1. Dari satu krisis ke satu krisis melanda negara. Dari pandemik
yang tidak berkesudahan, hinggalah masalah banjir. Ini sememangnya menguji
kepimpinan politik kita.
2. Bila musibah melanda, inilah masa yang sesuai kita lihal peel
sebenar (true colours) politisyen. Ada yang sejenis WAYANG TINGGI PRODUCTION.
Geng VVIP yang kunun2 empati rakyat. Diangkutnya photographer penuh satu bot,
tangkap gambar dia tolong orang atas bumbung.
3. Ada jenis yang tunggu 3-4 hari baru muncul dengan bantuan.
Rupanya tunggu kotak dicop dan logo ditampal muka. Pada dia, senang nanti orang
nak undi semula.
4. Ada juga jenis Menteri yang suka taichi-menaichi. Katanya,
bukan salah dia, rakyat yang sangap tak reti nak tengok ramalan cuaca. Yang
lain usah ceritalah, sampai tahi cicak dan unggas pun dijadikan alasan. Punya
la nak back-up takut dibahan.
5. Itu cerita politician boomers. Politician muda lain pula.
Nampak lah kesungguhan membantu, photo op naik sejam satu. Tapi orang tetap
membahan. Walau main dengan selut, ada yang kata kenapa masuk restoran tak
basuh tangan dan muka. Kenapa calitan2 selut dibiarkan saja. Ramai yang kata
ini semua “Wayang” jua.
6. Apa yang saya nampak cara politician dua generasi ini
berbeza. Geng boomers masih lagi berpegang mereka ini “Yang Berhormat”. Makanya
kalau nak membantu pun kena maintain level kayangan. Apa kelas berselumuih
dengan selut, cukup lah untuk photo op. Setakat nampak pegang mop, cuci depan
rumah, light2 sudah.
7. Namun, mereka perlu sedar. Sekarang zaman dah berubah, ini
zaman IT dan data. Gambar propa begitu akan dibahan dengan laju. Orang kita
sekarang bukan senang ditipu.
8. Ada jenis pemimpin muda pula jenis anti-establishment, mereka
mahu tunjukkan mereka lain daripada yang lain. Makanya gaya politik mereka
sudah tiada protokol. Poliktik marhein diguna. Instead of “Yang Berhormat”
mereka lebih selesa dengan “Yang Berkhidmat”. Mereka tayang khidmat mereka pada
masyarakat. They rolled their sleeves and jumped into the mud. Tiada beza
mereka dan rakyat.
9. Ada geng dinosaur yang cringe. Mereka katakan ini bukan cara
politik kita. Politisyen perlu dipandang tinggi dan dihormati. Kalau nak tolong
rakyat pun perlulah ada kelas tersendiri.
10. Satunya yang kita perlu paham. Kerjaya Politisyen ini ada
banyak rankingnya. Sebagai contoh dalam syarikat: ada Manager, Senior Manager,
Head of Department dan CEO. Sama juga dalam politik, ahli politik ini ada
darjatnya: ADUN, MP, Menteri dan Perdana Menteri. Semua tahu mereka ada peranan
yang berbeza.
11. Contohnya, Ahli Parlimen (MP) ada 2-3 ADUN dibawahnya yang
menguruskan kawasan Dewan Undangan Negeri. ADUN menguruskan isu setempat dan
berbahas di peringkat negeri. MP pula mengangkat isu besar dan mewakili
kawasannya ke peringkat nasional. Berbahas di Dewan Rakyat.
12. Mereka ini punya skop berbeza. Jadi sebagai rakyat, kita nak
nampak ADUN buat kerja lebih dekat dengan kita, kerana dialah Manager kawasan.
Senior Manager (MP) hanya datang sekali sekala pun tidak mengapa, kerana kita
tahu dia banyak mengurus dari HQ (Parlimen).
13. Sama juga ketika banjir ini. Kita taklah "expect"
Menteri tolong bersihkan sekolah dari tahi cicak dan unggas. Atau masuk selut
sekali dengan rakyat. Yang kita expect dari dia, keluarkanlah polisi yang
bijak. Contohnya, Menteri Kebajikan Masyarakat boleh saja mobilise syarikat
MNC/ antarabangsa untuk membantu mangsa. Buat kerjasama awam-swasta. Itu yang
dibuat Menteri di kebanyakan negara.
14. Photo op yang kita hendak untuk Menteri ialah pada ketika
krisis ini, gambar dia dalam War Room di depan dashboard yang penuh update
semasa. Dia perlu mengarah dari situ. Takpun photo op dia berjabat tangan
dengan NGO/ Agensi luar negara yang komited untuk menolong kita. Itu pun dah
boleh tenteramkan jiwa. Kita tahu memang itu kerja dia.
15. Bagi ADUN/ MP pula kita expect dia turun padang. Bukan untuk
cuci lantai atau angkat tilam. Kita nak dia uruskan mana bantuan yang tak
sampai, permudahkan urusan rakyat. Kalau lori roro tak cukup, dia tolong
tambahkan. Kalau tentera atau bomba tak sampai, dia mobilise dan synergise
sukarelawan. Itu dia kena ada on the ground. Update dan update perkembangan
pada rakyat.
16. Selagi wakil rakyat kita sendiri keliru apa kerja mereka
pada kita, selagi itulah pemimpin politik akan ambil tindakan populis. Itu yang
ada buat majlis pelancaran bantuan, pastu boleh pulak bercuti di luar negara.
Jenuh pulak PM kena batalkan cuti mereka.
17. Pada saya, zaman telah berubah. Mendapat undi rakyat bukan
bermaksud automotik boleh jadi “Yang Berhormat”. Rakyat makin bijak dan matang.
Mereka tahu “respect is earned not demanded”.
18. Makanya, sebelum YB-YB nak digelar “Yang Berhormat”,
perlulah terlebih dahulu jadi yang “Yang Berkhidmat”. Barulah boleh menangkan
hati rakyat.
Wallahu a’alam.
Salam hormat,
Liyana Marzuki