Najib ‘Mengaku Kalah’ Tak Mampu Bayar Denda RM50 Juta – Peguam

Peguam Najib Razak, Muhammad Shafee Abdullah ketika sidang media selepas prosiding mahkamah pada 25 September 2026.
KUALA LUMPUR, 25 Sep – Najib Razak kini seakan ‘mengaku kalah’ setelah perlu membayar denda RM50 juta sebagai antara syarat pengampunan bersyarat yang ditetapkan, namun pada masa sama tidak mempunyai kemampuan untuk menjelaskan jumlah berkenaan.
Menurut peguamnya, Muhammad Shafee Abdullah, Najib sendiri tidak mampu membayar denda itu selepas akaun bank atas namanya juga dibekukan.
“Dia serba salah sebab dia sepatutnya bayar, tetapi dia tidak ada duit,” katanya pada sidang media selepas prosiding mahkamah di sini, hari ini.
Peguam Negara Sahkan Keluarga Najib Belum Bayar Denda RM50 Juta
Muhammad Shafee berkata, akaun bank Najib sudah dibekukan termasuk akaun di Affin Bank yang digunakan untuk menerima gaji Najib sebagai Perdana Menteri dan Ahli Parlimen.
Mengenai berapa jumlah sumbangan terkumpul yang sudah diperolehi setakat ini, peguam utama Najib itu berkata, dia tidak mengetahui perkara itu berikutan ia di luar bidang kuasanya.
Pada 21 September lalu, keluarga bekas presiden Umno itu masih belum melangsaikan denda RM50 juta yang menjadi syarat bagi membolehkan beliau menjalani baki tahanan.
Membayangkan kesukaran itu biarpun ‘derma’ mula dilancarkan pada hari sama, namun belum ada sebarang perkembangan terkini berhubung jumlah kutipan denda serta baki yang diperlukan bagi membolehkan Najib, 73, menyambung tahanan.
Menurut Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, bayaran denda berkenaan perlu dibuat di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memandangkan kes tersebut bermula dan dibicarakan di mahkamah berkenaan.
No comments:
Post a Comment