Azam Baki jadi buah mulut di Twitter

 



Nama Ketua Pesuruhjaya (SPRM), Tan Sri Azam Baki menjadi sohor di Twitter hari ini dengan lebih 5,300 ciapan setakat jam 8 malam tadi.

Rata-rata warganet melontarkan pelbagai tanda tanya susulan sidang media oleh Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tan Sri Abu Zahar Ujang hari ini.

Turut pada sidang media di ibu pejabat SPRM di Putrajaya hari ini adalah Azam.

Antaranya, pengguna Twitter, Ahmadi Latif yang mempersoal mengapa adik Azam Baki menggunakan akaun abangnya itu untuk membeli sejumlah saham.

“Mengapakah Azam Baki mengambil masa terlalu lama untuk menyangkal dakwaan ini?” soalnya lagi.

Soalan sama juga ditanyakan Meng Hui Goh selain menyarankan adik kepada Azam disiasat.

“Dari mana datangnya wang? Mengapa menggunakan akaun Azam Baki yang bukan miliknya?

“Mengapa kemudiannya dipindahkan? Adakah sebarang pengubahan wang haram yang terlibat? Bukankah SPRM patut profesional?” kata Hui Goh lagi.