GEMPAR!! | PAS MULA PERTIKAI PENANG BELI 'SEBUAH' KERETA MERCEDES

Bob Kelanang

Adun Penaga, YB Yusni Mat Piah semalam mendakwa beliau terkejut apabila membaca laporan berita mengenai tindakan kerajaan Pulau Pinang yang membeli kereta baharu untuk kegunaan Ketua Menteri yang dikatakan bernilai RM458,122.78. Model kereta baharu yang dimaksudkan adalah Mercedes S560e menurut lidah rasmi Pas, Harakah Daily.


Yusni Mat Piah juga mempertikaikan tindakan kerajaan Pulau Pinang membeli kereta baharu ketika rakyat sedang berhadapan dengan penularan pandemic COVID-19.


Beliau juga menyatakan bahawa, nilai tersebut boleh membeli bakul makanan bernilai RM50 kepada 9,162 buah keluarga di Pulau Pinang.


Sikap kerajaan Pulau Pinang juga dikatakan berbeza dengan sikap Perdana Menteri dan kerajaan PN yang dikatakan lebih mengutamakan rakyat dan golongan yang memerlukan.


Mungkin Adun Penaga itu terlupa atau sengaja tidak mahu bercakap benar kepada rakyat dan cuba memusingkan fakta yang berlaku sebenarnya.


Pada Januari 2020 tahun lalu kerajaan Kelantan di bawah pemerintahan Pas telah berbelanja mewah dengan membeli 14 buah kereta Mercedes Benz bukan sebuah seperti kerajaan Pulau Pinang.


14 buah Mercedes yang dibeli oleh kerajaan Kelantan pada awal tahun lalu dianggarkan bernilai hampir RM700,000 sebuah seperti yang disiarkan oleh Berita Harian bertarikh 16 Januari 2020. Jika harga RM700,000 sebuah, kerajaan Kelantan telah membelanjakan RM9.8 juta untuk membeli kereta mewah tersebut.


Namun, Dewan Pemuda Pas Pusat pada 1 Februari 2020 telah menyatakan bahawa hanya RM3.5 juta sahaja digunakan untuk membeli 14 buah kereta mewah tersebut.


Sejauh mana keprihatinan kerajaan Kelantan, negeri TERMISKIN di Semenanjung berbelanja mewah membeli 14 buah kereta dengan harga RM3.5 juta. Nilai tersebut sepatutnya boleh membeli bakul makanan RM50 kepada 70,000 keluarga miskin di Kelantan.


Terbukti Pas jauh lebih tidak prihatin kepada rakyat di Kelantan. Malah sanggup menaikkan gaji setiap ADUN di saat rakyat Kelantan terus merana dengan pelbagai masalah yang tidak berkesudahan.



No comments: