Hampir empat tahun Terengganu di bawah pemerintahan Pas sejak
Pilihan Raya Umum 2018 lalu, namun tidak banyak kemajuan yang dapat dilihat.
Malah penglibatan pemimpin Pas dalam Kerajaan Persekutuan juga
tidak membawa apa apa pertambahan peluang pekerjaan. Malah pemimpin Kerajaan
Negeri seolah olah teruja pula melakukan 'upacara pelepasan' anak anak muda
yang akan berkerja di Selangor pada minggu lalu.
Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu, Azan
Ismail, dengan belanjawan negeri lebih RM2 bilion setahun sepatutnya Pas
berjaya mencipta peluang kerja bukannya semakin banyak rakyat terpaksa mencari
pekerjaan di negeri lain.
"Memang kerajaan Pas dalam hal ini tidak mampu untuk memikir
menambah peluang kerja. Bukan sahaja (Terengganu) terima royalti minyak RM1
bilion, sejak 3 tahun kebelakangan ini kerajaan Pas membelanjakan belanjawan
negeri setahun melebihi RM2 bilion.
"Jadi perbelanjaan ini dibelanjakan untuk apa? Terlalu
banyak, tetapi tidak menghasilkan apa apa peluang pekerjaan kepada rakyat
tempatan. Seolah olah Pas nak menghalau rakyat Terengganu (berhijrah),"
katanya.
Azan menambah, dengan tanah yang luas Kerajaan Negeri sepatutnya membawa
teknologi moden dalam industri pertanian dan menggalakkan anak anak muda
bertani bagi mengurangkan import negara.
Namun katanya, pemimpin Pas tidak berfikir ke arah itu dan tidak
mengarahkan anak anak syarikat Kerajaan Negeri untuk mencipta pekerjaan.
Sebaliknya lebih senang melihat mereka berhijrah keluar
Flag
off anak muda Terengganu ke Selangor
"Akhirnya perbelanjaan (belanjawan) ini dibelanjakan untuk
apa? Terlalu banyak tetapi tidak menghasilkan peluang pekerjaan kepada rakyat
tempatan. Seolah oleh mahu menggalakkan rakyat keluar
"Ini satu kegilaan baharu pimpinan Pas. Islam mengajar
berusaha mempertingkatkan keadaan atau suasana di tempat sendiri.
"Penghijarahan ini hanya perlu untuk tujuan membantu di
tempat lain, membangunkan tempat yang mundur. Tetapi sekarang Selangor negeri
maju. Mundur apa di sana (sehingga anak muda Terengganu ke sana).
"Tanggungjawab 'khalifah' (Pas) di Terengganu buat apa? Tidak
fikirkan anak muda, penduduk Terengganu dan dengan mudahnya nak melepaskan
diri, dialu alukan berhijrah. Ini satu kesilapan besar," katanya lagi.
Minggu lalu, pemimpin Pas Terengganu melakukan upacara flag
off rombongan beberapa bas anak
muda Terengganu yang akan bekerja di Selangor. Tindakan pempin Pas itu disindir
oleh netizen sebagai sebahagian daripada janji manifesto mahu mewujudkan 20,000
peluang pekerjaan buat rakyat Terengganu.