[Live-Tertunda]Kehebatan Umar Al-Khattab Dan Imam Nawawi - Us


LIVE NOW [Live]Majlis Mawlid Akbar - Ust Nizam dan Al-Mawlid


Pembalasan atau dejavu, Najib rasakan bahang serangan orang lama Umno


Dunia ibarat roda.

Sejurus selepas pilihan raya umum pada 2008, Datuk Seri Najib Razak dilihat sebagai calon perdana menteri menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi susulan daripada keputusan buruk Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya itu dan kempen menyingkirkan Abdullah oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Akibat desakan berterusan itu, Abdullah akhirnya memberi laluan kepada Najib pada Mac 2009. Sehingga ke hari ini, penyokong Abdullah percaya gelombang penentangan terhadap mantan perdana menteri itu tidak seperti yang dicanangkan Dr Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Namun Abdullah tidak berminat untuk bertahan dan melawan kerana bimbang perang dengan musuhnya itu akan mencederakan Umno.

Kebenaran tersingkap, beliau masih belum sembuh sejak hari-hari terakhirnya pada Mac menyaksikan BN hilang lima negeri dan tidak berjaya mempertahankan majoriti tradisi dua pertiga di Parlimen.

Jadi beliau pun menyerahkan kedudukannya kepada Najib meskipun diberitahu orangnya bahawa ahli Parlimen Pekan inilah antara pihak yang cuba menjatuhkannya. Namun Abdullah dilihat seperti tidak mempercayai berita itu atau hanya mengambil pendekatan berbeza.

Terluka dan marah. Sebahagian penyokong Abdullah percaya Najib akan menerima pembalasan suatu hari nanti dan nampaknya hari itu sudah tiba.

Dunia ibarat roda. Ia mengambil masa selama lima tahun tetapi Najib kini memahami bagaimana rasanya berada dalam kepungan Dr Mahathir dan penyokongnya.

Beliau bimbang. Itu yang sepatutnya. Oleh kerana melihat ketabahan dan kemusnahan dilakukan Dr Mahathir; gaya mantan perdana menteri itu dilihat semakin membesarkan jurang kelemahan musuh dan kebolehannya sebagai seorang doktor melukis sekeping gambar mengerikan untuk parti dan negara jika sasarannya kekal dipacu.

Jentera Dr Mahathir mula bergerak dengan mantan perdana menteri itu bertemu kumpulan kecil dan mengulangi mantera kelemahan kepimpinan Najib serta hakikat BN akan kehilangan kuasa dalam pilihan raya akan datang jika orang nombor satu kerajaan itu terus berkuasa.

Selain itu, Dr Mahathir turut mengkritik kebergantungan Najib kepada penasihat, perunding dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) yang dikepalai bekas pengarah urusan Malaysia Airlines, Datuk Seri Idris Jala.

Biasa mendengarnya, bukan? Pada 2008, serangan itu pernah difokuskan kepada kebergantungan Abdullah kepada Tingkat Empat, sekumpulan penasihat mudanya.

Mereka yang berada di sekitar Najib sedar persamaan itu namun tidak berniat melancarkan perang saraf terbuka terhadap Dr Mahathir dan pengkritik lain.

Apa yang perdana menteri dan pasukannya lakukan adalah berjumpa dengan sebanyak mungkin mereka yang berkuasa dalam Umno dan kumpulan Melayu berpengaruh bagi menerangkan strategi ekonomi dan politiknya serta memberikan jawapan terus kepada kritikan yang dibuat oleh Dr Mahathir, Tun Daim Zainuddin dan pihak lain.

Melalui usaha mereka itu, kem Najib berharap cubaan penentangan terhadap mereka dalam Umno akan berakhir.

Perdana menteri dan pasukannya tahu pengkritik dalam Umno menjangkakan akan berlaku perubahan dalam kepimpinan parti itu seawal-awalnya pada April.

Tetapi untuk melawan cakap-cakap ini, mereka berhujah Najib menguasai Majlis Tertinggi Umno yang tidak seperti Abdullah, bersedia menggunakan semua jawatan disandangnya bagi terus berkuasa.

Satu-satunya masalah bergantung kepada pemimpin Umno adalah sokongan mereka tidak sekali boleh diubah. Cukup kerap, godaan peluang dan kuasa datang walaupun kepada penyokong yang paling "kuat".

Semasa kemuncak serangan terhadap Abdullah, beberapa ahli politik berpengaruh bersumpah untuk mempertahankan mantan perdana menteri itu. Tetapi dalam sesi sulit, mereka juga menyerang Abdullah.

