saddiq berkata demikian ketika menjawab hantaran seorang pengguna Threads dikenali sebagai alvineizlan yang cuba mengaitkan keputusan kes mahkamahnya dengan percaturan politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Menerusi hantaran bertajuk “Biar gambar berbicara”, pengguna terbabit mendakwa Anwar memerlukan Syed Saddiq untuk mempertahankan kerusi Parlimen Muar.

Tambah pengguna akaun palsu itu, dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah kawasan berkenaan, iaitu Maharani dan Sungai Balang, dimiliki Barisan Nasional (BN).

Mengheret hakim

Pengguna itu turut membuat spekulasi bahawa penghakiman kes Syed Saddiq ditangguhkan untuk melihat keputusan PRN Johor sebelum satu “perjanjian” didakwa dibuat bagi membebaskan beliau.

Malah, hantaran tersebut mendakwa Syed Saddiq, 34, kini “milik Abang Anwar”, sekali gus memberi gambaran seolah-olah keputusan badan kehakiman boleh ditentukan melalui rundingan politik.

Bagaimanapun, kira-kira enam jam kemudian, Syed Saddiq tampil menyangkal dakwaan itu sambil mengingatkan pihak terbabit supaya tidak sewenang-wenangnya mengheret hakim dan institusi kehakiman ke dalam tuduhan politik tanpa asas.

“Nak memfitnah pun gunalah akal yang dikurniakan oleh Allah SWT,” tegasnya.

Tunang kepada pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, 32, itu turut mencabar individu terbabit agar tidak berselindung di sebalik akaun palsu ketika membuat tuduhan serius terhadap dirinya, Perdana Menteri dan anggota badan kehakiman.

Menurut Syed Saddiq, jika beliau benar-benar mahu mendapatkan kebebasan melalui suatu “perjanjian kotor”, perkara itu boleh sahaja dilakukannya sejak kes berkenaan bermula pada 2020.

“Kalau saya nak buat ‘deal kotor’ untuk dibebaskan dengan cara mudah, dah lama saya buat dari tahun 2020 lagi.

“Sebaliknya, saya melawan dan menang di mahkamah selepas enam tahun yang amat memeritkan,” tegas bekas Menteri Belia dan Sukan ketika pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 2018.



JAWATAN TIMBALAN EXCO...DUIT BANYAK ...PH JUGA MELOPONG






 

Tak sampai beberapa hari selepas memegang tampuk pemerintahan, tiba-tiba keluar kenyataan hasrat untuk wujudkan jawatan Timbalan Exco?

Dalam politik, prinsip utama yang perlu dipegang adalah amanah untuk berkhidmat kepada rakyat. Tetapi, cadangan kerajaan Negeri Sembilan untuk mewujudkan jawatan Timbalan Exco tanpa adanya keperluan tersebut seolah-olah mencari satu metodologi untuk mengeksploitasi rizab yang ditinggalkan oleh Tok Min sambil menepikan keperluan rakyat.
Kerajaan Negeri Sembilan, yang dipegang oleh BN-PN, sepatutnya gunakan rizab yang ditinggalkan oleh Tok Min demi rakyat negeri, bukannya mencari asbab untuk mengambil peruntukan tersebut demi kepentingan tersendiri.

JOM LAH BACA ANALISIS DEMI ANALISIS. TAPI KALAU BINCANG BAB EKONOMI KDNK..SURPLUS TU SEMUA MELAYU TAK PAHAM..MELAYU CUMA NAK TAU DEPA BOLEH BELI MOTO RXZ KA TIDAK ?










Mohd Prasad Hanif


 Kenapa PH kalah di Negeri Sembilan walaupun performance ekonomi bagus?

.
Pakatan Harapan kalah di Negeri Sembilan. Turun dari 17 kerusi kepada 11. Menteri Besar sendiri tewas di Linggi. Setiausaha Agung DAP tewas di Chennah. Dan sepanjang minggu selepas keputusan, saya melihat infografik demi infografik dikongsi — KDNK negeri naik, rizab meningkat, pelaburan berganda, lebihan bajet mencatat rekod.
.
Technically, good performance kalau tanya pendokong Pakatan Harapan. Saya tidak pasti berkenaan data negeri, tetapi data yang dipetik peringkat kebangsaan betul. Tapi itu tidak mengubah persepsi rakyat.
.
Saya pernah tulis sebelum ini tentang ekonomis jadian yang memilih statistik tertentu untuk menyokong kesimpulan yang sudah mereka putuskan lebih awal. Boleh pergi baca post saya. Masa kempen, dipersembahan rizab negeri berbilyun, pelaburan tinggi yang diluluskan, pertumbuhan KDNK, kadar pertukaran ringgit yang pulih. Bank Negara mengumumkan angka yang memberangsangkan. Semua ini dilaungkan dari pentas ke pentas oleh ekonomis-ekonomis ini.
.
But this is elections. Tidak satu pun daripada apa yang mereka kempen adalah ekonomi akar umbi - or grassroots economics. People are benevelont, but the individual is selfish. Setiap orang datang ke peti undi dan bertanya - apa aku dapat?
.
Let me explain.
.
Rizab negeri yang besar bermakna apa? Ia bermakna kerajaan negeri tidak membelanjakan wang itu untuk kemudahan rakyat. Tiada economic spillover. Wang duduk dalam akaun, tidak bergerak dalam ekonomi tempatan, tidak mencipta pekerjaan, tidak menaikkan pendapatan sesiapa. Ia kelihatan hebat dalam laporan kewangan. Ia tidak bermakna apa-apa kepada penjaja di Seremban yang jualannya menurun. So, rizab negeri yang besar tidak menjawab, "apa aku dapat?"
.
Pelaburan diluluskan? Perkataan "diluluskan" itu penting. Ia bermakna kertas telah ditandatangani. Ia tidak bermakna wang telah masuk, kilang telah dibina, atau seorang pun telah diambil bekerja. Jurang antara pelaburan diluluskan dan pelaburan direalisasikan boleh mengambil masa bertahun-tahun, dan sebahagiannya tidak pernah direalisasikan langsung. So, "approved FDI", tidak menjawab, "apa aku dapat?"
.
Pertumbuhan KDNK lima peratus bermakna apa kepada orang biasa? Kalau gaji anda tidak naik, kalau harga barang naik lebih laju daripada pendapatan anda, angka lima peratus itu adalah abstraksi yang tidak dapat dimakan. Again, "apa aku dapat?".
.
Kadar pertukaran ringgit? Kalau anda tidak pernah ke luar negara dan tidak terlibat dalam import atau eksport, mengapa ia penting kepada anda? Again, "apa aku dapat?".
.
Realitinya, mungkin hanya 15 hingga 20 peratus rakyat yang benar-benar memahami atau merasai kesan langsung daripada statistik-statistik makro ini. Baki 80 peratus hidup dalam ekonomi yang berbeza sama sekali.
.
So, let's talk about grassroots economics dan kenapa penolakan di Negeri Sembilan juga merupakan penolakan secara dasar peringkat persekutuan.
.
Bank Negara mengumumkan dalam Sasana Symposium 2025 bahawa harga makanan dan minuman naik 17.5 peratus dari suku pertama 2020 hingga suku pertama 2025. Dalam tempoh yang sama, gaji nominal sektor swasta setiap pekerja hanya naik 7.9 peratus. Timbalan Gabenor Datuk Marzunisham Omar menyatakan dengan jelas: dalam terma sebenar, gaji setiap pekerja telah menurun sebanyak 1.9 peratus. Dan yang lebih menyakitkan — produktiviti setiap pekerja naik 7.4 peratus dalam tempoh yang sama. Oversimplification: Kerja lebih masa 7%, Gaji turun 2%, Makanan naik 17%.
.
People feel this.
.
Next is housing.
.
Purata harga rumah di Malaysia pada suku pertama 2025 adalah RM486,070 menurut data NAPIC. Di Kuala Lumpur, purata harga subsale mencecah lebih RM800,000. Gaji median bulanan Malaysia adalah sekitar RM3,000 — bermakna RM36,000 setahun. Nisbah harga rumah kepada pendapatan tahunan: 13 kali ganda. Penanda aras antarabangsa untuk perumahan yang dianggap "mampu milik" adalah tiga kali ganda pendapatan tahunan.
.
Kalau anda berpendapatan RM5,000 sebulan, bank akan meluluskan pinjaman dalam lingkungan RM450,000 hingga RM480,000. Itu sudah menyingkirkan anda daripada Kuala Lumpur sepenuhnya.
.
Sekarang tengok Seremban. Purata harga rumah di Negeri Sembilan lebih rendah daripada purata nasional — dalam lingkungan RM350,000 hingga RM400,000 untuk rumah teres di kawasan yang munasabah dekat dengan bandar. Kelihatan lebih mampu milik, betul? Tapi gaji median di Negeri Sembilan juga lebih rendah — sekitar RM2,500 hingga RM2,800 sebulan bagi ramai pekerja tempatan. Buat kiraan: RM33,600 setahun berbanding rumah RM380,000. Nisbahnya masih 11 kali ganda pendapatan tahunan. Masih jauh melebihi penanda aras tiga kali ganda. Seorang pekerja kilang di Nilai atau juruteknik di Senawang masih tidak mampu membeli rumah walaupun dia bekerja sepanjang hayatnya.
.
Iskandar Abdul Samad, mantan Exco Kerajaan Negeri Selangor dengan pengalaman dalam urban planning, dalam satu podcast ada menyebut bahawa ini antara sebab yang miskin makin miskin. Mereka perlu beli rumah jauh dari pusat bandar, tempat kerja dan menambah kos transportation etc. Its counterintuitive.
.
Ini ekonomi yang memberikan impak direct kepada rakyat. Bukan rizab negeri. Bukan pelaburan diluluskan. Bukan KDNK. Those are good for reporting and international investors, but not good for election campaigns.
.
Jadi anda boleh dapatkan seramai mana pun ekonomis jadian untuk naik ke pentas dan memilih statistik yang menyenangkan. Menteri Besar boleh membentangkan senarai pencapaian sepanjang lapan tahun pentadbiran. Semuanya mungkin betul dari segi teknikal.
.
Tetapi kalau ekonomi itu tidak bergema dengan kualiti hidup yang lebih baik, dengan beban yang lebih ringan, dengan rasa bahawa esok akan lebih senang daripada hari ini — rakyat tidak akan memilih anda.
.
Itu bukan politik identiti. Itu bukan pengundi yang tidak faham. Itu adalah rakyat yang mengundi berdasarkan realiti mereka sendiri, bukan realiti yang dipersembahkan dalam infografik.
.
Anyway, tahniah kerana baca sampai habis. Sebelum komen, letakkan "grassroot economics" supaya saya tahu siapa yang baca sampai habis.
.
p/s: Jangan kecam bahawa ada banyak faktor lain. Saya explain dari angle satu faktor je. Biar la pakar lain explain dari faktor2 social engineering, human behaviour etc