Oleh: C.Nicholl (Bahagian IV)
Malam itu mereka tiba di KL agak lewat. Mereka semua menginap di KL international hotel di belakang Chow Kit, kawasan yang boleh ditakrifkan sebagai ‘the red light district of KL’, atau kawasan lampu merah yang menjadi pusat hiburan ternama.
Di kawasan inilah terletaknya banyak pusat. Pusat karaoke, pusat bar, kelab malam dan pusat kepada bermacam pusat-pusat asli. Ada pusat dari China, Indonesia dan Philippines. Dan paling akhir, sekarang terdapat juga pusat-pusat dari Russia, Ukraine dan Uzbekistan yang sekarang ternyata amat popular diantara mereka yang berwang ini.
Selain dari bermain bola lisut dan masuk pertandingan untuk dinobatkan sebagai ‘Champion of Malaysia’, pemain-pemain ini semua juga suka kepada hiburan, berhibur dan dihibur. Jadi menginap di kawasan sebegini sewaktu pertandingan berjalan selama lebih sebulan ini, tanpa isteri bagi yang lelaki, tanpa suami bagi wanita, amat tepat sekali.
Amat sesuai untuk mereka semua yang bersukan disiang hari dan berhibur dan dihibur pada malam hari hingga ke pagi. Begitulah kehidupan sebagai pemain-pemain professional ini. Bukan saja mereka dibayar dengan gaji yang lumayan, tetapi elaun harian dan elaun hiburan mereka juga agak mewah.
Setelah beberapa hari menjalankan latihan dengan agak pesat, dan beberapa malam yang dipenuhi bermacam aktiviti yang agak
pesat dan berpusat, akhirnya tibalah hari perlawanan pertama yang akan dilangsungkan di padang bola lisut bertaraf antarabangsa di padang parlimen itu.
Orang ramai tidak dibenarkan masuk atas alasan Covid19 yang masih berleluasa. Tetapi sepanjang pertandingan ini, semua permainan akan mendapat liputan media yang cukup luas termasuk ulasan secara langsung dikaca TV di semua saluran. Jadi penonton dari seluruh pelusuk tanah air akan dapat menonton.
Apa tidaknya, inilah pertandingan yang dinanti-nantikan oleh setiap lapisan masyarakat, peminat sukan bola Lisut dan rakyat jelata yang telah lama menunggu. Minda mereka juga telah banyak dibakar dan dipanaskan oleh pihak media.
Setiap hari mereka disogok dengan pelbagai berita dan ulasan dari banyak pihak. Bermacam ragam dan pendapat dari penganalisa, pemerhati dan pengulas sukan negara.
‘Pengadil pertandingan dilantik oleh Muhyudin.’ Kata satu tajuk utama diportal internet, ‘MalaysiaTidakKini’.
‘Pengadil yang akan berlaku tidak adil.’ Kata satu lagi portal popular, ‘NomoreFree Malaysia Today.’
Entah mengapa, pengadil yang bernama Harun itu, terus menjadi tidak harum.
‘Muhyudin dah pegang telor pengadil.’ Kata satu lagi komen yang tajam dan berani diportal yang menjadi viral, ‘Malaysia Outsight’.
Tajuk-tajuk sebegini menjadikan perlawanan pertama antara pasukan yang diketuai Muhyudin dan pasukan Anwar menjadi bertambah hangat. Banyak komen-komen di internet yang agak memihak, samaada kepada Muhyudin atau kepada Anwar. Jarang yang adil atau tidak memihak.
Sekian hari bermacam-macam yang menular bukan saja diportal rasmi media yang popular seperti yang disebutkan tadi, tetapi juga dalam akaun Twitter, Facebook dan kalangan WhatsApp yang bermacam komen yang diutarakan.
Beberapa media yang kurang popular seperti ‘Malaysia-yesterday’, ‘Malaysia Indigest’ dan ‘the Tepi’ yang turut mengselatankan keadaan dengan meneka bahawa team Muhyudin akan menang dengan mudah.
Kata mereka atau komen yang dibuat menyatakan bahawa team Muhyudin mempunyai ramai pemain-pemain yang handal dan berpengalaman. Mereka pernah menang dan menjadi johan sebelum ini.
Sedangkan team Anwar, ramai yang dah lanjut usia mereka dan mereka seharusnya sudah patut bersara dari permainan ini dan memberi peluang kepada pemain-pemain muda untuk mengambil alih.
Tetapi yang peliknya, ada juga lapuran yang menyatakan bahawa ada beberapa pemain dari team Muhyudin yang mungkin akan menarik diri disaat-saat akhir perlawanan. Pemain-pemain ini dikatakan diketuai oleh Zahid.
Mereka dikatakan agak memihak kepada team Anwar diatas sebab-sebab tertentu yang tidak disebut dengan jelas. Banyak pembaca yang tertanya-tanya.
Ini mungkin juga cara penganjur atau strategi pihak media untuk menarik minat mereka yang kurang berminat dengan permainan bola Lisut ini, untuk mengikuti perkembangan dan seterusnya menjadi penonton yang setia.
Ternyata mereka telah berjaya.
Kerana di waktu terjadinya perlawanan, di hari dan masa yang ditetapkan, di padang parlimen yang dipenuhi dengan karyawan media yang begitu ramai, team Muhyudin dengan segala kelengkapan dan pakaian sukan yang cukup berwarna dan meriah, bersedia seramai 111 pemain untuk berlawan dan menghadapi segala cabaran.
Yang peliknya, team Anwar pula cuma diwakili oleh seorang pemain tua, juga bekas pemandu bas yang banyak pengalaman dan lama memandu, yang cuba berlagak seperti captain serta 12 orang pemain yang lagaknya tidak serius dan tiada peralatan pemainan. Anwar sendiri dan pemain-pemain lain tidak turun ke padang. Tidak pasti kenapa dan mengapa. Semuanya tidak jelas.
Secepat itu pengadil Harun, yang lagaknya persis memihak, menyatakan nombor pemain tidak mencukupi. Dia terus memberi kemenangan ‘walk over’ secara langsung kepada team Muhyudin untuk permainan pusingan pertama ini. Muhyudin menang mudah, 1 – 0.
Lapuran media ini, ada kalanya, ada juga unsur-unsur ‘fake’ atau fitnah.
Bersambung…