Ahmad Jazlan tarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional
Fareez Azman
Januari 9, 2021 03:25 MYT
Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub hari ini menarik balik sokongannya kepada kerajaan PN. - Gambar fail
KOTA BHARU: Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub hari ini menarik balik sokongannya kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Perkara itu dimaklumkan dalam satu sidang media di Kota Bharu pada Sabtu.
“Maka dengan ini saya mengumumkan saya menarik diri daripada menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya.
Pendirian Ahmad Jazlan yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan itu menyaksikan kerajaan PN ketika ini memiliki sokongan 110 daripada 220 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.