WALAU DAH TUA GAYUT. TUN M MASIH GAGAHKAN DIRI UNTUK BERTANDING.

 


Nampaknya Tun Mahathir Mohamad agak malu-malu untuk berterus-terang sama ada beliau akan bertanding lagi atau tidak dalam PRU15 akan datang.

“Dalam PRU akan datang, umur saya sudah 97 atau 98 tahun.

“Saya tahu saya sudah tua tetapi saya agak beruntung sebab masih boleh bercakap dengan orang, masih boleh berhujah dan memimpin parti.

“Parti mahu saya bertanding.

“Saya tak fikir saya patut bertanding lagi, tapi saya akan berikan sokongan penuh pada Pejuang,” kata bekas Perdana Menteri itu lagi.


Ehhh…kalau sudah parti yang dipimpinnya sendiri mahukannya bertanding lagi, kenapa pula Tun Mahathir mahu beranggapan sebaliknya?

Bertanding sajalah Tun, jangan kecewakan harapan parti!!

Sebagai Pengerusi Pejuang yang diketahui umum agenda utamanya ialah untuk menghalang Anwar Ibrahim daripada menjadi Perdana Menteri, Tun Mahathir tidak sepatutnya ada perasaan malu berterus-terang untuk bertanding lagi.

Bertanding adalah wajib baginya, jika tidak bagaimana untuk beliau menjadi lebih ampuh menghalang Anwar?

Lagi pun, baru-baru ini Tun Mahathir juga ada menyebut bahawa Anwar tidak tahu mentadbir negara.

Jika Anwar yang pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dianggap tidak tahu mentadbir negara, sudah tentu hanya Tun Mahathir yang pernah menjadi Perdana Menteri sebanyak dua kali saja yang tahu menguruskan negara ini.

Pedulikan soal tua, yang penting negara ini harus dipimpin lagi oleh Tun Mahathir buat kali yang ketiga.

Orang lain semua tidak tahu apa-apa dan tidak layak mentadbir negara ini.

Tambahan lagi, usaha untuk menghalang Anwar daripada menjadi Perdana Menteri harus diteruskan sehingga ke penghujung usia.

Itulah nanti akan tercatat sebagai pengorbanannya yang paling besar untuk negara dan Tun Mahathir mesti terus menggagahkan dirinya bagi tujuan itu.

Selain itu, Mukhriz Mahathir dua hari lalu turut menganggap masa untuk Anwar menjadi Perdana Menteri sudah pun berlalu.

Dengan masa untuk Anwar sudah berlalu, siapa lagi yang layak jadi Perdana Menteri kalau bukan Tun Mahathir sendiri?

Ini kerana masa untuk Tun Mahathir tidak pernah berlalu dan beliau sentiasa sesuai sepanjang zaman untuk memegang jawatan Perdana Menteri.

Bagi tujuan, Tun Mahathir mesti dan wajib bertanding lagi dalam PRU15 nanti. – ShahbudinHusin 05/01/2021.



Pelantikan Redzuan sebagai Pengerusi Bousted “scheme of things” – Chin Tong


Kenyataan Media Liew Chin Tong, mantan Timbalan Menteri Pertahanan Pada 4 Januari 2022

Sebagai mantan Timbalan Menteri Pertahanan yang memahami gerak kerja dan pentadbiran Boustead Holdings Bhd yang merupakan sebahagian daripada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), saya terkejut dan amat bimbang dengan pelantikan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof sebagai Pengerusi bukan eksekutif Kumpulan Boustead.

Ia merupakan “scheme of things” baharu yang tidak sepatutnya berlaku. Istilah “scheme of things” telah digunakan oleh bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa rampasan kuasa Sheraton untuk menghalalkan pengagihan jawatan GLC demi membeli sokongan Ahli Parlimen.

Semasa era pentadbiran Pakatan Harapan, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu telah menyatakan dengan jelas bahawa pengurusan LTAT dan Boustead perlu diterajui pihak profesional, dan bukan ahli politik.

Redzuan telah mengambil alih jawatan tersebut daripada bekas Menteri Besar Johor Datuk Seri Khaled Nordin yang telah meletak jawatan pada 4 Ogos sebagai bantahan terhadap pentadbiran Muhyiddin. Sebelum Khaled, orang yang sekian lama memegang jawatan Pengerusi Boustead ialah bekas Panglima Angkatan Tentera Allahyarham Tan Sri Ghazali Che Mat.

Tidak seperti GLC yang lain, LTAT dan Boustead merupakan entiti unik yang mewakili kepentingan, pandangan, dan perspektif Angkatan Tentera Malaysia. Sewaktu Pakatan Harapan menjadi kerajaan, cita-cita kami ialah memastikan LTAT dan Boustead dapat dibangunkan sebagai pusat pelaburan industri pertahanan baharu melalui transformasi berdasarkan Kertas Putih Pertahanan. Malangnya, semua ini telah dihancurkan oleh rampasan kuasa Sheraton.

Boustead dan anak syarikatnya Boustead Shipyard kini sedang bergelut untuk menyelesaikan projek Littoral Combat Ship (LCS) bernilai RM9 bilion yang masih terumbang-ambing. Redzuan tidak sepatutnya dilantik kerana beliau tidak mampu menyelesaikan krisis besar yang dihadapi syarikat ini, malah berdasarkan reputasi beliau yang dicurigai, ia akan memburukkan lagi keadaan.

Pelantikan beliau adalah satu penghinaan kepada Angkatan Tentera Malaysia dan ia harus dibatalkan serta-merta.

Bencana banjir: Jadi sebahagian penyelesaian bukan sebahagian masalah


Oleh Roketkini

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chennah, Anthony Loke Siew Fook hari ini berkongsi sedikit pengalamannya mengenai pengurusan pasca banjir di kawasannya.

Untuk makluman, kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang beliau wakili iaitu Chennah di Daerah Jelebu merupakan antara kawasan yang paling teruk terjejas di Negeri Sembilan.

“Sebagai wakil rakyat, apabila kawasan kita dilanda bencana, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membantu rakyat yang terkesan,” katanya dalam laman Facebook.

Anthony yang juga Setiausaha Organisasi DAP seterusnya menggariskan beberapa langkah yang telah digerakkan pihaknya ketika banjir melanda kawasan tersebut iaitu:

  1. Sejurus selepas banjir berlaku, pastikan berapa keluarga yang terjejas

Beliau memberitahu, maklumat berhubung bilangan mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) dan berpindah ke rumah saudara-mara adalah penting untuk perancangan pembahagian sumber dan anggaran peruntukan yang diperlukan.

Menurutnya, beliau bernasib baik dan berterima kasih kerana di kawasan beliau, pasukannya yang terdiri daripada pembantu ahli-ahli majlis serta ketua dan ahli jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di setiap kampung amat cepat bertindak untuk membantu mengenal pasti keadaan di lapangan.

  1. Segera sediakan makanan dan minuman kepada mangsa

Anthony berkata, langkah kedua adalah penyediaan makanan dan air minuman oleh pasukan pusat khidmat dan MPKK terutama air minuman, roti dan makanan masa yang boleh dimakan terus.

Tambahnya, beberapa MPKK di kawasan DUN Chennah telah mengambil inisiatif untuk menyediakan nasi bungkus kepada setiap keluarga mangsa selama hampir dua minggu supaya mangsa boleh menumpukan tenaga mereka untuk kerja-kerja pembersihan.

  1. Bersihkan longgokan sampah

Ujarnya, masalah yang paling besar selepas banjir adalah longgokan sampah dan lumpur di kawasan yang dibanjiri dengan setiap rumah akan membuang banyak barang dari rumah mereka.

Jelas beliau, pusat khidmatnya menyewa jentera dan lori untuk melaksanakan kerja-kerja tersebut selain mendapat bantuan daripada beberapa pemaju yang menghantar kontraktor mereka untuk membantu.

“Hasilnya, saya dapat memobilisasi 11 buah jentera JCB backhoe dan 10 buah lori untuk mengangkut semua sampah dan membersihkan lumpur dalam masa 10 hari,” katanya.

  1. Selesaikan masalah longkang tersumbat dengan lumpur

Selain longgokan sampah, Anthony berkata, satu lagi masalah besar adalah longkang yang tersumbat dengan lumpur kerana jika sampah tidak diangkut dan longkang tersumbat, kerja-kerja pembersihan dalam rumah sukar dijalankan.

Beliau memberitahu, pusat khidmatnya telah mendapatkan khidmat sekumpulan pekerja yang mahir dalam kerja-kerja tersebut memandangkan kerja tersebut sangat sukar dan memerlukan tenaga fizikal yang kuat.

  1. Bermula kerja-kerja pembersihan dalam rumah

Setelah kedua-dua masalah besar tersebut ditangani jelas beliau, kerja-kerja pembersihan dalam rumah dapat berjalan dengan lebih lancar dengan ramai sukarelawan yang datang membantu.

“Kami juga menyediakan peralatan kepada mereka seperti (pancutan air ) water jet untuk memudahkan kerja pembersihan. Dalam keadaan pasca banjir, bekalan air sudah tentu tidak stabil. Jadi, mesin pam air adalah satu keperluan untuk mendapatkan sumber air untuk kerja pembersihan,” katanya.

  1. Memastikan bantuan kewangan dapat disampaikan secara mudah dan cepat

Beliau menjelaskan, di Negeri Sembilan, kerajaan negeri juga memberi bantuan tunai RM1,000 kepada setiap keluarga mangsa dengan semua peruntukan tersebut disalurkan kepada akaun pusat khidmat ADUN.

Untuk memudahkan mangsa, jelas beliau, pihaknya menyampaikan bantuan dalam bentuk tunai tanpa sebarang proses permohonan yang mana semua maklumat diperolehi melalui MPKK dan penerima hanya perlu memberikan salinan kad pengenalan dan laporan polis.

“Saya amat terhutang budi kepada semua pihak dan individu yang datang ke kawasan saya untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir. Tanpa bantuan semua, mustahil kami boleh mengatasi cabaran ini dalam tempoh terdekat.

“Saya tahu masih banyak yang perlu dilakukan namun semangat bantu-membantu di kalangan kita akan memperkuatkan azam kita untuk membina semula,” katanya.

Kesimpulannya, tambah Anthony, sebagai wakil rakyat, saya berharap saya menjadi sebahagian daripada penyelesaian dan bukannya menjadi sebahagian daripada masalah.

Ahli PKR sujud syukur Pejuang tak mahu kerjasama PKR dan Anwar

 


Alhamdulillah.Semua warga Keadilan (PKR) wajib sujud syukur mendengar berita baik ini iaitu Pejuang tidak mahu bersama Anwar dan Keadilan.Jap…pernah ke Keadilan melamar Pejuang? Atau, hang yang perasan dan syok sendiri?

Betul, Anwar melewati zamannya. Cuma saka tua 96 tahun itu saja yang lebih muda dari zamannya. Seakan firaun moden yang panjang hayatnya tetapi penuh dengan menyusahkan orang.

Kamu tidak sokong MOU? Kamu lawan kerajaan pintu belakang yang bapak kamu berikan laluan jadi kerajaan itu? Kamu gila ke apa? Buat apa lawan kerajaan sekarang? Bukankah bapak kamu yang izinkan mereka berkuasa? Lupakah kamu?

Siapa yang lawan kerajaan bersungguh-sunguh di parlimen? Isu pandora papers, siapa yang mula bersuara? Anwar atau bapak kamu? Kenapa saka tua diam? Takut nama anak2 sendiri naik? Skandal DNB, siapa yang mula bongkar? Anwar atau bapak kamu? Isu banjir, siapa yang desak agar dibahas di Parlimen? Kamu ingat Anwar macam bapak kamu, boleh dijual beli? Maaf.

Jangan ingat rakyat lupa, segala kemusnahan hari ini berpunca dari kerja bodoh dan khianat bapak kamu. Jangan berpura2 menentang kerajaan yang bapak kamu sendiri wujudkan.


Azam Baki jadi buah mulut di Twitter

 



Nama Ketua Pesuruhjaya (SPRM), Tan Sri Azam Baki menjadi sohor di Twitter hari ini dengan lebih 5,300 ciapan setakat jam 8 malam tadi.

Rata-rata warganet melontarkan pelbagai tanda tanya susulan sidang media oleh Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tan Sri Abu Zahar Ujang hari ini.

Turut pada sidang media di ibu pejabat SPRM di Putrajaya hari ini adalah Azam.

Antaranya, pengguna Twitter, Ahmadi Latif yang mempersoal mengapa adik Azam Baki menggunakan akaun abangnya itu untuk membeli sejumlah saham.

“Mengapakah Azam Baki mengambil masa terlalu lama untuk menyangkal dakwaan ini?” soalnya lagi.

Soalan sama juga ditanyakan Meng Hui Goh selain menyarankan adik kepada Azam disiasat.

“Dari mana datangnya wang? Mengapa menggunakan akaun Azam Baki yang bukan miliknya?

“Mengapa kemudiannya dipindahkan? Adakah sebarang pengubahan wang haram yang terlibat? Bukankah SPRM patut profesional?” kata Hui Goh lagi.


((PANAS)) ABANG LONG KUALA SELANGOR PULA "BALUN" ISMAIL SABRI, ISMAIL SA...

SIDANG MEDIA TUNTUT PENGELUARAN I-CITRA RM10K OLEH PENCARUM KWSP

BIARKAN PEJUANG TERJUN DENGAN LABU-LABUNYA



Menurut beliau Anwar membongkar keraguan dalam penubuhan Digital National Berhad (DNB), dan mendesak isu banjir dibahas di Parlimen. “Jangan ingat rakyat lupa, segala kemusnahan hari ini berpunca daripada kerja bodoh dan khianat bapa kamu. Jangan berpura-pura menentang kerajaan yang bapa kamu sendiri wujudkan,” katanya.




GUNA NAMA BELI SAHAM BUKAN ISU




MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF

Salah satu dari 8 keajaiban dunia, macam mana kertas siasatan pun belum di buka tapi kes sudah selesai.

Harap-harap siapa yang kena tuduh AMLA yang pakai akaun adik beradik boleh la buat semakan kehakiman sebab dah ada duluan.

Teringat kata-kata hukama Samy Velu.

“Kita akan bina satu jambatan untuk orang-orang kampung di sini. One of the villagers asked; Tapi Datuk, sini tak ade sungai, buat apa bina jambatan? Samy gloriously replied, Kalau tak ade sungai, kita bina sungai”

Nama SPRM ini hanya boleh di bersihkan oleh mereka yang ada "political wills" sahaja.

Demikianlah hasil dari kerajaan Melayu Isley.

 

‘Dakwaan terhadap saya tak berasas’, Azam akan saman pihak terlibat



Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang membuat dakwaan itu terhadapnya.


PUTRAJAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki akhirnya bercakap mengenai dakwaan pemilikan sahamnya dengan mengatakan dakwaan beliau mengawal banyak syarikat adalah “bohong”.

Pada sidang media hari ini, Azam mendakwa terdapat usaha pihak tertentu untuk menjejaskan kredibiliti SPRM.

“Saya tidak melakukan kesalahan. Dakwaan bahawa terdapat konflik kepentingan pada pihak saya adalah tidak berasas,” katanya.

“Akaun saham saya digunakan oleh adik saya. Saya tidak mempunyai kepentingan dalam saham yang dibeli. Saham dibeli oleh abang saya dan syarikat-syarikat tidak ada kaitan dengan (mana-mana) siasatan SPRM.”

Azam berkata, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang membuat dakwaan terhadapnya.

Tambah Azam lagi, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang mula-mula membangkitkan dakwaan berkenaan terhadapnya kerana cuba mencemarkan nama baiknya, walaupun tidak mendedahkan pihak terbabit secara khusus.

Beliau juga berkata, “berkemungkinan besar” akaun Twitter “pemberi maklumat” kontroversi Edisi Siasat akan menjadi antara mereka yang disaman.

Ketika ditanya mengapa beliau mengambil masa yang begitu lama untuk menjawab dakwaan yang pertama kali dibangkitkan pada pertengahan Disember, Azam berkata, beliau tidak perlu menjelaskan apa-apa kerana tidak melakukan apa-apa kesalahan.

“Tetapi apabila saya diminta menjelaskan perkara itu kepada Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah SPRM, saya memberi penjelasan terperinci kepada mereka,” katanya.

Tambahnya, beliau telah memaklumkan kepada pihak atasan pada 2015 apabila saham itu mula dibeli oleh adiknya dan mereka berpuas hati dengan penjelasannya.

“Saya tidak melihat ia sebagai satu isu. Saya rasa ia bukan satu kesalahan,” katanya.

Beliau mengakui mungkin ada pihak tertentu yang marah dengan kerja yang dilakukannya dan cuba mencemarkan nama baiknya.

“Saya tidak tahu agenda mereka tetapi apa yang saya dapat lihat ialah mereka cuba merosakkan reputasi saya,” katanya.

Belanjawan RM2 bilion, peluang pekerjaan hampir tiada di Terengganu - Azan




Hampir empat tahun Terengganu di bawah pemerintahan Pas sejak Pilihan Raya Umum 2018 lalu, namun tidak banyak kemajuan yang dapat dilihat.


Malah penglibatan pemimpin Pas dalam Kerajaan Persekutuan juga tidak membawa apa apa pertambahan peluang pekerjaan. Malah pemimpin Kerajaan Negeri seolah olah teruja pula melakukan 'upacara pelepasan' anak anak muda yang akan berkerja di Selangor pada minggu lalu.


Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu, Azan Ismail, dengan belanjawan negeri lebih RM2 bilion setahun sepatutnya Pas berjaya mencipta peluang kerja bukannya semakin banyak rakyat terpaksa mencari pekerjaan di negeri lain.


"Memang kerajaan Pas dalam hal ini tidak mampu untuk memikir menambah peluang kerja. Bukan sahaja (Terengganu) terima royalti minyak RM1 bilion, sejak 3 tahun kebelakangan ini kerajaan Pas membelanjakan belanjawan negeri setahun melebihi RM2 bilion.



"Jadi perbelanjaan ini dibelanjakan untuk apa? Terlalu banyak, tetapi tidak menghasilkan apa apa peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. Seolah olah Pas nak menghalau rakyat Terengganu (berhijrah)," katanya.


Azan menambah, dengan tanah yang luas Kerajaan Negeri sepatutnya membawa teknologi moden dalam industri pertanian dan menggalakkan anak anak muda bertani bagi mengurangkan import negara.


Namun katanya, pemimpin Pas tidak berfikir ke arah itu dan tidak mengarahkan anak anak syarikat Kerajaan Negeri untuk mencipta pekerjaan. Sebaliknya lebih senang melihat mereka berhijrah keluar


Flag off anak muda Terengganu ke Selangor


"Akhirnya perbelanjaan (belanjawan) ini dibelanjakan untuk apa? Terlalu banyak tetapi tidak menghasilkan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. Seolah oleh mahu menggalakkan rakyat keluar


"Ini satu kegilaan baharu pimpinan Pas. Islam mengajar berusaha mempertingkatkan keadaan atau suasana di tempat sendiri.


"Penghijarahan ini hanya perlu untuk tujuan membantu di tempat lain, membangunkan tempat yang mundur. Tetapi sekarang Selangor negeri maju. Mundur apa di sana (sehingga anak muda Terengganu ke sana).


"Tanggungjawab 'khalifah' (Pas) di Terengganu buat apa? Tidak fikirkan anak muda, penduduk Terengganu dan dengan mudahnya nak melepaskan diri, dialu alukan berhijrah. Ini satu kesilapan besar," katanya lagi.


Minggu lalu, pemimpin Pas Terengganu melakukan upacara flag off rombongan beberapa bas anak muda Terengganu yang akan bekerja di Selangor. Tindakan pempin Pas itu disindir oleh netizen sebagai sebahagian daripada janji manifesto mahu mewujudkan 20,000 peluang pekerjaan buat rakyat Terengganu.

APABILA PENGUASA CUBA MELINDUNGI YANG LEBIH KAYANGAN



Inilah kebodohan yang cuba ditunjukkan oleh penjilat apabila cuba menutup perihal adanya kerja² pembalakan dengan menyalahkan mata air yang menyebabkan batang balak terbongkar dari tanah lalu hanyut ke perkampungan hingga ke bandar. Apa ke punya bebal le pengarah ni ye..kenapa le orang kampung x benamkan dia dalam lumpur tu..baru otak cerdik sikit.


CHEMONG ISHAK

BILA KERAJAAN THAI PROAKTIF & AGRESIF

 




NORMAN RADZUAN


Jika banjir besar Rantau Panjang akn tenggelam

BILA KERAJAAN THAI PROAKTIF & AGRESIF

Kerajaan Thai sdg menyiapkan tembok sepanjang 2km di pekan Golok yg bersempadanan dgn pekan Rantau Panjang. Tujuan utamanya adalah utk mengelakkan banjir besar yg memusnahkan harta benda peniaga2 dan penempatan penduduk di situ.

Apabila projek tebatan banjir ini siap pastinya air yg tinggi akan melimpah ke tempat rendah. Tentulah Pekan Rantau Panjang akn menerima limpahan air dua kali ganda dari banjir sebelum ini.

Bagi saya function dia ada dua atau 2 in 1. Banjir yg utama dan kedua dpt mengelakkan penyeludupan secara terbuka di Sg Golok.

Kerajaan kita bukan berfikir proaktif utk atasi masalah puluhan tahun ini. Ya banjir air bukannya api apa mahu takut. Bila banjir hantar bot pindahkan ke PPS. Kemudian dtg YB hulurkan selimut, sedikit wang ringgit serta biskut dan Maggie. Sebab itu kwsn pemimpin agama beritahu sahaja ini semua ujian dari Tuhan.

Itu style kita... kalau kerap demam pergi sahaja ke Farmasi beli panadol. Tak pernah nak kaji atau cuba elakkan kenapa kerap demam. Samada kurang makanan berkhasiat, kuat merokok, kurang senamam dan sebagainya.

Kita bukan mahu ikhtiar utk hentikan banjir malah kita mencipta banjir yg lebih teruk. Kawasan tadahan air dijadikan penempatan dan hutan ditebas.... Pemimpin dpt untung komisen rakyat dpt banjir lumpur.

Untunglah kerajaan.... rakyat atau pengundi Melayu tak sampai that level nak fikir punca banjir ini dari sudut akademik.


PERBANDINGAN ANTARA DATO' SERI ANWAR IBRAHIM DAN DATO' SERI MUKHRIZ TUN MAHATHIR DARI SEGI KETOKOHAN POLITIK,AKADEMIK DAN GERAKAN ISLAM.



1. Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir seorang pemimpin yang berfahaman autokratik.


1. Tokoh Politik sahaja.

2. Tiada kepakaran dalam hal ekonomi dan kewangan.


3. Dato' Seri Anwar Ibrahim pemimpin yang berfahaman DEMOKRATIK yang mempraktikkan POLITIK NILAI dan mengamalkan POLITIK BERSIH mengajak rakyat Malaysia bangkit,melawan dan menolak politik kotor dan menggantikanya dengan POLITIK BERSIH.


1. Tokoh Politik.

2. Tokoh Akademik.

3. Tokoh Gerakan Islam.

4. Ada kepakaran dari segi pengurusan

Ekonomi & Kewangan.


TOKOH POLITIK.


1. Dato Seri Anwar Ibrahim adalah pemimpin yang berfahaman DEMOKRATIK seluruh dunia mengenal beliau sebagai Muslim Democrats.


2. Anwar adalah TOKOH POLITIK Malaysia pertama yang disenaraikan ke kelompok 100 orang yang paling berpengaruh di dunia dalam kategori ' POLITIK ' oleh Majalah Time Pada tahun 2008.


Pemilihan tersebut adalah tepat apabila Anwar akhirnya berjaya menumbangkan Umno/BN pada PRU 14 buat pertama kali dalam sejarah pilihan raya di Malaysia.


3. Anwar adalah TOKOH POLITIK Malaysia pertama yang disenaraikan ke kelompok 50 orang yang paling berpengaruh di dunia dalam kategori ' POLITIK ' oleh Majalah The Muslim 500 selama dua tahun berturut-turut ia itu tahun 2016 dan 2017.


Pemilihan tersebut adalah tepat apabila Anwar akhirnya berjaya menumbangkan Umno/BN pada PRU 14.


4. Anwar adalah TOKOH POLITIK Malaysia pertama yang menerima anugerah ' NOBEL PEACE PRIZE ' pada tahun 2017.


TOKOH AKADEMIK.


Anwar Ibrahim adalah pemimpin politik Malaysia pertama yang terpelajar dan berpendidikan sebagai Tokoh Akademik yang tersohor diperingkat antarabangsa.


Maksud terpelajar disini ialah seorang AHLI AKADEMIK yang terlibat secara langsung dengan Pertubuhan Intelek atau Ilmiah ( Fellow ) di University.


Anwar Ibrahim adalah AHLI AKADEMIK yang menjadi Pensyarah dan Ahli Pertubuhan Intelek/Ilmiah ( Fellow ) dibeberapa buah University terkenal diperingkat antarabangsa.


1. Anwar Ibrahim pernah menjadi Pensyarah di University seperti berikut:


1. University of Oxford London England.


2. John Hopkins University Amerika Syarikat.


3. Georgetown University Washington DC Amerika Syarikat.


4. Terkini Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah Professor Undangan ( Visiting Professor ) di Harvard University Amerika Syarikat.


2. Anwar Ibrahim adalah AHLI AKADEMIK Ahli Pertubuhan Intelek/Ilmiah atau FELLOW di:


1. University Of Oxford,London England.


2. John Hopkins University Amerika Syarikat.


3. Georgetown University Washington DC,Amerika Syarikat.


TOKOH GERAKAN ISLAM.


1. Anwar seorang yang taat dan berpengetahuan luas dalam agama Islam sebab itu Anwar boleh membahas pelbagai perkara mengenai ISLAM .


Anwar Ibrahim begitu rapat dengan para ulama diperingkat antarabangsa.


Anwar bukan Ustaz atau Ulama,Anwar adalah Intelektual Muslim yang diakui oleh dunia Islam dan Barat.


2. Anwar Ibrahim pemimpin politik yang pertama dan bertanggungjawab membawa budaya dan nilai-nilai ISLAM ke dalam pentadbiran kerajaan bermula pada tahun 1982 


3. Anwar Ibrahim adalah pengerusi The Intetnational Institute of Islamic Thought ( IIIT ) sebuah pertubuhan Intelektual Islam di peringkat antarabangsa.


4. Anwar Ibrahim adalah Pengerusi The International Institute of Islamic Thought and Civilization ( ISTAC ) dimana Anwar sendiri bersama Prof Dr.Syed Naquib Al Attas menuubuhkanya pada tahun 1988.


4. Anwar Ibrahim adalah pengerusi Muslims and Christians Understanding diperingkat antarabangsa.


5. Anwar Ibrahim adalah tokoh politik Malaysia pertama yang diberi penghormatan membuat ucaptama di Sidang Ulama Sedunia pada tahun 2011.


KEPAKARAN.


1. Anwar Ibrahim adalah ' Pakar Perunding Kewangan ' yang diakui oleh Bank Dunia pada tahun 2008 berdasarkan pencapaian cermerlang Anwar ketika menjadi Menteri Kewangan bukan disebabkan latarbelakang akademik.


2. Anwar Ibrahim adakah ' Pakar Ekonomi & Kewangan ' yang diakui oleh Bank Kesatuan Eropah (EU) pada tahun 2014 berdasarkan pencapaian cermerlang Anwar ketika menjadi Menteri Kewangan yang berjaya menjadikan Malaysia digelar ' Harimau Asia ' dari sudut ekonomi,bukan disebabkan latarbelakang akademik.


Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan pertama Malaysia yang mengurus ekonomi dan kewangan Malaysia yang mendapat untung ia itu pendapatan melebihi perbelanjaan selama 8 tahun berturut-turut.


Anwar Ibrahim pernah menjadikan Malaysia ' HARIMAU ASIA ' dari segi ekonomi dan kewangan dikalangan negara-negara Asian.


Anwar Ibrahim Menteri Kewangan yang terbaik pernah dilahirkan oleh Malaysia.


Anwar Ibrahim salah satu dari 4 Menteri Kewangan yang terbaik di Dunia pada tahun 1993.


Anwar Ibrahim Menteri Kewangan terbaik di Asia pada tahun 1996.


Abdul Rauf Hj Jainullah.


ENGGAN ROMBAK KABINET JADIKAN ISMAIL SABRI TAMBAH GAGAL DI MATA RAKYAT

 

Di sebalik timbulnya pelbagai ura-ura dan khabar angin, Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dengan tegas menyatakan tiada rombakan kabinet akan dilakukannya pada waktu ini.

Kata beliau, tumpuannya kini ialah kepada isu yang mencengkam kehidupan rakyat, terutama bencana banjir dan Covid19.

Dengan demikian, tambahnya, hal berkenaan rombakan kabinet yang kini diperbualkan masyarakat hanyalah spekulasi semata-mata.

Antara yang hangat dispekulasi mengenai rombakan kabinet ialah pengguguran beberapa menteri dan perlantikan Timbalan Perdana Menteri.

Menteri yang disebut-sebut bakal digugurkan ialah Dr. Latif Ahmad, Rina Harun dan Halimah Saddique, manakala Hishammuddin Hussein, Hamzah Zainuddin atau Azmin Ali diperkatakan akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Tetapi, disebabkan Ismail Sabri sendiri sudah menyatakan tiada rombakan kabinet akan dilakukannya, maka tiadalah pengguguran menteri dan perlantikan Timbalan Perdana Menteri akan berlaku dalam waktu terdekat ini.

Dalam keadaan Ismail Sabri kian menggunung dipertikai kerana dilihat terlalu lemah, tidak upaya memimpin, menteri-menterinya yang dilantiknya tak berfungsi dan kerajaannya dianggap paling teruk, ketidaksediaan beliau merombak kabinetnya adalah suatu perkara yang malang sebenarnya.

Tiada rombakan kabinet bermakna Ismail Sabri yang gagal serta kerajaannya yang gagal sekarang akan terus gagal dan tiada harapan ada kemajuan dalam perkhidmatannya kepada rakyat.

Kerajaan yang gagal hanya boleh diperbaiki jika Perdana Menterinya sedia melakukan perubahan atau merombak kabinetnya.

Dirinya yang terlalu lemah itu pula hanya mungkin dapat dipertingkatkan prestasinya jika beliau mempunyai seorang timbalan yang berwibawa dan benar-benar membantunya.

Namun, dengan tiada perubahan atau rombakan bermakna tiada apa-apa yang lebih baik bakal terserlah selepas ini.

Bagaimana beliau mahu menjamin khidmat yang lebih baik, terutama mengurus bencana banjir, Covid19 dan kesannya kepada rakyat jika pasukan kabinet dan barisan menterinya adalah mereka yang tidak berupaya dan dipertikaikan, bukan saja sekarang, malah sejak era Mahiaddin Md Yasin lagi?

Lantaran itu, tambahan lagi berikutan kerajaan yang ada sekarang begitu dipertikaikan rakyat daripada segenap penjuru, melakukan perubahan dan merombak kabinet adalah suatu tuntutan yang tidak dapat dielakkan lagi.

Enggan melakukannya hanya menyerlahkan kelemahan Ismail Sabri untuk berubah, di samping ketidakmampuannya untuk bertindak balas terhadap rasa tidak puas hati yang semakin merata di kalangan rakyat.

Akhirnya, kerajaan ini hanya menjanjikan derita yang lebih lama buat rakyat, sementara menteri-menteri yang ada boleh terus berfoya-foya dan bermewah dengan kegagalan mereka. – ShahbudinHusin 05/01/2021.




Jangan hairan jika PAS tinggalkan Bersatu satu hari nanti, kata Puad


Puad Zarkashi berkata, PAS tahu penyatuan parti-parti Melayu tidak akan tercapai jika ia menyertai dua gabungan politik berbeza.

PETALING JAYA: Jangan hairan jika PAS tinggalkan Bersatu satu hari nanti seperti yang dilakukannya kepada Umno dalam pakatan Muafakat Nasional (MN), kata ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Puad Zarkashi.

Menurut Puad, parti itu lebih mengutamakan keuntungan politik dan melihat penyatuan ummah hanya sebagai gimik politik.

“Ia bukan mudah tercapai. Sikap PAS hanya mendedahkan tembelang parti itu, iaitu PAS juga ada ‘politicking’,” katanya kepada FMT.

“Ia bukan wadah perjuangan Islam yang tulen. Ia pragmatik. PAS boleh mengubah pendirian mengikut keperluan semasa.

“Sebab itu PAS boleh meninggalkan kawan seperti mana mereka meninggalkan DAP dan PKR,” kata Puad.

Ahad lalu, Presiden PAS Abdul Hadi Awang menegaskan akan tetap bersama MN dan pada masa sama mempertahankan PN kerana PAS tidak boleh hanya menjalin kerjasama politik dengan Umno bagi memecahkan fahaman asabiah.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Timbalan Pengerusi Umno Johor Nur Jazlan Mohamed berkata semalam, tindakan PAS ibarat dilema parti itu dalam mengendalikan “urusan poligami”.

Antara Umno dan PN katanya, PAS seolah-olah lupa siapa “isteri dan suami” dalam MN.

Tonggak sebenar pakatan itu adalah Umno, tambahnya, ia berfungsi sebagai “suami”.

Beliau berkata, hal itu terbukti apabila PAS tidak mendapat sokongan kuat, menyorot pilihan raya negeri (PRN) Melaka dan Sarawak yang menyaksikan parti itu tewas dan tidak banyak meraih undi.

Membidas pendirian PAS itu, Puad menyifatkannya sebagai parti dua alam.

“Dalam konteks MN, PAS bukan mahu menjadi orang tengah tetapi ia mahu memastikan tidak ada parti, khususnya Umno, akan menjadi dominan.

“Pendirian ‘play safe’ PAS dalam mengurus kerjasama politiknya dengan Umno dan Bersatu bukan lagi rahsia,” katanya.

Puad berkata, PAS perlu membuat pilihan sama ada mahu bersama Umno atau Bersatu.

Katanya, PAS tahu penyatuan parti-parti Melayu tidak akan tercapai jika ia menyertai dua gabungan politik berbeza.

“Pilih satu antara dua. Tidak boleh berdolak dalik. Tidak ada ‘play safe’.

“Umno tegas tidak akan menyertai PN. Tidak akan ada kerjasama dengan Bersatu pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15),” katanya.

TAK DA ROTAN, KAYU PUN BOLEH LA...APA KEJAYAAN DIA NI SELAMA NI TAK TAU LA

 


Panas! Hishammuddin disebut-sebut bakal dilantik sebagai TPM

Hishammuddin disebut-sebut bakal dilantik sebagai TPM


Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bakal meletakkan seorang Ahli Parlimen (MP) daripada UMNO untuk mengisi jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) dalam rombakan Kabinet yang diuar-uarkan minggu depan.

Berada di tangga teratas pilihannya ialah Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang dilihat lebih berwibawa daripada MP UMNO yang lain, terutama di dalam urusan pentadbiran Kerajaan Pusat.

Dari segi kekananan, Hishammuddin telah menjadi Menteri di beberapa kementerian utama, setelah pada awalnya dilantik sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Utama pada 1996, sebelum menjadi Menteri penuh di Kementerian Belia dan Sukan pada 1999.

Beliau juga pernah menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), selain empat kementerian yang dianggap sebagai ‘tangga’ menuju pintu pejabat TPM dan PM iaitu Kementerian Pendidikan; Kementerian Luar; Kementerian Dalam Negeri; dan Kementerian Pertahanan.

Bagaimanapun sumber memberitahu Agenda Daily, Ismail Sabri perlu mendapat ‘kelulusan’ daripada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang juga Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, untuk melantik Hishammuddin sebagai TPM, bukan daripada Majlis Tertinggi (MT) atau Presiden UMNO.

Ini kerana, PN serta yang bersekutu dengannya, adalah gabung terbesar parti-parti di luar Barisan Nasional (BN) yang memberi sokongan kepada Ismail Sabri untuk menjadi PM kesembilan.

Di dalam Kabinet sekarang, BN mempunyai 13 menteri, termasuk Ismail Sabri sendiri sebagai PM, dengan 11 daripadanya daripada UMNO dan masing-masing satu MCA dan MIC.

Manakala PN juga mempunyai 13 kerusi menteri dengan 10 daripada Bersatu, dan PAS (tiga).

Gabungan Parti Sarawak (GPS) mempunyai empat menteri, serta satu daripada Parti Bersatu Sabah (PBS). Untuk rekod, GPS sebelum ini telah bertindak keluar daripada BN, dan memberi sokongan kepada PN.

Sementara, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz adalah satu-satunya Menteri penuh yang tidak menyertai mana-mana parti politik dan dilantik sebagai Senator.

Bagaimanapun, sumber memberitahu Agenda Daily, Ismail Sabri tidak boleh mengetepikan beberapa individu lain bagi mengisi kerusi TPM, terutama dua pemimpin Bersatu – Naib Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dan Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Panas! Tular pelawak terkenal pertikai kualiti peranti pengesan digital e-Bracelet, baru pakai dah rosak

 


Panas! Tular pelawak terkenal pertikai kualiti peranti pengesan digital e-Bracelet, baru pakai dah rosak


Peranti pengesanan digital ataupun e-Bracelet yang terjejas apabila tertanggal dalam tempoh 24 jam pemasangannya terhadap seorang individu baru-baru ini sudah beroperasi semula seperti biasa.

QuickMed yang memaklumkan perkara itu dalam kenyataan hari ini menyatakan mereka sudah menghantar juruteknik ke alamat kuarantin individu terbabit bagi menyelesaikan segera isu itu selain kesal dengan insiden berkenaan.

“Kami (QuickMed) sudah menghantar dua juruteknik ke alamat kuarantin individu terbabit. Sukacita kami maklumkan bahawa e-Bracelet yang terjejas kini beroperasi semula seperti biasa,” menurut kenyataan itu.

Semalam, portal tempatan melaporkan seorang selebriti lelaki menerusi video yang dimuat naik di laman sosial beliau mempersoalkan kualiti peranti pengesan digital walaupun baru sahaja memakainya untuk tempoh kurang dari 24 jam.

Sementara itu, QuickMed memaklumkan Sistem Pengurusan Kuarantin Rumah (HQMS) dilengkapi teknologi Global Positioning System (GPS) digunakan untuk pemantauan secara real-time terhadap individu yang menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian kuarantin di rumah seperti dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Menurut QuickMed, sejak HQMS digunakan bermula 8 Disember lalu, hanya 25 insiden memerlukan bantuan lanjut dengan pembetulan segera telah dilaksanakan oleh pasukan teknikal mereka.

Justeru, QuickMed memberi jaminan kepada orang ramai bahawa pasukan operasi mereka bersedia membantu sekiranya isu sedemikian berulang.

“Pengguna yang dilengkapi dengan e-Bracelet boleh menghubungi 03-3000 8856 atau e-mel support@quickmed.care sekiranya mereka menghadapi sebarang masalah,” menurut kenyataan itu.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari www.quickmed.care.

QuickMed adalah penyelesaian penjagaan kesihatan digital Edgenta NXT Sdn Bhd iaitu anak syarikat UEM Edgenta Berhad di bawah bahagian Healthcare Solutions yang dilantik untuk memasang Sistem Pengurusan Kuarantin Rumah (HQMS) kepada pengembara tiba dari negara berisiko tinggi dan juga kes positif sudah dinilai Pusat Penilaian Covid-19 (CAC).


(function() { var d = document, w = window; w

VIDEO INSIDE : Najib minta percepat proses pinjaman RM2 bilion duit KWAP kepada SRC International, menurut saksi

  Ho Kit Yen  - August 18, 2022  Ketua pasukan pendakwaan, V Sithambaram berkata, panel KWAP meluluskan pinjaman sebanyak RM2 bilion itu men...