Hari ini, salah seorang daripada individu tersebut memegang kedudukan yang kuat dalam Umno dan dilaporkan turut bersumpah memberikan taat setia kepada Najib.

Cabaran Najib adalah untuk memujuk, meyakinkan dan memperdaya broker kuasa dalam Umno bahawa beliau akan memenangi peperangan yang disasarkan kepada dirinya. Tetapi ia tidak semudah apa yang disangka. Ia lebih jauh daripada itu.

Di dalamnya wujud rasa tidak puas hati terhadap peningkatan kos sara hidup; yang dilihat salah percaturan tanpa akhirnya oleh menteri kerajaan dan tekanan terhadap mereka yang tinggal di Malaysia.

Memandangkan keseimbangan sudah pun berkocak, Najib dan pasukannya tidak akan mampu melancarkan perang habis-habisan terhadap pengkritik mereka, satu keadaan yang akan lebih mengeruhkan kedudukan negara.

Beliau perlu menunjukkan kepada parti bahawa dirinya adalah pemimpin terbaik dan kritikan yang datang pula berniat jahat, didorong kepentingan peribadi dan keluarga.


Penyokong Abdullah dalam Umno menyaksikan drama ini dengan pendekatan sama iaitu tidak ambil peduli dan berasa geli hati kerana dunia ibarat roda. - TMI




BN buntu cari calon tanding Anwar

BN buntu cari calon tanding Anwar


ALOR SETAR - Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan BN tenggelam punca sehingga ada cadangan supaya meletakkan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei sebagai calon pada PRK Dun Kajang.

Berseloroh dengan cadangan itu, Anwar berkata, beliau akan angkat tangan dan menyerah kalah sekiranya perlu bertanding dengan Chong Wei.

“Saya tak mahu lawan dia (Chong Wei), kalau saya lawan dia...kalahlah saya. Tapi itu kalau lawan badminton. Badminton dia menanglah, pilihan raya lain.

“Badminton biar saya kalah, pilihan raya biar saya menanglah. Tapi saya tak fikir dia akan bertanding."

Beliau berkata demikian apabila menyentuh isu PRK Dun Kajang ketika menyampaikan ceramah di Kampung Alor Ibus, di sini, malam kelmarin.

Beliau yang mengakui turut mengagumi kehebatan jaguh badminton negara itu berkata, PRK bukan lagi melibatkan isu 'smash' di gelanggang badminton. Sebaliknya ia adalah soal pentadbiran dan pengurusan sebuah kerajaan negeri.

Dalam pada itu, Anwar turut mengulangi pendirian bahawa keputusan yang diambil beliau untuk bertanding di kerusi Dun Kajang adalah demi kepentingan dan kemantapan Kerajaan Selangor.
Mengakui wujudnya masalah peringkat Kerajaan Selangor, menurut beliau, permasalahan yang ada itu perlu dipulihkan dari awal bermula sekarang.

“Kita mahu kuatkan lagi Selangor, Tan Sri Khalid (Menteri Besar Selangor) buat kerja bagus dan kita kena jadikan beliau sebagai model, tetapi dia diserang dengan kuat.

“Jadi saya berpendapat pimpinan pakatan mesti jadikan Selangor sebagai medan untuk berkhidmat kepada rakyat dan meningkatkan ekonomi rakyat,” tegasnya.

Tambah Anwar lagi, PR akan menggunakan perbelanjaan paling minimum sempena kempen pilihan raya kali ini.

Katanya, sebagai orang yang sudah dikenali rakyat beliau tidak memerlukan perbelanjaan besar untuk mencetak poster kempen dan sebagainya.

“Kita sudah putuskan perbelanjaan paling minimum. Poster saya pun tak diperlukan, melainkan poster calon sahaja. Tetapi kita akan beri penjelasan dan penerangan sepanjang berkempen,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan, Ketua Umno Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul berpendapat MCA perlu meletakkan calon popular untuk mengatasi Anwar dan mencadangkan Chong Wei sebagai calonnya. - Sinar Harian



TERKINI : Adun Hutan Melintang nafi keluar parti

Adun Hutan Melintang nafi keluar parti

HUTAN MELINTANG -  Adun Hutan Melintang, S Kesavan hari ini menafikan dakwaan beliau keluar parti seperti mana yang dilaporkan dalam media sosial.

Sebelum ini, tersebar di media sosial surat peletakan jawatan Kesavan sebagai Adun dihantar ke Pejabat Speaker Dun Perak.

Pada sidang medianya sebentar tadi, Kesavan nyata terkejut dengan kewujudan surat yang hanya diketahui hari ini selepas menerima pelbagai panggilan mengenai perkara itu.

Menurutnya, surat yang dikemukakan kepada Pejabat Speaker Dun Perak jelas bukan dihantar olehnya berdasarkan tanda tangan pada surat itu.

"Kalau dilihat daripada surat palsu itu, kepala surat berbeza dengan alamat yang digunakan untuk urusan rasmi.

"Saya nafikan sekeras-kerasnya tindakan itu sebaliknya tiada niat langsung untuk keluar parti dan akan terus setia bersama sama PKR," katanya sebentar tadi. - Sinar Harian


Salahkah Anwar terus mengejar cita-cita jadi PM?

Kejutan yang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan kemungkinan besar menjadi menteri besar Selangor selepas itu,

membuatkan orang ramai bercakap kembali mengenai cita-citanya mahu menjadi perdana menteri. Dalam PRU13 lalu, cita-cita Anwar itu tidak kesampaian berikutan jumlah kerusi yang dimenangi oleh PR hanyalah 89 berbanding BN sebanyak 133.

Meskipun kekurangan bilangan kerusi tetapi dengan penguasaan undi popular sebanyak 51%, lantas menyebabkan Anwar menangguhkan persaraannya. Beliau barangkali meyakini peluang sebenarnya ialah pada PRU14.

Meskipun tidak berjaya menggapai cita-cita ke Putrajaya, Anwar tetap penting dalam perjalanan politik negara. Beliau tidak tenggelam begitu sahaja. Berita mengenainya jarang tidak menarik perhatian ramai. Dengan berjawatan ketua pembangkang, beliau sering bercakap mengenai perpaduan, konsensus nasional, kritikannya terhadap Najib, teguran kepada kerajaan dan semuanya menjadi berita yang diperbualkan rakyat. Malah kejadian beliau dihalang memasuki Jepun juga menjadi bahan berita yang menarik dan ini membuktikan Anwar masih merupakan bahan berita menarik, di sebalik kegagalannya dalam PRU13 lalu.
Namun sejak berita mengenai kekosongan kerusi DUN Kajang dan diikuti dengan keputusan rasmi beliau bertanding di kerusi itu, Anwar kembali menjadi sorotan ramai. Beliau menjadi perhatian media dan berita mengenainya dikejar setiap saat oleh pencari berita, tidak kira yang memihak atau memperlekehnya. Beliau dilaporkan akan menjadi menteri besar Selangor dan akan menjadikan jawatan itu sebagai tangga untuk melangkah ke Putrajaya pula.

Dr Mahathir sendiri mengakui hakikat itu dengan menyatakan keupayaan mentadbir negeri dengan baik akan dijadikan tiket bagi membuktikan kemampuannya mentadbir negara pula. Tambah Dr Mahathir, jawatan menteri besar Selangor hanyalah tangga untuk Anwar mengejar cita-citanya yang sebenar iaitu menjadi perdana menteri.

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin juga mengakui hakikat sama dengan membayangkan melalui jawatan menteri besar yang disandangnya, Anwar akan menjadi pencabar hebat untuk merampas kerusi perdana menteri yang kini disandang oleh Datuk Seri Najib Razak.
Pada masa sama, menyedari bahawa jawatan menteri besar mungkin memberi kelebihan kepada Anwar dan Pakatan Rakyat dalam PRU14 nanti, usaha menghalangnya menduduki kerusi itu turut dibuat. Untuk BN menewaskan Anwar di Kajang, mungkin sesuatu yang mustahil berdasarkan mood dan kedudukan BN yang tidak popular ketika itu, lantas usaha menghasut mengenai kuasa Sultan Selangor pula dilakukan.

Ahli akademik, peguam, pemimpin NGO dan peguam pencen tiba-tiba ghairah membuat tafsiran mengenai kuasa Sultan Selangor dalam melantik menteri besar. Semua memberi hujah yang cenderung untuk menghalang Anwar daripada menjadi menteri besar dengan memberi bayangan sultan ada hak menolak Anwar dan memilih calon yang disukai oleh baginda.

Mereka yang memberi hujah dan pandangan ini bukan saja menampakkan warna yang jelas sebagai pro BN dan tidak mahu Anwar menjadi menteri besar dengan harapan sultan akan menerima bulat-bulat hujah dan tafsiran mereka tanpa menyedari bahawa sultan juga ada kebijaksanaan sendiri di samping baginda juga mempunyai penasihat yang cukup arif mengenai undang-undang serta perlembagaan negeri.

