DEKLARASI RAKYAT: ‘AYUH ANAK MUDA LAKUKAN PERUBAHAN’

KEMPEN SELAMATKAN MALAYSIA: UMNO JOHOR MULA BIMBANG

‘NAJIB SILA CONTOHI HUSEIN ONN, BUAT USUL UNDI PERCAYA DI PARLIMEN’

‘SELAMATKAN MALAYSIA LEBIH PENTING DARIPADA SEGALANYA’

SABAHAT BAIK HADI TANDATANGANI DEKLARASI RAKYAT, PAS FLIP FLOP?

LETAK LAPORAN AUDIT 1MDB BAWAH OSA, APA YANG MAHU DISEMBUNYIKAN?

‘MANSUH SUBSIDI TEPUNG, KERAJAAN BN TAK PRIHATIN KENAIKAN KOS HIDUP’

Perdana Menteri yang korup boleh disingkir dengan cara sah


IMG_20160305_134811


KUALA LUMPUR, 5 MAC: Perdana Menteri yang korup serta menyalahgunakan kuasa boleh disingkirkan melalui apa sahaja cara asalkan ia bersifat demokratik dan sah mengikut undang-undang.
Sehubungan itu, DAP membidas kenyataan Pejabat Perdana Menteri bahawa hanya pilihanraya merupakan satu-satunya cara untuk menukar kerajaan dan Perdana Menteri, sedangkan kerajaan UMNO-BN sendiri jarang “cakap serupa bikin”.
Jurucakap Pejabat Perdana Menteri dilaporkan berkata demikian ketika memberi respons kepada gerakan “Selamatkan Malaysia” yang menandatangani Deklarasi Anti-Najib semalam bagi menuntut penyingkiran segera Najib.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata terdapat pelbagai mekanisme lain boleh dilakukan bagi menurunkan Perdana Menteri yang menyalahgunakan kuasa, tidak terhad kepada pilihanraya umum sahaja.
“Salah satu cara ialah dengan membawa Najib ke mahkamah melalui Peguam Negara.
“Jika Peguam Negara menjalankan siasatan dan berpuas hati bahawa Najib terlibat dalam rasuah, beliau tidak boleh terus menjadi Perdana Menteri dan perlu berhadapan dengan kes rasuah di mahkamah,” katanya.
Menurut Ahli Parlimen Gelang Patah itu, Najib kini sedang disiasat oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat di bawah Inisiatif Pemulihan Aset Kleptokrasi seperti dilapor media, justeru beliau boleh diturunkan jika didakwa bersalah.
“Jika FBI memanggil Najib untuk memberi kenyataan di Amerika Syarikat, maka beliau perlu ke sana untuk menentukan sama ada harta dimilikinya terdapat unsur rasuah.
“Takkan rakyat masih mahu pemimpin yang didakwa dengan kesalahan rasuah oleh FBI? Justeru, Najib wajar meletakkan jawatan,” katanya sambil menyatakan bahawa situasi sama pernah terjadi di Korea Selatan sebelum ini.
Beliau berkata sekiranya FBI mendapati Najib bersalah atas segala skandal kewangan melibatkannya seperti skandal 1MDB dan skandal derma RM2.6 bilion sebelum ini, satu usul tidak percaya terhadapnya perlu dibentangkan di parlimen.
“Jika Najib sudah didapati bersalah, kita perlulah buat perubahan. Parlimen wajar bentangkan usul tidak percaya terhadap pemerintahan Najib,” katanya.
Kit Siang berkata demikian di majlis “Media Disekat, Demokrasi Nazak”, sebuah forum anjuran DAP sebagai tanda solidariti kepada portal berita The Malaysian Insider (TMI) yang disekat aksesnya oleh kerajaan Najib.
Sebelum ini, pada 2009, kerajaan Pakatan Rakyat Perak ditumbangkan melalui “lompatan” Ahli Dewan Undangan Negeri yang membolehkan BN merampas pentadbiran negeri walaupun tewas sebelum itu dalam pilihanraya umum 2008.
Sejak 2008, beberapa menteri besar BN juga disingkirkan tanpa melalui proses pilihanraya.
Antara panelis lain di forum tersebut ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa; Ketua Pegawai Eksekutif Malaysiakini, Premesh Chandran; bekas ketua editor New Straits Times, A. Kadir Jasin; peguam, Syahredzan Johan; dan pengasas Sarawak Report, Claire Rewcastle Brown yang membuat penampilan khas melalui Skype. – Roketkini.com