Kenaikkan bill eletrik.














Sejak sebulan dua kebelakang ni memang banyak suara suara yang komplen kenapa bill eletrik naik berbanding awal tahun hari tu. 


Sebenarnya sejak 1 julai 2025, TNB telah memperkenalkan Mekanisme AFA (Automatic Fuel Adjustment) mengantikan ICPT (Imbalance Cost Pass-Through). 


Apa beza dua mekanisma ni?


Sistem ICPT Lama,  Semakan pelarasan kos dibuat 6 bulan sekali. Bila ada perbezaan kos bahan api yang besar, pengguna akan rasa "terkejut" (sticker shock) sebab kenaikan surcaj terus melonjak tinggi secara mengejut untuk tempoh 6 bulan seterusnya.


Sementara Sistem AFA pula harga dilaraskan setiap bulan. Pelarasan naik turun jadi lebih lancar, kecil, dan mencerminkan harga pasaran bahan api dunia (arang batu & gas) serta kadar pertukaran mata wang (USD/MYR) secara real-time.


Dalam sistem AFA ni, bill bulanan korang akan lebih transparent, boleh nampak pecahan caj yang dikenakan kepada pengguna seperti caj penjanaan, caj kapasiti, caj jaringan (grid), caj runcit, dan caj AFA supaya korang nampak apa sebenarnya yang pengguna bayar.


Dalam mekanisma ini juga telah ditetapkan Threshold Penggunaan (Bulanan) sebanyak 600 kWj / bulan penggunaan. Pengguna akaun domestik bulanan yang berada dalam julat asas bawah 600kwj tidak dikenakan surcaj AFA Subsidi dan Juga dikecualikan daripada Caj Peruncitan (RM10) dan Cukai Perkhidmatan (SST 8%). 


Di Malaysia, majoriti rumah penggunaan adalah dibawah 600kwj, sebab itu kita akan nampak komen komen yang cakap rumah mereka tak ada kenaikan 


Caj AFA ni berkait dengan Pergerakan harga pasaran global bagi arang batu dan gas asli. Bermula akhir April dan Mei 2026, harga arang batu global mula melonjak melampaui RM600–RM700+ per tan metrik di pasaran eksport utama. Indeks harga arang batu merekodkan kenaikan berturut-turut melebihi 15% – 34% berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.


Gas Asli pula Pasaran tenaga gas global tertekan akibat beberapa gangguan rantaian bekalan, aktiviti penyelenggaraan kemudahan LNG utama, dan ketegangan geopolitik serantau yang mendorong kenaikan harga gas asli ini.


Disebabkan penjanaan tenaga elektrik di Peninsular Malaysia amat bergantung kepada arang batu dan gas asli (melebihi 80% daripada campuran bahan api), kos perolehan TNB melambung tinggi. Ini secara automatik menolak kadar AFA daripada nilai rebat kepada surcaj positif.


Tapi kalau kita lihat bill letrik kita januari sampai April tahun ini kita pasti perasan yang bill letrik kita jauh lagi rendah dari sekarang, ini kerana masa tu harga pasaran arang batu dan gas asli adalah rwndah. Masa tu Kos purata sebenar bagi penjanaan elektrik Malaysia jatuh di bawah kos penanda aras (benchmark price). Kesannya, AFA bernilai negatif (-), lalu menghasilkan rebat untuk bil elektrik. Tu yang jadi murah.


Sebenarnya, jika bukan kerana krisis asia barat yang melanda sekarang ni saya yakin bill letrik rumah kediaman akan kekal rendah.


Tapi tulah ujian yang sedang kerajaan dan DS Anwar Ibrahim hadapi sekarang ni. Ketika semuanya kelihatan cantik tiba tiba berlaku krisis perang tu pulak yang menyebabkan petrol/ diesel terpaksa dicatu dan kenaikkan bill letrik.


Saya yakin kalau perang iran vs amerika tu tamat nanti, bill letrik yang perlu dibayar oleh rakyat nanti akan kembali normal dan jauh lagi rendah dari sekarang.


Jadi.. dalam masa krisis ini amalkan penjimatan letrik supaya tidak melebihi paras 600kwj tu dan kita sama sama berdoa agar perang di asia barat tamat.


Jika ada sebarang keraguan nengenai bill letrik korang, contact jek TNB.. mereka akan datang cek jika ada sebarang masalah dengan meter atau pendawaian rumah korang.


Kalau pada pengalaman saya sendiri.. TNB Careline ni sangat responsif pada aduan. Sekejap jek dah sampai staff dia kat rumah.





No comments: