WARGA ASING INI CUBA MAIN NARATIH. KIOK.. APA NYA TOYA MATMIN KEPALA SINTAQ PUNYA MANUSIA.

 


PEMUDA UMNO INI NAMPAK TAK CERDIK. 

MESTI SEKOLAH TAK TINGGI

DUDUK DALAM NEGARA PUN TAK TAHU ISU SEMASA. 





Cubaan seorang penyokong tegar Barisan Nasional (BN) mengaitkan kenaikan harga RON95 tanpa subsidi kepada RM4.57 seliter dengan kekalahan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bertukar menjadi bahan sindiran.


Menerusi hantaran di Facebook, Mohd Muhaimin menulis, “Minyak naik lagi jadi RM4.57 orang Melaka wajib bagi PH kalah teruk.”


Namun, hantaran berkenaan dihujani kecaman dan sindiran termasuk bertanyakan mengenai kelayakan BUDI95.


Netizen mempersoalkan mengapa angka RM4.57 digunakan tanpa menyebut harga subsidi BUDI95 yang dinikmati pengguna layak.


Antara komen yang menarik perhatian berbunyi, “BUDI kan ada, kau warga asing ke?”, manakala seorang lagi secara berseloroh bertanya, “Takdak IC kah?”


Ada juga pengguna yang menyindir bahawa rakyat Malaysia yang layak masih boleh mendapatkan RON95 pada harga RM1.99 seliter melalui BUDI95, selain mempersoalkan sama ada pengendali akaun berkenaan mempunyai MyKad atau lesen memandu.


“Setuju, bila biru (BN) menang, mereka akan beri minyak percuma, tak ada kuota, isi sebanyak mana yang termampu. Stesen minyak tu buat macam stesen minyak sendiri. Betul tak admin?


“Kau ni PATI (pendatang tanpa izin) ke? Macam mana boleh jadi ahli Umno?,” demikian antara sindiran warganet.


Sindiran berhubung MyKad itu timbul kerana Kementerian Kewangan (MOF) mengesahkan penerima BUDI MADANI RON95 atau BUDI95 yang layak terus membayar RM1.99 seliter.


Walaupun harga RON95 tanpa subsidi meningkat kepada RM4.57 seliter bagi tempoh 24 hingga 30 September 2026, rakyat Malaysia yang layak masih kekal membayar RM1.99 seliter, dengan kelayakan asas sehingga 300 liter sebulan.


#harapandaily





HAIYA...APA MAU JADI.


 

JOM TENGOK MENTERI WILAYAH. HANNAH POTONG 2 ORANG MENTERI PAS.


 

SEBELUM TUDUH, JOM DENGAR BERITA BENAR. BERSATU SENDIRI BUAT LAPORAN


 

PANTUN ARWAH TOK GURU


 

KAMU DERHAKA PADA BETA.


 

PN DIBATALKAN ROS?




Syam Ghaz






PAS usah play victim, walhal kamulah pemangsa sebenar.


1. Takiyuddin dan PN kini cuba memberi gambaran seolah-olah tindakan RoS terhadap PN datang secara tiba-tiba.


2. Tetapi kronologinya jelas. Semua ini sebab PAS tendang BERSATU keluar PN, ajak WAWASAN masuk di PRN N9.


3. Kemelut ini bermula apabila berlaku pertikaian mengenai kedudukan BERSATU sebagai parti anggota PN dan keputusan untuk tidak melibatkan BERSATU dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada 16 Julai 2026. 


4 Pada hari itu, PN sendiri mengumumkan bahawa rundingan pembahagian kerusi PRN Negeri Sembilan melibatkan PAS, Wawasan, Gerakan dan MIPP. 


5. BERSATU kemudian membuat aduan kepada RoS pada 11 Ogos 2026, termasuk berhubung isu tidak dilibatkan dalam mesyuarat tersebut dan status keanggotaannya dalam PN. 


6. BERSATU ketika itu menegaskan bahawa kedudukannya sebagai parti anggota masih sah. Azmin Ali merujuk kepada Fasal 7A Perlembagaan PN, yang menurut beliau memperuntukkan bahawa kedudukan “parti anggota” perlu diputuskan oleh Majlis Presiden. 


7. Takiyuddin dan Shamsuri sendiri kemudiannya memberikan keterangan kepada RoS berhubung isu tersebut. Beliau dilaporkan berkata beliau menjelaskan perkara itu kepada RoS.


8. Kemudian dari pergaduhan PAS - BERSATU itu lah datang dua dokumen RoS.


I. Surat pertama bertarikh 22 SEPTEMBER 2026


PN menerima notis di bawah Subseksyen 13(2) Akta Pertubuhan 1966.


Maksudnya bukan PN terus dibubarkan pada hari itu.


PN diberikan 30 hari untuk mengemukakan representasi mengapa pendaftarannya tidak patut dibatalkan. 


Ii. Surat kedua bertarikh 23 SEPTEMBER 2026


Muncul pula perintah penggantungan di bawah Subseksyen 13(2A) yang menurut surat dari PN memaklumkan penggantungan semua aktivitinya sehingga selesai.


9. Jadi jangan campurkan dua perkara:


Notis 22 September, ROS bagi peluang 30 hari untuk PN menjawab.


Perintah 23 September, penggantungan aktiviti PN, bukannnya pembubaran PN.


Takiyuddin sendiri selalu SUA PN sendiri mengesahkan kedua-dua dokumen tersebut dalam kenyataan bertarikh 24 September 2026.


10. Jadi, persoalan sebenarnya ialah:


Kalau pertikaian ini bermula daripada pergaduhan dan pertikaian dalaman PN, termasuk isu BERSATU tidak dipanggil ke mesyuarat pada 16 Julai 2026, mengapa sekarang RoS dan kerajaan pula kononnya yang nak dipersalahkan?


11. BERSATU sendiri membuat aduan.

RoS pula menjalankan proses.

Pimpinan PN dipanggil memberi penjelasan.

Kemudian RoS mengeluarkan 2 notis.


Itulah kronologinya.


12. Bukannya RoS yang mencipta pertikaian antara PAS dan BERSATU. Kamu gaduh sama sendiri. Tamak!


13. Dan bukan RoS yang menentukan siapa patut duduk dalam PN.


14. Sebaliknya, pertikaian mengenai kedudukan BERSATU dalam PN memang telah menjadi pertikaian terbuka sejak Ogos lepas.


15. Presiden PAS Abdul Hadi Awang ketika itu menyatakan BERSATU telah terkeluar, manakala Azmin menolak pandangan tersebut dan menyatakan BERSATU masih anggota PN yang sah. 


16. Jadi jangan ubah naratif, kononnya nak tarik simpati nak salahkan Kerajaan Pusat.


Ini semua kes pertikaian dalaman mengenai parti anggota PN diurus sehingga sampai ke tahap RoS mengeluarkan notis pembatalan dan perintah penggantungan.


17. Dan satu lagi persoalan politik yang tidak boleh dielakkan:


Apabila berlaku usaha mengubah kedudukan BERSATU dalam PN dan pada masa sama struktur serta kepimpinan gabungan itu berubah, siapa sebenarnya yang membuat keputusan tersebut dan atas asas peruntukan mana dalam Perlembagaan PN?


18. Itulah soalan yang perlu dijawab.


Bukan sekadar meminta simpati.

Bukan sekadar menyalahkan RoS.

Dan bukan sekadar menyalahkan kerajaan.


Jawab dahulu bagaimana krisis dalaman PN ini bermula.


Usah ‘play victim’ kerana pemangsa sebenar adalah PAS, BERSATU jadi mangsa kerakusan dan ketamakan percaturan politik draconian PAS - WAWASAN. 


19. Takda kaitan tarikh pembubaran Dun Melaka dengan aduan Bersatu ke RoS. Rujuk kronologi.


Syam Ghaz


P/s: pinjam poster Suara Rakyat - SR




ORANG TAK ADA AKHLAK.


Che Ibrahim. 




 Aku dah agak, mesti ada posting sebegini.... semakin hilang moral akibat kebencian politik. 


" Dia bila plak nak mampos..." 


Pohon ###SKMM ambil tindakan ke atas admin



SEMBANG...



 Status projek Hospital Wanita dan Kanak-Kanak An-Nisa’ bernilai RM100 juta di Pengkalan Chepa kembali menjadi persoalan, lapan tahun selepas majlis pecah tanahnya diadakan pada April 2018.






Mengikut laporan ketika projek itu diumumkan, hospital berkonsepkan patuh syariah itu dirancang dibangunkan di atas tanah seluas 1.6 hektar di Padang Tembak, Pengkalan Chepa.


Majlis pecah tanah bagi projek menerusi kerjasama Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan Permodalan Kelantan Berhad (PKB) pada 19 April 2018 itu disempurnakan Timbalan Menteri Besar Kelantan ketika itu, Mohd Amar Nik Abdullah.


Ketika pengumuman dibuat, Pengerusi PKB, Dr Izani Husin dilaporkan berkata pembinaan dijadual bermula pada Januari 2019 dan mengambil masa kira-kira 36 bulan untuk disiapkan.


Perancangan asal membabitkan sebuah bangunan hospital lapan tingkat dengan 80 katil, khusus bagi perkhidmatan wanita dan kanak-kanak. Ia juga dirancang menggantikan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak An-Nisa’ sedia ada di pusat bandar Kota Bharu.


Bagaimanapun, pada Jun 2023, projek berkenaan dilaporkan masih belum memasuki peringkat pembinaan seperti yang dirancang.


Laporan itu turut membangkitkan persoalan mengenai kelewatan projek selepas majlis pecah tanah dilakukan beberapa tahun sebelumnya.


Semakan terkini pula menunjukkan Pusat Perubatan An-Nisa’ di Jalan Sultan Ibrahim, Kota Bharu masih beroperasi; rekod Majlis Perubatan Malaysia bagi 2026 masih menyenaraikannya sebagai tempat amalan doktor.


Ini merupakan kemudahan sedia ada dan perlu dibezakan daripada projek hospital baharu RM100 juta di Pengkalan Chepa.


Setakat semakan sumber terbuka yang dibuat, belum ditemui pengumuman rasmi terkini yang mengesahkan projek hospital baharu RM100 juta itu telah siap dan mula beroperasi.


#harapandaily




2 kejadian yang menarik malam ni.



Norman Daud





1- kerajaan negeri sembila telah mewartakan pemecatan semua exco kerana telah melanggar sumpah taat setia kepada YMTB.


2- Rais yatim akan didakwa dibawah akta hasutan.


Daulat Tuanku!!




Pembatalan pelantikan kesemua 10 Exco akhirnya diwartakan pada 24 September!



Nazri Hamdan






Warta itu menyatakan pembatalan berkuat kuasa sejak 20 September selepas Tuanku Muhriz menarik balik perkenan kerana mereka didapati melanggar ikrar taat setia. 


Tindakan tersebut dibuat berdasarkan Perkara 38(5) Undang Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959. 


Jadi apa maksud ni?


Apabila pembatalan pelantikan 10 Exco diwartakan, maksudnya keputusan Tuanku Muhriz bukan lagi setakat pengumuman Istana, tetapi sudah dimasukkan ke dalam rekod rasmi kerajaan negeri. 


Dari sudut pentadbiran, jabatan kerajaan sekarang mempunyai dokumen rasmi yang menyatakan mereka bukan lagi Exco berkuat kuasa 20 September. 


Twist paling besar ialah sebelum ini Menteri Besar dan Exco mahu penurunan Tuanku Muhriz diwartakan, tetapi Setiausaha Kerajaan Negeri enggan melaksanakannya kerana didakwa menerima pandangan bahawa proklamasi tersebut tidak sah. 


Akhirnya, bukan penurunan Tuanku Muhriz yang masuk dalam warta, sebaliknya pembatalan jawatan 10 Exco yang diwartakan. 


Dalam percaturan kuasa ini, pihak yang mahu menggunakan warta bagi mengesahkan perubahan di Istana akhirnya berdepan warta yang secara rasmi menyingkirkan mereka sendiri daripada pentadbiran negeri.