ANWAR NAFI JEMPUT JUFAZLI SECARA PERIBADI



Saya terpanggil untuk menjawab laporan Utusan Malaysia berhubung kenyataan Jufazli Shi Ahmad yang menyatakan beliau hadir ke majlis pelancaran buku “Anwar Ibrahim: Semangat Darah Muda” atas jemputan peribadi daripada saya.
Ingin saya tegaskan di sini, ia merupakan jemputan umum kepada semua pihak yang dibuat melalui akaun media sosial saya.
ANWAR IBRAHIM

Di UiTM Shah Alam petang tadi menyampaikan ucapan penggulungan di Konvensyen ‘Kebangkitan Harimau Asia’.

Di UiTM Shah Alam petang tadi menyampaikan ucapan penggulungan di Konvensyen ‘Kebangkitan Harimau Asia’.

Rebut jawatan pengurusan masjid

Jemaah Masjid Mak Kemas yang membuat bantahan.

MARANG - Perpaduan masyarakat Melayu di negeri ini nampaknya masih lagi menjadi retorik apabila masih ada dalam kalangan pemimpin parti peringkat akar umbi yang bertelagah kerana jawatan.

Terbaharu, jemaah Masjid Mak Kemas, di sini membuat bantahan apabila ahli jawatankuasa pengurusan masjid yang lama dikatakan mahu dipecat dan digantikan dengan pengurusan yang baharu.

Menjadi kekesalan jemaah di situ apabila ia dikatakan dilakukan tanpa sebarang perbincangan sehingga bantahan itu dibuat sebagai tanda protes agar mendapat perhatian pihak yang lebih berautoriti.

Perkara itu turut mendapat perhatian Kelab CAKNA Terengganu yang meminta semua pihak mengambil pengajaran sebagaimana yang berlaku di tempat lain bagi mengelak perpecahan masyarakat.

Presidennya, Zaidi Muda berkata, kedua-dua pihak perlu duduk berbincang iaitu pihak pengurusan kampung dan ahli jawatankuasa masjid yang dikatakan mahu dipecat bagi menyelesaikannya secara baik.

Sambil menyifatkan perkara tersebut sebagai tidak wajar, beliau juga sependapat dengan kariah masjid itu yang berharap supaya kerajaan negeri terutama pejabat agama daerah dapat menyelesaikannya.

"Walaupun ia adalah bidang kuasa negeri namun perbincangan dengan masyarakat setempat adalah penting bagi mewujudkan keharmonian dan perpaduan dalam sesebuah kampung.

"Pada saya kedua dua pihak perlu duduk berbincang dengan baik bagi mencapai kata putus. Perlu ada orang tengah yang berautoriti seperti wakil Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu," katanya, hari ini.

Sementara itu, Pegawai Agama Daerah Marang, Engku Omar Amiruddin Engku Ali ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan menerima laporan mengenai bantahan itu dan pihaknya sudah mengambil tindakan.

"Kita telah mengadakan mesyuarat dengan pihak yang terbabit pada hari ini," katanya namun enggan mengulas mengenai keputusan pada mesyuarat dijalankan melibatkan pihak yang terbabit.

    CERAMAH AZIZAH DI KUBU BN KURANG SAMBUTAN

    ORANG KAMPUNG SAMBUT BEKAS PM




    KIRIMAN: MOHD SHAH RIM




    Orang Kampung aku di Kuala Selangor menyambut bekas Perdana MDBteri dan Menteri Kewayangan Najib Razak pagi semalam..




    Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang berdiri




    KARYA KARTUNIS ZUNAR PUN DI CIPLAK

    Tiada penerangan foto disediakan.

    PEKEBUN CAMERON HIGHLAND DI USIR ?



    Pengundi di Cemeron high land mendapat pembelaan bila calon bn menang, lebih 200 hektar dan rumah-rumah tempat pekebun kecil bercucuk tanaman mereka-mereka yang sudah  60 tahun di situ dirobohkan dan di halau,,, baik umnobn rakyat pengundi dizalimi............

    ‘TERIMA KASIH DR STRERAM BANTU KAMI’


    Lebih 20 keluarga yang menetap di Kampung Pasir Airport, di Rantau, menarik nafas lega dan bersyukur, apabila permohonan mendapatkan kemudahan sebuah perhentian bas di kawasan kampung itu direalisasikan dengan bantuan Pakatan Harapan.
    Penantian lebih 15 tahun itu, didengari calon PH, Dr S. Streram dan berjaya menyiapkan perhentian itu dalam tempoh dua minggu, yang menelan belanja kira-kira RM8,000 dengan mendahulukan duitnya sendiri.
    Nicholas, 56, yang telah menetap di kampung itu sejak 1985, terharu dengan tindakan Dr Streram yang sanggup berkorban membantu penduduk Kampung Pasir Airport yang dianggapnya merupakan antara penduduk minoriti di kawasan Rantau.
    Katanya, perhentian bas yang berukuran 10 x 12 kaki, berbumbung dan berwarna biru itu bukan sahaja menghubungkan penduduk dengan kemudahan pengangkutan awam tetapi ia sekali gus menjadi tempat berteduh buat anak-anak yang menanti bas sekolah ketika hujan.
    "Bayangkan perhentian bas yang terdekat dengan kampung kami adalah sejauh 1.2 km, kami sudah minta banyak kali, tetapi tidak dapat,” katanya kepada Bernama, hari ini.
    Seorang lagi penduduk, U. Karunash, 36, meluahkan kekesalan ekoran permintaan penduduk tidak diendahkan kerajaan terdahulu.
    Beliau bertanya adakah disebabkan penduduk ini yang mana, sebilangan besar merupakan golongan berpendapatan rendah dan menetap di dalam ladang kelapa sawit, maka permintaan mereka itu diabaikan.
    "Orang-orang sini bukannya kaya, dan ada keluarga memang bergantung harap sepenuhnya pada bas untuk pergi ke pekan, tak apalah kita tak nak komplen pasal kerajaan lama, yang penting kami berterima kasih kepada mereka yang sanggup mendengar suara kami,” katanya.
    Bagi Dr Streram, beliau berkata asas pendirian PH iaitu sentiasa membela nasib rakyat menjadi asas panduan buat dirinya.
    "Pada kita sebagai sebuah parti yang bertanggungjawab (PH) kami menjaga kebajikan rakyat, walaupun ianya hanya satu permintaan kecil, tetapi ia memberikan kesan yang besar. Jadi semua golongan akan dapat manfaat daripada kerajaan PH,” katanya.
    Beliau yang juga Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Rembau berkata sekiranya penduduk Rantau inginkan perubahan, kuasa itu sentiasa ada di tangan mereka.
    PRK DUN Rantau yang akan diadakan 13 April ini menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Dr Streram, Mohamad Hasan yang juga Timbalan Presiden Umno dan dua calon bebas iaitu R. Malarvizhi dan Mohd Nor Yassin.

    Mana pelan rancangan pemulihan Felda?

    Mana pelan rancangan pemulihan Felda?

    Mana pelan rancangan pemulihan Felda?
    ANWAR: Langkah segera perlu diambil bagi memenuhi hasrat serta menyelesaikan kegelisahan para peneroka.
    PADANG TERAP: Pengurusan tertinggi Felda dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi perlu memberi perhatian serta mendengar luahan Pengerusi Majlis Permuafakatan NGO Felda (MPNF), Datuk Mazlan Aliman yang kecewa apabila Kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas 10 bulan masih gagal mengemukakan pelan rancangan pemulihan agensi tersebut.

    Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, semua sedia maklum Mazlan sejak daripada awal merupakan individu penting yang memperjuangkan masalah berkaitan Felda.

    Kata Anwar, langkah segera perlu diambil bagi memenuhi hasrat serta menyelesaikan kegelisahan para peneroka.
    “Mazlan daripada awal ialah seorang jurucakap masalah Felda, sudah puluhan tahun. Beliau menjadi tunggak (dalam menyuarakan) masalah Felda dalam pembangkang dulu, sehinggalah Pakatan Harapan (mengambil alih pentadbiran).

    “Jadi saya kira pengurusan Felda dan Kementerian (Hal Ehwal) Ekonomi harus mengambil kira pandangan beliau, berbincang dan mendengar keluhan  supaya langkah-langkah kita ambil itu akan memenuhi hasrat, serta menjawab sebahagian kegelisahan yang dialami peneroka Felda,” ujar Anwar.

    Anwar berkata demikian ketika ditemui selepas majlis dialog bersama penoreh getah daerah Padang Terap di Pengkalan Tok Mas dekat Padang Terap pada Ahad.

    Sebelum ini pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Felda melahirkan kekecewaan dan hilang sabar, kerana setelah 10 bulan kerajaan Pakatan harapan (PH) memerintah, belum ada sebarang pelan rancangan pemulihan Felda.

    Dalam masa sama, mereka juga kesal apabila bayaran pinjaman sara hidup diturunkan yang disifatkan bercanggah dengan janji manifesto PH selain menggesa pengurusan tertinggi Felda menarik balik pekeliling mengenainya.


    ORANG DALAM PH SUDAH MULA MENUNTUT JANJI MANIFESTO, APAKAH BERSATU PARTI SEPENGGAL JUGA?


    Image result for mazlan aliman

    Mazlan Aliman, Pengerusi Majlis Permuafakatan NGO Felda semalam meluahkan kemarahannya kepada PH berikutan janji untuk menyelesaikan permasalahan peneroka Felda masih lagi tidak menampakkan sebarang perkembangan sehingga ini.
    Untuk makluman, salah satu daripada 10 janji PH dalam 100 hari berkuasa ialah untuk menghapuskan hutang-hutang tidak wajar yang selama ini ditanggung oleh peneroka Felda.
    Apa yang membuat Mazlan kesal ialah setelah 10 bulan berkuasa, bukan saja janji belum ditunaikan, tetapi kerajaan masih tiada pelan untuk menunaikan janjinya itu.
    Sudahlah begitu, apa yang lebih membuatkan Mazlan kesal ialah di sebalik janji yang masih tergantung itu, bayaran pinjaman sara hidup kepada peneroka pula telah diturunkan sekarang ini.
    Sehubungan itu, Mazlan yang juga Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang atau LPP menuntut kerajaan, khususnya Kementerian Hal Ehwal Ekonomi agar segera menunaikan janji kepada peneroka itu.
    Sebenarnya tidak ramai yang menjangka Mazlan akan terus bersuara segarang ini menuntut kerajaan menunaikan janji kerana beliau sudah pun diberikan jawatan sebagai Pengerusi LPP.
    Biasanya, malah boleh diperhati daripada kebanyakan pemimpin yang sudah ada jawatan bergaji lumayan dalam kerajaan, majoritinya sudah tidak kedengaran lagi suara mereka membela rakyat.
    Masing-masingnya nampaknya hanya menjaga kepentingan diri masing-masing saja.
    Kebiasaannya mereka akan menyalahkan kerajaan lama yang meninggalkan hutang yang banyak serta kekangan kewangan sebagai alasan kegagalan menunaikan janji kepada rakyat itu.
    Bagaimanapun setelah 10 bulan mentadbir kerajaan, malah ada pengumuman projek besar dibuat di sana sini, logikkah PH masih menyalahkan kerajaan lama dan masalah kewangan sebagai alasan tidak menunaikan janji mereka?
    Rakyat sejujurnya tidak mahu lagi mendengar alasan. Rakyat hanya mahu janji ditunaikan.
    Dengan orang seperti Mazlan sendiri sudah berani dan lantang bersuara menuntut PH menunaikan janji, kerajaan kini tidak ada pilihan lain lagi.
    Lagi lambat janji ditunaikan dan alasan sama yang diberikan, lagi membuatkan rakyat meluat dan menjauhi kerajaan.
    Dalam perkembangan berkaitan, Pemuda UMNO memaklumkan keinginan golongan muda untuk menyertai parti itu kian bertambah sejak kebelakangan ini lantaran kesedaran mereka bahawa PH tidak mampu menunaikan janji-janji PRU14 yang lalu.
    Hakikat itu sebenarnya tidaklah menghairankan kerana suara-suara tidak puas hati terhadap kerajaan ketika ini boleh didengar dan dilihat di mana-mana saja.
    Mereka kini mula menunjukkan protes dengan kembali menyokong dan mendekati semula UMNO yang telah mereka tumbangkan dalam pilihanraya lalu.
    Tetapi, sejak menjadi kerajaan, berapa ramai golongan muda yang masuk menjadi ahli Bersatu?
    Apakah ahli Bersatu bertambah dengan mendadak sejak parti itu menjadi kerajaan, selain daripada kemasukan bekas pemimpin UMNO yang memang diketahui hanya kerana kepentingan peribadi sebagai sebab utamanya?
    Apakah Bersatu hanya parti sepenggal juga? (Shahbudindotcom 29/03/2019)