KENAPA TAK TEGUR

 



Seorang pengguna media sosial, Mohd Munsif mempersoalkan mengapa bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin tidak menegur Datuk Dr Akmal Saleh ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN), walaupun kini mengakui berlaku kegagalan tadbir urus dalam Tabung Haji.






Menurut beliau, pengakuan Khairy yang dibuat selepas PRN menimbulkan persoalan mengapa beliau memilih untuk berdiam diri ketika isu itu hangat dipertahankan oleh pimpinan UMNO.


“Bijak KJ, nak elak dia kena jawab isu ini pada masa hadapan, dia mengaku terus, cuma selepas PRN sahajalah.


“Sebelum PRN, dibiarkan sahaja Ketua Pemuda UMNO, Akmal tolong merapu seolah-olah tiada isu dengan Tabung Haji,” katanya menerusi hantaran di Facebook.


Mohd Munsif turut mendakwa tindakan Khairy yang hanya bersuara selepas pilihan raya membuka ruang kepada persoalan sama ada beliau sengaja mengelak daripada bercanggah dengan naratif parti ketika kempen berlangsung.


#unofficialinfo





No comments: