GEMPAR!! | PAS MULA PERTIKAI PENANG BELI 'SEBUAH' KERETA MERCEDES

Bob Kelanang

Adun Penaga, YB Yusni Mat Piah semalam mendakwa beliau terkejut apabila membaca laporan berita mengenai tindakan kerajaan Pulau Pinang yang membeli kereta baharu untuk kegunaan Ketua Menteri yang dikatakan bernilai RM458,122.78. Model kereta baharu yang dimaksudkan adalah Mercedes S560e menurut lidah rasmi Pas, Harakah Daily.


Yusni Mat Piah juga mempertikaikan tindakan kerajaan Pulau Pinang membeli kereta baharu ketika rakyat sedang berhadapan dengan penularan pandemic COVID-19.


Beliau juga menyatakan bahawa, nilai tersebut boleh membeli bakul makanan bernilai RM50 kepada 9,162 buah keluarga di Pulau Pinang.


Sikap kerajaan Pulau Pinang juga dikatakan berbeza dengan sikap Perdana Menteri dan kerajaan PN yang dikatakan lebih mengutamakan rakyat dan golongan yang memerlukan.


Mungkin Adun Penaga itu terlupa atau sengaja tidak mahu bercakap benar kepada rakyat dan cuba memusingkan fakta yang berlaku sebenarnya.


Pada Januari 2020 tahun lalu kerajaan Kelantan di bawah pemerintahan Pas telah berbelanja mewah dengan membeli 14 buah kereta Mercedes Benz bukan sebuah seperti kerajaan Pulau Pinang.


14 buah Mercedes yang dibeli oleh kerajaan Kelantan pada awal tahun lalu dianggarkan bernilai hampir RM700,000 sebuah seperti yang disiarkan oleh Berita Harian bertarikh 16 Januari 2020. Jika harga RM700,000 sebuah, kerajaan Kelantan telah membelanjakan RM9.8 juta untuk membeli kereta mewah tersebut.


Namun, Dewan Pemuda Pas Pusat pada 1 Februari 2020 telah menyatakan bahawa hanya RM3.5 juta sahaja digunakan untuk membeli 14 buah kereta mewah tersebut.


Sejauh mana keprihatinan kerajaan Kelantan, negeri TERMISKIN di Semenanjung berbelanja mewah membeli 14 buah kereta dengan harga RM3.5 juta. Nilai tersebut sepatutnya boleh membeli bakul makanan RM50 kepada 70,000 keluarga miskin di Kelantan.


Terbukti Pas jauh lebih tidak prihatin kepada rakyat di Kelantan. Malah sanggup menaikkan gaji setiap ADUN di saat rakyat Kelantan terus merana dengan pelbagai masalah yang tidak berkesudahan.



Muhyiddin nak tunggu apa lagi?

Shahbudin


Esok mungkin ada MP lain menyusul menarik sokongan yang sama.

Eloklah mula berkemas barang-arang di pejabat....



PENGKHIANAT & UMNO


1. Satu ketika dulu, sebahagian besar ahli dan pemimpin UMNO meninggalkan UMNO untuk menubuhkan Bunga. Lalu mereka sertai PRU bersama Pakatan Harapan dengan niat kuburkan UMNO. Pada waktu itu, naratif yang mereka jaja adalah Bunga sebagai parti alternatif orang melayu yang baharu menggantikan UMNO. 


2. Pada UMNO tindakan ini satu pengkhianatan.


3. Tidak cukup dengan itu, selepas 22 bulan memerintah negara. Bunga telah merancang satu lagi langkah pengkhianatan di Hotel Sheraton untuk menumbangkan kerajaan PH. Melalui langkah ini bukan kerajaan pusat PH saja yang tumbang tetapi negeri-negeri yang diperintah PH seperti Johor, Kedah, Perak dan Melaka turut jatuh.


4. Sekali lagi Bunga khianat. 


5. Tidak kurang hebatnya cerita Bulan ketika bersama Pakatan Rakyat. Sebelum berlangsungnya PRU-13, pembahagian kerusi antara 3 parti dalam PR dianggap selesai. Keadilan, DAP dan Bulan telah diperuntukan kawasan masing-masing. Jadi sepatutnya tidak berlaku pertindihan. Tetapi sebaik saja tiba masa penamaan calon, senyap-senyap Presiden Bulan menandatangani watikah kepada calon bulan supaya tanding di beberapa kerusi yang sepatutnya Keadilan tanding sehingga berlaku tiga penjuru sekaligus menyebabkan undi PR pecah. Tindakan bodoh Bulan ini telah memberi laluan kemenangan kepada BN. 


6. Hari ini Bulan bersama UMNO atas nama Muafakat Nasional. Dalam masa yang sama Bulan bersama Bunga dalam Perikatan Nasional. Namun apa yang berlaku adalah Bulan tidak mahu daftarkan MN sebaliknya mendaftarkan PN secara rasmi. 


7. Selain itu, beberapa minggu lepas, pemimpin Bulan pernah menyatakan hasrat mereka untuk bertanding menggunakan lambang sendiri ketika PRU15. Jadi apa gunanya Bulan bersama PN atau MN? 


8. Tidakkah tindak tanduk Bulan ini juga boleh ditafsirkan sebagai perbuatan khianat?


9. Demikian juga dengan kisah mamat kabur Four Points dan rakan-rakannya. Mereka keluar daripada Keadilan dan bersekongkol dengan pembangkang untuk tumbangkan kerajaan PH. Sekarang mamat kabur dan rakan-rakan telah pun menyertai Bunga sebagai wadah baru mereka.


10. Kesimpulannya, kesemua; Bulan, Bunga dan mamat kabur Four Points yang kini berada bersama UMNO di dalam kerajaan ada sejarah melakukan khianat kepada rakan baik sendiri.


11. Adakah pemimpin UMNO masih lagi boleh mempercayai pengkhianat sebagai rakan sekutu di dalam sebuah gabungan untuk menghadapi PRU15 nanti? Sebuah gabungan yang tiada kejujuran politik. 


12. Elok jika UMNO bertindak segera keluar daripada kerajaan sebelum dikhianati. Tarik semula sokongan kepada PN. Selepas itu UMNO tidak perlu berunding dengan sesiapa pun berkaitan pembahagian kerusi bagi menghadapi PRU-15. Semua kerusi majoriti Melayu, UMNO boleh bolot. 


13. Itupun jika UMNO bijak. Terserahlah kepada UMNO, pilihan ditangan mereka.  


Sekian terima kasih.



KERAJAAN MUHYIDDIN DIAMBANG KEJATUHAN

 

Ahmad Jazlan tarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional

Fareez Azman
Ahmad Jazlan  tarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional
Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub hari ini menarik balik sokongannya kepada kerajaan PN. - Gambar fail
KOTA BHARU: Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub hari ini menarik balik sokongannya kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Perkara itu dimaklumkan dalam satu sidang media di Kota Bharu pada Sabtu.
“Maka dengan ini saya mengumumkan saya menarik diri daripada menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya.
Pendirian Ahmad Jazlan yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan itu menyaksikan kerajaan PN ketika ini memiliki sokongan 110 daripada 220 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.
Ahli Parlimen Machang tarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional

MACAM YAKIN MENANG LA KONONNYA

 


Umno, Bersatu, Pas hanya akan runding kerusi dimenangi PH, kata MB Kedah

Umno, Bersatu, Pas hanya akan runding kerusi dimenangi PH, kata MB Kedah

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor berkata PAS, Umno dan Bersatu hanya akan berunding di kerusi yang sebelum ini dimenangi Pakatan Harapan (PH) .

Jelasnya, tiada pertembungan antara ketiga-tiga parti itu pada pilihan raya umum (PRU) akan datang kerana masing-masing sudah mencapai persetujuan untuk mempertahankan kerusi dimenangi pada pilihan raya lalu.

“Tempat PH menang baru kita runding, tempat tak berlaga (bertembung) tak perlu runding,” katanya ketika ditemui di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur, hari ini.

Hubungan Umno dengan parti serpihannya Bersatu – yang merupakan sekutu di peringkat Pusat –  kini retak dengan Umno dijangka akan membuat keputusan sama ada untuk meneruskan kerjasama dengan parti itu atau sebaliknya pada perhimpunan agung mereka, hujung bulan ini.

Konflik antara Umno dan Bersatu menjadikan PAS sebagai tumpuan, sama ada parti itu akan setia bersama Umno dalam Muafakat Nasional (MN) atau kekal bersama Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN).

PAS bagaimanapun berulang kali menegaskan bahawa Umno dan Bersatu perlu kekal menjadi rakan sekutu.

Mei lalu PN Kedah mengumumkan pembentukan kerajaan baru selepas mereka mendapat sokongan 23 ahli dewan undangan negeri (Adun) termasuk dari Bersatu.

Dua puluh tiga Adun terbabit adalah 15 daripada PAS, Bersatu (empat), Umno (dua) dan Bebas (dua) yang juga bekas ADUN PKR.

Secara keseluhan DUN Kedah mempunyai 36 kerusi.

Dalam pada itu, Sanusi berkata hubungan antara tiga parti membabitkan Umno, PAS dan Bersatu tidak bermasalah di negeri itu.

“Kita di Kedah tidak ada masalah dengan Umno, Bersatu. Semua OK.

“Saya rasa tidak ada (pertembungan), saya jaga parti saya dan kita jadi ejen kepada perpaduan ummah?

“Kita pertahan semuanya (kerusi dimenangi), tiga (kerusi) parlimen dan 15 DUN. Malah seluruh negara (kerusi) kita menang, kita kekal bertanding,” katanya lagi.



PARTI PEJUANG MENGEMIS GUNA AMANAH DALAM PRU MENDATANG

 


Pejuang pertimbang bertanding atas tiket Amanah

Pejuang pertimbang bertanding atas tiket Amanah

Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) akan mempertimbangkan tawaran daripada parti Parti Amanah Negara (Amanah) untuk masuk dan bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) atas tiket parti itu.

Menurut Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, pelawaan itu boleh ditimbang tara sekiranya parti itu tidak meletakkan syarat tertentu.

Katanya, apa yang penting adalah matlamat serta wadah perjuangan perlu selari untuk membangunkan negara serta menunaikan amanah rakyat.

Jelas beliau, sekiranya Amanah tidak meletakkan syarat tiada kerjasama dengan kelompok menyokong kepemimpinan kleptokrat, beliau akan memikirkan perkara itu.

Beliau berkata, kepemimpinan Pejuang terbuka untuk bekerjasama namun syarat berkenaan mesti dipatuhi terlebih dahulu.

“Sepertimana yang kita semua ingat, pada PRU14 hari itu kami semua bertanding di bawah lambang Parti Keadilan Rakyat. Mungkin itu satu kaedah, iaitu calon-calon daripada Pejuang ini bertanding menggunakan lambang daripada parti lain tapi perlu ada persetujuan dengan tuan punya parti itu.

“Satu lagi yang biasa dibuat, ketua parti iaitu presiden parti biasanya yang akan menandatangani watikah calon sebelum itu boleh berlaku rundingan kerusi (tapi) belum sampai tahap tu lagi.

“Namun demikian apabila ada ura-ura pilihan raya akan berlaku tidak lama lagi, maka saya ingat kita dah kena segerakanlah,” katanya selepas menghadiri Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan Parlimen Jerlun, hari ini.

Selasa lalu Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi, menpelawa Pejuang untuk menyertai parti itu dalam PRU15 ini sekiranya penubuhan parti itu gagal dalam permohonan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).


Ahli Parlimen Machang tak lagi sokong Muhyiddin dan PN

PERLUKAH AMBIL RESIKO LAGI? DI KHIANATI!!SEJARAH PKR DENGAN TUN SELAMA 2...

MGNews : UMNO Bukan Gila Nak PRU Musim Covid-19! - Nazri Aziz

UMNO PERLU DIELAK DARIPADA ‘DIMAMPUSKAN’, JANGAN SAMPAI SEJARAH UMNO DIHARAMKAN BERULANG LAGI

 

Walaupun desakan UMNO ketika ini mahu PRU segera seolah-olah menggambarkan parti itu tidak sabar dan begitu yakin mampu berkuasa semula, tujuan sebenarnya lebih daripada itu.

Tujuan utama UMNO tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu dan keluar daripada kerajaan PN ialah lebih untuk mengelakkan parti itu daripada “dimampuskan” secara perlahan-lahan.

Selama 10 bulan berada dalam kerajaan PN dan berkubang dengan Bersatu, UMNO akhirnya sedar mereka banyak dibuli dan dilemahkan oleh parti serpihannya sendiri.

Hanya kerana Bersatu memiliki banyak kuasa, semua itu digunakan untuk melemahkan UMNO supaya akhirnya Bersatu dapat berperanan menjadi penggantinya.

Bukan saja dalam konteks memenangi kerusi pilihanraya di mana Bersatu mahu mengambil kerusi-kerusi milik UMNO, malah tanpa UMNO juga, Bersatu tidak mungkin mampu menang banyak kerusi Melayu.

Sebagaimana dalam PRU14, pergantungan UMNO adalah kepada PKR dan DAP, untuk PRU akan datang, sasaran berpaut mereka ialah kepada UMNO dan Pas pula.

Tetapi, kekuatan Pas semata-mata mungkin tidak mampu mengekalkan kuasa Bersatu, maka menjadi dedalu di atas dahan UMNO adalah pilihan yang paling munasabah untuk mengekalkan kuasa yang ada sekarang ini.

Yang pasti, selagi membiarkan dirinya ditumpangi dedalu Bersatu, UMNO pasti akan “mati” akhirnya kerana tidak ada dedalu yang tidak memakan dahan yang ditumpanginya.

Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri bukan saja tidak akan membiarkan pemimpin UMNO diberi tempat sewajarnya dalam kerajaan, malah alan mengurangkan jumlah kerusi untuk UMNO agar tidak melebihi apa yang dimiliki Bersatu.

Sekarang ini, selain dibuli dalam banyak aspek seperti pembahagian jawatan dalam kerajaan dan sebagainya, dalam tempoh 10 bulan saja sudah ramai pemimpin UMNO yang hati dan kiblat politiknya lebih condong ke arah Bersatu.

Tetapi, pernahkah kita dengar ada pemimpin Bersatu yang pro kepada UMNO?

Semua itu berlaku kerana Bersatu sedang memiliki banyak kuasa serta mampu menawarkan pelbagai jawatan dan kemewahan.

Kelebihan yang ada itu sedang digunakan sepenuhnya untuk mengukuhkan kedudukan Bersatu, melemahkan UMNO dan kemudian menjadikannya parti yang tidak lagi bermaya.

Jika hanya dalam tempoh 10 bulan saja sudah kedapatan ada pemimpin kanan UMNO yang pro Bersatu, ditambah dengan sekumpulan mereka yang khianat menyertai Bersatu sebelum, tidak dapat ditolak lagi lama masa berlalu, lagi macam-macam kemungkinan boleh berlaku.

Untuk itu, UMNO tidak ada pilihan selain bertindak menghentikan kemungkinan lebih buruk berlaku kepada masa depannya dengan sesegera dan secepat yang boleh.

Jika dirasakan Perhimpunan Agung UMNO pada 31 Januari nanti terlalu lama dan mungkin ia cuba dihalang atas pelbagai sebab, maka tindakan mengumumkan keluar segera daripada kerajaan dan menarik sokongan terhadap Muhyiddin adalah pilihan yang tidak boleh dielak lagi.

Hanya dengan keluar daripada PN saja UMNO dapat menyelamatkan masa depannya dan ketika ini mereka jangan fikir bahawa tindakan itu mesti berakhir dengan PRU semata-mata.

Setelah jatuh Muhyiddin dan PN, kemudian jika kerajaan baru terbentuk juga dapat membuatkan UMNO lebih terjamin masa depannya.

Berbanding Muhyiddin dan Bersatu yang hanya boleh terus hidup jika UMNO berjaya dibuli dan dilemah sehingga akhirnya “dimatikan”, Anwar Ibrahim dan PKR sebaliknya tidak berniat sama sekali untuk “memampuskan” UMNO demi survivalnya.

PKR dan UMNO hanya musuh politik, tetapi bukan pesaing yang berkubang di lubuk yang sama.

Dalam hal berkaitan, jika UMNO sebelum ini pernah diharamkan untuk mengelakkan pemilihan 1987 daripada diadakan semula, seterusnya untuk menghalang Tengku Razaleigh Hamzah daripada terus berada dalam UMNO yang dibarukan, apakah tidak mustahil Muhyiddin juga melakukan hal yang sama kepada UMNO demi masa depannya?

Bukankah Muhyiddin dan Tun Mahathir, selain dalam kelompok Team A ketika bersama UMNO, mereka berdua juga sama-sama menubuhkan Bersatu sebelum ini?

Mustahilkah gaya politik Tun Mahathir menjadi tiruan bagi Muhyiddin? 


(Shahbudindotcom 09/01/2021)




KESIAN HARAKAHDAILY- DULU ANTARA AKHBAR YANG DIPERCAYAI- KINI JATUH SEJATUHNYA LEBIH TERUK DARI UTUSAN MALAYSIA

 






Jika Muhyiddin berani jangan guna alasan Covid halang Perhimpunan Agung Umno


Hala tuju UMNO semakin jelas

Menyedari beberapa usul yang akan dibawa ke Perhimpunan Agung Umno (PAU) pada 30 – 31 Januari ini mungkin menggugat survival kerajaan Perkatan Nasional (PN), Perdana Menteri (PM) Muhyiddin Yassin mungkin menggunakan helah pandemik Covid 19 bagi menggugat pengajuran persidangan tersebut.

Bagi Wanita KEADILAN, sekiranya Muhyiddin dan pemimpin PN lainnya ‘anak jantan’ maka PAU wajar dibenarkan berlangsung tanpa gangguan dalam membahaskan semua usul dari akar umbi parti berkenaan.

Sehubungan itu, Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN, Loh Ker Chean mencabar Muhyiddin agar tidak menggunakan alasan Covid 19 bagi menghalang PAU.

“Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan pada 7 Januari 2021 mengumumkan bahawa usul untuk memutuskan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sekaligus mempertahankan kerjasama dengan Pas akan dibawa ke PAU pada 31 Januari 2021.

“Berdasarkan perkembangan ini, Wanita KEADILAN mencabar PM merangkap Pengerusi Bersatu, Tan Sri Muhyiddin membenarkan PAU berlangsung tanpa menggunakan sebarang helah politik termasuk alasan wabak Covid-19.

“Wanita KEADILAN melontarkan cabaran ini mengambil iktibar daripada insiden persembahan cadangan pengisytiharan darurat di seluruh negara ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 2020 oleh PM demi kepentingan politik peribadinya ketika itu,” katanya Ker Chean satu kenyataan.

Menurut beliau lagi, sikap Muhyiddin dan pemimpin PN perlulah berubah memasuki dekad baharu. Mereka perlu menyedari ketidakstabilan kerajaan PN dalam mentadbir negara.

Kemelut persekongkolan PN yang masih tidak usai sejak tercetusnya Langkah Sheraton, kata Ker Chean, telah merencatkan usaha memerangi wabak Covid -19 sekaligus menjejaskan keyakinan pelabur luar untuk melabur.

PM Muhyididn, katanya, perlu mengutamakan penyelesaian kemelut berkenaan dengan menerima keputusan PAU kelak, sama ada Umno akan kekal menyokong beliau atau tidak selaku PM dengan majoriti paling tipis dalam sejarah Malaysia.

“Negara ini telah menunjukkan teladan yang terbaik kepada dunia, terutamanya negara-negara yang mendukung sistem demokrasi pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu apabila peralihan kuasa yang aman dan damai berlaku.

“Wanita KEADILAN berharap agar Muhyiddin tidak mencontohi Presiden Amerika Syarikat Donald Trumph yang enggan memudahkan proses peralihan kuasa sehingga menyebabkan tragedi berlaku di negara itu kebelakangan ini.

“Saya menyeru PM supaya mengizinkan peralihan kuasa berlaku dengan aman sekiranya beliau kehilangan sokongan Umno menerusi PAU pada hujung bulan ini,” katanya lagi.

Perhimpunan Agung Umno dijangka akan membuat ketetapan mengenai hubungan parti itu dengan Bersatu. Sama ada kerjasama akan diteruskan sehingga PRU ke 15 atau akan dihentikan serta merta bergantung kepada persetujuan perwakilan dalam PAU pada hujung bulan ini.

Kenyataan Ahmad Maslan menghina, kata Guan Eng

 


Kenyataan Ahmad Maslan menghina, kata Guan Eng

Lim Guan Eng menyelar Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan kerana mengulas isu desakan parti itu untuk mengadakan pilihan raya umum (PRU) dengan membuat perbandingan di antara tukang parut kelapa dengan pemegang ijazah doktor falsafah (PhD).

Kata setiausaha agung DAP itu, kenyataan Ahmad itu adalah suatu kesombongan dan menghina pekerja biasa yang menolak idea agar PRU diadakan semasa Covid-19 masih mengancam.

“Ucapan menghina Ahmad terhadap pekerja biasa yang menentang tuntutan Umno untuk PRU menunjukkan betapa jauhnya pemimpin Perikatan Nasional (PN) terputus dengan penderitaan dialami rakyat biasa.

“Ahmad dengan sombong menyatakan bahawa hanya orang berpendidikan PhD saja yang akan memahami keperluan PRU awal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, dalam program wacana ilmu bersama Umno Perak yang disiarkan di Facebook, Ahmad berkata dia ditunjukkan temu bual media dengan seorang pemarut kelapa yang tidak bersetuju PRU diadakan kerana Covid-19.

“Saya dipertontonkan dengan Astro Awani atau TV3, tidak pasti, dia ada temu bual seorang pemarut kelapa. Tak pastilah (individu) itu daftar undi atau tidak. Dia cakap tak boleh lakukan PRU kerana Covid-19.

“Tapi saya jawab kenapa perlu PRU… kerana banyak negara yang sudah lakukan antaranya di Amerika Syarikat, Singapura dan kita juga dah laksana pilihan raya kecil (PRK) di Chini, Slim dan pilihan raya negeri (PRN) Sabah.

 

“Sabah itu kes tinggi pun punca mereka kerana orang-orang pulau naik motorbot mereka masuk tanpa saringan dan sebagainya. Itu antara punca saya difahamkan, dan ia merebak di pulau sekitar itu.

“Kita perlukan PRU kerana kerajaan ini juga merupakan kerajaan yang paling tipis (majoriti) di dunia. Kerusi parlimen ada 222, kalau nak jadi kerajaan kena ada 111 campur satu (kerusi) lagi minima. Ha… dan itu yang kerajaan Malaysia ada sekarang.

“Rasanya yang parut kelapa tadi itu dia tidak perasan, yang ditemu bual sebagai suara akar umbi (rakyat) itu tidak tahulah hanya lepasan sekolah tinggi kot.

“Kalau dari UIA (Universiti Islam Malaysia) atau ada PhD, saya rasa dia boleh ulas dengan lebih tepat,” kata Ahmad.

Krisis terbesar dalam sejarah

Program berkenaan dianjurkan Umno Tanjung Malim.

Ucapan Ahmad itu dibidas sebahagian pengguna media sosial yang tidak menyambut baik pandangannya.

Ahmad juga sebelum itu mendakwa salah satu sebab utama Umno tidak berpuas hati dengan kerajaan PN adalah kerana langkah gabungan berkenaan meneruskan kes mahkamah terhadap parti tersebut dan para pemimpinnya.

Katanya faktor itu mengatasi faktor tidak puas hati mereka terhadap pengagihan jawatan.

Dia menggambarkan kes-kes tersebut adalah “kezaliman” zaman PH dan apabila kes tersebut diteruskan di mahkamah, sebab itulah, PRU perlu diadakan untuk memilih kerajaan baru.

Tengku Adnan Tengku Mansor

 

Lim berkata dia teringat amaran Pengarah Urusan dan Ketua Ekuiti Credit Credit Suisse Malaysia Stephen Hagger bulan lalu tentang kesan mengabaikan penurunan penarafan kredit negara oleh Fitch Ratings.

Katanya, peringatan seperti itu tidak pernah dikeluarkan baik oleh Hagger atau pakar kewangan lain semasa negara ditadbir Pakatan Harapan (PH).

Bulan lalu, Hagger mengulas keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) bekas menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor dalam kes rasuah bernilai RM1 juta.

Katanya keputusan tersebut menimbulkan kerisauan Credit Suisse Malaysia.

Turut menyentuh dua lagi kes DNAA membabitkan anak tiri Najib Razak – Riza Aziz – dan bekas ketua menteri Sabah Musa Aman, Hagger berkata, ia “jelas” melibatkan kepentingan awam digugurkan, dan kesannya dapat dilihat daripada penurunan penarafan oleh Fitch Rating Inc.

Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi Khairy Jamaluddin Abu Bakar dari Umno juga mengkritik kenyataan awal Ahmad dan menggesanya tidak menggambarkan Umno kecewa dengan kerajaan PN kerana isu mahkamah.

Kata Khairy, kenyataan seperti dibuat ahli parlimen Pontian itu memberi gambaran seolah-olah Umno ingin melihat berlaku campur tangan pihak eksekutif dalam proses kehakiman.

Lim turut membidas PN yang katanya bertanggungjawab memburukkan krisis kesihatan awam dengan peningkatan jangkitan Covid-19 dan tidak mampu menangani jangkaan kenaikan kes sehingga 8,000 sehari.

Katanya, PN lebih mementingkan kelangsungan politik berbanding negara.

“Setiap hari kita melihat ahli parti komponen PN daripada Umno, Bersatu dan PAS mengadakan mesyuarat tergempar, bukan untuk membincangkan Covid-19, tetapi bagaimana mereka dapat memperbaiki hubungan antara sekutu mereka dalam PN.

“Sangat tidak bertanggungjawab bagi para pemimpin Umno untuk menuntut PRU awal di tengah-tengah krisis terbesar dalam sejarah negara ini,” katanya lagi.

Lim turut mencadangkan PN mengadakan pertemuan dengan semua parti politik untuk membincangkan krisi Covid-19 menerusi sidang tergempar parlimen yang katanya jalan terbaik untuk mengumpul sokongan rakyat dan menjalin perpaduan nasional bagi mengatasi wabak itu.

Najib cadang sesi persekolahan ditangguhkan


Umavathi Ramayah
Najib cadang sesi persekolahan ditangguhkan
Najib Tun Razak mengesyorkan agar pemulaan sesi persekolahan 2021 ditangguhkan selepas Cuti Tahun Baru Cina. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesyorkan agar pemulaan sesi persekolahan 2021 ditangguhkan selepas cuti Tahun Baharu Cina.
Beliau berkata, penangguhan itu perlu diambil kira memandangkan situasi negara yang berdepan dengan keadaan banjir selain kes penularan COVID-19 yang semakin tinggi.
Selain itu, katanya timbul juga ura-ura mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa negeri zon merah.
"Pandangan saya ialah permulaan penggal sekolah 2021 patut ditangguhkan ke selepas cuti Tahun Baru Cina memandangkan keadaan banjir belum reda, situasi COVID semakin teruk dan ada ura-ura nak melaksanakan semula PKP ketat di beberapa negeri zon merah.
[INFOGRAFIK] Takwim penggal dan cuti persekolahan tahun 2021
"Kita boleh ganti hari sekolah yang tertangguh dengan membatalkan cuti pertengahan penggal pertama (sembilan hari) dan cuti pertengahan tahun (16 hari)," katanya dalam satu hantaran di Facebooknya di sini, pada Sabtu.
Sebelum ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan semua institusi pendidikan di bawah seliaan mereka akan dibuka di seluruh negara mengikut takwim 2021, termasuk di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Menteri Pendidkan, Dr Radzi Jidin berkata, pengoperasian kesemua institusi pendidikan adalah tertakluk kepada pematuhan Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu.

LAIN LAIN NAK TUNGGU APA LAGI ?????PN KINI 110 ???

 

SHAHBUDIN HUSIN


Sebelum PKP semula mungkin diumumkan esok yang seterusnya tidak mustahil menyebabkan Perhimpunan Agung UMNO pada 31 Januari depan terpaksa ditangguhkan, menarik sokongan sebelum terlambat adalah tindakan paling wajar.

Syabas sekali lagi buat Ahmad Jazlan, yang lain-lain  nak tunggu apa lagi?

 Image may contain: text that says "Home UTAMA Ahmad Jazlan Umum Tarik Sokongan, Kerajaan PN Bakal Jatuh? UTAMA By Editor 09/01/2021 MRRLANIAN 山ம KOTA BHARU Ahli Parlimen Machang dari Barisan Nasional, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, mengumumkan penarikan sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri berkuatkuasa hari ini. Beliau yang juga merupakan Pengerusi UMNO negeri kelantan mengumumkan perkara demikian dalam sidang media sebentar tadi. Penarikan sokongan ini bermakna kerajaan PN kini hanya mempunyai 110 kerusi dan akan hilang sokongan majoriti dalam masa terdekat."

(function() { var d = document, w = window; w

BICARA KEDAULATAN RAKYAT: DEMOKRASI DIHANCURKAN - YB HJ MOHAMAD SABU, PR...