PM Anwar Solat, Iringi Jenazah Abang Sehingga Disemadikan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama ratusan jemaah menunaikan solat jenazah Allahyarham abangnya, Idrus Ibrahim, selepas solat Jumaat di Dewan Solat Sementara Masjid Cheruk Tok Kun Bawah, Bukit Mertajam, pada 25 September 2026. Foto Instagram Anwar Ibrahim

BUKIT MERTAJAM, 25 Sep – Jenazah abang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Allahyarham Idrus Ibrahim, 83, selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Cherok Tokun Bawah, di sini, hari ini.

Anwar turut mengiringi perjalanan terakhir jenazah Allahyarham yang dibawa ke tanah perkuburan kira-kira pukul 2.10 petang selepas solat jenazah yang disempurnakan Mufti Pulau Pinang, Prof Madya Datuk Dr. Mohd. Sukki Othman.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama ratusan jemaah menunaikan solat jenazah Allahyarham abangnya, Idrus Ibrahim, selepas solat Jumaat di Dewan Solat Sementara Masjid Cheruk Tok Kun Bawah, Bukit Mertajam, pada 25 September 2026. Foto Instagram Anwar Ibrahim

Bacaan talkin kemudian disempurnakan Imam 1 Masjid Jamek Cheruk Tok Kun Bawah, Ustaz Tengku Zahari Tengku Baharom, sebelum urusan pengebumian selesai kira-kira pukul 2.50 petang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama ratusan jemaah menunaikan solat jenazah Allahyarham abangnya, Idrus Ibrahim, selepas solat Jumaat di Dewan Solat Sementara Masjid Cheruk Tok Kun Bawah, Bukit Mertajam, pada 25 September 2026. Foto Instagram Anwar Ibrahim

Ratusan ahli keluarga, kenalan dan pemimpin hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham dalam suasana hiba dan pilu kurang 24 jam selepas Allahyarham menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 5.30 petang semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama ratusan jemaah menunaikan solat jenazah Allahyarham abangnya, Idrus Ibrahim, selepas solat Jumaat di Dewan Solat Sementara Masjid Cheruk Tok Kun Bawah, Bukit Mertajam, pada 25 September 2026. Foto Instagram Anwar Ibrahim

Sementara itu, Anwar ketika ditemui selepas pengebumian mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang hadir memberikan penghormatan terakhir serta membantu menguruskan jenazah Allahyarham.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama ratusan jemaah menunaikan solat jenazah Allahyarham abangnya, Idrus Ibrahim, selepas solat Jumaat di Dewan Solat Sementara Masjid Cheruk Tok Kun Bawah, Bukit Mertajam, pada 25 September 2026. Foto Instagram Anwar Ibrahim

Anwar juga menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kariah dan jawatankuasa masjid kerana memberi kerjasama yang amat baik bagi menguruskan perjalanan terakhir abangnya dari semalam hingga selesai.

“Terima kasih kepada semua yang hadir,” ujarnya ringkas.

No comments: