Nazri Hamdan
Warta itu menyatakan pembatalan berkuat kuasa sejak 20 September selepas Tuanku Muhriz menarik balik perkenan kerana mereka didapati melanggar ikrar taat setia.
Tindakan tersebut dibuat berdasarkan Perkara 38(5) Undang Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.
Jadi apa maksud ni?
Apabila pembatalan pelantikan 10 Exco diwartakan, maksudnya keputusan Tuanku Muhriz bukan lagi setakat pengumuman Istana, tetapi sudah dimasukkan ke dalam rekod rasmi kerajaan negeri.
Dari sudut pentadbiran, jabatan kerajaan sekarang mempunyai dokumen rasmi yang menyatakan mereka bukan lagi Exco berkuat kuasa 20 September.
Twist paling besar ialah sebelum ini Menteri Besar dan Exco mahu penurunan Tuanku Muhriz diwartakan, tetapi Setiausaha Kerajaan Negeri enggan melaksanakannya kerana didakwa menerima pandangan bahawa proklamasi tersebut tidak sah.
Akhirnya, bukan penurunan Tuanku Muhriz yang masuk dalam warta, sebaliknya pembatalan jawatan 10 Exco yang diwartakan.
Dalam percaturan kuasa ini, pihak yang mahu menggunakan warta bagi mengesahkan perubahan di Istana akhirnya berdepan warta yang secara rasmi menyingkirkan mereka sendiri daripada pentadbiran negeri.

No comments:
Post a Comment