USTAZ MUALAF DILAPOR POLIS.......ILMUAN TAK CAKAP BEGITU




 Pendakwah bebas, Ridhuan Tee Abdullah, berdepan laporan polis susulan beberapa hantaran di media sosial Facebook yang didakwa menyentuh isu sensitif berkaitan kaum, agama, dan institusi diraja (3R). Laporan berkenaan telah diserahkan secara rasmi oleh ahli PKR cabang Batu, Rozan Azen Mat Rasip, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.


​Menurut Rozan Azen yang juga merupakan bekas pemimpin PKR Wilayah Persekutuan, tindakan itu diambil berikutan siri hantaran yang dimuat naik oleh pendakwah berkenaan sepanjang tempoh 17 Mei hingga 3 Ogos lalu. Beliau mendakwa kandungan hantaran tersebut sarat dengan retorik perkauman, kenyataan berbentuk provokatif, serta cubaan mengadu domba netizen yang boleh mengancam keharmonian dan ketenteraman awam di negara ini.

​Sehubungan dengan itu, pengadu mendesak pihak berkuasa agar menjalankan siasatan menyeluruh ke atas individu terbabit. Kes ini digesa supaya disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkaitan penyalahgunaan kemudahan rangkaian, serta Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan berhubung kenyataan yang boleh mendatangkan khianat awam. 




No comments: