CnP
Ini yang orang kata, bila dah kantoi baru nak mengaku.
Lepas laporan RCI mendedahkan wujud kelemahan serius dalam tadbir urus Tabung Haji sampai rakyat sendiri dah mula persoalkan tentang isu ini, barulah Khairy Jamaluddin tampil mengatakan bahawa memang berlaku "government failure" serta kegagalan tatakelola.
Jadi, macam mana pula dengan pemimpin UMNO yang sebelum ini bersungguh-sungguh mempertahankan pengurusan TH macam langsung tak ada masalah?
Kalau KJ sendiri mengakui memang ada kelemahan dan kegagalan urus tadbir, maknanya naratif “dividen tinggi, subsidi haji tinggi, tak ada sakau, semuanya baik-baik saja” yang dimainkan sebelum ini memang tak tepat langsung.
Lagi menarik bila KJ sendiri kata masa kempen pilihan raya tempoh hari, mungkin ada perkara yang terpaksa dinafikan demi kepentingan politik.
"Maksudnya apa?"
Masa rakyat minta penjelasan, mereka mungkin ketepikan kebenaran hanya kerana tengah pilihan raya. Jadi lepas pilihan raya selesai, barulah nak bercakap soal kejujuran, reformasi dan mengakui kesilapan.
Kalau betul UMNO nak berubah, jangan sekadar mengaku selepas kantoi. Nyatakan dengan jelas apa yang berlaku, siapa yang bertanggungjawab, bagaimana ia boleh dibiarkan, dan apakah jaminan perkara sama tidak akan berulang.
Memang bagus kalau nak mengaku. Tapi bagi saya ini bukan keberanian luar biasa. Cuma nak redakan keadaan dan matikan air.

No comments:
Post a Comment