Terlihat ketakutan yang amat sangat di kalangan sesetengah pihak kiranya Anwar berjaya menduduki kerusi menteri besar Selangor akan memudahkan lagi laluannya menuju Putrajaya.

Menghalang Anwar daripada menjadi menteri besar sepatutnya dilakukan dengan usaha yang lebih keras bagi memastikan beliau tewas di Kajang dan bukannya dengan cuba menghasut sultan atau mengajar baginda mengenai tafsiran undang-undang dan perlembagaan negeri.

Soal sama ada percaturan Anwar kali ini akan memudah atau menyulitkan lagi matlamatnya ke Putrajaya biarlah masa dan takdir Tuhan yang menentukan. Tetapi Anwar memang seorang yang tidak mudah putus asa serta mempunyai daya juang tinggi. Beberapa bekas menteri turut melahirkan kekaguman terhadap daya juang Anwar dan berkata, jika mereka yang dihadapkan dengan pelbagai cabaran dan dugaan seperti itu, sudah lama mengambil jalan berundur dan mengalah saja.

Di sebalik pelbagai cabaran, dugaan serta masalah yang membelengunya, sumbangan beliau juga sebenarnya adalah besar. Anwar berjaya mewujudkan barisan pembangkang yang kuat melalui kesepakatan beberapa parti dan ini amat baik dalam sistem demokrasi. Kewujudan pembangkang yang kuat dan tidak berjaya dibentuk oleh mana-mana pemimpin sebelum ini menyumbang beberapa faedah yang bermanfaat kepada rakyat dan ini haruslah diakui sebagai sumbangan terbesarnya kepada rakyat dan negara.

Melalui kekuatan pembangkang ini, kerajaan menjadi lebih bertanggungjawab dan tidak boleh lagi bertindak sesuka hati mentadbir negara. Tindakan kerajaan mewujudkan BR1M serta pelbagai bentuk bantuan lainnya, menukar pinjaman tabung PTPTN menjadi biasiswa dan lain-lainnya tidak lain adalah bertujuan menunjukkan kerajaan lebih prihatin kepada rakyat bawahan dan menyaingi janji yang dilakukan oleh pembangkang.

Sekiranya kekuatan pembangkang ini berterusan dan politik kita menjadi sistem dua parti iaitu BN dan PR, nikmat yang diperolehi oleh rakyat tentu lebih berganda lagi. Sesiapa yang menjadi kerajaan akan berusaha memberikan yang terbaik kepada rakyat agar dalam pilihan raya yang seterusnya mereka terus diberikan sokongan.

Mana-mana kerajaan yang tidak baik, tidak amanah dan tidak menunaikan janji pula boleh ditukar oleh rakyat dengan memberi peluang kepada parti lain pula menjadi kerajaan. Inilah sistem yang menjadi amalan di beberapa negara maju sekarang ini.

Dalam konteks negara kita, walaupun pengejaran cita-cita Anwar menjadi perdana menteri tidak dinafikan mempunyai unsur untuk kepuasan peribadi dan matlamat yang dipendam sejak sekian lama tetapi memandangkan bersamanya turut berkembang suasana politik yang semakin matang, faedah untuk rakyat juga turut ada.

Ini kerana Anwar dan Pakatan Rakyat, dalam usaha menarik sokongan, menjanjikan pelbagai faedah serta pembaharuan untuk rakyat dan negara jika mereka diberi kuasa. Kiranya janji-janji itu diyakini dapat ditunaikan dan pembaharuan yang dijanjikan juga boleh menjadi kenyataan, tidak mustahil mereka mampu mengungguli kuasa.

Setelah kuasa diperolehi pula, sekiranya ia gagal ditunaikan, rakyat juga mempunyai pilihan untuk kembali menerima BN semula. Namun sekiranya mereka mampu menunaikan janji dan terbukti menggembirakan rakyat, sokongan akan terus diterima.


Sistem dua parti dan kerajaan yang boleh bertukar ganti harus diakui lebih baik daripada membiarkan sesebuah kerajaan memerintah selama 50 atau 100 tahun tanpa hentinya. Inilah yang seharusnya difahami di sebalik Anwar terus berusaha mengejar cita-citanya. – shahbudindotcom.blogspot.com, 4 Februari, 2014.


* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

(function() { var d = document, w = window; w

Pas Terengganu bergolak, 3 Exco Terengganu tewas pemilihan PAS

  Pas Terengganu bergolak, 3 Exco Terengganu tewas pemilihan PAS October 18, 2021 9:22 pm Tiga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) ...